L.O.V.E

Thursday, December 30, 2010

Malaysia Menang Piala AFF Suzuki!

Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana akhirnya berjaya merangkul Piala AFF Suzuki 2010 setelah kemarau selama 14 tahun!semangat juang yang kental akhirnya membawa kita kepada kejayaan sebenar..
Syabas!


Walaupun menerima tekanan daripada penyokong Indonesia nyata kita tidak mudah melatah apatah lagi mengalah. Hadiah 1 gol daripada Safee Sali berjaya memadamkan harapan dan impian Indonesia untuk mengejar 4 mata persamaan dan 5 mata kemenangan.tetapi akhirnya kejayaan mutlak adalah milik Malaysia. We are the champion!


Khairul Fahmi Che Mat ternyata menjadi penyelamat semasa Indonesia mendapat tendangan penalti. sungguh hebat dan mengkagumkan. Saya menjangkakan beliau akan mendapat anugerah pemain paling bernilai tetapi dinobatkan kepada Kapten Pasukan Garuda, Firman Utina. Walauapapun, kamu tetap menjadi pujaan dan sanjungan rakyat Malaysia. Apex memang hebat!! Kamu adalah penjaga gol paling bernilai di Dunia! yeayyy!


nota kaki:

terima kasih kepada Pasukan Harimau Malaya di atas kemenangan ini, kerana kejayaan kamu, kita semua dapat cuti esok! yeayy (n_n)

Wednesday, December 29, 2010

rawatan susulan

Semalam saya berkunjung ke KKPJ untuk check-up yang kedua. Selepas ujian urine, darah dan gigi selesai, saya berjumpa misi untuk check perut. Misi buat ujian ultra bunyi. Ujian ini adalah untuk mempastikan kandungan di dalam rahim kita hidup, untuk melihat kedudukan uri dan kita juga boleh mendengar bunyi degupan bayi.

semalam baby ibu bernafas kuat sangat, sian baby sebab ibu pakai kain baju kurung ketat sangat erk. Nanti next time dah kena pakai pakaian yang longgar sebab takut-takut menghalang tumbesaran baby. Selepas tu ibu terus jumpa Doktor untuk scan. Alhamdulilah baby ibu sangat comel dan sihat. Kalau menurut maklumat scanning tu, ibu dijangka melahirkan baby pada 31 Mei 2011.tapi kalau ikot kitaran haid, 28 Mei 2011 tapi tak banyak beza tarikh so mungkin dijangkakan Akhir bulan Mei atau awal bulan Jun.


Ibu syukur sangat-sangat sebab setakat ni baby ibu takde masalah lagi. Ibu pun takde mengalami alahan dah cuma kerap sakit pinggang, mungkin sebab postur badan yang tidak betul. Berat badan ibu naik 2kg walhal sepatutnya kalau kandungan kita bawah 20 minggu, kenaikan sepatutnya hanya 0.5kg saja..huhu..nanti ibu kena mengamalkan balance diet ;))

Thursday, December 23, 2010

♥♥ Endless Lurve ♥♥



oooh baby, I love your way, everyday
I wanna tell you I love your way, every way ♥♥
I wanna be with you night and day ♥♥♥

Tuesday, December 21, 2010

The Holiday

oh, i miss them!
Lama sungguh dah tak pergi holiday bersama kawan-kawanku yang terchenta ;)) (sila refer tarikh dalam gambar 28.12.2008)Dah dua tahun dan nak masuk tahun baru dah pon..
So apa lagi, syud cepat plan!
harap2 lebih ramai dapat join (^_^)




Thursday, December 16, 2010

Entri tanpa tajuk

Esok hari Jumaat dah!
Cepat sunggggguh ;)

Saya suka hari Jumaat dan saya terlebih sukkkkeerr hari Sabtu dan Ahad!

Cepatlah cuti (^_^)



gambar ketika menghadiri Team Building di D'Ambang Resort :)

Kasut untuk wanita mengandung ;)

Ayah dah belikan ibu kasut baru memandangkan ballet pumps yang ibu pakai sekarang dah haus tapaknya. Walaupun kasut baru ni macam kasut kung fu dan sangat oldish tapi takpela asalkan selesa dan harap-harapnya tahan lama sikit. Kasut lain dah tak boleh pakai dan simpan je jadi pekasam dalam almari. Jam tangan pun dah tak muat. sekarang saya dah gemooOOk!


kasut lama

dan ini kasut baru :)
thanks ayah manyak2!!!

Memang perubahan berat badan agak ketara la mengandung ni. Pagi tadi masa timbang berat dah 68 kilo.rasa seminggu lagi cukup la 70kg. OMG! Obesiti ke ni??

Selera makan membuak-buak, semalam dinner dengan tomyam ayam dan telur dadar. Duduk kejap je sambil tengok bola, makan lagi burger ayam, Junk foods tak payah cakap la, asyik menguyah..perot rasa lapar sangat sekarang. Memang itu sindrom biasa atau sebenarnya memang tak normal?



Any comments?

Malaysia menang 2-0 ke atas Vietnam di AFC Suzuki 2010


Yeya!!!



Tahniah buat pasukan bola sepak Malaysia setelah menang 2-0 ke atas Vietnam dalam permainan perlawanan Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam. Ramai sungguh rakyat Malaysia hadir memberikan sokongan semalam. Jaringan tersebut telah dihasilkan oleh Safee Sali pada separuh masa kedua. Walaupun Safee Sali kena kad kuning tapi tahniah juga diucapkan dan semoga aksi kecemerlangan ini diteruskan semasa perlawanan separuh Akhir kedua di Vietnam pula Sabtu ini. Nampaknya kelebihan beraksi di tempat sendiri tidak disia-siakan. Syabas!



Tapi saya nak ucap tahniah juga pada penjaga gol Malaysia Khairul Fahmi Che Mat yang banyak menyelamatkan gol Malaysia dari dibolos oleh serangan berbahaya Vietnam, bangga sungguh dengan orang kampong saya ni! Buat semua pasukan Malaysia tahniah sekali lagi diucapkan! Teruskan usaha dan jangan mudah berpuas hati kerana masih banyak lagi cabaran menanti.






ni lah dia Safee Sali




penjaga gol kebangsaan Che Khairul Fahmi



nota kaki :
nampaknya kebangkitan bola sepak negara dah kembali ;)