Friday, July 3, 2009

i just love it!!

sessi menghabeskan duit agi :)

venue : uptown 5, Tower A, Level 12




really lurve this!!!



nota kaki :

budak ini sangat gila shopping, baru 3hb duit gaji dah tinggal seratus. Sila jangan berkahwen sila jangan marah pada budak ini kerana dia memang jakun, first time beli barangan fossil :)

**Transformers**



date : 1st July 2009
Venue : TGV, OU
Mode : *happy giler*

Tuesday, June 30, 2009

Lunch @ SR TTdi

tgahri tadi pas abes kerja kat KL..ada seorang budak yang tensen dgn kerjannya..so apelagi, cadangan untuk makan tengahri di tempat yang berair-cond dipersetujui bersama.dan tempat yang berjaya menghabeskan duit kami ialah di sini ;)

Secret Recipe TTDI








Monday, June 29, 2009

Transformers : Revenge of the Fallen

semalam, gi tgk citer Transformers : Revenge of the Fallen..ramai gel orang dan sepanjang hidup aku tak pernah agi tgk citer dop barisan depan, tp kali ni aku dop di row no.2, tahan je la sebab dah tak sabar nak tgk citer ni..


best gak citer ni, tp ada la setengah2 part tu aku rasa macam over dan tak logik, tp mmg best..in fact ari rabu ni nak gi tgk lagi ngan budak2 kat bawah ni ;)



nota kaki :
hana br kasi gmbr ni , captured from her phone =)

interview PTM Gred F41

salam semua :)

sorry lama tak update.. minggu lepas baru balek Lumut, then last wekend my parents datang sebab hantar adek masok UiTM Puncak Alam..then harini pon sebenarnya bizi gaks, tp curik masa jap sebab dah tak tahan nak berblogging neh..

Yien nak share satu pengalaman temuduga sebagai Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 hari Rabu lepas (June 24th) di Jalan Cenderasari, SPA.KL
bukan maen excited agi sebab last year dah dapat tapi tak pergi, so ni last first time pergi dengan harapan yang bukan maen..lepas dapat surat panggilan tu, dah buat homework sket2, even sehari seblom tu tak tido, konon2 studi..hehe...

okeh, ini rentetannya :

645am - dah bertolak
715am sampai...dah agak ramai org sampai..
730am register kat kaunter..akak tu check salinan sijil2, surat2 dan resume.. nak tau tak, yien jadi orang 1st utk bilek B..wuaaa...debar giler!!

pastu terus duduk depan bilik tu..dlm kol 805am penemuduga sampai..dalm 810am no kena panggil..pas bg salam jek, terus masok..duduk..pastu soalan pertama.. ni kali keberapa you datang interview? pastu dia suh decribe yourself and explain about your current job..

basically ada 2 penemuduga, seorang from PTD (I guess) and another one from PTM

okeh, pastu soalan from PTM:
1. You dah biasa dgn system development kan? ada database..boleh terangkan apakah maksud normalization dan peringkat2nya..kenapa kita perlu buat normalization?
2. sebutkan 7layer of the OSI model dlm network tu (kantoi aku tak studi network, aku cuma ingat physical layer, data link, network and transport, pastu dia yg tolong tambah session, presentation and application) pastu tanye plak ape fungsi application layer?
3. apakah langkah2 yang perlu kita lakukan untuk mengelakkan data dan maklumat dihack?
4.sebutkan ringkasan tugas utk jawatan yang awak apply ni?

okeh, pastu ada soalan dr PTD plaks
Noreen, you biasa baca berita kan? aku pon cakapla dgn penuh semangat, biasa Encik, tp online lah..dia kata takpe, sebab orang IT mmg suka baca online..hehehe..
okeh, sebutkan isu2 semasa sekarang - PPMSI, H1N1, wajib lulus bahasa ingeris, 1 malaysia..pastu dia suh ulas cadangan yang wajib lulus bahasa inggeris dlm SPM - aku pon ape agi bg la Pro's and Con's dia..dia siap menambah lagi..tibe2 islam hadhari pon masok sekali...

hah itula dlm 845am aku dah habes...cepat giler,balek umah terus tido...


walau apapun keputusan interview nanti (27 july) aku akan menerima dengan tabah..kali ni aku takkan ralat lagi sebab ketentuan di tangan sang Pencipta..on my part, aku dah try sehabes baek..aku redha dan tawakal tapi untuk give up, takkan sekali..selagi belom sampai tarikh result tu, aku akan tetap terus berdoa...Ya Allah, kabulkannlah permintaan hamba- Mu ini!!


nota kaki :

i would like to express my gazallion thanks to all my frens yang sentiasa bg semangat dan tip2 yang tak henti2...dan juga blog2 / forum2 yang menjadi sumber rujukan :) kalo dapat nanti, saya belanja korang yer... (^_^)

Tuesday, June 16, 2009

ceritera

June 9th - 10th Lumut




yeayy!! akhirnya sampai..menginap di Orient Star hotel.. berdekatan dgn base

lepas letak barang terus kuar bilek..lihat pemandangan kat luar dan paksa eta suh amek gambar..walaupon sebenarnya pada masa ni kurang sihat dan takder suara..hehe..


cantek kan? macam dalam poskad ;)

muka eta yang masih tak percaya pada capability E71 yang boleh amek gmbr sendiri tanpa henti

then, akhirnya dia senyum T_T


depan tu pangkor


ni waktu pagi dah..tgh breakfast dengan koko krunch + cornflakes
berlagak betol, bekfast ngan western, padahal takleh makan pon..saket tekak
tgh kecut perot pas ni kena present
kat Markas Sistem ARMADA


eta bersama makanan kegemaran
p/s : belakang dia tu ada sorang mamat hensem pakai baju tshirt hijau petronas, hensem gile macam muka "Tarabas". tensen xleh ngorat sebab ada anak bos kat sebelah aku..hehe..jahat gile gambar dia tak amek..



June 13rd Saturday

Lunch @ IKEA, window shopping kat The Curve and Ikano






banyak gile sebenarnya makanan sampai penuh meja, tp aku xamek gmbr, malu doh bile org sebelah pandang2, macam ni ke budak pompuan makan?
fakis tgh senyum ;p

cheese cake yang tersangat lazat sampai kat plastik bawah pon rasa nak kutil..

then, ni masa kat IKEA, fakis tak leh tahan tgk katil idaman
so, aku ape lagi
kis, cepat baring atas tu, meh kita amek gambar....
peace!


ini salah satu patong barbie


barbie kat the curve

sempat agi sambar 3 helai pashmina kat metrojaya..memang tak boleh tahan kalo tgk shawls atau pashmina yang aku berkenan dan aku tak jual, walau berapa harganya mesti nak..isshhh2 apalah nak jadi ngan aku ni..




eh, ini orang yang bercerita dari tadi..bosan kan?

ok babai..

nak buat keje plaks..

Monday, June 8, 2009

my Cousin's wedding

akad nikah di masjid chabang empat, tumpat
kol 5 pm
after Asar


adek beradik dan sepupu sepapat...

wajah ceria pengantin selepas selamat dijabkabulkan


cincin pernikahan disarungkan..


eh, ini budak dua beradik yang sibok berpossing selepas penat menjadi jurukamera

ok.kat bawah ni gambar keesokkan hari
07.07.09

pagi : Tok imam dtg, tgh baca doa selamat


upacara memecah buah kelapa selepas 3das tembakan dilepaskan ---katanya ini adat zaman dulu


lihat, ramai kan org kampong bergotong royong memasak
ada lagi ke sume ni kat bandar?

bergambar bersama kak long - sengaja dekat-dekat konon nak dapat aura kawen cepat..hehe..

pengantin perempuan bersama pengapit utk menyambut suami tercinta


hantaran kepada pihak lelaki

cerianya...


makan beradab..

gambar terakhir..senyuman bakal pengantin 2010..amin...


nota kaki:

oh ye, majlis ni adalah berlangsung selama 3 hari 3 malam..follow exactly bermacam-macam adab perkahwinan zaman dulu..aku xsempat berada di sana pada hari pertama sebab cuti tak lepas tp alhamdulilah sempat meraikan kebahagiaan bersama kak long ku-[my cousin]
selamat pengantin baru..

