L.O.V.E

Showing posts with label Saya Cinta ISLAM. Show all posts
Showing posts with label Saya Cinta ISLAM. Show all posts

Wednesday, January 13, 2010

20 Amalan Murah Rezeki


kawan-kawan, saya ingin berkongsi satu tips 20 amalan untuk murah rezeki hasil dari carian googles. sama-samalah kita amalkan.semoga bermanfaat :)

1. Menyempatkan diri beribadah
2. Memperbanyak istighfar
3. Tinggalkan perbuatan dosa
4. Sentiasa ingat Allah
5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
7. Tunaikan hajat orang lain
8. Banyak berselawat
9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata:

Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.

10. Berpagi-pagi
11. Menjalin silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda:

Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.
(Riwayat Bukhari)


12. Melazimi kekal berwuduk
13. Bersedekah
14. Melazimi solat malam (tahajud)
15. Melazimi solat Dhuha
16. Bersyukur kepada Allah
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu (Surah Al-Waqiah)
18. Berdoa
19. Berikhtiar sehabisnya
20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya:
Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).






nota kaki:

secara konklusinya semua amalan-amalan tersebut adalah mendorong kita kepada taqwa. dan amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kaseh sayang Allah kepada kita dan membukakan pintu rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka. selamat beramal (pesanan pada diri)

Tuesday, October 27, 2009

Ya Karim..



Bismillahirahmanirahim..


"Ya Allah, aku memohon curahan cinta-Mu dan kecintaan orang-orang yang mencintai-Mu, serta mohon curahan amal yang dapat mengantarkan diriku mencintai-Mu. Ya Allah, jadikanlah kecintaan kepada-Mu lebih tertanam dalam jiwaku melebihi kecintaanku kepada diri sendiri dan keluargaku.

Ya Allah, tutuplah cacat-celaku, hilangkanlah kekhawatiranku, dan kurangilah kesalahan-kesalahanku. Peliharalah diriku dari segala kejelekan, baik dari arah muka maupun belakang, dari arah kanan maupun kiri, dari arah atas maupun bawah yang datang secara tiba-tiba.

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kesusahan dan kedukaan. Aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemauan dan rasa malas. Aku berlindung kepada-Mu dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada-Mu dari banvak hutang dan kezhaliman manusia.

Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak tidak manfaat, hati yang tidak khusyu, nafsu yang tidak pernah merasa puas, dan dari doa yang tidak dikabulkan. Ya Allah, berikanlah kepadaku jiwa takwa lagi bersih. Sebab hanya Engkaulah yang membersihkan jiwa dan yang menguasi serta yang mengarahkannya.."

Amin.

Thursday, October 8, 2009

nak buat camne ni?

harini maseh belom dapat kerja agi..
naseb baek bawa laptop ke opis, so bolehla aku siapkan kerja sekolah sket2...
tapi nape sem ni aku rasa macam lemau sangat...
boleh habes ke macam tu?



[ini gambar kitorang semalam - majlis ramah mesra Aidilfitri]

pagi tadi sebelom bertolak ke opis, sempat baca buku nih :


3T : Taubat, Tasbih, Tahajud
Oleh : Zaini Ali Akbar


sekadar berkongsi :

tak ingat mukasurat berapa dah..

dalam diri manusia ni ada dua bisikan yang akan selalu datang dan berbisik dari kita iaitu bisikan yang membawa kita ke neraka (bisikan syaitan) dan bisikan yang membawa kita ke jalan syurga iaitu bisikan dari malaikat.

justeru, camn kita nak tau bisikan itu dari syaitan dan malaikat.

