L.O.V.E

Wednesday, April 28, 2010

konvo dah nak dekat ;)

lepas carik2 xjumpe plak gambar aku ngan zeti berdua..huhu dasyhat tak?
nampak sgt selalu gadoh..hahaha..
inilah satu2 nya yang ado ;)
sila abaikan hidong aku yg kembang tu....ish tak suka la ;p



Jut nak share untuk kawan-kawan/ kawan kpd kawan/saudara mara atau sesiapa saja yang bakal graduate di UiTM bulan May ni bahawasanya senarai sidang konvokesyen dah kuar... nanti bolehla check kat sini. Saya nye sidang 1 (untuk Phd dan Master student) 20 May 2010 Khamis pagi ;) dan my sis Zeti punye 27 May 2010 Khamis minggu depan (Degree of Accountacy) Kesian plak my parents kena datang 2 kali ;p


senarai checklist bolehla download kat link ni.
untuk maklumat lanjut atau sebarang masalah bolehla hubungi pegawai UiTM ;)



nota kaki :

saya nak kurus mcm dulu..
please help me!!!

Tuesday, April 27, 2010

shopping @ Dorothy Perkins

Lepas balek kursus hari tu, ada appoinment gigi @ Shah Alam, so pastu sempat lagi ke OU kejap sebab dah lama rasa gian nak shopping.. masa tu tgh ada pelancaran TV 3D Full HD dari Sony Bravia, then sempatla juga merasa pakai spek 3D semasa nak tgk TV tu..ala2 ms tgk citer Clash of the Titan tp spek yang Sony ni lagi reliable dan clear compared dgn citer Clash of The Titan tu..





ni tgh q up ramai sgt orang ;)

sila abaikan muka yang gelap mcm cekodok panas ni sbb baru balek kursus..

paham2 la kan...berpanas terik di dalam hutan ;)



ingat nak gi cari shawls kat Forever21 tapi takde yang menarik, ishh, lari budget..takde dalam senarai pon ni...


membership card - nanti kalo kwn2 ada nak shopping kat Dorothy Perkins / Topman/ Topshop bolehla guna kad ni nanti dpt 10% off dan saya bercadang utk shopping lagi bulan Mei ni sempena my bufday nanti dpt 25%.. kalo okeh boleh cari handbag hantaran dop? huhu





p/s/s: i miss my bestest frens ( baha, syud, eta,yan,sey,shark, zaila - rindu di alam maya apatah lagi di alam nyata...)

Kursus Pewaris Cemerlang Bil 1/2010


Bergambar bersama Dato' KSU

I yang kat tengah sekali tu, orange gitu ;)



Hi kawan-kawan yang dirindui semua..


I baru habes Kursus Pewaris Cemerlang di IBD, Lanchang, Pahang..… kat sini I just nak share sket pengalaman semasa berada kat sana..terpilih sebagai salah seorang peserta kursus ni memang merupakan suatu rahmat dan kesyukuran yang tidak terhingga dan frankly speaking this is the best program I ever had sepanjang 7 bulan berada di organisasi ni..


Last year pernah ke kursus Bina Taqwa, it’s a good course tp of course la kursus kerohanian biasanya lebih kpd indoor activities spt dengar ceramah, LDK dan sharing knowledge..tp kursus kali ni mmg beza memang berbeza (pinjam tagline seng heng ;p) setiap aktiviti yang dijalankan sebenarnya adalah simulasi kepada real life kita kat luar..mcm cth aktiviti puzzle menguji daya berfikir dalam problem solving, magic pipe pula menggalakkan kita berfikir secara kritis dan kreatif dan di luar kotak, dinasour egg juga mencabar ketahanan emosi dan showed how to speak with different level, mcm kat ofis la kdg2 apa yg bos cakap tak semestinya sama intepretasi nya seperti pekerja bawahan pikirkan so dia menguji bagaimana teknik utk kita deliver msg dengan lebih berkesan, seterusnya permainan war game melihat bagaimana kita organize ahli2 pasukan kerja kita in order to complete the mission and achieve our goal, its involve technique and tactics dan last sekali membina menara dengan menggunakan batang paip yang pvc tu dgn tali sebayak 20 batang tetapi kitorg hanya Berjaya smpai 17 btg je sebelom dia collapse..

Sebenarnya banyak pengajaran di sebalik pembinaan menara ni..I ditegur oleh fesi sebagai pemegang tali sbb cara pegang yang agak tinggi, itula bila kite menrima byk sgt arahan, kita pon tak tahu sama ada nak static mcm tu atau buat je ikot keselesaan dan kesesuaian kita.. yg tu kata angkat biar tinggi, yg sorang lagi biar mantain je, pastu yg tu suh kendur, yg tu suh tarik..pening rasanya..hehe…

tp I xsalahkan sesape, kerana mmg niat kami sume masa tu adalah utk sama-sama menaikkan 20 btg paip tp mmg betol la kata fesi Nampak tugas pemegang tali tu mcm kecil je kan, sampaikan kdg2 leaders terlepas pandang tanpa meminta input mereka, walhal setiap pemegang tali tu juga menyumbang kepada kejayaan atau keruntuhan menara itu, dan bila kita refleks pada kehidupan kita diluar, sebagai leader kdg2 kita terlepas pandangan [pada pekerja bawahan yang sebenarnya operation mereka juga menyumbang kpd kejayan atau kegagalan sesuatu organisasi tersebut, last skali I berharap agar ikatan ukhuwah yang terlah terjalin selama berkursus (ada skim F, J, M, S, etc) berkekalan sehingga ke ahirnya.. Insyaallah ;)

p/s: nasebla ada kursus camni, kalo x sumpah mmg tak kenal siapa-siapa.. jumpe org kat lift or kafe tak tegur pon..teroknya perangai maklumlah orang IT biasanya bercakap dgn machine je so komunikasi selalu break down..hehe..




dalam kelas (Sessi taklimat dan ice breaking)

compass marching





senam seni




dinasour eggs








bersama gajah di Kuala Gandah


sesi perbincangan dalam kumpulan

kumpulan one ;)


O to the n to the e, that's one!
all of One
One for all
Always be the number one
One, One,One!!!

cheers kumpulan kami yang akhirnya muncul juara ;))




I miss it!!!