setakat ni, ada beberapa buku yang saya jadikan panduan untuk mengetahui perkembangan baby termasuklah buku Panduan Lengkap Penjagaan Ibu dan Anak (Dari tempoh kehamilan sehingga usia 3 tahun) ini.. saya beli di MPH.. kandungan nya sangat bermanfaat sebab ada penerangan dan illustrasi bergambar. so untuk ibu-ibu baru ia merupakan panduan praktikal yang sangat berguna :)L.O.V.E
Tuesday, November 30, 2010
buku panduan ibu mengandung
setakat ni, ada beberapa buku yang saya jadikan panduan untuk mengetahui perkembangan baby termasuklah buku Panduan Lengkap Penjagaan Ibu dan Anak (Dari tempoh kehamilan sehingga usia 3 tahun) ini.. saya beli di MPH.. kandungan nya sangat bermanfaat sebab ada penerangan dan illustrasi bergambar. so untuk ibu-ibu baru ia merupakan panduan praktikal yang sangat berguna :)hey, baby ibu dah 3 bulan ye ;)
Lamanya blog ni bersawang ya! Sorryyyyy (^_^)
Entry kali ni just nak share dgn kawan-kawan perkembangan baby saya =)
Petang tadi saya ke Klinik Kesihatan Putrajaya untuk membuka buku pertama untuk ibu mengandung (Buku color pink tu!) First time mendaftar sampaila jumpe doctor, pening sket dibuatnya sebab tak biasa lagi dengan prosedur di sini.. Tapi syukur alhamdulilah dengan berkat tunjuk ajar honey (my luvely roommate yg dah ada experienced) semuanya berjalan lancar..
First, daftar di kaunter 7 dan fullfill maklumat di buku pink..then ke bilik urine test untuk sahkan kehamilan..lepas tu ke makmal untuk ambil darah..next ke bilik rawatan seterusnya untuk check up dgn nurse dan akhir skali baru jumpa doctor untuk proses konsultansi.. dan inilah ubat-ubat yang diberikan nurse..
inilah buku pink ;p
botol kepala kuning tu bukan ubat ye kawan-kawan tapi botol urine dan setiap kali datang check up haruslah membawanya =)
yang lain semuanya ubat-ubat (Vitamin B, Iron tablets dan asid folik)
Selepas pemeriksaan tadi, semuanya dalam keadaan normal. Dan sekarang baby dah berusia 14 minggu dan saiz anak ibu rupanya dah sebesar buah lemon ya!!
Ibu doakan anak ibu sihat selalu.. duduk baik-baik ye sayang!
Ibu sayang kamu sangat-sangat =)!!!
Friday, November 12, 2010
dapat hadiah! yeayyy ;)
Apa khabar kawan-kawan? (^_^)
Harini sangat ceria dan gembira walaupon keadaan kesihatan agak kurang memuaskan..pagi tadi sebelum dan selepas meeting, muntah tak henti-henti.tapi Alhamdulilah sekarang dah semakin berkurangan..ada tips untuk kurangkan rasa loya ni tak? uhuk! tsk.
Lepas balek kerja tadi, jumpe dgn Miss Zantinita, katanya nak bagi hadiah =) wah, tak sabar! Dan inilah hadiahnya...treng teng tengg!!!

hadiah yang dibalut istimewa dengan gambar teddy bear..siap ada vitagen lagi....suke sangat!!! ;)
2 Buah Buku =)
Buku Panduan Ibu Hamil, Kelahiran dan Menamakan bayi & Buku Yassin untuk ibu hamil
Bertuah betol anak ibu ya, belom lahir lagi ibu dah dapat hadiah..tenkiu to untie zen ;)) suke sangat buku-buku tu! Insyaallah ibu akan cuba mengamalkan sepenuhnya semoga anak ibu diberi kesihatan, perlindungan dan dibawah jagaan Allah selalu..
Malam ni pula, ayah nak belanja kita makan western food sebab semalam ibu mengidam nak makan chicken chop, tapi ayah tak larat nak keluar.. bestnye sayang! Nanti ibu makan untuk sayang ye ;p
Okey, jumpe lagi semua!
Monday, November 8, 2010
Double lines = Double Happiness
Apa khabar hari ini? Semoga ceria-ceria selalu ya! Maaf jika anda terlambat dapat berita ;( hingga ke saat ini saya masih belum dapat mempercayai yang saya sudah hamil! Walau apapon, Syukur yang tidak terhingga kepada anugerah Allah ini. Insya-Allah, ibu akan menjaga kamu dengan sebaiknya, ya anakku..
