L.O.V.E

Showing posts with label knowledge sharing. Show all posts
Showing posts with label knowledge sharing. Show all posts

Wednesday, June 3, 2020

Seni Berfikir yang Hilang





Semalam saya berjaya mengkhatamkan buku setebal 260 muka surat ini; melihatkan tajuknya sahaja sudah cukup catchy untuk melekatkan pembacaan tanpa berganjak walau seinci. Secara keseluruhannya Seni Berfikir yang Hilang (SBYH) ini merupakan buku sekunder kepada kitab Thaqafah al-Daiyah karangan Sheikh Prof. Dr Yusuf al-Qaradhawi yang telah dibentangkan di dalam sebuah persidangan antarabangsa di Madinah pada 1976. Ia merangkumkan enam (6) cabang ilmu iaitu yang perlu dikuasai oleh seorang muslim terutamanya pendakwah (lebih-lebih lagi) walaupun hakikatnya kita juga adalah seorang pendakwah dan setiap kita adalah pendakwah. Letaklah di posisi mana pun, ibu, ayah, guru, suami, ketua jabatan? kita semua mempunyai peranan untuk mendidik, mengajar, menasihat dan menegur. 

Maka itulah dakwah!

Menarik kan buku ni, itu baru di dasar.

Kata Syeikh Yusuf Al-Qardawi, umat islam ialat umat dakwah.

Enam (6) cabang ilmu tersebut adalah:

  1. Agama
  2. Sejarah
  3. Sastera dan Bahasa
  4. Kemanusiaan
  5. Sains
  6. Hal Ehwal Semasa
Walaupun kini kita sudah berada pada tahun 2020, ternyata sehingga sekarang kitab itu masih relevan. Penulis (Ustaz Hasrizal) telah memberikan banyak contoh-contoh yang munasabah dan konkrit pada era zaman Tamadun Daulah Uthmaniyyah, Tamadun Eropah sehinggalah ke Revolusi Pertanian yang berlaku di tahahair sendiri.

Berikut saya sertakan beberapa titipan perkongsian yang menarik di dalam naskhah SBYH ini :

  • Jadikanlah perancangan untuk anak menghafaz Al-Quran sebagai sesuatu yang penting pada usia mereka yang sesuai iaitu sebelum akil baligh (lingkungan 11-13 tahun). Inilah umur yang sangat OPTIMUN untuk menghafaz Al-Quran. InsyaAllah hafazan yang dihafal pada umur itu sangat lekat dan kuat.

  •  Akhlak itu bukan lalang. Lalang tak memerlukan ladang semak, hanya perlukan tanah. Biarkan saja tanah kosong dan ia akan tumbuh. Akhlak ialah buah yang dipetik daripada pokok. Ada pokok spesifik yang perlu ditanam dan ada baja tertentu yang perlu diberi supaya buahnya boleh dipetik.

  • Budaya philantropy adalah satu keadaan di mana kita suka berbuat baik kepada orang dan kita tidak mengharapkan apa-apa balasan. Kegembiraan kita adalah apabila kita melihat orang yang kita bantu mendapat kebaikan.

  • Seperti yang pernah diungkapkan oleh Ibn Khaldun, sense of equality hanya wujud dalam sejarah tamadun yang maju apabila wujudnya properhood. Tamadun di Bandar Purba Ur adalah tamadun yang kuat beragama kerana di tengah-tengah bandar mereka mempunyai rumah ibadat utama mereka iaitu Ziggurat. Mereka adalah komuniti yang beragama. Bandar Purba Ur ini adalah bukti universal bahawa yang mengharmonikan kehidupan manusia adalah agama. 

  • Kenapa bahasa penting? Representasional bermaksud fungsi bahasa adalah mendeskripsi apa yang kita fikir. Maka dengan bahasa yang betul, dengan menutur dengan cara yang tertib, tergambarlah sebuah fikiran yang tertib juga. Orang yang berfikiran tertib akan berbahasa tertib. 

  • Kata Ibnu Khaldun, manusia tidak akan membangun tamadun selagi mana berkelakuan seperti orang Badwi. Apakah sikap orang Badwi? Orang Badwi sifatnya menerima atau mengambil semata-mata tetapi tidak mahu memberi. Di manapun orang Badwi itu tinggal, mereka tetap menerima semata-mata.Ketamdunan hanya akan berlaku sekiranya manusia mula fikir untuk memberi, buka lagi menerima sahaja. 

  • Buku ini mengandungi kerangka yang berkhasiat untuk merawat kejuzukan minda umat Islam akibat sistem pendidikan yang mengkelas-kelaskan murid mengikut aliran sejak sekian lama. Implikasinya, kita gagal menghormati batas keupayaan diri sendiri, lalu membabitkan diri dengan perkara-perkara yang kita tiada ilmu mengenainya. Tanpa ilmu, kita menjadi seperti tikus membaiki labu.


