L.O.V.E

Wednesday, January 30, 2013

Salam Maulidur Rasul


Salam Maulidul Rasul kepada semua muslim dan muslimat seluruhnya...

”Barangsiapa menghidupkan sunnahku sama ertinya mencintaiku, barangsiapa mencintaiku di hari kiamat kelak akan bersamaku di syurga.” (Hadits)


Friday, January 25, 2013

Kids & technology

Hi everyone!!! Lama xblog kan..ok today I wanna ask u something...

It is regarding kids & technology, yah I mean a gadget.

Today ibu bawa wafiy ke opis sbb his babysitter cuti.. mula2 dia ok lagi, main2 sekitar dalam bilik lepas tu, dah boring mula la nak berjalan..ibu takut nanti terserempak dgn boss, tak sedap la kan bawa anak ke opis..bukan sengaja pun sbnrnya sbb tmpt yg selalu transit dia full plak harini.. ok lepas tu ibu pujuk dia baca buku, melukis, main blocks..pastu dia dh mula bosan balik, last choice keluarkan ipad..watched pocoyo!!!!

And out of the blue, seorang opismate masuk..dia mcm tgh tgk wafiy n tegur..
She : yin, akak pernah dgr ustazah ada bgtay tak bagus kita bagi anak main gajet-gajet ni...
Me : sy tau kak, tp sy jarang bg dia main..kat umah pun jarang buka..tgk masa2 tertentu shj..
She : bagus la kalo camtu sbb ustazah tu bgtau, ibubapa zaman skrg, anak dia merajuk sket, terus bagi ipad la..buat perangai sket bg gajet..
Me : betul akak tapi kalo dah ms makan, anak dop panjat meja, tepuk meja, main nasi, lempar sudu..ibu bapa nak buat camne nak suh dia behave..kdg kala kita terpaksa..kita bukan nk ajar anak kita camtu..tp ntahlah camne erk nak jd rasional bila dia mengamuk lebih2 lagi kalo mkn kat luar...
She : ok la yin akak kuar dulu...

U all, I nak tanya camne nak bentuk anak kita supaya behave di meja mkn..mcm mana org dulu bentuk anak dia bila anak buat hal?? Pls share...sy kdg2 buntu..tersepit dan terkepit...sy akui sy selalu stand by ipad dlm bag sbb kalo mcm wafiy buat hal terutama ms makan kat luar, sy akan bg dia tgk pocoyo..kdg2 zikir n nasyid opick..kdg2 trick ni menjadi tp byk yg tak sbb dia suka explore apa yg ada atas meja..apa yg ada dlm pinggan... ada x parents yg anak dia duduk diam je ms makan? Tolong ajari sy..

Monday, November 19, 2012

5 Muharram 1434H


Assalamualaikum semua…

Hi. Ingat lagi tak my previous entry pasal pengasuh wafiy…
Rasa nak hantuk kepala ke dinding 23457890909999 kali….hahahhaha…

Memang patutlah, pengasuh cari org utk dia jaga sepanjang musim cuti sekolah, sbb husband dia cikgu, cikgu mana ada kelas time cuti sekolah kan? Drpd husband dia xde buat apa-apa baik dia tolong wife dia cari duit, at least 2 orang boleh la jaga ramai skit…

Adus!!
Saya memang org yang selalu berprasangka…

Ya Allah, ampuni aku….
Saya akui, sy memang selalu prasangka, nampak orang macam tu, mulalah berkata-kata dalam hati..

Ya Allah, hanya Engkau saja yang tau betapa teruknya perangai aku ni..tapi tulah, harini dah 5 Muharram 1434H kan..masih ada masa untuk buang segala perkara kotor dalam hati, sikit demi sikit, saya tak nak dah buruk sangka dengan orang lain..banyak betul azam baru sempena tahun 1434H ni.. ada yang mungkin boleh dikongsi, ada yang mungkin hanya untuk tatapan diri..

Saya berjanji denganMu Ya Rabb,untuk tahun ini, saya mesti istiqamah dalam menunaikan solat di awal waktu.. pergi sebanyak mungkin ke majlis ilmu, jaga kesihatan sebaik2nya!

Saya akui, saya benar-benar banyak lagha..

Sibuk dengan artis, tengok rancangan menyanyi, TV Al-Hijrah tengok juga tapi selepas dah jatuh cinta dengan Aaron Aziz ni, sampai abang pun dah mula tegur..
“ayang, amboi tahulah minat pelakon tu, pergi solat dulu..” – teguran diterima masa tgk iklan kat Astro citra yang dia tayangkan seminggu filem Aaron – relakan hati anda untuk Aaron Aziz tu..

Pas solat ingat dah berenti, tapi rupanya sambung kena perli...

“ai, mana dah pelakon yang ayang minat dulu tu? Izzue Islam dah tak follow ke?” – ai, abang makan dalam nampak? 

Dia tak tahu, aku memang minat artis sejak zaman sekolah lagi, dulu KRU..semua majalah beli, kaset,  CD, siap gi tgk diorang main bola kat stadium sultan Muhamad (masa tu artis tak boleh nyanyi di Kelantan, kalo nak masuk kena melalui media lain – e.g: radio (perlawanan persahabatan radio+ artis), pastu minat x-Factor, pastu hans Isaac, sape lagi erk, tak ingat dah tapi dia selalu bermusim.. yang si izzue islam tu terminat masa cerita Jangan Ambil Padang Kami – dia cakap kelatan..aku rasa dia tak fake, sebab tu minat, pastu citer Cik Paris Diva Balik Kampung.. dan ada lagi lah a few citer dia, tapi skrg dah takde feeling, pergi gitu je..skrg ni minat ngan hero Drama Adam dan Hawa..dulu tgk juga Aaron ni, tapi takdelah meleleh tapi bila dia berlakon dlm Adam dan Hawa ni, hanya Allah jua yg tahu betapa kacaknya dia..melting.. tapi aku dah minta izin ngan abg..hehehe

U alls semua mesti takde yang macam sy kan..mudah fanatik, sampai dah tanam cita-cita nak suh Wafiy jadi pilot macam Adam Mukhriz..huh, over!

Itulah dunia…perhiasan..indah, cantik, rasa nak lagi, nak lagi, tak puas..tapi bila ingat mati, terus rasa takut datang tiba-tiba, sebab apa? Sebab tak sedia!

Macam kita nak Exam, kalo xsedia, mesti kita rasa nervous, stress, takut semua kan? Cuba kalo kita confident dan well-prepared mesti kita pulak yang tak sabar nak periksa..
Bila ingat mati ni kan, aku ada something nak share dgn u alls,

Actually harini dah masuk 2 minggu tak sihat badan..
Minggu pertama kena demam, selesema dan batuk..
Tapi minggu kedua ni, dia tambah satu lagi iaitu sakit kepala!
Serius, aku tak pernah sakit kepala macam sekarang..
Dia punya sakit macam ada orang hentak batu kat kepala… Aku gi spital, doctor kata migraine tapi kemungkinan juga symptom-simptom awal penyakit lama akan kembali..
Aku makin stress la, kalau boleh tak nak lagi kena macam dulu..Ya allah, tak sanggup! Seriously..
Then tadi aku gi hospital, set appointment, nak tahu bila date dia??
6 Februari 2013 – ambil darah
20 Februari 2012 – jumpa Doktor
Aku rasa mungkin ajal aku sampai dulu sebelum sempat jumpa Doktor…

Serius memang rasa dah nak mati ni, tapi aku tak ready lagi..amalan masih banyak tak sempurna, tak cukup, tapi aku berdoa semoga Allah matikan aku dalam husnul khotimah…walaupun aku banyak menderhaka pada Tuhan, tapi aku yakin rahmat dan kasih sayang-Nya melebihi kemurkaan-Nya..

Mama aku pula dah mula mimpi dapat duit banyak – kalau ikut tafsiran, bakal dapat musibah..
Mimpi tu juga dia pernah dapat seminggu sblm my late brother meninggal.. maknanya mungkin kali ni turn aku.. lagilah aku takut kan..hari2 dia kal aku..

Masa nak solat kat umah tu, rasa macam nampak malaikat maut..Ya Allah, ampuni aku Ya Allah…

Kawan-kawan semua, di kesempatan ini juga, (mungkin coretan terakhir, aku betul2 nak minta maaf/ ampun/halal mkn minum, and please sesiapa yang aku ada hutang dgn dia, TOLONGGGGlah, bgtau – call/sms aku taknak aku sangkut masa kat hutang….)



wajah si kecil yang bakal aku tinggalkan..bila ibu tiada nanti, siapalah yang akan jaga Wafiy kan..
takpe sayang, if one day, wafiy mungkin hilang ibu, tapi Wafiy tak pernah hilang Allah...



