
Semalam saya tak masak sebab abang cakap nak makan nasik kerabu kat Pasar Tani Putrajaya. Pukol 8 baru abang sampai rumah dan kitaorang bertolak ke sana lepas Isyak.Untuk makluman kawan-kawan, kat Putrajaya ni memang ada Pasar Tani atau dipanggil Pasar Tani Mega Putrajaya yang bertempat di Precint 2. Kenapa ia dipanggil Mega?
Ini adalah hasil dari gabungan 2 ciri pasar harian yang berbeza iaitu pasar tani dan juga pasar malam. Ia beroperasi bermula dari pukul 10 pagi hingga lah ke pukul 10 malam, setiap hari Selasa dan Jumaat setiap minggu. Pukul 5-7 adalah waktu yang paling ramai orang (mungkin diorang terus ke sana lepas balek kerja)
Pada hakikatnya saya takdela selalu ke Pasar Tani ni sebab harga barang-barang agak mahal terutama sayur-sayur, ikan, daging dan segala bahan masak asas yang kita nak guna. Bayangkan beli 2helai daun limau purut, 2 biji asam limau nipis, putik jagung, separuh bunga kobis yang kecil, dan kacang buncis harganya dah RM 9.70. melampau tak? Lepas tu ikan selayang 3 ekor yang kecil dan 3 ekor ikan kerisi dah RM 9.70 juga.. memang rasa macam tensen gell... Tapi itulah purata harga di sini. Pada mulanya ingat kan memang nasib saya kurang baik sebab pergi ke gerai yang memang harganya mahal tapi bila tanya kawan-kawan dan rakan sepejabat rupa-rupanya memang mahal.
Huh, kadang-kadang saya terfikir, kenapa harga tidak diselaraskan dengan pasar malam@pasar tani tempat lain? Atau sebenarnya peniaga memang sengaja nak kaut keuntungan memandangkan warga Putrajaya memang tiada pilihan membeli di tempat lain?
Walau apapun, tinggal di sini memang memerlukan kos yang agak tinggi terutama kepada orang seperti saya yang tidak berapa gemar melekat ke rumah. Ke luar sahaja ke KL/Pusat Bandar, tol-tol sudah menanti..sama ada melalui MEX atau LDP.
sama sahaja.
Nota kaki :
kat tempat korang ada pasar tani/pasar malam? :)
No comments:
Post a Comment