Dan akhir kata, dengan nilai buku RM30 ternyata ia sangat berbaloi dan mengenyangkan! 


Selamat meneroka :)







Tuesday, March 22, 2011

BB Bold 9780 Review Part 1



What I love about BB 3?

1) QWERTY keypad. Sangat senang nak menaip terutama untuk berblog, bertweet, bersms dan ber-BBM. I like! Cuma kadang kala tulisan lari sebab jari saya lebih besar daripada keypad..huhu

2) BBM merupakan satu medium borak yang saya rasa sangat best dan hebat! Boleh one-to-one atau pun via group..chatting dalam BBM seolah-olah anda bercakap bersama kawan yang sememangnya ada di sisi! Oh alangkah seronoknya!!! Dan itu semua PERCUMA!

3) Youtube, twitter, Facebook memang telah di build in dalam phone yang saya dapat ni..so memang selalu on9 setiap masa. Saya cuma perlu tambahkan YM untuk melengkapkan lagi my instant message application. Opss MySpace pun ada tapi saya remove sebab tak pakai.. best kan? Kita boleh pilih saja aplikasi apa yang kita suka dan boleh di download melalui Blakcberry App World. Sangat mudah dan seronok! Ada yang percuma dan ada yang berbayar! Amek yang percuma pun dah memadai ;)

4) Lampu LED yang bernyala memberikan kita alert, so tak payah nak guna vibration mode pun takpe..kalo tak..burrpppp..burppppp asyik bergegar… LED merah untuk bagi notification message, twitter, FB, BBM dan YM saya manakala LED akan bernyala color biru untuk chat di FB.. semua nya akan tertera di depan screen.

5) Fungsi kamera dan video. Walaupun kamera BB 3 adalah 5.0 MP tapi gambarnya pada saya biasa-biasa saja..entahlah.. tapi daripada takde camera, at least boleh juga capture gambar kan?

6) Games. Saya suka download games dari BB App World ni tapi tak pandai sangat main..ntahlah amek yang basic2 je.. tapi agak bestla sebab banyak pilihan untuk sesiapa yang gemarkan permainan di henpon.


What I dislike about BB3?

1) Arghh, BB3 tak boleh buat video call.. sangat frust sebab my old hp (E71) ada function tu.. saya tak boleh tengok muka abang masa bercakap! tsk.

2) Bateri BB saya biasa nya tahan untuk sehari saja..untuk keesokan hari dah kena caj.. yelah mungkin sebab asyik berinternet so bateri pun tak tahan lama..

3) BB ni tebal dan lebar sket. Kalo nak compare dengan E71 yang lebih slim.


nota kaki :
ini hanyalah pandangan peribadi semata-mata
Tunggu Review Part 2 bersama gambar ya! (^_^)



Friday, June 20, 2008

Solat dan Kesihatan


Color Vibration Therapy (CVT) sebenarnya telah lama menemui perkaitan antara waktu solat dengan peralihan tenaga alam. Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.


Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita ;)

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti toga, taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya ... :?

Thursday, June 19, 2008

Kebaikan Vitamin C





VITAMIN C adalah vitamin yang paling dikenali dan paling banyak didokumentasikan dalam bidang sains pemakanan. Kepentingannya telah direkodkan dalam lebih daripada 3000 kajian yang dijalankan secara berasingan.

APA VITAMIN C BOLEH LAKUKAN UNTUK ANDA?

Kulit dan Kulit Muka - Fungsi Vitamin C yang terkenal adalah rumusan kolagen iaitu bahan protein yang mengikat sel-sel. Ia penting bagi pembaikan semula dan pertumbuhan tisu, sel, gusi, pembuluh darah, tulang dan gigi. Vitamin C mempercepatkan pemulihan luka, melecur dan gusi berdarah. Penyembuhan selepasa pembedahan adalah lebih cepat dengan pengambilan Vitamin C yang tinggi.


Antioksidan - Vitamin C merupakan antioksidan yang menolong mengeluarkan toksin dalam darah dan mempunyai kesan anti penuaan. Ia amat berguna bagi menentang jangkitan, menghalang serangan virus dan bakteria, mengurangkan kesan alergi. Bagi perokok Vitamin C menghapuskan keracunan nikotin.


Tindakan Kardiovaskular - Vitamin C mengurangkan pembekuan darah dan menolong menurunkan kolesterol dalam darah. Ia juga menolong menyerap zat besi dan meningkatkan hemoglobin dalam darah.

VITAMIN C BERFAEDAH UNTUK :

*Memperbaiki kesihatan kulit muka.
*Ekzema, dermatitis, masalah kulit.
*Batuk, demam selsema, jangkitan.
*Warga tua.
*Mereka yang mengambil antibiotik dan menjalani perubatan.
*Wanita yang mengambil pil perancang.
*Perokok dan mereka yang mengambil alkohol.
*Pesakit kencing manis.