L.O.V.E

Showing posts with label motivasi diri. Show all posts
Showing posts with label motivasi diri. Show all posts

Saturday, November 21, 2009

~DEMI MATAHARI~


Demi matahari
dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi

Demi siang hari
bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah…
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah…

Allah mengilhamkan
sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ...
Subhanallah...

[LAGU TEMA : KURSUS TAQWA 2009]

Thursday, October 22, 2009

mana motivasi diri saya selama ni?

sekarang hanya ada 3 hari lagi sebelom kena submit the final thesis.
rasa betol2 stress, down, pressure tak best! saya taknak sebot lagi perkataan stress itu, sebab takot bertambah..so biarlah dia cool sendiri.

saya dah hantar kat >200 respondents for my survey tp baru 10% yang reply..sedeh la jugaks, then, how to collect the data?

Furthermore, at this moment saya buat je dulu bahagian laen, revised balek research objectives, research questions and significance of the study..part analisis tak bleh buat lagi, tak cukup sampling.

rasa macam nak pecah kepala ni.
tau tak?

dahla beberapa kali installed SPSS tapi sume corrupted..now,kat cc tgh try juga tp still corrupt..Ya Allah, bantulah hambamu ini..saya rasa mcm down lemah semangat sangat..
[sape ada installer SPSS bgtau saya ye]



asmah, pesanan ko buat aku cuba bangkit.

"try gile2 dlu k.jgn give up.abiskan cepat.nanti ko gak senang!"



selagi belom sampai 26hb, selagi itu masih ada masa!
selagi itu kena bertahan
mencuba sedaya upaya!
yeahhhhhhhhhhhh

arghhhh


cepat sambong wat kejer balek :>


"focus on celebration not the process!"

Sunday, October 4, 2009

It's new life for me...

Hari seindah biasa..


ini dateline terbaru..fuh, memang banyak..padan muka aku yang suka buat kerja last minutes..adek2 sume jangan tiru perangai macam ni yer..kena siapkan slow2 neh..

10 Oct - assignment Project Management
17 Oct - Exam PM
24 Oct -Submit IS / Presentation of KM

(dulu rasa macam tak dapat habeskan belajar neh, tapi sekarang azam mesti ditekadkan, by hook or by crook,i must complete my master study!) one month to go!!!!!


Minggu lepas banyak perubahan kehidupan yang baru..630am dah kena on da road takot jem dan 800am dah kena berada di office. bila balek umah penat sangat..huhu..sekarang ni boleh dikatakan aku berada di tahap transisi waktu..dulu 845am baru bertolak ke opis..sekarang ni jadual dah berubah, tubuh aku tengah menyesuaikan dirinya dengan keadaan baru..sian gak kat sistem tuboh aku neh..hehe..takpe ini sume untuk kebaikan ;)



insyaallah dalam bulan depan dah kena pindah putrajaya..nanti dah jaoh ngan abang........kawan-kawan, bile raya haji yer?


walau segetir mana ujian, walau sehebat mana cabaran dan tujahan liku..
hidup mesti selalu ceria!!!!


dan penuh fokus ;p


gambar ini ditujukan khas pada adek aku yang sorang lagi tu, sila minta maaf cepat...





nota kaki :

better safe than sorry

Sunday, September 13, 2009

Monday, May 11, 2009

harini rasa sangat sedih sedih sedihhhh


harini result MEDSI ambilan Jun 09 kuar... pagi tadi dah try check byk kali...then dalam kol 1 baru dapat check...dan yang paling aku sedey besar, aku tak dapat...wuaaaa... aku telah melebur-leburkan harapan papa dan mama setelah result kpli dulu pon tak dapat...sedey sgt!! hanya Tuhan je tau..mungkin ada hikmah yang terselindung di sebaliknya...kini, aku terima dengan redha tapi untuk berputus asa tidak sekali-kali.... cuma untuk kali ini aku ingin memohon maaf kepada kedua parents ku yang berharap tinggi... aku dah mencoba sedaya upaya sebaek mungkin...rezeki maseh tidak menyebelahi kali ini..



