L.O.V.E

Thursday, August 28, 2008

Salam Ramadhan Al-Mubarak


Assalamualaikum kepada kawan-kawan semua :-)

Amalan-amalan di bulan Ramadhan

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20) hadiri majlis ilmu
21) Buat baik pd ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pd suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i’tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Tunaikan zakat fitrah


Kesimpulannya :


Marilah kita sama-sama tekun menambahkan amal ibadat di bulan yang penuh berkat ini.Kedatangannyaa hanyalah setahun sekali, dan belum tentu lagi kita akan bertemu dengannya pada tahun hadapan, kepada semua kawan-kawan saya, Xen, Yan, Syud, Baha, Zaila, Sey, Shark, Azri, DeAr, dan sume kawan-kawan, saya ingin memohon jutaan kemaafan di atas segala kesilapan dan kesalahan sama ada sedar ataupun tidak.... Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak :-)








Nota kaki : Jangan lupe solat terawih yerk :p

Tuesday, August 26, 2008

Wuhhu....

Last Saturday, i went to Cineleisure to watch "Death Race"...wowWW, its was crazy, dude! Sangat best dan mendebarkan...aku beberapa kali terkezut dengan aksi ganas...masa dah abes citer baru perasan, this story actually under 18SG..no wonder lar..kisah pasal perlumbaan keter dalam penjara...aku xminat sangat citer lumba2 ni, tp sebab abg minat..ikot jerk la...masa part mula2..aku tido..yerla, ngantok..pagi smpai ptg gi exm SPA, pastu kuar mkn kat uptown pastu tgu sejam utk mid nite movie..tiket yg awal licin...tp sape yg xgi tgk agi citer ni, gi larr xrugi...






ok lar...then last Sunday tgk Geng Starz II..my fav group menang!!! yeay!! One Nation Emcees, walaupon dpt saingan sengit dari kumpulan seberang De'Reborn..tp akhirnya kemenangan berpihak kepada One Nation Emcees...Paragon Child hebat gaks tp lagu masa dia duet ngan Ezlyn looks like they are back up singer..Ezlyn ke diorang yg bertanding? then, utk group Akasia aku xbrape minat sgt..diorang byk dpt pujian, si Ajai siap bagi 5 stars bukan ape, sebab nampak improvement diorang..their hardwork and determination...thats wat we want to see, tp to be a champion, mebi xlayak lagi. they should polish more...3 point 5 mc biasa, xder ape yg special..vokal agak hebat tp byk screaming...huhu...then De'Reborn masa 1st show, biasa2 jerk..xbest sangat tp masa diorang feat ngan Dayang..fulamak, baru nampak energy diorang...Apapun, oneNationEmcees gaks yg best...hehe...Mimi 2 gile cool..siap nari lompat2..aku suka!! hiihi...Apapun syabas kat semua finalist..


De Reborn featuring Dayang..gempaks!!


Akasia lebih sesuai dengan konsep irama tradiosional


3.5 duet ngan Lah..


Paragon Child dari Philiphine


My Fav, One Nation Emcess - Hip Yeh Yeh


Wednesday, August 13, 2008

h a p u s a k u - n i d j i




Kutuliskan kesedihan
Semua tak bisa kau ungkapkan
Dan kita kan bicara dengan hatiku

Buang semua puisi
Antara kita berdua
Kau bunuh dia sesuatu
Yang kusebut itu cinta

Yakinkan aku Tuhan
Dia bukan milikku
Biarkan waktu waktu
Hapus aku

Sadarkan aku Tuhan
Dia bukan milikku
Biarkan waktu waktu
Hapus aku

Monday, August 11, 2008

Aku Bersalah, Ya Allah...


