Sudah berbulan tak berblog..
Bukan tak nak menulis, tapi
kadang- kadang rasa isi yang hendak dikongsi ibarat sampah..kosong semata tanpa
dapat memberi manfaat. .
Anyway, harini ada sesuatu yang
nak dikongsi.. harini wafiy berada di rumah nanny baru di blok yang berlainan,
agak jauh juga which is kena ada kenderaaan untuk ke sana..sebelum ni jalan
kaki je kalau hantar pun, keputusan untuk menukar nanny wafiy bukanlah sebab alasan
emosi atau tanpa fikir, tapi rasanya bila dah terjadi banyak sangat tragedy rasanya
baik mencegah dulu sebelum terlambat.. dan sememangnya bukan senang nak dapat
pengasuh..
Rumah pertama saya pergi, rumah
bersepah, plastic makanan, biskut bertaburan atas lantai...dinding, lantai,
pintu penuh dengan lukisan hatta di layar skrin TV sekalipun..walaupun pengasuh
tu memang ada pengalaman menjaga budak di taska sebelum ni, tapi bila
requirement saya seperti aspek kebersihan, disiplin tiada, memang saya terus
reject. Saya tak dapat bayangkan bila dia benarkan anaknya dan kanak-kanak lain
melukis sesuka hati sehingga TV pun dia conteng, saya dapat bayangkan nati
wafiy pun akan buat perkara yang sama di rumah kami.. wafiy bukan tak
menconteng, tapi kami sediakan platform..hanya dibenarkan melepaskan expresi
seninya di kertas sahaja.. bukan nak mengongkong jiwa seninya tapi kami dah set
up family rules; right stuff in the right place..bukan boleh semua tempat..
Ok habis.
Next rumah kedua..
Rumah kedua pula, yang akan
mengasuh nanti mengandung 4 bulan.. walaupun dia willing nak jaga, tapi end up
nya still kena cari pengasuh lain lagi kan, lagipun kuarters tu atas nama adik dia, so nanti kalo diorang gaduh ke apa ke, malas nak fikir soal family semua kan..so memang reject awal-awal..
Rumah ketiga di blok rumah yang
lain..
Orangnya masih bujang dan masih
muda, kalau tak silap dalam umur 21 tahun..baru mula nak mengasuh..tinggal bersama
abang dan kakak ipar di kuarters, amek 300.. for me, harga tu terlalu demand
sebab budak yang diasuh dah besar, pastu dia plak baru nak mengasuh..lainlah
ada pengalaman atau tauliah dalam bab asuhan kanak-kanak..
So reject lagi..
Dan finally semalam, jumpa nanny
di blok yang sama jiran kepada rumah tadi.. masuk je rumah dia terus berkenan,
sebab dia suri rumah, husband cikgu ( kalau balik awal boleh tolong jaga skali
kan budak-budak), anak sorang baby 5 bulan..rumah bersih, kemas takde banyak
barang..jaga pun tak ramai, harga ok..terus hantar pagi tadi..
Ingatkan dah boleh tidur lena,
dapat jumpa pengasuh yang diidamkan, rupa-rupanya mimpi ngeri baru bermula!!!
Masa tekan je lift nak hantar
wafiy naik atas, ternampak iklan sebegini:
SAYA BERSEDIA
MENERIMA TRANSIT ANAK PADA MUSIM CUTI SEKOLAH
BAYARAN RM10/DAY
TEMPAT TERHAD
MAKAN/MINUM
DISEDIAKAN
7AM-6PTG
HUBUNGI SXXX : 012-XXXXX
Bila check no telefon memang sama ngan no telefon pengasuh wafiy, aik semalam baru cakap tak nak ambil ramai budak, tgk harini nak terima budak musim cuti sekolah, takpelah cari rezeki kan...
Hmmm….
Kesimpulannya, Memanglah
susah nak dapat pengasuh yang ikhlas jaga anak kita, melainkan kita berhenti kerja dan jaga sendiri, kan?
Bila wafiy nak besar ni? ibu hantar taska pulak ye ^_^

1 comment:
akak jaga nely sebelah umah saya mengasuh 11 org..cer awak bayangkan..tamak x akak tu??
Post a Comment