Oklah, nak solat Asar jap…

Monday, November 5, 2012

The Nanny

Sudah berbulan tak berblog..

Bukan tak nak menulis, tapi kadang- kadang rasa isi yang hendak dikongsi ibarat sampah..kosong semata tanpa dapat memberi manfaat. .

Anyway, harini ada sesuatu yang nak dikongsi.. harini wafiy berada di rumah nanny baru di blok yang berlainan, agak jauh juga which is kena ada kenderaaan untuk ke sana..sebelum ni jalan kaki je kalau hantar pun, keputusan untuk menukar nanny wafiy bukanlah sebab alasan emosi atau tanpa fikir, tapi rasanya bila dah terjadi banyak sangat tragedy rasanya baik mencegah dulu sebelum terlambat.. dan sememangnya bukan senang nak dapat pengasuh..

Rumah pertama saya pergi, rumah bersepah, plastic makanan, biskut bertaburan atas lantai...dinding, lantai, pintu penuh dengan lukisan hatta di layar skrin TV sekalipun..walaupun pengasuh tu memang ada pengalaman menjaga budak di taska sebelum ni, tapi bila requirement saya seperti aspek kebersihan, disiplin tiada, memang saya terus reject. Saya tak dapat bayangkan bila dia benarkan anaknya dan kanak-kanak lain melukis sesuka hati sehingga TV pun dia conteng, saya dapat bayangkan nati wafiy pun akan buat perkara yang sama di rumah kami.. wafiy bukan tak menconteng, tapi kami sediakan platform..hanya dibenarkan melepaskan expresi seninya di kertas sahaja.. bukan nak mengongkong jiwa seninya tapi kami dah set up family rules; right stuff in the right place..bukan boleh semua tempat..

Ok habis.
Next rumah kedua..
Rumah kedua pula, yang akan mengasuh nanti mengandung 4 bulan.. walaupun dia willing nak jaga, tapi end up nya still kena cari pengasuh lain lagi kan, lagipun kuarters tu atas nama adik dia, so nanti kalo diorang gaduh ke apa ke, malas nak fikir soal family semua kan..so memang reject awal-awal..

Rumah ketiga di blok rumah yang lain..
Orangnya masih bujang dan masih muda, kalau tak silap dalam umur 21 tahun..baru mula nak mengasuh..tinggal bersama abang dan kakak ipar di kuarters, amek 300.. for me, harga tu terlalu demand sebab budak yang diasuh dah besar, pastu dia plak baru nak mengasuh..lainlah ada pengalaman atau tauliah dalam bab asuhan kanak-kanak..
So reject lagi..

Dan finally semalam, jumpa nanny di blok yang sama jiran kepada rumah tadi.. masuk je rumah dia terus berkenan, sebab dia suri rumah, husband cikgu ( kalau balik awal boleh tolong jaga skali kan budak-budak), anak sorang baby 5 bulan..rumah bersih, kemas takde banyak barang..jaga pun tak ramai, harga ok..terus hantar pagi tadi..
Ingatkan dah boleh tidur lena, dapat jumpa pengasuh yang diidamkan, rupa-rupanya mimpi ngeri baru bermula!!!
Masa tekan je lift nak hantar wafiy naik atas, ternampak iklan sebegini:

SAYA BERSEDIA MENERIMA TRANSIT ANAK PADA MUSIM CUTI SEKOLAH
BAYARAN RM10/DAY
TEMPAT TERHAD
MAKAN/MINUM DISEDIAKAN
7AM-6PTG
HUBUNGI SXXX : 012-XXXXX
Bila check no telefon memang sama ngan no telefon pengasuh wafiy, aik semalam baru cakap tak nak ambil ramai budak, tgk harini nak terima budak musim cuti sekolah, takpelah cari rezeki kan...

Hmmm….

Kesimpulannya, Memanglah susah nak dapat pengasuh yang ikhlas jaga anak kita, melainkan kita berhenti kerja dan jaga sendiri, kan?



