
--sungguh nampak hebat, nampak hepi, bahkan kadang-kadang rasa " bestnyer keje macam dia.." tetapi kamu belom rasai derita yang tersimpan di dalamnya.."
pernahkah sepanjang kamu bekerja, gaji kamu kosong? bahkan kadang-kadang negatif?
pernahkah pekerjaan kamu membuatkan kamu lalai dari mengingati Allah, sehingga kadang-kadang terleka solat?
pernahkah sepanjang kamu bekerja, kamu terpaksa mengeluarkan semuanya?
pernahkah kamu bekerja kamu terpaksa berlakon/berpura-pura bahawa kamu ini hebat? kamu ini byk duit? kerja kamu berjaya?
pernahkah sepanjang kamu bekerja kamu terpaksa berlakon yang kamu sememangnya hepi walaupun sebenarnya hutang kamu berlambak!
pernahkah sepanjang kamu bekerja asyek tak cukup duit? muka dah naek tebal meminjam duit kawan-kawan, mak ayah tak payah cakap?
pernahkan sepanjang kamu bekerja dulu,kamu bebas bergaul, bertepuk tampar lelaki wanita, bergelak sana sini?
dan andainya semua jawapan itu adalah ya, maka kamu patut bersyukur kerana kamu mengalami naseb seperti saya sehingga Allah memberikan saya jalan keluar yang jauh lebih baek
tetapi maseh dapat merasa betapa manisnya pengalaman itu.....
inilah saya suatu ketika dulu, cukup 6 bulan dan saya rasa saya perlu melakukan sesuatu...tetapi sehingga sekarang saya maseh menanggung akibat dari pekerjaan dulu yang banyak memusnahkan perhubungan saya dengan saudara-mara dan kawan-kawan...saya tidak mengatakan kerja saya dulu tidak mulia, tidak! sesekali tidak, tetapi hanya telah tersurat bahawa untuk waktu itu sebenarnya ia bukan tercipta untuk saya! diulangi..bukan untuk saya...
menjadi seorang agen unit amanah banyak memberikan pengalaman yang manis dan agak pahit pada saya...
apa yang manis?
kerana kerja ini, saya disini sekarang...ia sedikit sebanyak membentok jiwa saya menjadi kebal dan kental (tengok, ada baeknya kan? saya bukan kata kerja saya dulu jahat)
saya banyak mengaplikasikan skill berniaga, how to do marketing? how to rapport..dan ade sedikit kemahiran komunikasi...
tetapi yang manis pon ada pahit nyer ke?
yup, sudah tentu ada..sekarang saya berhadapan dengan one of my client yang nak redeem yang mungkin tak puas hati dengan my services dan mungkin juga keadaan kewangan dunia sekarang...
ramai orang salah konsep, dengan mengatakan agen unit amanah ni penipu! kaut untung, dapat duit.. sedangkan mereka tidak tahu betapa beratnya amanah memegang duit orang...dan ini juga adalah antara sebab mengapa saya berhenti, saya tak mampu memikul amanah itu...
okey berbalek kepada cerita tadi, saya sebenarnya agak terkilan kerana beliau ingin mereedem duitnya..apa yang pasti beliau tidak akan dapat sama seperti duit yg dilabur pada awalnya..itu sudah pasti! kerana inilah konsep pelaburan, long term (memang sah-sah tak follow sebab baru hampir setahun - tempoh matang ialah 3-5 years), and duit akan mengikut pasaran semasa which means you may be loss or gain... tetapi mengikut situasi sekarang, sudah tentu kamu tau kan?
sebenarnya saya tak kisah, saya lagi suka sebab dah tak perlu pening kepala every month dahlah tak dapat komisen,.hehe..siap negatif lagi..tak taula..tolak yuran ape ntah...komisen pon
hanya rm2.00 jerk.. bukanlah banyak sebab 0.025% dari duit pelaburan, just imagine contoh melabur RM100, komisen kita hanya RM2 kadang2 xsampai, dia tolak cas ape ntah.,.xkisahla sebab duit dr unit amanah bukanlah income utama saya...itu hakikatnya! kalo nak bagi hadiah pada client dulu pon terpaksa berkira sebab kita perlu membayar semuanya...kalo pelaburan besar mugkin tidak apa, bagaimana dengan yang kecil?
entahla, sehingga kini, saya sndiri maseh lagi memarahi diri saya..mengapa saya begitu? saya menyalahkan diri saya 100% kerana dulu yup, saya janji macam-macam..last2 tengok saya dah berhenti...kehidupan amat sukar diramal..saya bersalah dengan semua orang..saya adalah orang yang penuh dengan kesalahan dan kesilapan...
saya tak tau bagaimana progress nya nanti...
tengoklah dulu..insyaallah semuanya akan dipermudahkan oleh Yang Maha Berkuasa..Terima kaseh Allah atas segala-galaNya :)
moral of the story :
1. dan kerna itu juga saya banyak belajar betapa hinanya meminta..betapa malu meminjam...apatah lagi betapa segannya melarat...bukan bermakna saya punyai segala-galanya tetapi saya mencuba untuk ada walau kurang sempurna supaya tidak berada pada golongan itu....cukup! saya sudah segan..saya tidak mahu lagi..tidak mahu!!
2. dan kerna itu juga, saya mula bertatih untuk punyai bisnes sendiri..walau hanya kecil..tetapi cukup puas apabila kamu menjadi bosnya! kamu sendiri yang mengarah kamu sendiri yang mengikutinya...kamu sendiri yang menanggung risikonya..terima kaseh yang tidak terhingga kepada semua kawan-kawan seperjuangan yang begitu memahami diri ini...baha, eta, yan, syud, zaila, saila, shark, shida, linda, amal, asmah, kakju ..dan mungkin ada yang tidak disebutkan...semangat akan terus bertahan dengan berkat doa kalian :) - dan adakah kamu percaya hanya dengan bisnes kecil ini, sekurang-kurangnya kamu telah berjaya melangsaikan hutang lama, kamu berjaya membuat sedikit simpanan, kamu sudah tidak perlu pertengahan bulan sudah menelefon ayah ibu untuk meminjam wang, kamu sudah berjaya ada aset sendiri...jadi apa lagi..ayuh, marilah kita bersama-sama menjadi seorang entrepreneur..banyak lagi niche market yang kamu bisa kendalikan selain dari perniagaan shawls seperti saya (maklumlah saya tiada bakat membuat cupcake, apatah lagi memasak puding jagong ;p) so jual je la benda yg dah ada ;)
3. walau apa pon, segala kebaikan dan rahmat itu hanya datang dari Allah..tiada satu pon dari kita...kita ini hanya kerdil...malah tidak punya apa-apa..saya berlindung dengan Allah yang Maha Kuasa dari segala sifat alpa, sifat lemah dan putus asa, sifat takbur dan riak....semoga Allah sentiasa bersama-sama kita :)
nota kaki:
maaf yer, kamera saya berada di shah alam dengan adek saya...so, minggu ni takder gmbr baru yang dicapture :)















































