Alhamdulilah, ruam wafiy dah kering dan hampir sembuh sepenuhnya..
kalau kena air pun dah tak terjerit-jerit macam dulu..
keceriaan kembali mewarnai dunia si kecil ini..
Syukur!
Alhamdulilah, ruam wafiy dah kering dan hampir sembuh sepenuhnya..
kalau kena air pun dah tak terjerit-jerit macam dulu..
keceriaan kembali mewarnai dunia si kecil ini..
Syukur!
Tadi masa tengah godek-godek, susun-susun folder dalam laptop ni..terjumpa sekeping gambar. masa ni abang baru beli kamera, so seperti biasa beliau akan membaca dengan tekun segala arahan/penerangan dalam user manual tu.. sungguh fokus dan terperinci sekali.. sangat berbeza sekali dengan saya, habis rajin pun, tengok gambar-gambar dalam tu je..tak kuasa nak baca satu-satu..guna je la benda tu dulu...kalau dah memang perlu rujuk barulah kita cari kan? Kan?
And today, he is off to johore.. pukul 5am lagi dah keluar rumah sebab meeting start pukul 11am..takut tak sempat..semalaman tidur-bangun-tidur-bangun..siapkan kerja.. even pagi tadi pun masa dia dah nak berangkat, when i’m asking him about that..Still tak siap lagi..huhu..gitulah kalo kerja swasta gak, gaji yang dibayar memanglah SETIMPAL /DUA TIMPAL dengan beban kerja yang dipertanggungjawabkan..takpelah abang, kerja kan satu ibadat J
Abang-abang-abang, sometimes i geram sangat dengan u!! kadang-kadang pula rasa macam nak gigit-gigit je! dan yang selalunya sayang sangat-sangat... and please don't break my heart again!!!
alhamdulillah, sayang ibu dah pandai pegang botol sendiri
eleh buat-buat terkejut ;p
gelak kuat lepas kena usik dengan ayah

tengah test jubah raya :)
oh, sepahnya rumah!!!!
Menghadiri kuliah wanita di Masjid An-Nur, Bangi bersama cik xente
Ceramah kali ni disampaikan oleh Ustaz Zulkifli Ahmad. Kelakar sangat ustaz ni, disamping dia membaca hadis, lepas tu dia kaitkan dengan isu semasa..siap nyanyi-nyanyi lagi..semua perkembangan artis pun dia tau, masa cerita bab tudung, siap dia sebut nama yuna dan hana tajima..kalau kenal yuna tu takdela heran sangat sebab dah biasa kan..ini nama hana tajima pun kenal? Power ustaz ni..hihi
Antara beberapa perkara yang sempat saya rakamkan ialah berkenaan hadis qudsi.. ustaz menghuraikan 7 hadis qudsi yang mungkin boleh kita kutip pengajarannya.
ini hanya ringkasan daripada apa yang ustaz sampaikan..yang details tak sempat salin banyak sebab tak bawa recorder..
Tengahari tu pulak, lepas zohor, terus ke Sepang, tengok moto GP Grand Prix..tiket free dapat duduk kat grand stand lagi.. kalau tiket beli, tak kuasa saya nak pergi..ramai sangat orang..berpeluh-peluh..dengan panasnya, dengan kena jalan kaki sebab parking jauh..huhu tak sanggup! Cukuplah F1 last year.. tak larat..keluar je kol 530 tapi sampai umah nak dekat isyak nasib sempat maghrib sebab polis divert jalan balik ke arah KLIA, so dah makan masa beberapa jam..dahlah kereta tak gerak, slow sangat.. ibu siap bukak baju wafiy sebab panas sangat..
Oh ya yang pasal kematian Marco Simoncelli, tak tengok plak sebab kuar awal pergi kat pameran..tengok berita semalam baru tau.. sebab helmet dia jatuh kan? Pastu moto belakang yang laju terus langgar.. tak sangka meninggal ingatkan cedera je..
Misi pencarian stroller akhirnya berjaya hari ini!
aunty & uncle yang jaga kedai tu pun baik..melayan je karenah kami.. highly recommended okeh!
Memang ibu nak sangat-sangat stroller ni sebab selama ni susah sangat takder stroller, nak makan kena bergilir ngan ayah..kadang-kadang ayah pangku wafiy masa dia tidur sambil makan..tertumpah-tumpah atas badan budak tu..ayah plak terpaksa makan satu tangan..pastu kalo masa checkup wafiy lagi la haru, 2-3 jam kena pegang..dahlah tangan pun tak berapa nak sihat pegang lagi budak bucuk yang berat nak dekat 7kg tu..yelah, checkup pulak kat klinik kerajaan memanglah masa menunggu dia lama kang? Dan yang paling menyedihkan tak dapat ke pasar tani setiap hari selasa dan jumaat..dulu pas balik kerja boleh juga singgah sana beli makanan basah/ kering..buat stock rumah tapi sekarang lepas amek je wafiy dari nursery terus zoooommmm balik rumah... aritu dah try bawak wafiy sekali ke pasar tani tapi ibu serik serik sesangat! Tangan kanan kendong wafiy, tangan kiri pegang handbag dan barang-barang belian, belakang galas bag laptop..jalan plak ke tempat parking..sampai je kat kereta, nak fengsang !!!! lepas aritu..ibu dah tak ke sana lagi kecuali selepas ayah balik kerja, pergi sama-sama tapi kalau tunggu ayah balik maknanya semasa kami sampai je ke pasar tani orang kedai tengah nak lipat payung atau tengah reverse van nak punggah periuk..huhu..
Ibu harap dengan adanya stroller ni akan lebih memberikan ketenangan dan juga kesenangan untuk ibu dan wafiy..
Eh tapi nape pilih Maclaren Quest Sport yien ?
Setelah ibu survey-survey, oberve-observe, ibu rasa inilah stroller terbaik untuk ibu dan wafiy.. color scarlet / black yang cun, nampak macho dan tersangat cool untuk boboy macam wafiy..agak ringan dan boleh galas kat belakang.. senang nak buka dan lipat (serius senang giler tak sampai seminit.. )stylo dan affordable....lagi satu ia boleh tahan sampai budak umur 4 tahun. (tapi tu pon kalo wafiy nak duduk lagi ;p)
sampai je kat kedai, bukan main syok tido, letak dalam stroller pun tak sedar.. masa ni tengah testing position wafiy dalam stroller