L.O.V.E

Friday, November 18, 2011

Happy Friday!

Mesti korang boring kan? Blog ni asyik citer pasal wafiy, gambar wafiy, semua wafiy, wafiy, wafiy! Aghh boringla.. dah memang hari-hari dengan dia..tidur dengan dia, main dengan dia, berbual dengan dia..memang lah semua citer pun pasal dia..ahaks!

Okey kalo ada sesape yang boring dah menatap gambar anakanda yang tercinta ini, then, tak payah baca..bunyi macam kasar kan? Takdelah..takde niat pun.. tak taulah momentum nak menulis pun macam takde, apatah lagi nak citer-citer pasal benda lain..

Ok gambar terbaru untuk hari ini..

Tapi gambar ni capture semalam.. semasa dia tengah main dengan ayah! Syok kan kalo main dgn ayah..mesti tergelak-gelak..si ayah pula, tak menyempat nak salin baju kerja.sampai je rumah, bukak kasut, terus gi terkam budak ni..dahla nak tidurkan dia susah,pastu dia selamba je kejutkan wafiy bangun! Ah tension..

Lately wafiy lambat nak tidur bila sampai rumah, risik punya risik rupanya kat nursery, dia tidur hampir sepanjang hari..maklumlah ada air-cond..sejuk! tapi yang cikgu nursery pun satu, dah budak tu tidur banyak, kejutkanlah dia..jangan dop biar tidur je..takde aktiviti nanti pasif perkembangan otak dan fizikal dia..patutlah balik umah je aktif bukan main..merangkak sana, merangkak sini..berguling-guling..pastu nak pakaikan pampers punyalah susah, dahlah gi tarik rambut ibu pastu tak sempat nak letak minyak yuyi, dia dah bangun..sayang! sayang!



tengok tu, duduk pun pose! eh takdelah sebenarnya wafiy tak boleh duduk sepenuhnya lagi..dia still kena bertongkat dengan tangan..

keadaan rumah tak payah cakaplah, bersepah! playmat dia plak kena buat boundary dengan bantal..kalau tak, memang dah kat bawah kerusi la jawabnya..


nota kaki :
gambar ambil guna handphone, blur sket kan?

No comments: