L.O.V.E
Thursday, February 2, 2012
Pergi..
Yien...
Ye yoh?nape yoh?
Yien, adik dah takde.....
Ya Allah, aku rebah..aku tak dapat kawal perasaan..Allahuakbar..opismate menenangkan aku..
Bos terus tempah tiket fligt, alhamdulilah segala dipermudah..flight ke kb pukul 1.35 plg awal..aku harap aku sempat, aku kal abg utk amek wafiy.. Aku balik dulu, sebab takut tak sempat menatap wajahnya buat kali terakhir..Ya Allah, permudahkanlah...permudahkanlah..
Opismate dan bos hantar terus ke airport dan terus ke kiosk utk beli dan check in..
Syukur sekali lagi flight tak delay, sampai je 230 anis n yuh dah tunggu..kami bergegas...
Saat ini air mata aku sudah kering, tapi sebaik saja sampai di luar rumah, tak sempat parking, aku berlari meluru keluar...
Adikkkkkk!!
Adikkkk!!
Adik terbujur kaku, ramai di kelilingnya membaca yassin..
Aku buka kain di mukanya...Ya Allah, indahnya senyumanmu sayang...terlalu manis... Adik seperti sedang tidur lena...aku peluk adik. Aku cium dahinya tapi hati2 agar tidak menitik air mata takut terkena kulitnya...aku pasrah...
Selepas itu, adik dimandikan..wangian menusuk di segenap rumah...sangat harum...
Dan selepas itu, adik dikapankan..papa panggil semua family untuk menatap wajahnya buat kali terakhir...
Aku peluk adik, aku dakap adik puas2, aku cium dahi, pipi, dagu adik...air matanya menitis....Ya Allah,besarnya kekuasaanMu... Selepas itu adik disembahyangkan dan aku iringi adik ke kubur... Ya Allah,indahnya petang ini... Cuaca mendung, angin mendayu-dayu..nak hujan tapi tak hujan..sungguh mendamaikan... Petang itu juga selepas segalanya selesai, kami adik beradik stay..kami bacakan yassin untuk adik buat kali terakhir..mama tak ikut, mungkin dia takut dia tidak kuat.. Tabahkanlah keluarga kami Tuhan...
Kawan2 adik penuh mengiringinya termasuk saudara mara, sahabat handai...semua mengiringi adik..subhanallah, bertuahnya kamu syg... Semoga roh adik tenang dan ditempatkan di kalangan hambaMu yang soleh..amin..
Al-Fatihah
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ujian
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Al-fatihah..
Sy odw ke lcct..
Ya Allah, permudahkanlah perjalananku agar sempat menatap wajahnya buat kali yang terakhir..
Al-fatihah untuk allahyarham muhammad syafiq bin muhd nuri..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Updates
"Ya Rahman, Engkau berikanlah kesihatan yang terbaik untuk mamaku agar terus dapat menjaga adik, Engkau anugerahkan umur yang panjang agar aku sempat berbakti dan membalas jasanya..."
Aku masih dapat bayangkan, dialah orang yang sibuk dan tak tidor malam skali, siangnya sambil berada di wad, sempat ke sana ke mari cari air tawar, jumpa ustaz/ustazah itu ini, malamnya tak tido dengan mengajinya, solat hajat dan tahajjudnya.. Kasih seorang ibu, amat ikhlas dan murni tanpa sebarang balasan..
Dan mengikut cerita sebenar, hari jumaat yang lepas, adik pergi tusyen dengan motor, selalunya TAK PERNAH sebelum-belum ini sebab papa hantar dia, tapi orang kata nak geroh(benda nak jadi) -haritu papa benarkan dia naik motor, sebab dia tak cekap mana bawa tambahan takde lesen,tapi kami tahu dia bawa slow.. Sebab dia budak skema..