Antara doa yang diucapkan oleh Rasul Allah kepada pengantin:

Daripada Abu Hurairah katanya: Sesungguhnya Rasul Allah apabila
mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah berkahwin, baginda menyebut: "Moga
Allah memberkatimu dan mencurahkan barakah ke atasmu dan mengumpulkan
kedua-dua kamu dalam kebaikan" HR Ahmad & Ashab as-Sunan kecuali
an-Nasa'iey.

dan apa yang pasti..

Kegembiraan hakiki bukan terletak pada alunan muzik dan lagu-lagu
perkahwinan. Kegembiraan yang sebenar adalah ketenangan hati yang dikecapi apabila
majlis perkahwinan benar-benar melambangkan rasa syukur pada Allah dan
mengingatkan kita pada kehidupan akhirat.

Monday, June 1, 2009

my BEST friend's wedding


walau pon rasa sangat tertekan masa ni dek 'insiden' yang menjadi mangsa keadaan dan terkilan tidak dapat melihat saat diakad nikahkan, tetapi possing tetap possing..tahniah! kepada nordiana ahmad dan abang bkay, semoga berkekalan selamanya ;)







eh giliran dia ni bile pule ;p



hari yang sama
di waktu petang
bermakan-makanan di williams bersama Asmah bucuk!







Monday, May 25, 2009

Hadiah hari jadi



Harini genap saya berumur 25 tahon satu hari...wah sudah dewasa rupanya saya..tp itula kadang-kadang bercakap seperti umur 12, bertindak seperti tiada akal..walau apapon saya akan selalu berusaha untuk menjadi yang lebeh baek pada setiap hari.. gambate!!

hari jadi tahon ni sgt bermakna dan bererti dan sungguh luar biasa ;)

terima kaseh pada sume kawan-kawan yang telah meng'wish' saya..semoga rahmat Allah juga bersama kamu dan kita semua yer T_T

ada beberapa cerita menarik di sebalik bufday sebenarnya ;)

  1. mlm kol 12 saya dikejutkan dengan suara zaila untuk menemankan dia ke wash room tapi diakhiri dengan simbahan air tepon+kicap+sos dan etc..huh jahat korang yer!! abes basah.. cakap-cakap siang untuk mandi kol 12 jadi kenyataan ;)
  2. abang terlupa wish befday sebab dia ingat kan mlm selepas tu..huhu..tp dh faham sebab dia mmg pelupa befday dia pon xingat..tp apa yg plg kelakar, dkt kek befday tercatat begini " Happy Birthday yang ke 26"...aish ni suatu perli ke atau memang dah siapkan kek awal-awal utk tahon depan...... what ever la..
  3. dapat hadiah handphone Nokia E71 yang sangat cantek dan fantastic!!!
  4. kakju belanja makan dgn kek sekali kat Secret Recipe TTDI, thanks kakju ;)
  5. okey itu saja..nanti saya uploadkan gambar henpon tu yer (",)


nota kaki :
ini lah yang dikatakan bahagia =) walau kita tidak ada semua tapi itu sebenarnya sudah memadai!!!

Thursday, May 21, 2009

jangan kesah!

walau sebenarnya kita tidak dapat yang itu, kita masih ada yang laen..
yang pasti ia tetap yang terbaek dan punyai hikmah tersendiri
kerna
TuhanMu hanya memberikan YANG TERBAEK kepada diriMu!
itu janjiNya

dan saat ini, aku benar-benar akur..
bahawasanya
maut, jodoh, rezeki, nasib dan segenap kehidupan telah diaturkan untuk kita tanpa sebarang cacat celanya, tanpa sedikit masa pon terundur atau terlewat, tanpa sebarang batasan bila ia memang tersurat untuk terjadi!

 
javascript:void(0) Save Template
template by yien_jr