
Semalam saya dah pergi tengok rumah.. nasib baik pintu tak berkunci tapi agak disappointed la dengan keadaan dalam rumah tu, syiling rumah ada bekas tampalan cat akibat bocor, tile bilik air bercampur-campur mungkin sebab tampalan simen, kat dapur takde tempat nak letak dapur gas, tapi heran? sinki sampai 4, mesin basuh kena letak kat luar pintu dan macam-macam lagi...keadaan rumah pun tak nampak sangat sebab gelap, air dan elektrik takde..
Saya belum buat keputusan sebab sayang sangat nak tinggalkan rumah sekarang, walaupun kecil dan bertingkat tapi banyak kemudahan di sini. tengok muka abang pun dah tau dia macam berat hati tapi mama saya suh pindah.. sekarang saya akan senaraikan beberapa kelebihan dan kekangan proses ni nanti ya
Kelebihan apartment Presint 5
- Rumah baru (I’m the first tenant)- sangat cantik dan saya suka!
- Walaupun apartment biasanya mempunyai masalah parking tapi setakat ni alhamdulilah tak pernah lagi tak dapat parking
- Paling best ialah dekat dengan surau, kalau lepas maghrib dapat dengar orang tazkirah kat bawah. Dan bangun pagi pun sebab azan subuh
- Lif laju (mungkin sebab rumah baru)
- Kat bawah rumah ada kedai runcit dan dobi. Hanya jalan kaki
- Ada kemudahan bas. Aik kenapa bas penting? Kan pergi kerja dengan kereta? Sebenarnya pernah beberapa kali berlaku, semasa motor abang pancit, abang terpaksa guna kereta, so saya boleh naik bas sebab frenkuensi bas pada waktu pagi ialah pada 15 minit.sangat cepat kan? Tambang pun 50 sen saja
- Ramai kawan-kawan seopis tinggal di sini. Senang nak minta tolong (buktinya semasa kereta saya accident tahun lepas, saya menumpang hani (my opismate) dekat sebulan..thanks sayang!!
- Rumah tak besar sangat so tak penatla nak kemas
- Dekat gile dengan office. hanya 5 kilo meter
- Privasi dan aman
- Jauh dari Bandar. Dalam lebih kurang 12 km untuk ke Alamada / Mydin
- Jauh dari tempat makan / restoran
- Lif -pernah terjadi ada orang terperangkap dalam lif dan semua lift shut down. saya terpaksa naik tangga dari ground floor ke tingkat 9 dengan perot yang memboyot
Kelebihan Teres Presint 11
- Rumah bertanah dan tak perlu naik lif. Park je kereta dan boleh terus masuk rumah
- Sangat luas dan besar. Ada 4 bilik, 1 stor dan 3 bilik air which is cukup besar bagi saya dan memberi kemudahan kepada family/ saudara mara bila datang
- Dapur ada wet kitchen dan dry kitchen
- Bilik air master bedroom ada bath tab dan boleh berendam lama-lama ala-ala princess gitu;p
- Depan rumah ada playground boleh la jogging kat situ je petang2/ pagi2
- Dekat dengan klinik, kedai runcit, restoran
- Boleh bercucuk tanam di hadapan dan belakang rumah
Kekurangan Teres Presint 11
- Jauh sket dari office dan agak jem (tapi takde la teruk cuma kalau nak dibandingkan dengan rumah sekarang memang smooth gila perjalanan, 10 minit dah sampai)
- Rumah tak de pagar takut juga berlaku kecurian
- Rumah lama dan material rumah pun agak usang
- Nanti kena buat langsir lagi…. Banyak sliding door dan tingkap (atas dan bawah)
- Takde kemudahan pengangkutan awam seperti bas dan agak susah bila berlaku kecemasan sebab sekarang ni kami hanya ada 1 kereta 1 motor…
- Tangga ke tingkat atas sangat tinggi dan gayat!! (alasan…)
- Rumah ni jauh sikit dari surau
Dan yang paling penting kos pindah dan kos untuk proses menduduki rumah paling kurang 1K ( deposit rumah, air, elektrik). Walau apapun, saya cuba berlapang dada untuk membuat keputusan dan berfikir secara mendalam demi masa hadapan. terima kasih kepada kawan-kawan ;))
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)



Nur Aishah Humaira