Petang tu lepas balik dari tusyen kawannya hafiz suruh hantar dia ke rumahnya sambil-sambil nak kenal rumah dia, syafik setuju tapi helmet ada satu je..so dia bagi kawan dia yang pakai sebab dia yg drive, syafiq membonceng..semasa dalam perjalanan, hafiz terserempak dengan sorang lagi kawan dia- kwn dia tu ajak berlumba, syafik ni pulak ikut je la.. Budak 15 tahun bawak motor mana ada perkataan slow dalam kamus hidup mereka. Nak laju aje.. Masa dia press untuk berlumba, hafiz tu angkat motor seperti gaya willi- dan masa dia pandang belakang syafiq dah takde sebab jatuh tergolek dan terguling di jalan tar kepalanya terkena hentakan batu... Aku tak dapat bayangkan bagaimana seksanya keadaan dia semasa itu,
Dan menurut cerita papa, masa hafiz tu kal, papa smpai dulu sebelum ambulans dan dia dah tak sedarkan diri masa tu lagi, doc yg dalam ambulans melompat keluar untuk segera selamatkan dia sebab takut mati otak..alhamdulilah walau keadaan amat kritikal dan 50 - 50 tapi masih belum mati otak dan sebab tu pd hari pertama dia terpaksa guna renjatan elektrik di dadanya sebab jantung betul2 hampir terhenti.. Sampai di hospital pula, doc pertama yg merawatnya di unit kecemasan cakap pada papa n mama
"Anak pakcik/makcik dalam kedaan koma yang paling kritikal..dia akan meninggal harini..
Kalau dia hidup pun dia tak akan jadi seperti orang biasa lagi dah.."
Hati ibu bapa mana yang tak sayu bila doktor kata camtu, tapi mama dah redha.. Lagi sebak bila lihat air kotak dan roti yang dibelinya dalam bag tusyen tak dijamah lagi, dahla sebelum solat jumaat tu dia tak makan lagi... Ya Allah, selamatkanlah adik...
Pada saat ini hanya pada-Nya segala pengharapan diletakkan sebab walau apa pun kata doktor tapi doktor bukan TUHAN..
Dan memang, bila nak uji kita, Dia akan uji dengan benda yang kita paling sayang..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Wednesday, February 1, 2012
Adik..
Sakit..
Kalau kita setakat nak datang hanya untuk melihat keadaan pesakit dan kemudian mengambil tempat Tuhan meramalkan keadaan masa depan pesakit tu begini, dan begini, baik tak payah datang.. Kamu hanya akan melukakan hati ahli keluarganya sahaja.. Doktor pun tak cakap apa- apa, kamu pulak yang lebih terpelajar dari doktor,
"Oh, teruk juga keadaan nya ni.. Kemungkinan besar kalo sedar pun, tak boleh sekolah dah, bla, bla,bla..."
Erm, selalunya kalo koma ni, memang tak lama dah ni.."
Cukup! Tak payah dtg pun takpe! Memang mudah kita berkata-kata lebih2 lagi terjadi pada orang lain? Dan bukan pada keluarga sendiri? Pernahkan kamu terfikir perasaan ahli keluarganya?
Seharusnya pelawat pesakit WAJIB tahu adat menziarahi pesakit seperti yg diajar Rasulullah SAW.. Mendoakan pesakit, memberikan semangat dan kata-kata perangsang/motivasi, membacakan yassin, turut sama membantu apa yang boleh ditolong..
Sebenarnya apa yang dialami adik, menginsafkan kita betapa kematian itu sentiasa bersama kita pada setiap masa, tidak mengira umur dan dimana, sudah cukupkah amalan yang akan kita bawa nanti? Cukup-cukuplah membuat dosa, takut tak terampun kerana dosa dengan Tuhan mungkin diterima taubat tapi bagaimana dosa dengan manusia?
Mcm cikgu2 sekolah adik memang memahami..
"sabar ya, ini semua dugaan bukan sahaja pada ibu bapa, tapi juga pada sekolah, syafik antara calon 9A PMR tahun ni.. Di sekolah kami mmg setiap tahun ada kes camni dan alhamdulilah, berkat doa, solat hajat dan usaha semua mereka pulih seperti sediakala dan score.. Kami di sekolah tidak putus-putus mendoakannya segera sembuh.. "
Bila kita dengar, rasa lega..sungguh positif dan bermakna..bila agama ditanam dalam diri, hanya Redha Allah yang dicari, tapi andai hasad yang di hati, memang hanya tahu mencaci...
Sungguh beruntung kamu adik, hampir setiap malam, masjid2 di sekitar kg kita buat solat hajat dan bacaan yassin untuk adik, papa n mama tak berenti berusaha jumpa ustaz/ustazah minta air tawar dan doa sebagai ikhtiar selain cara doc.. Aku yakin adik akan sembuh seperti aku disembuhkan dahulu...
Ya Allah, besarkanlah keimanan keluarga kami untuk terus mengharungi ujian dan dugaanMu ini...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.