Lakukanlah perkara yang kita tidak suka kerana benda yang kita suka buat tu ialah dari syaitan (nafsu) dan yang tak suka buat itulah sebenarnya bisikan dari malaikat (macam aku ni selalu malas buat kerja sekolah tapi suka tido)

actually ada banyak lagi tp as usual aku ni kan mudah lupe...
ok nanti aku berkongsi lagi yer =D


nota kaki : buku neh sgt besh...no2 best lepas La tahzan

Tuesday, September 8, 2009

18 Ramadhan

salam ramadhan untuk semua kawan-kawan ;)

Last weekeend balek kampon..huhu..best sangat...mlm naek bus kat putra tertinggal bus kol 930 so tumpang bas kol 10pm naseb baek ada kosong...so sampai umah dlm kol 6..tak sempat sahor kat rumah ;(

pas suboh tido jap, pastu terus kuar gi KB settlekan medical check up dan akuan sumpah..sian mama- dia amek cuti semata-mata nak teman aku...hehe... then tghari cari brg masakan sebab papa panggil staff dia datang berbuka + sembahyang hajat untuk shafiq (adek bongsu kesayangan - exam UPSR harini) - sian tgk dia, dah tebal spek pastu kelas tambahan tak berenti, pagi ptg siang malam..naseb ma dah bg vitamin..good luck ye adek!!!

sempatla berbuka dan bersahor...laok kat rumah sangat sedap!!!!!!!
makan bunga tanjung, pulut pastu ada laok sup tulang, sambal pauh, kerabu jantong pisang, dan mcm2 lagi...sedap sedap sedap!! ma siap bagi kerutub daging buat bekal berbuka esok ;)
thank you mama, lurve uuuuuuuuuuuuuuu =D

pagi keesokkan sampai airport PC dalam kol 830 naseb sempat check in - sebab flight kol 915am dan
dlm 45 minutes dah sampai KLIA.. kejap je pastu terus naek ERL ke KL sentral then sampai kat sana naek LRT ke Kelana Jaya pastu tunggu dekat sejam juga le naek bus ke KotaDamansara...huhu..penat sket ;)

malam berbuka ngan housemate baru dgn bermacam-macam laok...sungguh menyelerakan...
pas maghrib terus gi tarawih...



di sini saya nak tanya ada sesiapa tahu siapa imam tarawih masjid wilayah, Jalan Duta tu? Masya Allah..bacaannya sungguh merdu..terasa bagaikan bersolat di tanah suci mekah. syahdu.... tak sabar nak pergi lagi malam ni ;)


Last but not least, May this Ramadhan will bring 'Berkat' and 'Rahmat' to us and to our families. Amin.

Friday, August 7, 2009

Syukur yang tidak terhingga!!!!

Harini, mood kerja tak berapa baek sebab tgh fikir asgmnt yang tak siap lagi..I' m stucked on Organizational Knowledge, camne nak analyze and relate ngan our organization... then pastu tibe2 teringat website SPA..harini result kuar..Ya Allah, Tuhan saja yang tahu..berdebar giler..aku cuba buka tapi maseh lagi xdpt..pastu aku try jugak kal no SPA yang kat website tu..masa akak tu minta no ic..aku selawat jerk...kali ni walau apepon result nyer, aku redha...

pastu akak tu confirmkan ic and nama balek..pastu dia cakap tahniah dik! Adek berjaya..nanti tunggu surat yer...Ya Allah, terima kaseh Ya Allah...Syukur nyer!!!! tapi hakikatnya aku maseh berdebar2 agi..sebab keputusan sebenar kat website lom kuar..so belom pasti..tapi alhamdulilah baru tadi aku check.nah ini result nyer :)


kepada kawan2 saya, jutaan terima kaseh sebab bg semangat dan galakan pada saya..saya sayang korang sumer!!! muaahhhhhxxxxx *_*

Wednesday, March 18, 2009

Ajarkankan aku erti sabar


Ajarkan Aku Cinta –MU Ingin Ku Kata Marah..Marah Bukan
Milikku..Ingin Ku Kata Kecewa..Ia Telah Berlalu..Ingin Ku Kata Sayang..Tapi Belum Tiba Waktu..Ingin Ku Luah Rindu..Rindu Hanya Tertentu..Ingin Ku Menangis..Rendah Untuk Air Mata Ku..Ya Allah..Ajarkan Aku Erti CintaMUya Rabbi..Agar Marahku..Kerana Tewas Dengan Nafsu..Agar Kecewaku..Mengubah Diriku..Agar Sayangku..Ke Arah RahmatMU..Agar Rinduku..Ingin Bertemu DenganMU..Agar Tangisku..Memadam Api NerakaMU..