nota kaki :

dan buat Nor diana ahmad! tahniah gurl!!! nanti buat betol2 tau ;))

Wednesday, April 22, 2009

saya memang kuat!

kadang-kadang rasa tak kuat bila diuji begini..semuanya serentak.. semuanya penting..dan ianya terkandung dalam satu masa.....maaf, entry sebelom ni terpaksa didelete atas sebab-sebab tertentu..menjaga nama baek company...company saya memang baek tau =)

saya rasa saya sudah besar sekarang, besar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh...minggu depan adalah last paper untuk sem ni, dan saya hanya tinggal 1 lagi sem untuk menghabeskan master..insyaAllah...chayok,yien!!

saya rasa saya sudah perlu berubah..berubah dengan bersungguh-sungguh dengan sepenuh hati..berubah untuk buat kerja dengan lebih serius, ikhlas dan penuh perhatian... kadang-kadang saya rasa saya takperlukan kerja laen pon..saya tak tau... 29 april ni result kpli keluar, dan sekarang saya sudah tidak rasa apa-apa sekiranya saya tak berjaya ujian mtest tu..saya dah jadi laen sekarang...nape yer? dulu bersungguh-sungguh nak jadi cikgu..tapi memang saya nak jadi cikgu pon, tp apply kpli tak pernah dapat, yerla jawab pereksa sambil lewa jerk..saya nak keje sekarang, saya dah jadi suka giler bile time nak demo (dulu tak tido, prepare, siap gelabah lagi, muka pucat, fikiran tak tenteram) sekarang saya dah teruja bila nak demo, sebab saya tau saya takkan cukup tidor dan saya akan terus praktis dan tekanan itu membuatkan saya rasakan bahawa hidup kita memang perlu begitu...bila buat salah, kena marah, itu biasa, bila buat salah lagi, kena marah depan semua orang, itu biasa, bila buat salah, kena marah dengan suara yang kuat, itu juga dah jadi biasa, malu dah jadi bertukar menjadi sesuatu yang laen, membentok diri untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama, membuatkan kerja itu secara serius tanpa main-main, dan menjadikan kita cekal bahawa kita dimarahi kerana kita tak patot biarkan diri kita selalu begini selalu salah...

ma, saya sudah besar..

Monday, March 2, 2009

Overcome Obstacles to Success



“When you reach an obstacle, turn it into an opportunity. You have
the choice. You can overcome and be a winner, or you can allow it to
overcome you and be a loser. The choice is yours and yours alone.
Refuse to throw in the towel. Go that extra mile that failures refuse to
travel. It is far better to be exhausted from success than to be rested
from failure.”

— Mary Kay Ash, founder of Mary Kay Cosmetics

Thursday, February 5, 2009

Hard Work



The big secret in life is that there is no big secret. Whatever your goal, you can get there if you’re willing to work.
- Oprah Winfrey



i've been a busy woman! haha. it has been a very busy week for me... This Saturday, I need to submit a term paper for Professional Awareness and Research Skills (PARS) and at that day, I also have a DSS test which cover chapter 1 - 5..OMG!!!

Okey, ini tajok term paper saya :

Business Blog – Internet Marketing Tools for Young Entrepreneurs in Malaysia

Actually, I didn't have any idea of topic that I'm interested in, otherwise I need to make sure the topic is not too narrow nor too broad. tapi kira ok la tu kan, sekarang still tengah baca journal2 yang berkaitan... wish me luck yer ;)




nota kaki :

pesan pada diri ; Seriously, we need more young entrepreneurs... tapi untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, pelbagai kemahiran, ilmu, disiplin serta sikap yang positif perlu dipupuk dan ditanamkan di dalam diri. Jadikan pekerjaan makan gaji ini sebagai satu tempat untuk m'polish' bakat dan mendalami ilmu-ilmu kemahiran serta memupuk semua sikap-sikap positif. Inilah tempat dan waktu yang paling sesuai untuk kita menguji dan menyediakan diri sebelum menempuh dunia keusahawan yang penuh cabaran suatu hari nanti….

yeah!!!