Hari Khamis yang lepas, saya singgah ke Alamanda untuk mencari hadiah perkahwinan kawan seofis, Puan Nurul Afzan, dah terlalu depan MPH tu tersinggahla juga ke Watson.. erm, mungkin juga takdir Allah, saya tergerak hati membeli pregnancy test. Pada masa tu saje je la beli, tak terfikir pon resultnya nanti either positive or negative..
Malam tu badan rasa penat-penat-penat sangat sampai ke kepala.. pastu abang suh saya mandi supaya sejok sket badan.. masa mandi tiba-tiba terfikir nak buat ujikaji menggunakan alat tu, dan kemudian….
Ya Allah, I’m Positive!!!!!!!
Saya terus keluar bilik air, dan pelok abang.. “abang, betol ke ni? (sambil tunjukkan alat tu dgn result TWO LINES)..
Erm.. tapi hampeh, abang buat muka selamba ja.. ala tak payah percaya sangat.. esok kita g check Dr. baru boleh confirm.. huhu…tensen gel abang ni…
Walaupun dalam hati pun macam ragu-ragu tapi kegembiraan memang tidak dapat disembunyikan lagi…. Saya sujud syukur.. Terima Kasih Ya Allah… HambaMu ini berjanji akan menjaga zuriat ini dengan penuh kasih sayang…
Keesokan hari..
Lepas je pergi akad nikah kawan saya di Masjid Besi, Putrajaya.. terus ke Klinik an-Nisa di Presint 9, dengan harapan nak verify ujian dan scan baby.. .Alhamdulilah..memang betol.. Cuma tak boleh scan lagi sebab Dr. cakap baby masih kecil, dalam 2 minggu lagi baru datang balek untuk scan.. tak sabarnya ibu nak tengok sayang!!
Majlis Pernikahan Nurul Afzan :)
aksi cover perot di belakang pengatin=)
Dan harini, ke office macam biasa… sekarang sudah kena mulai dengan menjaga pemakanan agar baby yang lahir nanti sihat.. mujur juga ada adek Siti Fairuz di rumah bolehla bantu saya di rumah.. kadang-kadang ok Cuma kadang-kadang badan rasa lemah je.. saya kena cari Vitamin C ni.. betol2 takder tenaga sekarang..Sekarang saya hanya makan asid folik dan ubat tahan muntah yang dibekalkan Dr.
Kawan-kawan jangan lupe doakan saya dan baby sihat yer… kalau ada apa-apa tips atau petua untuk berkongsi amalan-amalan semasa mengandung ni, bolehlah share dengan saya (^_^)
Dan disini saya ingin berkongsi Doa semasa Hamil yang dijumpai dari Mr. Google =)
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Ya Allah,
Periharalah anakku selama ia berada dalam perutku dan sihatkanlah dia, karena sesungguhnya Engkau adalah Dzat yang bisa meyehatkan. Tiada kesembuhan melainkan kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit sedikitpun.
Ya Allah,
Bentuklah dia di dalam perutku dalam bentuk yang bagus dan tetapkanlah hatinya dalam keimanan kepada-Mu dan Rasul-Mu.
Ya Allah,
Keluarkanlah dia dari perutku pada saat kelahirannya dengan mudah dalam keadaan selamat dan dengan bentuk yang indah dan sempurna.
Ya Allah,
Jadikanlah dia anak yang sehat dan sempurna, berakal yang cerdas, yang alim, dan beramal
Ya Allah,
Panjangkalah umurnya, sehatkanlah tubuhnya, baguskanlah akhlaqnya, fasihkanlah dan merdukanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Al Hadist dengan berkah Nabi Muhammad SAW.
Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam
AMALAN-AMALAN YANG DAPAT DIAMALKAN KETIKA MENGANDUNG
Disini saya ingin share antara amalan-amalan yang boleh dilakukan ketika mengandung..semoga bermanfaat untuk semua..
Doanya :
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar-mu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, Ya Allah, elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca hadis dan al-quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w".
2. Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangannya. Perempuan yang sedang hamil digalakkan memperbanyak mendirikan solat malam, solat sunnat, sentiasa menutup aurat.Manakala suami juga dituntut memperbanyakkan ibadat, berpuasa sunat terutamanya pada hari hari yang disunnatkan iaitu Isnin dan Khamis. Ibu yang hamil juga adalah digalakkan untuk sentiasa membaca makthurat terutamanya setiap kali selepas solat.
3. Memperbanyakkan membaca Al-Quran, ibu-ibu yang mengandung perlu memperbanyakkan membaca Al-Quran dan cuba memahami makna bacaanya. Antara ayat-ayat Al-Quran yang elok dibaca ialah :
- surah Al-Fatihah
- surah at-Taubah
- surah Yusuf
- surah Luqman
- surah an-nahl ayat ke 78
- surah al-A'raf ayat 189
Selain ibadah ia juga dapat memudahkan bersalin, mendapat anak yang sihat dan sempurna, anak yang patuh dan taat pada Allah dan Rasul-nya.
4. Sentiasa berakhlak yang baik. Bagi ibu-ibu yang hamil hendaklah sentias menjaga akhlaknya dan bersikap baik kepad jiran tetangga, tidak suka berborak- borak kosong dengan jiran kerana sikap yang tidak elok ini boleh mempergaruhi anak yang akan dilahirkan kelak. Perbanyakkan membaca Al-Quran daripada berborak-borak kosong. Demekianlah amalan yang dituntut bagi ibu yang hamil untuk mengamalkannya semoga Allah akan memberi ganjaran pahala kepadanya dan diharapkan anak yang akan lahir nanti anak yang betul-betul taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapanya.
Akhlak Isteri terhadap suami ketika hamil
- menunjukkan sifat kasih sayang terhadap suami
- menjaga lidahnya dari menyebut perkataan kesat dan keji.
- Taat kepada segala perintah suami selagi ia tidak melanggar hokum Allah.
- jangan cerewet dan menimbulkan masalah dalam rumahtangga.
- hormatilah hak dan kelebihan suami juga keluarganya.
- apabila suami dalam keadaan marah maka diamkanlah diri semoga ini dapat melembutkan hati suami.
- berterus teranglah pada suami apabila timbul sesuatu masalah dan jangan was-was terhadap suami.
- jangan merendah-rendahkan suami d hadapan orang lain.
- jangan berlebihan dalam berbelanja dan hendaklah selalu bersyukur dengan apa yang ada.
- jauhilah dari mencungkil rahsia-rahsia suami yang tidak dia sukai dan Janganlah sengaja mencari-cari kesilapan suami.
- jauhilah dari perasaan mencintai orang lain lebih dari suami sendiri
Wednesday, November 3, 2010
Merah oh Merah
Ingatkan sempat la pergi majlis kahwin Kak Eddi, dan majlis akad nikah zaila, tp nampak gayanya tak sempat la sebab kena terus ke Bukit Jalil… semangat Hulubalang Merah dah datang ni.. (sorry ye yan & Zaila ;p)
Setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan Kelantan kerana buat pertama kalinya berjaya menjulang Piala Malaysia pada perlawanan akhir Sabtu lalu. Kemenangan ini telah berjaya menamatkan penantian selama 89 tahun.
Stadium hari tu dibanjiri dengan lebih kurang kira-kira 90,000 orang. Siapa kata bola sepak tempatan tidak mendapat sambutan? Memang ramai dan mengujakan..warna merah di sana sini..
Last year, tengok kat TV je, tapi tahun ni abang suh ikot sekali, kena la ikot kata suami kan ;p ngenge (^_^) sebab kalo ikotkan aku tak larat dengan orang ramai sangat dan khuatir peristiwa2 yang tidak diingini akan berlaku tapi Alhamdulilah.. semua berjalan lancar dan nampaknya kali ni Rakyat Kelantan lebih bertamadun..
Pada sesi masa pertama, N9 mendahului kelantan dengan 1-0, tapi pada babak seterusnya Kelantan telah berjaya menyamakan kedudukan hasil dari lambungan Norshahrul Idlan Talaha dari sebelah kanan diiringi tandukan kencang Hairuddin.. masa tu sume penonton bersorak gila2!! Pastu semangat pemain dan penonton terus berkobar-kobar untuk memburu kejuaraan, aku masa tu dengan eta dah cuak gila dan sekejap je pastu Badri pulak yang jaringkan gol.. gol dia masuk cantik sangat!! Masa tu tak dapat digambarkan perasaan sorang-sorang, aku cuma berharap cepatla masa habis.. cepatla.. tengok2 ramai plak pemain yang cedera.. Akhirnya, sampai la bunyi wisel penamat… "Ya Allah, kita menang ta, kita menang!! "Rasa nak nangis dah!!! Syukur sangat atas anugerah ini.. Eta nampak, penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi sujud syukur kat padang lepas menang.. Alhamdulilah.. setelah 89 tahun, akhirnya Kelantan berjaya juga merangkul Piala yang paling berprestij setelah gagal tahun lepas dengan Negeri Sembilan.. tak sia-sia kedatangan kami dan harga tiket yang dibayar… Untuk rakyat Kelantan,
abang dan faiz :)
(Eta tak pakai baju merah ?;p)
Red!!
me and my baby (^_^)
awal-awal lagi stadium dah penuh..