***





Tuesday, March 10, 2009

Salam Maulidul Rasul


"Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad, saw); wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucaplah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya"
[Surah Al-Ahzaab : 56]

Friday, January 9, 2009

Semoga kita peduli...

aku tak boleh tahan sebak bile tengok gambar2 ni ISRAEL yang LAKNAT!




"Ya Allah ampunilah dosa kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat. Ya Allah, jinakkan, satu padukan hati orang muslimin. Perbaikilah keadaan mereka. Tolonglah kaum muslimin khususnya pejuang Palestin dan Lubnan untuk melawan musuh-musuh-Mu, dan musuh-musuh mereka khususnya tentera Israel penceroboh. Ya Allah, laknatlah orang kafir yang mendustakan Rasul-Mu dan membunuh kekasih-Mu. Ya Allah cerai-beraikan kesatuan mereka. Hancur leburkan kekuatan mereka, Dan turunkanlah bencana-Mu yang tiada tertolak lagi untuk orang yang penuh dengan dosa, dengan menyebut nama-Mu ya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan-Mu"



nota kaki:

Let us pray and share some do'a for our brothers and sisters back there.
Ya Allah...hancurkan Israel Yahuni laknatullah!

Monday, September 15, 2008

Malam 15 Ramadhan...





Sedar tak sedar, kita sudah melalui separuh Ramadhan. Ada yang sudah sedar dan ada yang masih terleka. Sesungguhnya masa 15 hari yang berlalu tidak akan kembali lagi walau kita menangis darah sekalipun tetapi sekurang-kurangnya kita masih ada separuh hari lagi untuk dipenuhi dengan segala amalan-amalan yang difardhukan dan disunatkan di dalam bulan ini.

Kedatangan Ramadhan pada tahun ini pada diriku amat berlainan sekali dengan tahun-tahun yang lain. Lebih banyak improvement; dan aku sendiri telah berazam semoga Ramadhan pada kali ini adalah jauh lebih baik dari yang sebelumnya. bimbang tidak akan berjumpa lagi dengannya pada tahun hadapan. Yelah, ajal maut bukan di tangan kita. Dan inilah sebaik-baik peluang untuk merebut pahala. Para ulamak mengibaratkan bulan Ramadhan ini sebagai Pesta Ibadah kerana di dalamnya terdapat bermacam macam ganjaran yang telah Allah janjikan yang tidak terdapat di dalam bulan yang lain. Istimewanya Ramadhan! Mungkin ramai yang mengetahui bahawa bulan Ramadan itu istimewa untuk orang yang berpuasa; tidurnya merupakan ibadat, berdirinya merupakan tasbih, doanya mustajab, dan amalannya diganjarkan berlipat kali ganda. Kesemua ganjaran itu adalah kerana orang yang berpuasa itu menahan diri dan nafsunya serta meninggalkan segala kelazatan dan kesedapannya.



Bulan ini banyak menguji diriku, lahirian dan batiniah. Kereta break down - overheating, Assignment dan presentation yang perlu diprepare dan pengawalan emosi yang tenang dalam mengawal pergaulan dan perkataan. Hanya ketabahan dan kesabaran yang menjadi tali pengikat kepada hatiku. Ya, Allah berikanlah kekuatan kepada hambaMu yang lemah ini... Ada lebih kurang 2 minggu lagi Hari Raya, tetapi aku tidak mengerti kenapa aku tidak merasa apa-apa, aku terlalu sayangkan Ramadhan!!!! Inilah bulan rahmat, bulan barakah, bulan maghfirah, bulan Al-Quran, bulan jihad, bulan tarbiyyah serta bulan Lailatul Qadar!!







nota kaki :-)

