L.O.V.E

Thursday, November 17, 2011

Resipi Puding Roti



Bahan-bahan :

  • 4 keping roti (tak kisah roti apa, tapi saya guna Gardenia)
  • Sedikit kismis
  • Satu tin susu cair
  • 1 sudu besar butter (butter apa pun takpe, tapi saya guna buttercup)
  • Satu sudu kecil esen vanilla
  • Setengah cawan gula (kalau tak nak manis, boleh letak ¼ cawan je)
  • 2 biji telur

Cara penyediaan:

  1. Toast kan roti sampai garing.Lepas tu carik-carikkan dia dan letak dalam mangkuk/ bekas acuan
  2. Taburkan kismis ke dalam bekas tadi
  3. Dalam masa yang sama panaskan butter dan selepas cair masukkan dalam bekas acuan
  4. Dalam bekas yang lain, campurkan telur, gula, susu cair dan esen vanilla dan pukul sehingga sebati
  5. Selepas itu, masukkan ke dalam bekas acuan roti tadi untuk dibakar.
  6. Sementara menunggu telur tadi menyerap sepenuhnya ke dalam acuan roti, boleh taburkan lagi kismis di atasnya.
  7. Panaskan oven dalam suhu 180C dan bakar dalam lebih kurang 30 minit.
nota kaki :
kalau nak lagi sedap, boleh dimakan bersama sos kastad :)

SELAMAT MENCUBA!

1 comment:

oya said...

wah2..bila nk buat utk kita..hehe..