080808

Titik hitam dalam hidup..turning point..satu pengajaran dari Tuhan…Allah sebenarnya menyanyangi aku..Allah mahu aku insaf..Allah mahu aku bangun..wake up, wake up, Noreen.Aku tidak jadikan engkau sia-sia…Ya Allah ampunilah aku, terlalu banyak dosa yang aku telah lakukan..maseh adakah ruang kemaafan dariMu Ya Allah, pelihara la aku..jagala aku…Aku tiada tempat mengadu..aku hanya ada Engkau sebagai penjagaku…Ya Allah, aku ini hambaMu yang sangat lemah, rapuh imannya, miskin hatinya…suluhlah cahaya keimanan dalam hatiku..suntiklah cahaya kebenaran di dalam jiwaku…sungguh, YaAllah aku bertaubat nasuha..aku berjanji dengan sunguh-sungguh aku tidak akan mengulangi lagi dosaku..cukupla sekadar itu..Ya Allah terimalah taubatku…Ampunilah aku..Maafkanlah aku…Engkau Maha Mengetahui dan Maha Penyanyang…Tunjukilah aku jalan yang lurus, jalan yang diredhaiMu, jalan yang diberkatiMu, aku tidak akan berpaling lagi…aku akan mengharunginya..aku akan bertanggungjawab atas semua dosaku…Ya Allah tolong la aku, bawalah aku ke jalan kebenaran, Bawalah aku mengenalMu, pimpinlah tanganku, terangilah pelita kepadaku…Ya Allah……..jika cinta yang membuatkan aku jadi jauh dariMu, membuatkau lalai akan tugasku dan alpa akan nikmatMu, jauhkanlah cinta itu..aku tidak mahu Ya Allah, aku tidak ingin…Ya Allah, maafkanlah aku, ternyata keimananku masih lagi lemah..aku insaf kepadaMu, kepada kebesaranMu…Ya Allah,aku menyesali ke atas setiap perbuatan salahku selama ini, ampunilah daku ya Allah.. Ya Allah aku perlukan dahan untuk berpaut, aku perlukan tali untuk bergantung, lantas kepada siapakah harus aku mengadu..hanya padaMu Ya Allah, dengarlah rintihan hatiku..aku tidak pantas untuk semua ini…Ya Allah, disaat ini, tiada sesiapa untukku..hanya Engkau..Ya Allah, ampunilah aku ...ampunilah Ya Allah......aku akur dengan kebesaranMu..Andai ini ujian untukku aku redha dengan Qadak dan QadarMu Ya Allah...Ya Allah....ampunilah aku Ya Allah....








Nota kaki :


“Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi sallallahu alaihi wassalam bersabda tentang apa yang baginda terima dari Allah s.w.t katanya: Seorang hamba Allah melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: HambaKu telah melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: HambaKu melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: HambaKu melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Oleh itu buatlah sesuka hatimu, Aku akan ampunkan dosamu. Hamba tersebut berkata: Aku tidak tahu sehingga kali ketiga atau keempat aku meminta keampunan, tetapi Allah s.w.t tetap berfirman: Buatlah sesuka hatimu, Aku tetap akan mengampunkan dosamu” (riwayat Imam Bukhari di dalam bab Tauhid bernombor 7507)


“Dari Anas radiallahu anhu berkata : Aku telah mendengar Rasulullah sallallahu alahi wassalam bekata : Berkatanya Allah subhanahu wa taala : "Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu berdoa kepada-Ku dan mengharapkan-Ku maka Aku akan mengampunimu atas semua dosa yang kamu lakukan, dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, andaikata dosa-dosamu itu sampai ke puncak langit kemudian kamu meminta ampunan kepada-Ku niscaya Aku ampuni dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya kamu datang kepada-Ku dengan dosa yang besamya seisi bumi seluruhnya, kemudian datang menemui-Ku dan tidak menyekutukan Aku dengan yang lain niscaya Aku akan datang kepadamu dengan ampunan yang besamya seisi bumi seluruhnya."(riwayat Imam Tirmizi yang berdarjat hasan)


---bermonolog dengan diri--air mata sudah kering...tinggal sisa baki....jangan bersedih, noreen..be strong!

Friday, August 8, 2008

The Secret oF Millionaire Mind

Lately ni macam-macam menimpa aku, mebi sebab kesan law of attraction aku ni, dop attract masalah,problem,tension dan ape2 lagi perkataan, message dan energy yang aku ter sent kat universe. Pastu universe dop reply, "Your wish is my command!" erm, patotla mcm2 terjadi lately ni, kejer xsiap,demo postponed lagi, xder semangat, cpat penat and so on.

So, semalam revise baca buku ni The Secret Of Millionaire Mind by T.Harv Eker. J
ust nak share sket The Wealth Files (Seventeen Ways Rich People Think and Act Differently from Poor and Middle-Class People)



Wealth File #1
Rich people believe “I create my life.”
Poor people believe “Life happens to me.”

Wealth Principle: When you are complaining, you become a living, breathing “crap magnet.”

Wealth File #2
Rich people play the game of money to win.
Poor people play the game of money not to lose.

Wealth Principle: If your goal is to be comfortable, chances are you’ll never get rich. But if your goal is to be rich, chances are you’ll end up mighty comfortable.

Wealth File #3
Rich people are committed to being rich.
Poor people want to be rich.