Saturday, December 13, 2008

SEmanGAT BaRu!!!




Saya malas nak sambong lagi my previous entry sebab nanti emosi akan jadi tak stabil secara tiba-tiba...let it gone...Lately memang selalu rasa down dan lemah mebi kurang energy + letih + banyak benda kena fikir..sampai nak tido pon tak boleh..teringat pada 'cinta' baru ni..betollah kata orang kalo kita dah jatoh cinta, kita memang akan jadi giler!!! Shawls telah membuatkan hidup saya tak seperti dulu...

pagi tadi, after suboh memang kepala berdenyut2..tak tau nape..mebi terlalu exhausted..tapi terpaksa digagahi sebab arini start meniaga kat pasar tani..tapi yang ni tumpang kak ben jerk..thanks yer eta temankan saya..tapi serius pagi tadi memang rasa macam takleh bangun!
Sekarang saya dah realized kalo kiter memang passion pada sesuatu, apejua rintangan dan cabaran insyaAllah kita akan tegoh disitu....Saya mahukan semangat ini SELALU!!!

Ptg tadi, kak ben msg ckp shawls dapat jual tapi tak banyak lar...tiber2 rasa macam nak nangis dan down sangat..thanks baha for ur advice!!! I lurve you!!

I need to recharge my energy!! Don't let it down!! just put more enthusiasm =)

Yeah~~~



nota kaki:


I will never give up, no matter what the odds are, no matter what people say, no matter how far..Some how i lost that, but now i'm trying to find it again and get back my motivation. I need to keep pushing forward and never look back. I have a future to thank about, and its all up to me!! I will never back down!! yeah~~~



lega.









Friday, December 12, 2008

Aktiviti hujung minggu


12 DEC (Today)

1. malam ni - gi IKEA cari hadiah untuk akak sey kahwen esok :-)

13 DEC (Saturday)

1. pagi esok - jual shawls. Tumpang bazar kak bin (kakak ipar baha) kat Seksyen 3, Shah Alam..so, kawan2 esok kalo lalu kat shah alam, boleh la singgah kat situ yerk..leh tengok2 shawls, lunch hour tadi baru gi amek stock, so insyaAllah malam ni akan di upload :-) do visit me

2. tghari - amek Syud + eta terus gi Taman Melawati - jemputan kenduri perkahwinan kak long sey. Congrats sis!

3. Ptg - shopping sat kat JUSCO baru Keramat AU

4. Malam - study Endevo UML Modeler untuk nak integrate with LabVIEW. Banyak ni kena study and review - Phython scripting, PXI Architecture dan UML itself - SAPURA project....huhu...tak suka nyer :-(

14 DEC (SUNDAY)

1. Pagi - Cari barang (tambah stock shawls)

2. tghari - cari buku - buku baru sat


Setengah berisi setengah kosong ?

"Menyajikan kisah-kisah inspirasi yang mampu membetulkan perspektif kita terhadap apa jua situasi yang dihadapi. Lebih daripada itu, kisah-kisah inspirasi yang dimuatkan di dalam buku ini dapat membangunkan dan memacu rasa optimistik dalam hidup. Rasa optimistik yang membangkitkan kesedaran bagi mengenali masalah dan respons terbaik kepada masalah itu. Rasa optimistik yang membangkitkan rasa percaya, setiap masalah dan cabaran dapat diatasi. Rasa optimistik yang membina kekuatan untuk berhadapan dengan perkara negatif secara positif. Rasa optimistik yang apabila berhadapan dengan situasi buruk, namun masih mengharapkan yang terbaik. Mempunyai alasan untuk rasa geram, tetapi memilih untuk tersenyum."

