L.O.V.E

Showing posts with label B O L A. Show all posts
Showing posts with label B O L A. Show all posts

Thursday, December 30, 2010

Malaysia Menang Piala AFF Suzuki!

Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana akhirnya berjaya merangkul Piala AFF Suzuki 2010 setelah kemarau selama 14 tahun!semangat juang yang kental akhirnya membawa kita kepada kejayaan sebenar..
Syabas!


Walaupun menerima tekanan daripada penyokong Indonesia nyata kita tidak mudah melatah apatah lagi mengalah. Hadiah 1 gol daripada Safee Sali berjaya memadamkan harapan dan impian Indonesia untuk mengejar 4 mata persamaan dan 5 mata kemenangan.tetapi akhirnya kejayaan mutlak adalah milik Malaysia. We are the champion!


Khairul Fahmi Che Mat ternyata menjadi penyelamat semasa Indonesia mendapat tendangan penalti. sungguh hebat dan mengkagumkan. Saya menjangkakan beliau akan mendapat anugerah pemain paling bernilai tetapi dinobatkan kepada Kapten Pasukan Garuda, Firman Utina. Walauapapun, kamu tetap menjadi pujaan dan sanjungan rakyat Malaysia. Apex memang hebat!! Kamu adalah penjaga gol paling bernilai di Dunia! yeayyy!


nota kaki:

terima kasih kepada Pasukan Harimau Malaya di atas kemenangan ini, kerana kejayaan kamu, kita semua dapat cuti esok! yeayy (n_n)

Thursday, December 16, 2010

Malaysia menang 2-0 ke atas Vietnam di AFC Suzuki 2010


Yeya!!!



Tahniah buat pasukan bola sepak Malaysia setelah menang 2-0 ke atas Vietnam dalam permainan perlawanan Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam. Ramai sungguh rakyat Malaysia hadir memberikan sokongan semalam. Jaringan tersebut telah dihasilkan oleh Safee Sali pada separuh masa kedua. Walaupun Safee Sali kena kad kuning tapi tahniah juga diucapkan dan semoga aksi kecemerlangan ini diteruskan semasa perlawanan separuh Akhir kedua di Vietnam pula Sabtu ini. Nampaknya kelebihan beraksi di tempat sendiri tidak disia-siakan. Syabas!



Tapi saya nak ucap tahniah juga pada penjaga gol Malaysia Khairul Fahmi Che Mat yang banyak menyelamatkan gol Malaysia dari dibolos oleh serangan berbahaya Vietnam, bangga sungguh dengan orang kampong saya ni! Buat semua pasukan Malaysia tahniah sekali lagi diucapkan! Teruskan usaha dan jangan mudah berpuas hati kerana masih banyak lagi cabaran menanti.






ni lah dia Safee Sali




penjaga gol kebangsaan Che Khairul Fahmi



nota kaki :
nampaknya kebangkitan bola sepak negara dah kembali ;)




Wednesday, November 3, 2010

Merah oh Merah

Sabtu pagi ke Shah Alam ada appointment gigi.. lama gile kat sana..org ramai.. pastu terus ke Perodua Petaling Jaya, check kereta lagi.. logik ke masa dia bagi kereta haritu, dia tak letak penutup tangki minyak..huhu? pastu tayar 3 ada bunga dan satu takde..nampak sangat diorang tukar..pas abang gi sana dan bagitau, baru diorang bertindak.. Bukan nak salahkan pekerja Perodua semata-mata tetapi aku rasa, kalo buat kerja janganlah cincai – cincai saja…



Ingatkan sempat la pergi majlis kahwin Kak Eddi, dan majlis akad nikah zaila, tp nampak gayanya tak sempat la sebab kena terus ke Bukit Jalil… semangat Hulubalang Merah dah datang ni.. (sorry ye yan & Zaila ;p)



Setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan Kelantan kerana buat pertama kalinya berjaya menjulang Piala Malaysia pada perlawanan akhir Sabtu lalu. Kemenangan ini telah berjaya menamatkan penantian selama 89 tahun.



Stadium hari tu dibanjiri dengan lebih kurang kira-kira 90,000 orang. Siapa kata bola sepak tempatan tidak mendapat sambutan? Memang ramai dan mengujakan..warna merah di sana sini..



Last year, tengok kat TV je, tapi tahun ni abang suh ikot sekali, kena la ikot kata suami kan ;p ngenge (^_^) sebab kalo ikotkan aku tak larat dengan orang ramai sangat dan khuatir peristiwa2 yang tidak diingini akan berlaku tapi Alhamdulilah.. semua berjalan lancar dan nampaknya kali ni Rakyat Kelantan lebih bertamadun..



Pada sesi masa pertama, N9 mendahului kelantan dengan 1-0, tapi pada babak seterusnya Kelantan telah berjaya menyamakan kedudukan hasil dari lambungan Norshahrul Idlan Talaha dari sebelah kanan diiringi tandukan kencang Hairuddin.. masa tu sume penonton bersorak gila2!! Pastu semangat pemain dan penonton terus berkobar-kobar untuk memburu kejuaraan, aku masa tu dengan eta dah cuak gila dan sekejap je pastu Badri pulak yang jaringkan gol.. gol dia masuk cantik sangat!! Masa tu tak dapat digambarkan perasaan sorang-sorang, aku cuma berharap cepatla masa habis.. cepatla.. tengok2 ramai plak pemain yang cedera.. Akhirnya, sampai la bunyi wisel penamat… "Ya Allah, kita menang ta, kita menang!! "Rasa nak nangis dah!!! Syukur sangat atas anugerah ini.. Eta nampak, penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi sujud syukur kat padang lepas menang.. Alhamdulilah.. setelah 89 tahun, akhirnya Kelantan berjaya juga merangkul Piala yang paling berprestij setelah gagal tahun lepas dengan Negeri Sembilan.. tak sia-sia kedatangan kami dan harga tiket yang dibayar… Untuk rakyat Kelantan,


Tahniah!!

Kerana Kita Kini Bergelar Juara!!!



abang dan faiz :)

me and eta
(Eta tak pakai baju merah ?;p)

"Gomo Kelate Gomo"

Lautan Merah memenuhi stadium


Red!!


me and my baby (^_^)



awal-awal lagi stadium dah penuh..



"anak kijang "

Tension gile dengan sorang mamat kat belakang aku ni

dop bertempik suh jaga anak kijang dia

"mati la anak kijang aku tu wei, wei anak kijang aku tu, lemas la weeee"

dah sape suh letak kat palang, pergi la tgk instead of dop meneriak..

it is annoying ok..


FRU mengawal rapi penyokong kelantan


a lot of sepanduk & banner!!



penyokong Negeri Sembilan mula membanjiri stadium

Hoben Jang Hoben!!


** Maaf, semasa perlawanan dan semasa gol dijaringkan tiada gambar dirakam kerana tidak sempat dan terlebih fokus ;p**


deratan bas dan kereta di luar perkarangan stadium

full!!!


ahir kata, Tahniah sekali lagi kepada seluruh rakyat kelantan!!

dan untuk pasukan "The Red Warriors"

Anda adalah juara di hati kami!!!

-Gomo Kelate Gomo-


** next day**


sunday!!

Tengahari :
Majlis perkahwinan Norhidayah Zaila dan Zulfadhli di Dewan Komuniti Hill Park, KL


3 siblings!




me & abg



with frens and Amir!! ;)



syud - The Novelist




again!!


petang nya terus ke Majlis Ulang tahun Thaleah Adriana yang ke -2 :)

Happy Birthday girl!!! (",)