L.O.V.E
Tuesday, October 25, 2011
Monday, October 24, 2011
Last Sunday!
Menghadiri kuliah wanita di Masjid An-Nur, Bangi bersama cik xente
Ceramah kali ni disampaikan oleh Ustaz Zulkifli Ahmad. Kelakar sangat ustaz ni, disamping dia membaca hadis, lepas tu dia kaitkan dengan isu semasa..siap nyanyi-nyanyi lagi..semua perkembangan artis pun dia tau, masa cerita bab tudung, siap dia sebut nama yuna dan hana tajima..kalau kenal yuna tu takdela heran sangat sebab dah biasa kan..ini nama hana tajima pun kenal? Power ustaz ni..hihi
Antara beberapa perkara yang sempat saya rakamkan ialah berkenaan hadis qudsi.. ustaz menghuraikan 7 hadis qudsi yang mungkin boleh kita kutip pengajarannya.
- Wahai anak adam, timbulkanlah rasa qanaah, nescaya kamu akan kaya (qanaah maksudnya cukup, cukup dengan apa yang ada, kalau dah kaya pun, rasa cukup, kalau miskin pun, masih bersyukur dan rasa cukup)
- Tinggalkanlah hasad dengki, nescaya kamu akan rehat
- Jauhkan benda haram, nescaya kamu akan ikhlas (perintah Allah, ramai orang boleh buat, orang mencuri pun pergi solat jumaat, tapi tak ramai dapat tinggalkan apa yang dilarang Allah..bila kita mampu meninggalkannya, percayalah kita akan menjadi ikhlas, ikhlas dalam ibadat, ikhlas dalam perbuatan.. bukan verbal semata-mata)
- Tinggalkan sebahagian manusia, maka kamu akan selamat ( maksudnya kita boleh berkawan dengan semua orang, tapi kita hanya boleh bersahabat dengan sebahagian orang)
- Sesiapa yang kurang cakap, maka sempurnalah akal kamu
- Sesiapa yang redha dengan yang sedikit, maka dia sedang percaya kepada Allah SWT
- Tinggalkanlah ghoibah (mengumpat) maka lahirlah padanya kasih sayang
ini hanya ringkasan daripada apa yang ustaz sampaikan..yang details tak sempat salin banyak sebab tak bawa recorder..
Tengahari tu pulak, lepas zohor, terus ke Sepang, tengok moto GP Grand Prix..tiket free dapat duduk kat grand stand lagi.. kalau tiket beli, tak kuasa saya nak pergi..ramai sangat orang..berpeluh-peluh..dengan panasnya, dengan kena jalan kaki sebab parking jauh..huhu tak sanggup! Cukuplah F1 last year.. tak larat..keluar je kol 530 tapi sampai umah nak dekat isyak nasib sempat maghrib sebab polis divert jalan balik ke arah KLIA, so dah makan masa beberapa jam..dahlah kereta tak gerak, slow sangat.. ibu siap bukak baju wafiy sebab panas sangat..
Oh ya yang pasal kematian Marco Simoncelli, tak tengok plak sebab kuar awal pergi kat pameran..tengok berita semalam baru tau.. sebab helmet dia jatuh kan? Pastu moto belakang yang laju terus langgar.. tak sangka meninggal ingatkan cedera je..
Saturday, October 22, 2011
misi pencarian stroller
Misi pencarian stroller akhirnya berjaya hari ini!
aunty & uncle yang jaga kedai tu pun baik..melayan je karenah kami.. highly recommended okeh!