2. Petang - Amek gambar tudung + mungkin nak add on tutorial cara-cara pakai shawls - ramai yang nak tau =)

3. Malam - upload gambar kat cc



nota kaki :

Apa yang pasti, hujung minggu ku bukan lagi waktu untuk bersenang-lenang, ia penuh dengan komitmen dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan.

P/s : sementara semester baru belom bermula, semua peluang harus diraih seadanya!

Friday, December 5, 2008

Full

Harini cuti lagi, amek annual leave :-)


Aktiviti harini:

1. Breakfast jap pastu terus gi KL - jalan jammed sebab tanah runtuh kat Jalan Semantan..memang terok..1 jam..saya tak dapat captured gambar tanah runtuh tu sebab keter penoh kat belakang...


masa ni dalam kol 940 am

2. Cari new stock of shawls - my darlings tempah & nak bawa balek kg lagi..sebab minggu depan baru dijangka ada, so baek cepat-cepat...Alhamdulillah ada stock cuma agak sedey sebab corak abstract mmg sold out! maybe minggu depan baru ada. Even camtu, ada new stripes pashmina yang baru sampai..so better amek cepat..hehe


cantek kan shawl ni? ;p

3. Gi kat Celcom - tanye pasal Celcom Broadband

Ni plan nyer :
Basic Plan : RM 68 + RM 499 (Modem)
Advance Plan : RM 98 + RM 499 (Modem)

Erm, baru jerk nak suscribe - tapi oppss, nama saya kena blacklist sebab maseh belom langsaikan outstanding payment untuk no postpaid Maxis yang dulu..huhu..sedey :-( terkubur cita-cita untuk bawa balek celcom broadband kat kampung nanti..

pengajaran / moral of the stories : Langsaikan semua hutang2 sebelom nak suscribe ape2 , sekarang ni even kiter ada hutang kat DIGI dan nak suscribe MAXIS, still tak boleh sebab diorang dah ada system yang akan block mane2 pemiutang termasok saya ;p

4. Oleh kerana segala harapan dan cita-cita untuk suscribe Celcom Broadband gagal, saya terpaksa la pergi ke cc kat belakang umah...Naseb la kan..tapi lambat nyer nak upload gambar..huhu.terpaksalah bersabar =)



nota kaki:

Hari Raya AidilAdha mengingatkan kita kepada pengorbanan besar Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail Alaihimassalam.
Betapa murninya pengorbanan mereka demi wahyu dari Sang Pencipta.
tetapi kita, melakukan sedikit pengorbanan sudah merasa kesah, sudah merasa besar tetapi percayalah pengorbanan itu pasti ada ganjarannya dan apa yang pasti, Hidup ini memang memerlukan sebuah pengorbanan. Besar pengorbanan, tinggilah ganjaran! Selamat Hari Raya Korban :-)

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Salam Adiladha kepada semua kawan-kawan dan semua pembaca setia blog saya...I Lurve you so much!!!

Monday, November 24, 2008

b u s y

Harini masok office awal, ingat nak install la Adobe Illustrator CS2, tp crack files kosong, Chek Pak lupe nak burn kan sekali...Try search kat keygen.us tapi xdapat masok, huhu....rasa stress+ tension. Jap agi nak ke Kelana Jaya, print kan CD Label. Ptg ni dah kena buat installation and configuration kat Jabatan Perdana Menteri (JPM), tapi banyak benda lagi tak figure out.. mmm camne ni yien? sabar ok..rileks..naseb ada blog, boleh releasekan tension kejap...

Ok, hari ni saya tak nak fikir negatif, tak nak rasa stress, tak nak sebut pon...tak nak semua tu... I can do better!!

Kata-kata motivasi untuk hari ni, baca dengan penuh perasaan!


"TODAY, I CHOOSE to give MY LIFE the BEST EVER!!!!!!!!!"



ok.
sekarang dah rasa lega sikit..hehe...Chayok, yien!!! go! go! gurl!! jangan give up, k ;)






nota kaki:

Thank you Allah, for giving me the strength that I have today.

Thursday, September 4, 2008

Harapan Ramadhan


Harapan Ramadhan by Raihan


Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna
agar dapat kulalui dengan sempurna

selangkah demi selangkah
setahun pun sudah berlalu
masa yg pantas berlalu
hingga tak terasa kuberada di bulan ramadhan

puasa satu amalan sebagaimana yg diperintah-Nya
moga dapat kulenturkan nafsu
yang selalu membelenggu diri
tiada henti2

Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna
agar dapat kulalui dg sempurna
Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna

Tak ingin kubiarkan ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpin lah daku
yg lemah mengarungi segalanya dg sabar

Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna
agar dapat kulalui dg sempurna
Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna
agar dapat kulalui dg sempurna

Kumemohon pd Tuhan diberi kekuatan
Kumerayu pd Tuhan diterima amalan

selangkah demi selangkah
dengan rahmat-Mu
Oh Tuhanhu kutempuh jua







Nota kaki :

Selamat datang Wahai Ramadhan, bulan yang agung, bulan yang penuh berkah, bulan yang menghapuskan dosa dan mengabulkan doa bagi orang-orang yang bersungguh-sungguh beribadah di dalamnya.

Ya Ilahi, Engkaulah tujuan kami dan KeridhoanMulah dambaan kami.

Friday, August 1, 2008

Hadapi hidup ini apa adanya!


Arini level department aku tak bernafas..saufi dah xder..sedih gak sebab selama ni dialah tmpat aku bergelak,bergaduh,bermanja,bercakap dan bersenda...dah hilang sorang lagi..En. Salleh; memang lama xnampak dah, Kak Jue; jarang2 muncul kat opis, banyak kat site di Penjara Kajang..Rozaily? erm, teman seperjuangan ku sorang ni mostly out of office. He manage to doing sales kat luar...Kalo ada, ada la orang..kalo tak..tinggalah aku sorang, cuma adalah kdg2 kawan datang melawat, xen, azri, farah, lizah..haha..mcm lucu pulak, org dtg melawat ;p

Semalam, ada motivational session ngan Kak Ju, since Kak Ju dah 20tahun keje kat sini...She advices me a lot! "takperlah susah sket sekarang, sebab nanti u akan belajar, Kak Ju dah lalui sumer 2..sabar jek..." Sabar..satu perkataan yang aku cuba develop dan practise ke dalam diri aku sampai arini..Yup, kesabaran adalah sesuatu yang harus dilalui, dipelajari, difahami, didalami dan dimasuki barulah kiter merasa kesannya..Dan kalimat itu jugalah yang aku cuba deliverkan kat adek aku semalam, dia mengeluh sebab kat tempat praktikal, hanya die yang byk buat keje even ada lg another student yg buat L.I kat situ..adek aku mcm xpuas hati lar..Nak berenti lah, xtahan lar, xbestla...huhu..Tp if based on my experienced, bos bg kite keje banyak sebab dia sayang kat kiter, dia percaya dan harap pada kita (mebi bukan sume boss, tapi aku cube menpositifkan keadaan)..So, jgn mengeluh tp show ur best comitment and polish ur skills! its an oppurtunity yg mungkin kita xkan dpt kat tmpt lain..Learn as much as possible...Sebab when u comfort, u stop growing...meaning skrg ni u tgh grow..This is very good+est for you in the long-run...Nanti bile dah masok working area, then u akan realized benda ni... Jangan mudah give up dan patah semangat! Dia dengar jerk la... Chewah, best x ayat2 motivasi yg aku bg kat adek aku semalam..Aku ni kan, kalo sape2 minta motivasi, asked me larr... ermm memang rasa berapi2 nak bagi..ala, maklumlah dulu cita2 masa kecik nak jadi Pakar Motivasi..rasa macam lari jauh pulak dr bidang sekarang...Ada hikmahla tu.. everythin' happens for a reason (",")

Esok ada kelas, assignment tinggal sket lagi to finish up..tinggal final editing..nak create ayat utk buat abstract...ntah nape arini, badan aku lemah sangat..panas..hidung berair...semalam xmakan lansong, ntah kemana selera pergi...duit plak tinggal rm10 lagi, baru berangan-angan nak tengok citer Batman, nampak gayanya batman kat umah je la weekend ni--tidooo :-).....camnelah nak survive sementara gaji masok..insyaAllah,ada la rezeki 2...kat mane-mane...aku xnak fokus sangat kat masalah, sebab aku xnak attract benda tu, aku percaya pada Law Of Attraction (Sape baca buku The Secret, dia tahu la benda ni..)Likes attract likes, So aku kena beware and control mind aku.. jangan sampai pikirkan masalah sangat..aku just nak fokus pada solution and end result jerk sebab aku percaya di sebalik challenge / keserabutan ini ada opportunity..Cubaan itukan ada kebaikan :)

Then next week plak, i need to prepare demo kat CIDB, diorang ni mmg "Lotus Country". Cuak gak ar, tapi aku kena well organized..Memangla kadang-kadang macam takder arah (no reference, no books, no expertise), tapi aku percaya petunjuk itu ada di jalan mereka yang mencarinya....Kehidupan itu kan memang selalunya susah payah...tetapi biasanya disebalik kesulitan ada kemudahan..insyaAllah...

K, lah jap agi ada Software Meeting..Kena prepare dulu....
Jangan lupe utk hepi-hepi selalu..hidup bukan untuk disedihkan!! Kamsahamidha (terima kaseh dalam bahasa korea) kerana sudi membaca my free expression :)






notakaki:
semalam baca buku "How to Get from Where You Are to Where You Want to be" from Jack Canfield
No Blame, No Excuse, No Complaint!! I must take 100% responsibility in my life..
saje je revise balek buku ni, to recharge my motivation. i need to be stronger!!!!

Tuesday, July 15, 2008

Kisah Sebatang Bambu...


Sebatang bambu yang indah tumbuh di halaman rumah seorang petani. Batang bambu ini tumbuh tinggi menjulang di antara batang-batang bambu lainnya. Suatu hari datanglah sang petani yang empunya pohon bambu itu. Dia berkata kepada batang bambu," Wahai bambu, maukah engkau kupakai untuk menjadi paip saluran air, yang sangat berguna untuk mengairi sawahku?"

Batang bambu menjawabnya, "Oh tentu aku mahu bila dapat berguna bagi engkau, Tuan. Tapi ceritakan apa yang akan kau lakukan untuk membuatku menjadi paip saluran air itu."

Sang petani menjawab, "Pertama. Aku akan menebangmu untuk memisahkan engkau dari rumpunmu yang indah itu. Lalu aku akan membuang cabang-cabangmu yang dapat melukai orang yang memegangmu. Setelah itu aku akan membelah-belah engkau sesuai dengan keperluanku. Akhir sekali aku akan membuang sekat-sekat yang ada di dalam batangmu, supaya air dapat mengalir dengan lancar. Apabila itu semua sudah selesai, engkau akan menjadi paip yang akan mengalirkan air untuk mengairi sawahku sehingga padi yang kutanam dapat tumbuh dengan subur."

Mendengar hal ini, batang bambu lama terdiam..... , kemudian dia berkata kepada petani, "Tuan, tentu aku akan merasa sangat sakit ketika engkau menebangku. Juga pasti akan sakit ketika engkau membuang cabang-cabangku, bahkan lebih sakit lagi ketika engkau membelah-belah batangku yang indah ini, dan pasti tak tertahankan ketika engkau mengorek-ngorek bahagian dalam tubuhku untuk membuang sekat-sekat penghalang itu. Apakah aku akan kuat melalui semua proses itu, Tuan?"

Petani menjawab batang bambu itu, " Wahai bambu, engkau pasti kuat melalui semua itu, kerana aku memilihmu justeru kerana engkau yang paling kuat dari semua batang pada rumpun ini. Jadi tenanglah."

Akhirnya batang bambu itu menyerah, "Baiklah, Tuan. Aku ingin sekali berguna bagimu. Ini aku, tebanglah aku, perbuatlah sesuai dengan yang kau kehendaki."

Setelah petani selesai dengan pekerjaannya, batang bambu indah yang dulu hanya menjadi penghias halaman rumah petani, kini telah berubah menjadi paip saluran air yang mengairi sawahnya sehingga padi dapat tumbuh dengan subur dan berbuah banyak.

------Pernahkah kita berfikir bahwa dengan masalah yang datang silih berganti tak habis-habisnya, mungkin Allah sedang memproses kita untuk menjadi indah di hadapan-Nya? Sama seperti batang bambu itu, kita sedang ditempa, Allah sedang membuat kita sempurna untuk di pakai menjadi penyalur berkat. Dia sedang membuang kesombongan dan segala sifat kita yang tak berkenan bagi-Nya. Tapi jangan khuatir dan bimbang, kita pasti kuat karena Allah tak akan memberikan beban yang tak mampu kita pikul. Jadi mahukah kita berserah pada kehendak Allah, membiarkan Dia bebas berkarya di dalam diri kita untuk menjadikan kita alat yang berguna bagi-Nya? Seperti batang bambu itu, mari kita berkata, " Ini aku wahai Allah, perbuatlah sesuai dengan yang Kau kehendaki."

Wednesday, June 18, 2008

Terapi Tekanan II

sambil buat kerja aku dengar lagu ni..dari raihan..bestnyer :)


S.E.S.U.N.G.G.U.H.N.Y.A

Sebenarnya Hati Ini Cinta Kepada Mu
Sebenarnya Diri Ini Rindu Kepada Mu
Tapi Aku Tidak Mengerti
Mengapa Cinta Masih Tak Hadir
Tapi Aku Tidak Mengerti
Mengapa Rindu Belum Berbunga

Sesungguhnya Walau Ku Kutip
Semua Permata Di Dasar Lautan
Sesungguhnya Walau Ku Siram
Dengan Air Hujan Dari Tujuh Langit Mu
Namun Cinta Tak Kan Hadir
Namun Rindu Takkan Ber Bunga

Ku Cuba Menghulurkan
Sebuah Hadiah Kepada Mu
Tapi Mungkin Kerana Isinya
Tidak Sempurna Tiada Seri

Ku Cuba Menyiramnya
Agar Tumbuh Dan Berbunga
Tapi Mungkin Kerana Airnya
Tidak Sesegar Telaga Kauthar

Sesungguhnya Walau Ku Kutip
Semua Permata Di Dasar Lautan
Sesungguhnya Walau Ku Siram
Dengan Air Hujan Dari Tujuh Langit Mu
Namun Cinta Tak Kan Hadir
Namun Rindu Tak Akan Berbunga
Jika Tidak Mengharap Rahmat Mu
Jika Tidak Menagih Simpati
Pada Mu Ya Allah

Tuhan Hadiahkanlah Kasih Mu Kepadaku
Tuhan Kurniakanlah Rinduku Kepada Mu
Moga Ku Tahu
Syukur Ku Hanyalah Milik Mu




Sesungguhnya - Raihan



TEraPi TeKanAn



Pekerjaan baru ku ini memang memberi pengaruh yang cukup terkesan dalam kehidupan. Apa tidaknya, satu pertiga daripada kehidupan seharian diluangkan di tempat kerja.Tugas yang terlalu banyak kadang-kadang menyukarkan aku bernafas dan hampir-hampir putus asa.Tetapi sebagai seorang Muslim, aku sedar bahawa kaedah terbaik menangani tekanan kerja sebegini adalah dengan berpegang erat kepada ajaran dan syariat Islam. Islam menganjurkan mereka yang menghadapi tekanan dan kesusahan perlulah bersabar, tenang, sentiasa rasional dan yakin dengan ketentuan Allah.

Allah memberikan panduan terbaik dalam menangani tekanan melalui firman-Nya yang bermaksud: “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar (iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah juga.

