L.O.V.E

Thursday, December 30, 2010

Malaysia Menang Piala AFF Suzuki!

Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana akhirnya berjaya merangkul Piala AFF Suzuki 2010 setelah kemarau selama 14 tahun!semangat juang yang kental akhirnya membawa kita kepada kejayaan sebenar..
Syabas!


Walaupun menerima tekanan daripada penyokong Indonesia nyata kita tidak mudah melatah apatah lagi mengalah. Hadiah 1 gol daripada Safee Sali berjaya memadamkan harapan dan impian Indonesia untuk mengejar 4 mata persamaan dan 5 mata kemenangan.tetapi akhirnya kejayaan mutlak adalah milik Malaysia. We are the champion!


Khairul Fahmi Che Mat ternyata menjadi penyelamat semasa Indonesia mendapat tendangan penalti. sungguh hebat dan mengkagumkan. Saya menjangkakan beliau akan mendapat anugerah pemain paling bernilai tetapi dinobatkan kepada Kapten Pasukan Garuda, Firman Utina. Walauapapun, kamu tetap menjadi pujaan dan sanjungan rakyat Malaysia. Apex memang hebat!! Kamu adalah penjaga gol paling bernilai di Dunia! yeayyy!


nota kaki:

terima kasih kepada Pasukan Harimau Malaya di atas kemenangan ini, kerana kejayaan kamu, kita semua dapat cuti esok! yeayy (n_n)

2 comments:

shidaidris said...

yes yien, malaysia memang layak jadi juara dengan kehebatan pemain2 dan keeper terbaikkk... :)

Saya Suka GIS said...

moga harimau mampu mempertahankan piala tahun ni.. tak sabar nk turun stadium ahad ni tgk semi.. esok p beli tiket...