Memang ibu nak sangat-sangat stroller ni sebab selama ni susah sangat takder stroller, nak makan kena bergilir ngan ayah..kadang-kadang ayah pangku wafiy masa dia tidur sambil makan..tertumpah-tumpah atas badan budak tu..ayah plak terpaksa makan satu tangan..pastu kalo masa checkup wafiy lagi la haru, 2-3 jam kena pegang..dahlah tangan pun tak berapa nak sihat pegang lagi budak bucuk yang berat nak dekat 7kg tu..yelah, checkup pulak kat klinik kerajaan memanglah masa menunggu dia lama kang? Dan yang paling menyedihkan tak dapat ke pasar tani setiap hari selasa dan jumaat..dulu pas balik kerja boleh juga singgah sana beli makanan basah/ kering..buat stock rumah tapi sekarang lepas amek je wafiy dari nursery terus zoooommmm balik rumah... aritu dah try bawak wafiy sekali ke pasar tani tapi ibu serik serik sesangat! Tangan kanan kendong wafiy, tangan kiri pegang handbag dan barang-barang belian, belakang galas bag laptop..jalan plak ke tempat parking..sampai je kat kereta, nak fengsang !!!! lepas aritu..ibu dah tak ke sana lagi kecuali selepas ayah balik kerja, pergi sama-sama tapi kalau tunggu ayah balik maknanya semasa kami sampai je ke pasar tani orang kedai tengah nak lipat payung atau tengah reverse van nak punggah periuk..huhu..
Ibu harap dengan adanya stroller ni akan lebih memberikan ketenangan dan juga kesenangan untuk ibu dan wafiy..
Eh tapi nape pilih Maclaren Quest Sport yien ?
Setelah ibu survey-survey, oberve-observe, ibu rasa inilah stroller terbaik untuk ibu dan wafiy.. color scarlet / black yang cun, nampak macho dan tersangat cool untuk boboy macam wafiy..agak ringan dan boleh galas kat belakang.. senang nak buka dan lipat (serius senang giler tak sampai seminit.. )stylo dan affordable....lagi satu ia boleh tahan sampai budak umur 4 tahun. (tapi tu pon kalo wafiy nak duduk lagi ;p)
sampai je kat kedai, bukan main syok tido, letak dalam stroller pun tak sedar.. masa ni tengah testing position wafiy dalam stroller
Friday, October 21, 2011
Wafiy at ibu's office
syoknya main sampai tak sedar orang snap gambar dia..
Thursday, October 20, 2011
Darul Syifa
Dari Ahad sampailah hari ni, wafiy masih menangis dan meraung dengan sangat kuat dan gigihnya..mula-mula ingatkan disebabkan oleh makan yogurt kat Tutti Frutti, Presint 15 hari tu, tapi bila dah hampir seminggu, rasa lain plaks..
Wafiy bukan saja menangis waktu malam bahkan pagi, tengahari dan petang, dan yang paling harunya bila waktu nak tidur, habis cara dah buat supaya dia senyap tetapi banyak yang tak berjaya..last2 dia tidur dengan sendiri sampai bengkak mata dan batuk-batuk..kesian sangat..
So last nite, saya menyuarakan pendapat pada abang,
Ayah replied “ erm.. takpo kito tengok dulu lagu mano kalu esok tok berenti lagi, kito bawok jupo ustaz la..ok?”
Dialog itu diakhiri dengan kunjungan kami ke Darul Syifa tengahari tadi..
First time ke sana..
Ramai juga orang tapi alhamdulilah tak sampai 15 minit nama wafiy dah dipanggil untuk sessi rawatan..
Masa mula-mula ustaz suruh wafiy pandang muka dia, wafiy buat dunno je..ibu cuak gak masa tu takut2 wafiy kena gangguan.. tapi lepas ustaz bagi dia name tag suh main, terus senyum kat ustaz dan ambil name tag tu bawa ke mulut..habis basah dengan air liur dia..ustaz rileks je, sambil main-main dengan wafiy sambil baca doa dan hembus-hembus kat badan dia..wafiy pulak makin seronok, siap beberapa kali jatuhkan name tag ustaz tu..ustaz senyum sambil kutip, baik ustaz ni, tapi taktaula kalo dalam hati...hikhik ;p
Selesai je sessi rawatan, ustaz bagitau wafiy takde gangguan apa-apa just dia terkejut..nanti balik bagi minum dan mandikan dengan air tawar yang telah dibaca doa..
