Saya memang suka bercerita, walau kadang-kadang cuba untuk diam, tapi banyak yang tak berjaya..
Bukannya apa, bila kita banyak bercakap, secara tak sedar kita mengaibkan orang lain dan yang lebih parah membuka pekung sendiri, dan sebenarnya inilah hikmah mengapa Allah menyuruh kita kurangkan bercakap, tetapi lebihkan mendengar... tapi untuk menjadi pendengar yang baik amat susah bagi orang yang suka bercakap.. takut apa yg hendak disampaikan, dituturkan terlebih dahulu oleh orang lain..haha..lawak..dalam bercakap pun boleh ada sifat tamak..itulah sebenarnya kelemahan manusia..memang selalu tidak sempurna..
Banyak sebenarnya pepatah Melayu yang berkaitan dengan perkara ini..
“Kerana MULUT, badan binasa”
“berapalah tajam pisau parang, tajamlah lagi mulut manusia..”
Dan jika teliti hadis Rasulullah s.a.w, banyak hadis yang menunjukkan betapa mulut / percakapan manusia adalah punca segala penyakit hati.
Dari Abu Hurairah r.a,
sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda : “ Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berbuat baik atau diam..”
memang jelas kan? Kalau rasa apa yang kita akan cakap mungkin tidak bermanfaat / atau untuk menyakitkan hati orang lain, maka..
FIKIR SEKALI LAGI..
Atau LEBIH BAIK diam saja..
Sebenarnya kita bukan tak boleh bercakap langsung, seperti yang kita semua tahu, Allah menganugerahkan kita dengan mulut dengan fungsi yang sangat banyak tetapi sudah tentu ia perlu digunakan untuk kebaikan seperti berzikir kepada-Nya, memberi salam, makan makanan yang halal, memberi nasihat, senyum dan mendoakan kesejahteraan orang lain.. mulut kita perlu diuruskan dengan betul kerana setiap perbuatan yang kita lakukan, mulut akan menjadi saksi di akhirat..
Nah, sudah banyak terbukti sekarang betapa bahana mulut, bangsa Melayu bergaduh dan berpecah belah, parti politik saling menuduh, kawan baik bermasam muka, suami isteri bercerai berai.. dan macam-macam lagi..
Dan di kesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya mulut saya ada yang membawa berita yang jahat/palsu/ tidak benar/ gossip2 panas, mengumpat dan yang seangkatan dengannya..
Mesti korang heran kan? Nape la yien tiba-tiba buat entri ni..
Petang tadi, ada sedara sebelah husband datang beraya.. si wafiy tengah meniarap atas play mat nya..wafiy macam biasa la dia..dia akan berusaha untuk ke depan dan berpusing..selagi tak lepas dia akan gigih usaha lagi.. dan bila dah tak dapat dia penat, pastu merengek... baby kan? Mmg macam tu? Kita nak expect dia camne...salah seorang sedara abang tegur, “ini lambat lagi ni nak merangkak ni, dop berpusing baru..berat tubuh lagi ni..” mestilah maknya tersentap kan orang cakap camtu..
Pastu tambah lagi “ issh tak dop diam wafiy ni..Ada seorang budak yang anak akak jaga kat rumah tu baik sangat..tak nangis pun, kalo kita letak je dia senyap je, BAIK SANGAT-SANGAT..senang nak jaga dan buat kerja tapi dia takleh meniarap lagi la macam wafiy..”sambil jeling kat saya..apa motif nak cakap camtu?
Nak kata wafiy ni nakal ke? Kalo setakat merengek masa meniarap sebab tengah berusaha berpusing tu nak kata tak baik rasa tak wajar lah kak oi, bukan apa kita takut bila budak tu senyap sangat, takut ada problem..takot tak normal / pasif la plaks,( kan dah mulut jahat saya ni...aduss la..) kadang-kadang rasa tertekan bila orang cuba downkan anak kita dan nak banding-banding..apa ni?
Dulu masa raya singgah rumah sedar gaks, dia tengok wafiy..issh gemok budak ni.. lambat nak meniarap ni..jalan pun sure lambat gila ni..ketiga-tiga anak akak sume dah boleh jalan masa 9 bulan..
Pingggg! ibu mana tak emo bila orang cakap camtu kat anak kita? Kan lebih baik kita cakap berlapik dan positif sket atau better tak payah cakap lansung..tak gitu kak senah oi?
Saya akhiri entry ini dengan pepatah melayu daripada sifu karam singh waliya
“SEBAB PULUT SANTAN BINASA, SEBAB MULUT HABIS PULUT..”
5 comments:
sabar la ye..terima kasih buat entry mcm nih sbb kadang2 saya pun x sedar saya ada terguris hati org lain.. :)
tah...suke2 ati je kan...kalo anak2 menangis pon kate nakal..aishh..dah baby mesti la menangis... bese la tu yien..pekak kan je la telinga... biakan anak2 kita explore the world naturally...tak pyh paksa2...setiap anak ada tuahnye kan...
budak2 lasak dan aktif apa yg nak dirisaukan/janggalnya. Tambah2 laki. Bila lasak dia makin kretif dan belajar.
kalau takat nak banding2 anak tu mmg buang karan la."nak anak baik sangat, pi buat sendiri".
mode:papa to be...
budak2 lasak biasa la.tambah2 laki.
baru kreatif.
yg nak risaunya yg dok diam jer, ek pon tak, uk pon tak.
Budak2 kan kalau lambat sepekara, dia akan cepat dalam perkara lain. contoh, cepat bercakap,lambat pulak berjalan.dan lain2.
"nak anak baik sangat, pi buat sdiri" jgn gatai mulut nak komen anak orang.
huhu. mode* papa to be
ati : sama 2:)
zura : itula, setiap baby ada keunikan masing2 kan? biar je diorang bereksperimen sendiri..
azri : bro, congrats!! wah sket lagi bakal jadi ayah..hhehe
Post a Comment