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Umatku talah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah pun diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang sedang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar(keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa. Allah mempersiapkan dan menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya : " Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu. Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir bulan Ramadhan (orang-orang Islam yang berpuasa ini ) akan diampunkan.Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya : "Wahai Pesuruh Allah adakah itu malam Lailatul Qadr?" Dijawab oleh Rasulullah SAW "Tidak tetapi selayaknyalah seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya"







Thursday, September 4, 2008

Harapan Ramadhan


Harapan Ramadhan by Raihan


Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna
agar dapat kulalui dengan sempurna

selangkah demi selangkah
setahun pun sudah berlalu
masa yg pantas berlalu
hingga tak terasa kuberada di bulan ramadhan

puasa satu amalan sebagaimana yg diperintah-Nya
moga dapat kulenturkan nafsu
yang selalu membelenggu diri
tiada henti2

Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna
agar dapat kulalui dg sempurna
Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna

Tak ingin kubiarkan ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpin lah daku
yg lemah mengarungi segalanya dg sabar

Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna
agar dapat kulalui dg sempurna
Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna
agar dapat kulalui dg sempurna

Kumemohon pd Tuhan diberi kekuatan
Kumerayu pd Tuhan diterima amalan

selangkah demi selangkah
dengan rahmat-Mu
Oh Tuhanhu kutempuh jua







Nota kaki :

Selamat datang Wahai Ramadhan, bulan yang agung, bulan yang penuh berkah, bulan yang menghapuskan dosa dan mengabulkan doa bagi orang-orang yang bersungguh-sungguh beribadah di dalamnya.

Ya Ilahi, Engkaulah tujuan kami dan KeridhoanMulah dambaan kami.

Marhaban Ya Ramadhan


Hari ketiga...

Semalam masuklah hari ketiga kita menunaikan kewajipan rukun ketiga dan alhamdulilah aku masih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk bersama-sama umat islam yang lain melaksanakan solat sunat tarawikh. Ada satu cerita menarik yang ingin aku kongsikan bersama. Semasa sessi tazkirah (Selepas selesai 4 rakaat), pihak AJK masjid menjemput seorang ustaz dari Terengganu...pada mulanya aku tak berapa perasan, tapi apabila keluar slang seakan2 dengung sedikit, aku dah agak erm, mesti orang Terengganu ni...tapi apa yang menariknya ustaz ni, dia bercakap dengan suara yang kuat dan lantang; menyebabkan orang menjadi lebih khusyuk dan fokus. Agak best tazkirah yang disampaikan ustaz ni di mana beliau menghuraikan sifat2 orang bertakwa yang memang jelas terkandung dalam Surah Al- Baqarah.

"Alif Lam Miim."[1] Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa. [2] (iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib,melaksanakan solat dan menginfakkan sebahagian rezeki yang kami berikan kepada mereka[3] "

*taqwa iaitu menurut segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya

Dan ini antara huraian yang ana boleh kongsikan bersama-sama...

[1] Setiap orang mukmin perlu percaya kepada kitab suci Al-Quran dan tidak boleh ada sedikit pun perasaan ragu-ragu...Currently, ada segelintir umat islam berpendapat Al-quran sudah tidak relevan lagi dengan keadaan zaman sekarang, tak up to date...sedangkan jelas bahawa al-Quran adalah sesuai sepanjang zaman dan seharusnya menjadi pegangan dan panduan orang mukmin.

[2] Sifat orang bertakwa:

1. Percaya kepada perkara ghaib - percaya kepada hari akhirat, percaya kepda hari kiamat, percaya kepada syurga & neraka, percaya kepada azab kubur dan percaya kepada malaikat.

2.Menginfakkan sebahagian daripada rezeki kepada jalan Allah. Duit dan harta yang banyak tidak dapat menjamin kita apabila mati kelak.Beliau memberikan contoh; sekiranya kita yang tinggal di Malaysia pergi ke negara Amerika dan ingin membeli barang dari Amerika dengan Ringgit Malaysia, sudah tentu tidak laku dan mereka tidak mahu menerimanya,kerana tidak ada nilainya..Sama juga apabila kita berjumpa dengan Allah nanti, duit dan harta yang banyak yang kita ada di dunia ini tidak ada nilainya di sisi Allah, nilainya adalah pahala dan harta yang kita infakkan ke jalan Allah. Beliau juga ada berpesan, sesungguhnya perjalanan kita ke akhirat ini sangat jauh, jadi bekalan yang kita bawa juga mestilah banyak. Sama sahaja sekiranya kita di Terengganu ingin pergi ke Kuala Lumpur, mesti menyediakan bekal & duit.kalau hanya berbekalkan RM10, tidak cukup. Seperti juga kita di Kuala Lumpur ingin ke Singapura juga mestilah membawa bekal yang lagi banyak kerana perjalanannya lagi jauh, apatah lagi ke dunia akhirat!..

3. Bertakwa itu tidak semestinya di dalam masjid sahaja, apabila di luar masjid, kita mula melupakan Allah. tidak boleh begitu! Bertakwa perlu disetiap masa di setiap lapangan. Ada orang pergi ke masjid sembahyang berjemaah 5kali sehari tetapi pada waktu malamnya selepas habis solat tarawikh, balik ke rumah dengan selipar (kes kecurian selipar la ni---yang kerap berlaku kat masjid apabila ramai jemaah berkumpul). Selipar itu katanya dipinjam, walaupun tanpa izin ia dipinjam untuk selama-lamanya.....Seharusnya sifat takwa itu patut konsisten walaupun sudah selesai menunaikan ibadah....
selingan: jadi moral of the story pakai selipar biasa jerk apabila ke masjid...bimbang balik dengan berkaki ayam :)






Nota kaki :

Sama-samalah kita menginsafi dan menganggap inilah Ramadhan terakhir yang kita lalui dan hari ini adalah puasa yang terakhir kerana kita takut kita tidak dapat berjumpa lagi dengan Ramadhan yang akan datang.

Thursday, August 28, 2008

Salam Ramadhan Al-Mubarak


Assalamualaikum kepada kawan-kawan semua :-)

Amalan-amalan di bulan Ramadhan

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20) hadiri majlis ilmu
21) Buat baik pd ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pd suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i’tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Tunaikan zakat fitrah


Kesimpulannya :


Marilah kita sama-sama tekun menambahkan amal ibadat di bulan yang penuh berkat ini.Kedatangannyaa hanyalah setahun sekali, dan belum tentu lagi kita akan bertemu dengannya pada tahun hadapan, kepada semua kawan-kawan saya, Xen, Yan, Syud, Baha, Zaila, Sey, Shark, Azri, DeAr, dan sume kawan-kawan, saya ingin memohon jutaan kemaafan di atas segala kesilapan dan kesalahan sama ada sedar ataupun tidak.... Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak :-)








Nota kaki : Jangan lupe solat terawih yerk :p

Monday, August 11, 2008

Aku Bersalah, Ya Allah...


080808

Titik hitam dalam hidup..turning point..satu pengajaran dari Tuhan…Allah sebenarnya menyanyangi aku..Allah mahu aku insaf..Allah mahu aku bangun..wake up, wake up, Noreen.Aku tidak jadikan engkau sia-sia…Ya Allah ampunilah aku, terlalu banyak dosa yang aku telah lakukan..maseh adakah ruang kemaafan dariMu Ya Allah, pelihara la aku..jagala aku…Aku tiada tempat mengadu..aku hanya ada Engkau sebagai penjagaku…Ya Allah, aku ini hambaMu yang sangat lemah, rapuh imannya, miskin hatinya…suluhlah cahaya keimanan dalam hatiku..suntiklah cahaya kebenaran di dalam jiwaku…sungguh, YaAllah aku bertaubat nasuha..aku berjanji dengan sunguh-sungguh aku tidak akan mengulangi lagi dosaku..cukupla sekadar itu..Ya Allah terimalah taubatku…Ampunilah aku..Maafkanlah aku…Engkau Maha Mengetahui dan Maha Penyanyang…Tunjukilah aku jalan yang lurus, jalan yang diredhaiMu, jalan yang diberkatiMu, aku tidak akan berpaling lagi…aku akan mengharunginya..aku akan bertanggungjawab atas semua dosaku…Ya Allah tolong la aku, bawalah aku ke jalan kebenaran, Bawalah aku mengenalMu, pimpinlah tanganku, terangilah pelita kepadaku…Ya Allah……..jika cinta yang membuatkan aku jadi jauh dariMu, membuatkau lalai akan tugasku dan alpa akan nikmatMu, jauhkanlah cinta itu..aku tidak mahu Ya Allah, aku tidak ingin…Ya Allah, maafkanlah aku, ternyata keimananku masih lagi lemah..aku insaf kepadaMu, kepada kebesaranMu…Ya Allah,aku menyesali ke atas setiap perbuatan salahku selama ini, ampunilah daku ya Allah.. Ya Allah aku perlukan dahan untuk berpaut, aku perlukan tali untuk bergantung, lantas kepada siapakah harus aku mengadu..hanya padaMu Ya Allah, dengarlah rintihan hatiku..aku tidak pantas untuk semua ini…Ya Allah, disaat ini, tiada sesiapa untukku..hanya Engkau..Ya Allah, ampunilah aku ...ampunilah Ya Allah......aku akur dengan kebesaranMu..Andai ini ujian untukku aku redha dengan Qadak dan QadarMu Ya Allah...Ya Allah....ampunilah aku Ya Allah....








Nota kaki :


“Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi sallallahu alaihi wassalam bersabda tentang apa yang baginda terima dari Allah s.w.t katanya: Seorang hamba Allah melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: HambaKu telah melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: HambaKu melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: HambaKu melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Oleh itu buatlah sesuka hatimu, Aku akan ampunkan dosamu. Hamba tersebut berkata: Aku tidak tahu sehingga kali ketiga atau keempat aku meminta keampunan, tetapi Allah s.w.t tetap berfirman: Buatlah sesuka hatimu, Aku tetap akan mengampunkan dosamu” (riwayat Imam Bukhari di dalam bab Tauhid bernombor 7507)


“Dari Anas radiallahu anhu berkata : Aku telah mendengar Rasulullah sallallahu alahi wassalam bekata : Berkatanya Allah subhanahu wa taala : "Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu berdoa kepada-Ku dan mengharapkan-Ku maka Aku akan mengampunimu atas semua dosa yang kamu lakukan, dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, andaikata dosa-dosamu itu sampai ke puncak langit kemudian kamu meminta ampunan kepada-Ku niscaya Aku ampuni dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya kamu datang kepada-Ku dengan dosa yang besamya seisi bumi seluruhnya, kemudian datang menemui-Ku dan tidak menyekutukan Aku dengan yang lain niscaya Aku akan datang kepadamu dengan ampunan yang besamya seisi bumi seluruhnya."(riwayat Imam Tirmizi yang berdarjat hasan)


---bermonolog dengan diri--air mata sudah kering...tinggal sisa baki....jangan bersedih, noreen..be strong!

Saturday, June 7, 2008

Perkahwinan Berasaskan Ibadah


Saya ingin berkongsi satu artikel yang dibaca tentang perkahwinan berasaskan ibadah jamin kebahagiaan hidup.
Semua perkahwinan mengharapkan kebahagiaan, tetapi berapa orangkah yang dapat menikmati bahagia? Apakah asas perkahwinan yang membuahkan kebahagiaan berpanjangan?
  • Jika asas perkahwinan adalah kerana seks, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.
  • Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.
  • Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.
  • Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.
  • Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
  • Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.
  • Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka, tidak ada alasan apa pun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan menderhakai Allah. Kebahagiaan dalam perkahwinan mesti dimulakan dengan langkah yang pertama iaitu pemilihan yang tepat!
Pemilihan tepat perlukan kriteria pemilihan. Kita perlu bertindak dengan berhati-hati dan cermat dalam membuat pilihan agar tidak tersalah pilih. Ingatlah bahawa Allah memakbulkan permintaan kita menurut kehendak ‘niat’. Jika kita menginginkan jodoh baik, mula dari diri sendiri menjadi baik dan carilah di tempat baik pula.

Diriwayatkan daripada Umar bin Khattab bahawa Rasulullah bersabda bersabda bermaksud: “Pahala perbuatan itu tergantung niatnya, setiap orang akan mendapat pahala sesuai dengan niatnya. Sehingga, sesiapa saja yang berhijrah kerana Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya bernilai di sisi Allah dan rasul-Nya, dan sesiapa saja berhijrah kerana keuntungan dunia atau kerana untuk menikahi wanita, maka yang diperolehnya hanya terbatas apa yang diniatkannya." (Hadis riwayat Bukhari).




Rasulullah bersabda bermaksud: “Orang mengahwini wanita kerana empat perkara iaitu hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Oleh itu, carilah wanita yang mempunyai agama (kerana kalau tidak) binasalah dua tanganmu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)Hadis itu tidak hanya merujuk kepada pihak lelaki, malah wanita dalam memilih calon suami. Oleh kerana Rasulullah tidak merumuskan bentuk tertentu daripada perkataan binasa, berkemungkinan besar yang dimaksudkan ‘binasa’ adalah penderitaan batin kerana ketegangan yang berlaku akibat salah memilih teman.Janganlah terpedaya dengan keindahan fizikal dan duniawi semata-mata dan mengaburkan tujuan perkahwinan yang sebenarnya iaitu penyempurnaan ketakwaan kepada Allah.Jodoh memang sudah ditetapkan Allah, tetapi sesuai dengan hukum-Nya, Allah tidak akan menjodohkan seseorang yang soleh dengan seorang penzina.

Jika ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka mulalah dengan memperbaiki diri sendiri kerana Allah menetapkan takdir, bahawa
:" (Lazimnya) perempuan yang jahat untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih daripada (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (daripada Allah) dan pengurniaan yang mulia." (Surah an-Nur, ayat 26)

Bagaimanakah kita akan mendapat pasangan sebaik Saidatina Siti Khadijah atau Siti Fatimah jika tidak sebaik Rasulullah atau Saidina Ali.Semoga pemilihan yang berdasarkan kepada kriteria itu atas akan mendapat kebahagiaan hakiki di dunia dan akhirat.

Friday, June 6, 2008

Warkah buat sahabatku...




Assalamu'alaikum warahmatullahi
wabarakatuh


Salam, duhai saudaraku...

Pernah kudengar kata-kata ini:

"Sulitnya hidup,
bukannya kerana
tiada orang yang
dapat memahami diri ini.

Yang menyebabkan kesulitan,
sebenarnya adalah apabila
aku tak dapat memahami
diriku sendiri."


Duhai,
fahami masalah diri yang hakiki,
jangan ungkitkan kejahatanmu,
di hadapan manusia yang
membencimu, kerana
mereka
akan terus membiarkanmu
di lorong gelap itu.


Rintihlah pada
yang Maha Mengasihi,
hanya pada-Nya;
mintalah belas kasih

moga disirami hidayah
agar membenih kebaikan nuranimu
meski mulanya hanya sebutir cuma.


Jagailah ia,
sebaik-baiknya
biar pohon kebajikan itu
tumbuh mekar

mengatasi dan melenyapkan
rimbunan belukar dosa
yang menyesakkan jiwa.


Bersabarlah, duhai teman
fahami bicara Saidina Ali Karamallahu Wajhah:

"Tiada apa-apa kebaikan di dunia ini
selain dari salah satu dari 2 orang ini:

Seorang yang melakukan dosa,
lalu dia segera kembali kepada Allah
dengan bertaubat.

Seorang lagi;
adalah dia yang suka
menyegerakan perbuatan baik."


