Maka itulah dakwah!
Menarik kan buku ni, itu baru di dasar.
Kata Syeikh Yusuf Al-Qardawi, umat islam ialat umat dakwah.
Enam (6) cabang ilmu tersebut adalah:
- Agama
- Sejarah
- Sastera dan Bahasa
- Kemanusiaan
- Sains
- Hal Ehwal Semasa
- Jadikanlah perancangan untuk anak menghafaz Al-Quran sebagai sesuatu yang penting pada usia mereka yang sesuai iaitu sebelum akil baligh (lingkungan 11-13 tahun). Inilah umur yang sangat OPTIMUN untuk menghafaz Al-Quran. InsyaAllah hafazan yang dihafal pada umur itu sangat lekat dan kuat.
- Akhlak itu bukan lalang. Lalang tak memerlukan ladang semak, hanya perlukan tanah. Biarkan saja tanah kosong dan ia akan tumbuh. Akhlak ialah buah yang dipetik daripada pokok. Ada pokok spesifik yang perlu ditanam dan ada baja tertentu yang perlu diberi supaya buahnya boleh dipetik.
- Budaya philantropy adalah satu keadaan di mana kita suka berbuat baik kepada orang dan kita tidak mengharapkan apa-apa balasan. Kegembiraan kita adalah apabila kita melihat orang yang kita bantu mendapat kebaikan.
- Seperti yang pernah diungkapkan oleh Ibn Khaldun, sense of equality hanya wujud dalam sejarah tamadun yang maju apabila wujudnya properhood. Tamadun di Bandar Purba Ur adalah tamadun yang kuat beragama kerana di tengah-tengah bandar mereka mempunyai rumah ibadat utama mereka iaitu Ziggurat. Mereka adalah komuniti yang beragama. Bandar Purba Ur ini adalah bukti universal bahawa yang mengharmonikan kehidupan manusia adalah agama.
- Kenapa bahasa penting? Representasional bermaksud fungsi bahasa adalah mendeskripsi apa yang kita fikir. Maka dengan bahasa yang betul, dengan menutur dengan cara yang tertib, tergambarlah sebuah fikiran yang tertib juga. Orang yang berfikiran tertib akan berbahasa tertib.
- Kata Ibnu Khaldun, manusia tidak akan membangun tamadun selagi mana berkelakuan seperti orang Badwi. Apakah sikap orang Badwi? Orang Badwi sifatnya menerima atau mengambil semata-mata tetapi tidak mahu memberi. Di manapun orang Badwi itu tinggal, mereka tetap menerima semata-mata.Ketamdunan hanya akan berlaku sekiranya manusia mula fikir untuk memberi, buka lagi menerima sahaja.
- Buku ini mengandungi kerangka yang berkhasiat untuk merawat kejuzukan minda umat Islam akibat sistem pendidikan yang mengkelas-kelaskan murid mengikut aliran sejak sekian lama. Implikasinya, kita gagal menghormati batas keupayaan diri sendiri, lalu membabitkan diri dengan perkara-perkara yang kita tiada ilmu mengenainya. Tanpa ilmu, kita menjadi seperti tikus membaiki labu.
























