L.O.V.E

Monday, November 5, 2012

The Nanny

Sudah berbulan tak berblog..

Bukan tak nak menulis, tapi kadang- kadang rasa isi yang hendak dikongsi ibarat sampah..kosong semata tanpa dapat memberi manfaat. .

Anyway, harini ada sesuatu yang nak dikongsi.. harini wafiy berada di rumah nanny baru di blok yang berlainan, agak jauh juga which is kena ada kenderaaan untuk ke sana..sebelum ni jalan kaki je kalau hantar pun, keputusan untuk menukar nanny wafiy bukanlah sebab alasan emosi atau tanpa fikir, tapi rasanya bila dah terjadi banyak sangat tragedy rasanya baik mencegah dulu sebelum terlambat.. dan sememangnya bukan senang nak dapat pengasuh..

Rumah pertama saya pergi, rumah bersepah, plastic makanan, biskut bertaburan atas lantai...dinding, lantai, pintu penuh dengan lukisan hatta di layar skrin TV sekalipun..walaupun pengasuh tu memang ada pengalaman menjaga budak di taska sebelum ni, tapi bila requirement saya seperti aspek kebersihan, disiplin tiada, memang saya terus reject. Saya tak dapat bayangkan bila dia benarkan anaknya dan kanak-kanak lain melukis sesuka hati sehingga TV pun dia conteng, saya dapat bayangkan nati wafiy pun akan buat perkara yang sama di rumah kami.. wafiy bukan tak menconteng, tapi kami sediakan platform..hanya dibenarkan melepaskan expresi seninya di kertas sahaja.. bukan nak mengongkong jiwa seninya tapi kami dah set up family rules; right stuff in the right place..bukan boleh semua tempat..

Ok habis.
Next rumah kedua..
Rumah kedua pula, yang akan mengasuh nanti mengandung 4 bulan.. walaupun dia willing nak jaga, tapi end up nya still kena cari pengasuh lain lagi kan, lagipun kuarters tu atas nama adik dia, so nanti kalo diorang gaduh ke apa ke, malas nak fikir soal family semua kan..so memang reject awal-awal..

Rumah ketiga di blok rumah yang lain..
Orangnya masih bujang dan masih muda, kalau tak silap dalam umur 21 tahun..baru mula nak mengasuh..tinggal bersama abang dan kakak ipar di kuarters, amek 300.. for me, harga tu terlalu demand sebab budak yang diasuh dah besar, pastu dia plak baru nak mengasuh..lainlah ada pengalaman atau tauliah dalam bab asuhan kanak-kanak..
So reject lagi..

Dan finally semalam, jumpa nanny di blok yang sama jiran kepada rumah tadi.. masuk je rumah dia terus berkenan, sebab dia suri rumah, husband cikgu ( kalau balik awal boleh tolong jaga skali kan budak-budak), anak sorang baby 5 bulan..rumah bersih, kemas takde banyak barang..jaga pun tak ramai, harga ok..terus hantar pagi tadi..
Ingatkan dah boleh tidur lena, dapat jumpa pengasuh yang diidamkan, rupa-rupanya mimpi ngeri baru bermula!!!
Masa tekan je lift nak hantar wafiy naik atas, ternampak iklan sebegini:

SAYA BERSEDIA MENERIMA TRANSIT ANAK PADA MUSIM CUTI SEKOLAH
BAYARAN RM10/DAY
TEMPAT TERHAD
MAKAN/MINUM DISEDIAKAN
7AM-6PTG
HUBUNGI SXXX : 012-XXXXX
Bila check no telefon memang sama ngan no telefon pengasuh wafiy, aik semalam baru cakap tak nak ambil ramai budak, tgk harini nak terima budak musim cuti sekolah, takpelah cari rezeki kan...

Hmmm….

Kesimpulannya, Memanglah susah nak dapat pengasuh yang ikhlas jaga anak kita, melainkan kita berhenti kerja dan jaga sendiri, kan?



Bila wafiy nak besar ni? ibu hantar taska pulak ye ^_^

1 comment:

shark said...

akak jaga nely sebelah umah saya mengasuh 11 org..cer awak bayangkan..tamak x akak tu??