Saudaraku,
walau dirimu sering
dikecewakan manusia,
namun jangan,

jangan sesekali
berpatah hati
berputus harapan kepada-Nya.


Saudara,
Jangan pernah jemu
meminta akan belas kasih-Nya,
kerana ia tak terbanding dengan kasih manusia.


Telah diumpamakan,

'Hidayah itu seperti cahaya,
ia tak menyapa kamar
yang tak dibuka jendelanya.'

Bukalah jendela hatimu,
lapangkan kamar jiwamu
sediakan ruang untuk cahaya-Nya
menerobos masuk.

Cahaya kurniaan-Nya,
hanya untuk jiwa yang dipilih-Nya sahaja.
Doakan agar Dia memilih jiwamu jua.

Dia akan memberi pada yang mencari.
Ya, asalkan diri terus sabar mencari,
pasti suatu masa Dia akan memberi.


'Tiada suatu musibah pun
yang menimpa seseorang

kecuali dengan izin ALLAH,
dan sesiapa yang beriman
kepada ALLAH,

maka Dia,
akan memberi petunjuk
ke dalam hatinya...'
(at-Taghabun : 11)


Salam cinta dariku..
Demi Allah,
aku mencintai sisi baikmu,
dan membenci selainnya..

duhai
teman seiman,
sahabat seakidah..

Assalamu'alaikum warahamatullahi
wabarakatuh.


Saudaramu,
Ibnu Abas

Tuesday, June 3, 2008

La Tahzan

Actually buku ni, saya dah baca..hampir 2 minggu baru habes..penuh dengan keinsafan..betapa kita sebenarnya masih belum cukup bersyukur..thanks to my fren, ina..dia yg promote sbb katanyer buku ni best seller di indon..ternyata benar-benar mengusik jiwa..kepada kawan-kawanku..sila la baca buku ini...jadikan pedoman hidup kita..eta, awak kata nak cari kan? nanti kiter g erk.. :) comes with 3 version : La Tahzan / Jangan Bersedih / Don't Be Sad



ulasan :

Setiap kita yang masih bernafas, pasti akan selalu memiliki masalah. Terkadang masalah itu begitu beratnya sehingga membuat kita putus asa dan bersedih hati. Tetapi kita harus selalu ingat bahawa ada dzat yang Maha Agung dan Maha Kuasa yang selalu memperhatikan kita dan selalu memberikan kita pertolongan. Ada banyak cara untuk menghilangkan rasa putus asa dan sedih yang kita alami. Salah satu caranya adalah dengan mengenal lebih dalam siapa diri kita dan seiapa yang sebenarnya berkuasa atas seluruh alam semesta ini. Buku ini akan membantu kita untuk memahami diri kita dan untuk menenangkan hati kita.La Tahzan (Jangan Bersedih) merupakan salah satu buku best seller di negara-negara Timur Tengah dan di Indonesia. Buku karangan Dr. Aidh al-Qorni ini akan memberikan kita panduan untuk selalu memahami diri kita dan posisi kita dalam kehidupan ini. Di dalamnya banyak berisi renungan dan juga kisah-kisah yang dapat kita ambil pelajaran darinya.Untuk dapat memahaminya, kita harus benar-benar berusaha. Kita tidak akan mendapatkan manfaat yang maksimun jika kita hanya membacanya sambil lalu saja.

:: Teka Teki ::

untuk sama2 kita hayati dan baca ..

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :

Soalan pertama

Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Murid 4 : Kaum kerabat
Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185).

Soalan kedua

Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang
Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, teta! p kita tidakakan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


Soalan ketiga

Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka .
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. " (Surah Al-A'raaf, Ayat 179)


Soalan keempat

Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di duni! a ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusiamasuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'


Soalan kelima

Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Murid 4 : Daun-daun
Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. Na'uzubillahiminzaalik.

Soalan keenam

Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.


"wahai tuhan ku tak layak ke syurgaMu ...namun tak pula aku sanggup ke NerakaMu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggaldunia"