L.O.V.E

Tuesday, September 20, 2011

soalan sensitif

kita sebagai rakyat Malaysia haruslah jua sensitip pada perasaan dan hati orang lain..walau tak banyak..mungkin sedikit...

contoh soalan yang harus dielakkan:

untuk pasangan yang baru kawen / yg dah lama kawen tapi tak dapat anak lagi
"Bila nak dapat anak?

ulasan:
jagalah hati mereka, kerana pada pendapat saya sesiapa jua yg sudah berkahwin pasti mahukan zuriat dari keturunan mereka jadi tak payah la kita sebok2 tanya sebab yang bagi anak bukannya sesiapa tapi Tuhan..kalau belum diizinkan Tuhan, pasti ada hikmah yang telah tertulis di sebaliknya..

untuk ibu yang menyusu botol
"eh kenapa tak bagi susu ibu?" / "kenapa bagi baby isap botol tu?"/ - yang tak tahan sambil pandang semacam...

ulasan:
tanyalah sesiapa saja ibu di dunia ini..semua mahukan yang TERBAIK untuk anak mereka, dan ramai yang sudah maklum bahawa susu ibu merupakan makanan yang terbaik sekali yang telah dianugerahkan Allah kepada ibu untuk anak, tetapi kita juga harus sedar, mungkin mereka ada masalah / kekangan / sebab mengapa tidak memberikan susu ibu kepada anak..kita janganlah hanya pandang slack saja..


**sekadar beberapa contoh

nota kaki:

kadang-kadang kita berasa sudah hebat dan terpilih oleh Allah kerana banyak urusan kita lancar dan tidak ditimpa musibah / dugaan / ujian seperti orang lain..malah mungkin akan membandingkan.." eh dia tu mungkin banyak dosa kan? sebab tu dia kena macam tu.."
atau
"tu la makcik saodah tu, kaya tapi harta tak berkat, sebab tu anak bini bercerai berai.."

dan contoh - contoh lain yang saya tau anda juga pernah mengalaminya..

usahla begitu lagi, kerana insan yang disanjung/ dihormati di dunia belum tentu mendapat tempat di sisi Allah...mungkin seorang pelacur yang kita rasa hina dan jijik adalah seorang ahli syurga? wallahualam.. hanya Allah yang layak menilai..

bagi sesiapa yang ketika ini, saat ini, sedang menanggung penderitaan akibat penyakit / ujian hidup ..percayalah.. setiap saat yang kita lalui itu adalah penghapus dosa-dosa kita yang silam dan meninggikan lagi darjat kita di sisi-Nya.. dengan syarat, harus sabar dan redha dengan segala itu dan percaya bahawa ia pasti menemui kesembuhan dan pengakhirannya..

dan bagi kita yang diberikan nikmat sihat, senang, mudah, muda ini harus syukur sebanyak-banyakknya!! kerana kita takut Allah menariknya pada bila-bila masa sahaja yang dikehendaki-Nya...





No comments: