Bahan-bahan :
- 4 keping roti (tak kisah roti apa, tapi saya guna Gardenia)
- Sedikit kismis
- Satu tin susu cair
- 1 sudu besar butter (butter apa pun takpe, tapi saya guna buttercup)
- Satu sudu kecil esen vanilla
- Setengah cawan gula (kalau tak nak manis, boleh letak ¼ cawan je)
- 2 biji telur
Cara penyediaan:
- Toast kan roti sampai garing.Lepas tu carik-carikkan dia dan letak dalam mangkuk/ bekas acuan
- Taburkan kismis ke dalam bekas tadi
- Dalam masa yang sama panaskan butter dan selepas cair masukkan dalam bekas acuan
- Dalam bekas yang lain, campurkan telur, gula, susu cair dan esen vanilla dan pukul sehingga sebati
- Selepas itu, masukkan ke dalam bekas acuan roti tadi untuk dibakar.
- Sementara menunggu telur tadi menyerap sepenuhnya ke dalam acuan roti, boleh taburkan lagi kismis di atasnya.
- Panaskan oven dalam suhu 180C dan bakar dalam lebih kurang 30 minit.
nota kaki :
kalau nak lagi sedap, boleh dimakan bersama sos kastad :)
SELAMAT MENCUBA!
1 comment:
wah2..bila nk buat utk kita..hehe..
Post a Comment