Bila wafiy nak besar ni? ibu hantar taska pulak ye ^_^

Monday, August 6, 2012

Arwah

Semalam, lepas siapkan lauk sahur, aku tidur balik.. Aku mimpi adik, adik senyum2 (sama sahaja senyumannya sewaktu dia hidup dulu, cuma kali ni melebar sket macam sengih) Masa tu adik pakai baju belang2, duduk atas kerusi.. Aku sempat cium kepala adik.. Lepas tu dah sedar, abg kejut sahur pukul 5.. Terima kasih Allah, Engkau tunaikan jua permintaanku untuk melihat adik walau hanya sekejap dan dalam mimpi.. Tapi masa tu mmg aku dh tau adik dah takde, tapi nape aku bleh jumpa adik..TQ Allah... Setelah selama ini aku ingin bertemu sangat dengannya seperti adik2 ku yg lain yg dh jumpa, akhirnya tertunai jua pd bulan Ramadhan.. Harini tak berenti dgr surah al- mulk... Ya Allah, matikanlah aku dalam husnul khotimah.....

I lurve u adik...Al Fatihah untuk arwah Muhammad Syafiq bin Mohd Nuri (2.2.2012 - 9.1.1998)

Gambar : adik dan mama masa mama melawat dia di asrama.. nak pegang tangan mama nak salam..
Ya Allah, rindunya..

Wednesday, July 4, 2012

Happy 2nd anniversary!!

3 Julai 2012 (semalam) genaplah usia 2 tahun cinta diraikan bersama..

Tapi masing-masing dah bagi hadiah in advance..hehe.

The celebration is simple dan sederhana maklumlah duit kena saving sket untuk meraikan kedatangan Ramadhan Al Mubarak..

Usia 2 tahun bagi kami terlalu muda kerana pelayaran ini pastinya lebih panjang dan mencabar.. Bermacam ujian telah dilalui dan ia mengajar erti sabar, kesetiaan dan kejujuran..sekiranya badai melanda dalan rumah tangga, maka hanyalah pada Allah terdapat penyembuhan yang mutlak, ketenangan yang hakiki dan kasih sayang yang abadi..

Dan untuk tahun-tahun yang seterusnya, semoga Allah membesarkan iman kami untuk mengharungi segala ujian dan dugaan insyaallah..
ayah sent a wish via sms on 9.22 am..waktu tu ibu kat dewan tengah dengar ceramah ihya ramadhan..
sungguh terharu sekali sebab ingatkan ayah lupa harini anniversary kedua kami..
tapi bila tengok ayat balik, macam janggal kan..sebab ada words HARMONI..
selalunya kan kita guna sinonim like bahagia ke happy ke?
huh, memang orang umur 30-an hantar msg macam ni erk =P
whateverlah! janji dapat wish..so ibu terus capture gambar ni sebagai kenangan..
thank you abg!

ayah hadiahkan ibu jam baru..
yeay! happy sangat :-)


ibu pula hadiahkan ayah perfume ni..
taktaulah bau dia sedap ke tak? sebab masa beli ni, ibu suka kat botol dia..
nampak maskulin habisss!
warghhh (^_^)

Semoga kenangan indah ini akan terpahat selamanya di hati.. Last year anniversary tak sambut pun memandangkan masa tu ibu sakit,dan duit pun habis untuk berubat.. itulah namanya kehidupan,
ada kalanya kita di atas, dan ada waktunya kita di bawah..  Tahun ni Allah mengurniakan rezeki lebih skit, alhamdulilah., syukur sesyukurnya.. 


Dan antara semua hadiah itu tiada yang lebih bermakna bila wafiy dah boleh jalan! Hehe.. 

Seronok sangat, jadi ibu hadiahkan anakanda ibu sandal clarks baru.. 
wafiy ketika di JPO :-)


Dan sungguh tidak fair bila anak sahaja bergaya, ibu pun tambah satu lagi koleksi clarks hitam plak..

wah sepasang gitu anak -beranak..
sekali-sekala..



Wednesday, May 30, 2012

wafiy is one year old!

 menolong ibu mengemas baju

menyusun buku

 at ibu's office

 main kereta
over excited sampai bangun dari seat
just to show how happy he is

 again!
suka sangat main di sebalik langsir
peek-a-boo

 at Morib Gold Coast
suka sungguh dengan air..

 playground bawah rumah

 hah, buat apa tu???
ingat orang tak nampak dia

last but not least,
happy - happy- happy
yang ni masa dia tengok BBTV

ok, babai..