Syukur Alhamdulilah..
Ustaz kata, kalo betul baby kena gangguan/sampuk, dia takkan pandang muka kita lansung dan memang tak boleh tidur..menangis menangis dan menangis..
Selesai saja jumpa ustaz, kami ke Old Town Kopitiam untuk breaklunch..sian ayah dahla cuti harini, langsung tak makan apa..dok jaga wafiy sorang kat rumah..tahniah ayah!*claps*
Wafiy, ibu dan ayah sangat sayangkan kamu! Kami akan berkorban apa saja untuk membesarkan wafiy menjadi seorang anak yang soleh, taat pada perintah Allah dan mendengar kata..
Wednesday, October 19, 2011
Wafiy @ 5months
- suka tidur meniarap
- mula mengangkat dada dan punggung untuk bergerak, macam ulat..sesuai bestfren dgn worminch kan?
- suka sebut maaaamaaamaaaa.... mesti tok ma dia suke kalau tau ni.. sebutan ibu mungkin susah sket sebab 2 patah perkataan, takpe masih boleh berusaha..
- suka main dengan teether nya sambil habis air liur berjelepok
- kulit makin cerah..sangat berbeza sewaktu lahir dulu..maaf wafiy, ibu takde niat nak cakap wafiy gelap..hihik
- suka sangat tengok TV walau ketika tu mulut tengah hisap susu tapi mata ke skrin..
- gelak makin kuat..terkekeh-kekeh bila diusik.. chomeelll..ibu suke!
- mudah merajuk bila lambat dapat susu, maklumlah wafiy tak minum susu ibu kang?
- tidur dah tak statik, sedar-sedar je dia dah kat bawah kaki kita, aritu siap nak masuk bawah kerusi nasib baik cepat tersedar
berdua lebih baik
Tuesday, October 18, 2011
taska diarah tutup!
- melibatkan tangan, kaki dan mulut seseorang pesakit.
- disebabkan oleh jangkitan virus dari kumpulan enterovirus yang boleh menjangkiti sesiapa sahaja terutama kanak-kanak berumur 2 minggu sehingga 5 tahun
- merebak secara langsung melalui titisan / lelehan yang dikeluarkan dari mulut/hidung/najis pesakit. juga boleh melalui sentuhan dengan blister (lepuh kulit) pesakit
- mempunyai tanda-tanda seperti mengalami demam selsema dengan ruam
- di atara tanda jangkitanya ialah demam, sakit kepala, sakit kerongkong, hilang selera makan, ulser di tekak dan mulut, ruam di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin
Apakah komplikasinya?
- merasai kesakitan selepas 3-5 hari terdedah kepada virus ini. dan kebanyankannya sembuh selepas beberapa hari
- tetapi boleh membawa maut bagi segelintir pesakit setelah keadaan menjadi teruk di mana pesakit lemah, susah bernafas dan sentiasa kesejukan
Bagaimana virus ini merebak?
- melalui pengambilan makanan/minuman yang dicemar oleh najis pesakit yang terjadi melalui sentuhan tangan yang memindahkan virus dari najis kepada makanan/minuman
- disebarkan melalui titisan udara/lelehan yang dikeluarkan dari hidung apabila batuk, bersin atau bercakap
Apakah cara untuk mengelakan dari jangkitan ini?
setakat ni tiada rawatan khusus untuk merawantnya. oleh itu pencegahan adalah sangat penting!
- selalu mengamalkan kebersihan diri seperti mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, sebelum menyedia makanan/susu, selepas menukar lampin atau mencuci najis kanak-kanak
- menutup hidung dan mulut ketika batuk/bersin
- mencuci alat mainan kanak-kanak/kerusi/meja/lantai yang dicemari air liur
- kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda perlu SEGERA ke hospital dan jangan sesekali hantar ke taska/baby sitter
- parents dinasihat jangan bawa anak-anak kecil ke tempat awam yang sesak
- jaga kebersihan rumah dan persekitaran





