L.O.V.E

Tuesday, October 26, 2010

NEW CAR?

Harini dah masuk hari ke -36, atau dengan lebih mudahnya sebulan 6 hari.. kereta saya masih belum siap.. dan yang paling mengecewakan kereta sudah tidak sama seperti dulu lagi.. tak taulah sama ada mekanik PERODUA tu tak ada kepakaran atau memang keadaan kereta yang sudah tidak dapat diubah..saya sedih.. siapa yang nak kemalangan berlaku? Siapa yang pinta malapetaka terjadi? Tetapi kita sebagai manusia kena lah redha. Walaupun saya percaya pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebalik semua ini tetapi dalam hati kecil masih jua berbisik."Why must this happen to me?”

Sebulan tanpa kereta seperti patah satu kaki.. (nasib baik juga abang ada motor) banyak aktiviti tergendala, malah kadang-kadang terpaksa menyusahkan kawan-kawan.. malu bukan main.. kes kehilangan kereta abang pun masih belum menemui titik noktah.. entah bila akan selesai.. sekarang duit hanya bayar pada benda yang tiada..

Hopefully kereta saya akan siap dalam minggu ni seperti yang dijanjikan.. I miss u baby, walaupun baby mungkin dah tak sempurna seperti dulu, tapi mummy tak kisah… I wanna drive you as usual..




source : google

atau mungkinkah petanda untuk mendapatkan sebuah Honda Stream RSZ baru? Mungkin? :)

hahha...

(*berangan*)

Monday, October 18, 2010

Outstation mode

Saya baru saja balek dari Kota Bharu menghadiri Mesyuarat Clearinghouse, esok dah kena ke PD selama 4 hari..huhu..

Dulu-dulu, bila dengar orang sebut outstation, dalam hati selalu cakap, "wah bestnye dia..bleh la g jalan-jalan..kenal tempat orang" tapi sekarang laen plak rasanya.. sebab pergi ke luar negeri/kawasan/daerah nampak macam best, tapi percayalah ia tak sama..sebab kita pergi bekerja dan bukannya pergi bercuti.. jadi mood tu laen sket la.. kalo ada kelapangan memang boleh jalan-jalan sekali..orang kata sambil menyelam minum air.. tapi kesempatan tu hanya datang jarang-jarang ;) Walau apapon, tugas yang diamanahkan mesti dilaksanakan jua..

Lately ni badan selalu penat-penat, lenguh-lenguh dan selalu saket perot.. sindrom apekah ini? pastu macam selalu moody...sian abang terpaksa melayan.. sabar ye cayang... Insyaallah pasni sihat la tu.. kena makan supplement ni.. badan saya dah tak larat menampung jadual hidup yang tidak terarah...




Monday, September 20, 2010

Benar. Hidup ini adalah ujian..

Baru sahaja awal Ramadhan yang lepas, kereta kesayangan abang hilang dan sampai skrg masih belum dapat berita (walau di dalam hati pasrah dan redha..) tip top hari Sabtu lepas, kereta kesayangan saya pula dilanggar dari belakang (dari jalan uptown Damansara Utama ke Persimpangan TTDI)..huhu..


Remuk di bahagian belakang..




dan ini kereta yang melanggar.. Dia dah say sorry sbb masa tgh drive tu agak mabuk2..


Whatever it is, kenalah sabar dalam 3-4 minggu untuk tunggu my car siap. saya dah hantar ke bengkel Perodua di PJ dan segala kos untuk kerosakan kereta dari towing sampai siap akan diclaim di bawah insurans kereta pesalah. dan sekarang masih menunggu salinan polis untuk dikemukan kepada adjuster bagi menuntut ganti rugi akibat kemalangan. Sebenarnya tidak ramai dari kita yang mengetahui bahawa kita juga berhak membuat tuntutan ganti rugi kesusahan yang kita tanggung sepanjang tempuh kenderaan berada dibengkel.