Wealth Principle: The number one reason most people don’t get what they want is that they don’t know what they want.

Wealth Principle: If you are not fully, totally, and truly committed to creating wealth, chances are you won’t.

Wealth File #4
Rich people think big.
Poor people think small.

Wealth Principle:
The Law of Income: You will be paid in direct proportion to the value your deliver according to the marketplace.

Wealth File #5
Rich people focus on opportunities.
Poor people focus on obstacles.

Wealth File #6
Rich people admire other rich and successful people.
Poor people resent rich and successful people.

Wealth File #7
Rich people associate with positive, successful people.
Poor people associate with negative or unsuccessful people.

Wealth File #8
Rich people are willing to promote themselves and their value.
Poor people think negatively about selling and promotion.

Wealth Principle: Leaders earn a heck of a lot more money than followers.

Wealth File #9
Rich people are bigger than their problems.
Poor people are smaller than their problems.

Wealth Principle:
The secret to success is not to try to avoid or get rid of or shrink from your problems; the secret is to grow yourself so that you are bigger than any problem.
Wealth File #10
Rich people are excellent receivers.
Poor people are poor receivers.

Wealth Principle: If you say you’re worthy, you are. If you say you’re not worthy, you’re not. Either way you will live into your story.

Wealth File #11
Rich people choose to get paid based on results.
Poor people choose to get paid based on time.

Wealth Principle: Never have a ceiling on your income.

Wealth File #12
Rich people think “both.”
Poor people think “either/or.”

Wealth Principle:
Rich people believe “You can have your cake and eat it too.” Middle class people believe “Cake is too rich, so I’ll only have a little piece.” Poor people don’t believe they deserve cake, so they order a doughnut, focus on the hole and wonder why they have “nothing.”

Wealth File #13
Rich people focus on their net worth.
Poor people focus on their working income.

Wealth Principle: The true measure of wealth is net worth, not working income.

Wealth File #14
Rich people manage their money well.
Poor people mismanage their money well.

Wealth File #15
Rich people have their money work hard for them.
Poor people work hard for their money.

Wealth Principle: Rich people see every dollar as a “seed” that can be planted to earn a hundred more dollars, which can then be replanted to earn a thousand more dollars.

Wealth File #16
Rich people act in spite of fear.
Poor people let fear stop them.

Wealth Principle: It is not necessary to try to get rid of fear in order to succeed.
Wealth Principle: If you are willing to do only what’s easy, life will be hard. But if you are willing to do what’s hard, life will be easy.
Wealth Principle: The only time you are actually growing is when you are uncomfortable.
Wealth Principle: Training and managing your own mind is the most important skill you could ever own, in terms of both happiness and success.
Wealth File #17
Rich people constantly learn and grow.
Poor people think they already know.





nota kaki :

"Universe, if anyone has something great coming to them and they're not willing to take it, send it to me! I am open and willing to receive all of your blessings. Thank you."

dapat lagi..


semalam dapat agi mms dari dia..comey kan :)




Tuesday, August 5, 2008

AAC II


Semalam tgk agi citer ni..xpuas..dan ada 1 part dialog yang paling aku suka :)



***
(Dialog ni xder dalam novel, hanya di filem)

Fahri: Sebelum aku ke sini, cuma ada dua hal yg bikin aku kagum sama Mesir. yaitu al-Azhar dan sungai Nil. karena tanpa sungai Nil, ngak ada Mesir dan nggak ada al-Azhar.

Maria: Aku juga suka sama, kalau ngak ada sungai Nil pasti ngak ada Mesir nggak ada perabadan dan yang hanya ada gurun pasir. Kau percaya jodoh Fahri? Aku rasa sungai Nil dan Mesir itu jodoh.

Fahri: Ya! Setiap orang…..

Maria:punya jodoh masing-masing..

Maria: Itu yang selalu kamu bilang. Aku rasa Sungai Nil dan Mesir itu jodoh. Senang ya, kalau kita bisa bertemu jodoh yang diberikan Tuhan dari langit.

Fahri: Bukan dari langit Maria, tapi dari hati. Dekat sekali..






Nota Kaki :
Seandainya aku jadi Sungai Nil, Sape yang akan jadi Mesir? hm..

Monday, August 4, 2008

Surat Untuk Akak...