Aku harus menerima hakikat kehidupan manusia akan selalu diuji oleh Allah. Aku meletakkan keyakinan bahawa ujian seperti tekanan kerja sebegini adalah bertujuan untuk memantapkan keimanan, ketakwaan, kesyukuran dan rasa cinta kita kepada-Nya.


KAEDAH MENGHADAPI TEKANAN


Banyak kaedah menghadapi tekanan kerja berlandaskan ajaran Islam yang cukup berkesan untuk diamalkan.

Pertamanya, menjaga solat fardu lima waktu dan memperbanyakkan solat sunat. Banyak kajian pakar psikologi Barat sendiri yang memperakukan fadilat solat dalam memberi ketenangan jiwa dan pemikiran seseorang.

Menurut kesimpulan beberapa kajian sarjana barat, secara saintifiknya solat adalah suatu tempoh masa ‘aman dan damai’ di mana seluruh tubuh dan minda seseorang tertumpu kepada sesuatu (kepada Allah).

Gerakan dan keadaan minda dalam solat berupaya menghalang pengaliran keluar hormon seperti Cortisol, Epinephrine dan Norepinephrine daripada kelenjar adrenalin yang bertindak balas terhadap sebarang tekanan. Solat turut membantu memberi kesan positif terhadap sistem pernafasan, aliran oksigen dalam badan, degupan jantung dan gelombang otak.

Daripada konteks Islam, mendirikan solat fardu lima waktu, dilengkapkan dengan amalan solat sunat yang pelbagai, seseorang itu akan diberikan pertolongan oleh Allah dalam sebarang kesukaran.

Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 153)

Keduanya, dengan amalan berzikir seperti bertakbir, bertahmid dan bertasbih adalah amalan yang mampu menenangkan jiwa seperti jaminan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: “(Iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah.” (Surah ar-Ra’d, ayat 28)

Ketiga, mengamalkan mendengar, membaca dan menghayati tafsir al-Quran. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Al-Quran adalah penawar kepada kesakitan minda.” (Hadis riwayat Bukhari)

Membaca al-Quran sendiri memberikan ketenangan kepada pembaca malah kepada sesiapa yang mendengar bacaannya apatah lagi jika ayat Allah itu difahami, dihayati dan dijadikan panduan dalam kehidupan kerana al-Quran dan hadis adalah sumber teragung merungkaikan segala permasalahan.

Keempatnya, meletakkan keyakinan bahawa kehidupan dunia ini adalah sementara dan akhirat jugalah tempat yang kekal selamanya. Dengan cara ini, jiwa akan terasuh untuk menyedari bahawa apa saja yang berlaku di dunia ini baik yang positif ataupun negatif sekadar warna kehidupan dunia yang tidak kekal lama dan akan mendapat balasan setimpal di akhirat kelak.

Tekanan yang dihadapi di tempat kerja akan menjadi sesuatu yang terlalu kerdil jika dibandingkan dengan apa yang akan dihadapi di Padang Mahsyar kelak. Diri kita akan sentiasa takutkan azab api neraka dan berusaha mencari keredaan-Nya dan dimasukkan ke dalam syurga.

Kelima, dengan amalan berdoa, memohon keampunan dan menyerahkan segala apa yang sudah diusahakan bagi mengatasi tekanan diri untuk ketentuan-Nya. Allah berfirman yang bermaksud: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.” (Surah al-Ghaafir, ayat 60)

Kesimpulannya, walau sebesar manapun masalah atau kesukaran yang menyumbang kepada tekanan di tempat kerja, kita perlu sedar ia boleh dihadapi dengan jayanya jika tindak-tanduk kita menepati syariat Islam.

Tuesday, June 17, 2008

Doa Penawar Hati Yang Sedih Dan Duka...



"Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dan anak Hamba PerempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku ditanganMu, hukumanMu jatuh kepadaku, qhadaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu. Hendaklah Engkau jadikan Al-Quran sebagai penentram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihan hatiku.."


(HR Ahmad 1/391 dan Al-Albani menyatakan shahih)