Saya sendiri baru sahaja mengetahui hak ini..Kaedah membuat tuntutan gantirugi kesusahan dalam tempuh kenderaan berada di bengkel adalah seperti berikut:

1. Pastikan anda bukan pihak yang didapati bersalah oleh polis dalam insiden kemalangan berkenaan. Penentuan siapa yang salah boleh di dapati daripada "Keputusan Kes" yang dikeluarkan oleh Pegawai Penyiasat kes. Anda kena beli lapuran ini(untuk makluman-pehak yang bersalah ialah yang disaman oleh polis).


2. Beli laporan kemalangan daripada pihak polis


3. Beli laporan rajah kemalangan daripada pihak polis


4. Beli salinan gambar foto daripada pihak polis


5. Beli "carian rekod insuran kenderaan" yang dipersalahkan, di pejabat JPJ. Bagi mendapatkan maklumat ini anda mesti bawa salinan lapuran polis. Carian ini dikenakan bayaran RM10.



Setelah semua dokumen diatas telah diperolehi, anda perlu mendapat surat pengesahan bengkel dimana kereta anda dibaiki. Antara butiran yang perlu dinyatakan oleh pehak bengkel ia-lah:


1. Tempuh pembaikan yang diluluskan oleh pehak adjuster insurance
2. Jika anda dikenakan bayaran "Access" oleh bengkel (jika tercatat dalam nota insuran anda) sila dapatkan resit pembayaran anda.
Setelah semua dokumentasi daripada polis, JPJ dan bengkel telah lengkap, anda perlulah membuat surat tuntutan kerugian kerana kesusahan tersebut dan hantar sendiri kepada syarikat insuran yang memberi perlindungan kepada kenderaan yang melanggar kenderaan anda.


**Ingat, urusan tuntutan ini perlu anda uruskan sendiri, bukan syarikat insuran anda yang menguruskan. Dalam tuntutan itu anda boleh letakkan nilai kerugian anda berapa banyak sehari didharab dengan jumlah hari tempuh kenderaan diserahkan semula kepada anda oleh pihak bengkel. Pada lazimnya pihak syarikat insuran meletakkan nilai pada kadar RM35 sehari dan berasaskan tempuh yang direkomenkan oleh pehak adjuster. Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut perkara ini daripada syarikat insurance anda.
Kadar Gantirugi Sehari Mengikut Jenis Kenderaan






Sunday, August 15, 2010

menu ramadhan

salam ramadhan buat semua kawan-kawan..
Macam mana dengan puasa kalian?
harap-harap semua okey dan jangan lupe solat sunat tarawih sekali ya =)


Oleh kerana weekend adalah hari yang lapang untuk memasak
saya dengan extremnye memasak mcm2..huh mcm nak makan ramai sgt.
padahal dua orang je;p

antara menu yang disediakan oleh Chef Noreen ialah sudah semestinya tom yam campur yang sangat lazat;) (perasan!), diserikan lagi dengan telor dadar bermayonis,udang goreng tepung, kacang,tempe dan ikan bilis goreng sambal, buah epal yang ranum, kurma dan yang paling penting air sirap pengantin..wah banyak gitu =) dan acara makan2 ni berakhir dgn tidor nyenyak yang lena sebab terlalu kenyang..uhuhu. (bulan puasa tak baek tido banyak-banyak tau ;))




dan semalam makan lauk pasar malam saja sbb abg takder..huhukhuk..nasi kerabu tak boleh tinggal (dah nama org kelate..), dan semestinya murtabak daging yang sangat gebu dan sedappp..


nota kaki :
sebenarnya, saya dah tak tau nak masak apa lagi..kawan-kawan ada suggestion menu dan resipi x? tapi jgn la bagi menu yang susah-susah? k;)

Wednesday, August 4, 2010

sup ayam untuk hubby



semalam abg balek umah Putrajaya, so saya plan nak masak makanan kegemaran beliau iaitu sup ayam.. tengahari kalut telefon ma minta resipi, pas balek keje plak terus ke kedai runcit bawah umah beli barang2, naseb baik ayam ada lagi sebab selalu petang ayam dah habes ;)

dan apa yang tak dijangka percubaan pertama memasak sup ayam adalah berjaya!!
saya sangat happyy, happy okeh..abang makan siap tambah dan lauk+nasi habes..huhu..nasi memang tanak banyak sebab esok ingat nak buat breakfast nasi goreng tapi habesss..yeayy..best! hepi tau husband suka makanan kita masak ^_^

menu semalam sangat simple
sup ayam+ayam goreng kunyit bawang+telor dadar + tea o ais limau

inilah akibat orang yang tidak menolong ibu memasak ketika di dapor..hehe
dulu masa kat T'ganu belajar dgn chef hidayahbaha dan farasaila.
dan sekarang
saya tekad
utk belajar memasak ;)


and now here is the recipe for chicken soup

bahan2 :
1/4 ayam, sekuntum bunga lawang,1btg kayu manis, 3 ulas bwg merah (ditumbuk), 2 ulas bawang puteh (ditumbuk),2 biji ubi kentang(potong persegi), setengah biji carrot(dipotong), satu sup bunjut

cara memasak:
1. tumiskan bunga lawang,kayu manis,bwg merah,dan bwg putih hingga naik bau
2. pastu, masukkan air..lepas air mengelegak sedikit,masukkan pula sup bunjut adabi, then baru masukkan ayam..pastu masukkan kentang dan carrot
3. lepas tu tunggula sampai masak..kejap je..

bahan tambahan :
potong daun bawang,hiris halus2, letak dalam sup.
begitu juga bawang goreng, masukkan dalam sup..yien guna bawang goreng segera je ;p
next, ialah letak limau nipis sket..perah..erm, yummyy!!

dan akhir sekali buat air lada
tumbuk lada kecik+garam dan gula, pastu masukkan cuka sket..

memang meletooop..
sedapnyer..
;)

KURSUS INDUKSI UMUM

Entry kali ni actually tentang Kursus Induksi Umum Kumpulan 1 yang wajib dihadiri oleh semua penjawat awam yang belum confirm. bayangkan, baru kawen 3 hari dah kena gi Kursus Induksi 2 minggu..hehe..
dugaan =D

tapi untuk Induksi ni, yien amek under JPA di INTENGAH, KL..memang best dan sempoi giler :) tapi result exam tak tau la..harap2 la lulus..
Insyaallah..

inai merah lagi ;p
(muka pucat)

war cry kumpulan kitaorang..
SPAAAA tennn xxXXxx




persembahan kumpulan..





best la pergi under JPA, sbb kawan-kawan yang kita kenal semua dari kementerian dan agensi laen so jaringan rangkaian lebih holistik..

with my bestest fren ever =)

petang : volley ball

tengah update maklumat kursus
with zowiey comel dari KPT.

makan dalam kelas.
nampak air apa kat depan tu?
Pearl Kacip Fatimah okeh..
utk terus segar mendengar kuliah..
sama mcm final thesis dulu..minum air tu juga ;)

kumpulan saya yang sangat super sporting ;)
miss u guys!!

We only part to meet again...

Tuesday, August 3, 2010

cerita kawen part II

salam kawan-kawan semuanya ;)
lama dah saya tak update blog kan? huh, macam bizi gile je;p



ok berikut adalah antara gambar kawen saya dr kamera kawan2 terchenta ;))

oh ya, Alhamdulilah saya telah selamat menjadi isteri kepada Encik Ahmad Azhamizi tanggal
3 Julai 2010 | 20 Rejab 1431 |12 tengahari



make up dari Amy touch
kalo sebot nama dia di kelantan, memang sohor la..
bayaran cuma RM 200
tetapi tgk lah hasilnya..
betol2 transformation ;)

bersama sahabat sejati, miss zantinita
she's pretty and single.
dan
kat bawah ni
Puan Nurhidayah
hot mama!!
dan saya bakal jadi untie yien nanti =D

ini pula sahabat karib saya juga ;)
miss syuhada sharif
miss okeh ;p
still single and cute =D


ini adalah hot mummy toooo!!
yan de'boom ;)

thanks kawan-kawan ;)
and thanks for the "microwave"
boleh guna utk bulan puasa nanti
luv u alllls ;)

"aku terima nikahnya.."




nota kaki :

terima kaseh juga kepada kawan-kawan/saudara-mara yang wish
sorry saya tak dapat reply on that day ;)