Arini nak cakap-cakap sket perihal rumah sewa..Apa pendapat korang kalo tuan rumah sewa kita naikkan sewa umah dan tak tunaikan janji? Disebalik kesempitan masa sekarang masih ada lagi yang ingin mengambil kesempatan. Aku tidak setuju. Ceritanya begini..Sejak minyak naik ari 2, tuan rumah aku juga mengambil keputusan drastik dengan mengikut contoh pengumuman Pak Lah, iaitu menaikkan sewa rumah dari RM 400 kepada RM 600, iaitu secara individu nya Dari RM 135 kepada RM 200 perhead. Tidak ada bezanya dengan kadar kenaikan minyak dari RM 1.90 kepada RM 2.70..Cuma pada aku dia sedikit kejam kerana kadar kenaikan minyak ialah 40% tetapi kadarnya pada kitaorang 50%. Lebih sket 10%...huhu..

Alasan :
1. akak xkeje, terpaksalah naik kan kadar sewa..
2. Harga barang-barang semua naek...
3. Xperla, nanti bil api dan air, akak bayar..kira sekali la 200 tu..
4. Akak dah bayar duit maintenence rumah, pembentongan dan cukai pintu..banyak dah duit akak habes....
5.Nanti akak bagi la keperluan asas mcm mesin basoh, gas, barang2 dapor...

Hakikatnya:
1. Sape suruh akak xkeje? yang akak dop jual kueh 2, amek tempahan raya, dop meniaga kain tu bukan keje ke kak? OO, adakah akak ingat maksod " kerja " ni adalah yang gi opis pagi balek opis petang 2 baru dinamakan kerja? Then if akak mengatakan akak xkeje, adakah salah kami si penyewa rumah untuk menanggung dan menampung beban hidup akak?
Aku xpuas hati...tetapi semuanya di hati....xkan nak kata camtu plak kat tuan rumah..cuma bermonolog...

2.Akak cakap harga baran2 naek, tetapi aku sedikit hairan apakah signfikannya dengan kenaikan harga sewa rumah? Adakah akak kena bayar lebih kat bank loan akak sejak naik harga minyak? bank naikkan kadar bayaran loan kerana mengikut harga minyaksemasa? Aku tanya kawan aku yg keje banker, katanya xberubah, sama jerk mcm bayaran masa dia start buat loan berapa tahun dulu....Ish, aku makin xfaham

3.Yup, aku tau bil api n air akak nak bayar...tetapi utk pengetahuan akak, selama ni kami bertiga pon paling banyak bayar ialah RM10 seorang..Adalah pernah lebih sekali RM15 seorang masa musim Final Exam sem lepas sebab yan, hanim , eta datang melepak kat umah study..guna laptop dan elektrik..tetapi akak, masa 2 saya and linda jer yng bayar..Kira our responsibility sebab bawa kawan masok umah..Kami xlibatkan adek akak pon, Dan utk pengetahuan akak. kami banyak xberkira ngan adek akak...Sewa 135..kami bayar 150..Plus api air, balance xamek sebab bagi adek akak, kira duit rumah lar...Adek akak ada citer? dulu kami bagi duit kat dia suh bayar bil api n air, tapi dia xbayar last2 saya n linda yg bayar..Dia xciter kan?

4.Saya xpeduli dengan duit maintenance, pembentongan dan cukai pintu yang akak bayar tu sebab kos tu memang tuan penyewa yang patot tanggung, nape kami perlu diheretkan sekali? This is your house, so what? Memang akak patot bayar...kalo x, baek akak xyah bagi sewa umah ni jek..betol x? selama ni aku dop sewa umah kat Kelana Jaya, xder pulak makcik Jawiah suh ktorang bayar kos2 tu sumer..pelik juga aku...Kawan aku pon ada sewa kat kawasan ni, flat jugak, xderlak dia yg kena tanggungjawab bayar sekali....

5.Yang ni mmg xpuas hati sebab akak janji nak bekalkan mesin basoh tetapi sampai arini, aku xtgk pon ada mesin basoh kat umah 2..OO kalo pasal duit sewa umah, 1hb dh bising suh masokkan duit sewa tp ni dah brape hb xder pon apa2 yg akak janji dulu?barang2 keperluan asas 2 xpayah mimpi la...jangan nak berangan...Aku pon xfaham apa maksud barang keperluan asas sebab beras,aku dan beli ngan Xen 10 kilo..xhabes2 lagi...gas dapor? xguna pon, jarang sangat masak...ntah la..aku pening dan rasa saket hati....

Orang yang tidak menunaikan janji..adalah termasok dalam golongan Munafik!






Nota kaki : Kesimpulannya tuan rumah memang berhak buat apa saja kerana itu rumahnya...

Friday, August 1, 2008

Hadapi hidup ini apa adanya!


Arini level department aku tak bernafas..saufi dah xder..sedih gak sebab selama ni dialah tmpat aku bergelak,bergaduh,bermanja,bercakap dan bersenda...dah hilang sorang lagi..En. Salleh; memang lama xnampak dah, Kak Jue; jarang2 muncul kat opis, banyak kat site di Penjara Kajang..Rozaily? erm, teman seperjuangan ku sorang ni mostly out of office. He manage to doing sales kat luar...Kalo ada, ada la orang..kalo tak..tinggalah aku sorang, cuma adalah kdg2 kawan datang melawat, xen, azri, farah, lizah..haha..mcm lucu pulak, org dtg melawat ;p

Semalam, ada motivational session ngan Kak Ju, since Kak Ju dah 20tahun keje kat sini...She advices me a lot! "takperlah susah sket sekarang, sebab nanti u akan belajar, Kak Ju dah lalui sumer 2..sabar jek..." Sabar..satu perkataan yang aku cuba develop dan practise ke dalam diri aku sampai arini..Yup, kesabaran adalah sesuatu yang harus dilalui, dipelajari, difahami, didalami dan dimasuki barulah kiter merasa kesannya..Dan kalimat itu jugalah yang aku cuba deliverkan kat adek aku semalam, dia mengeluh sebab kat tempat praktikal, hanya die yang byk buat keje even ada lg another student yg buat L.I kat situ..adek aku mcm xpuas hati lar..Nak berenti lah, xtahan lar, xbestla...huhu..Tp if based on my experienced, bos bg kite keje banyak sebab dia sayang kat kiter, dia percaya dan harap pada kita (mebi bukan sume boss, tapi aku cube menpositifkan keadaan)..So, jgn mengeluh tp show ur best comitment and polish ur skills! its an oppurtunity yg mungkin kita xkan dpt kat tmpt lain..Learn as much as possible...Sebab when u comfort, u stop growing...meaning skrg ni u tgh grow..This is very good+est for you in the long-run...Nanti bile dah masok working area, then u akan realized benda ni... Jangan mudah give up dan patah semangat! Dia dengar jerk la... Chewah, best x ayat2 motivasi yg aku bg kat adek aku semalam..Aku ni kan, kalo sape2 minta motivasi, asked me larr... ermm memang rasa berapi2 nak bagi..ala, maklumlah dulu cita2 masa kecik nak jadi Pakar Motivasi..rasa macam lari jauh pulak dr bidang sekarang...Ada hikmahla tu.. everythin' happens for a reason (",")

Esok ada kelas, assignment tinggal sket lagi to finish up..tinggal final editing..nak create ayat utk buat abstract...ntah nape arini, badan aku lemah sangat..panas..hidung berair...semalam xmakan lansong, ntah kemana selera pergi...duit plak tinggal rm10 lagi, baru berangan-angan nak tengok citer Batman, nampak gayanya batman kat umah je la weekend ni--tidooo :-).....camnelah nak survive sementara gaji masok..insyaAllah,ada la rezeki 2...kat mane-mane...aku xnak fokus sangat kat masalah, sebab aku xnak attract benda tu, aku percaya pada Law Of Attraction (Sape baca buku The Secret, dia tahu la benda ni..)Likes attract likes, So aku kena beware and control mind aku.. jangan sampai pikirkan masalah sangat..aku just nak fokus pada solution and end result jerk sebab aku percaya di sebalik challenge / keserabutan ini ada opportunity..Cubaan itukan ada kebaikan :)

Then next week plak, i need to prepare demo kat CIDB, diorang ni mmg "Lotus Country". Cuak gak ar, tapi aku kena well organized..Memangla kadang-kadang macam takder arah (no reference, no books, no expertise), tapi aku percaya petunjuk itu ada di jalan mereka yang mencarinya....Kehidupan itu kan memang selalunya susah payah...tetapi biasanya disebalik kesulitan ada kemudahan..insyaAllah...

K, lah jap agi ada Software Meeting..Kena prepare dulu....
Jangan lupe utk hepi-hepi selalu..hidup bukan untuk disedihkan!! Kamsahamidha (terima kaseh dalam bahasa korea) kerana sudi membaca my free expression :)






notakaki:
semalam baca buku "How to Get from Where You Are to Where You Want to be" from Jack Canfield
No Blame, No Excuse, No Complaint!! I must take 100% responsibility in my life..
saje je revise balek buku ni, to recharge my motivation. i need to be stronger!!!!