L.O.V.E

Monday, October 24, 2011

Last Sunday!

Pagi:

Menghadiri kuliah wanita di Masjid An-Nur, Bangi bersama cik xente

Ceramah kali ni disampaikan oleh Ustaz Zulkifli Ahmad. Kelakar sangat ustaz ni, disamping dia membaca hadis, lepas tu dia kaitkan dengan isu semasa..siap nyanyi-nyanyi lagi..semua perkembangan artis pun dia tau, masa cerita bab tudung, siap dia sebut nama yuna dan hana tajima..kalau kenal yuna tu takdela heran sangat sebab dah biasa kan..ini nama hana tajima pun kenal? Power ustaz ni..hihi

Antara beberapa perkara yang sempat saya rakamkan ialah berkenaan hadis qudsi.. ustaz menghuraikan 7 hadis qudsi yang mungkin boleh kita kutip pengajarannya.

  • Wahai anak adam, timbulkanlah rasa qanaah, nescaya kamu akan kaya (qanaah maksudnya cukup, cukup dengan apa yang ada, kalau dah kaya pun, rasa cukup, kalau miskin pun, masih bersyukur dan rasa cukup)
  • Tinggalkanlah hasad dengki, nescaya kamu akan rehat
  • Jauhkan benda haram, nescaya kamu akan ikhlas (perintah Allah, ramai orang boleh buat, orang mencuri pun pergi solat jumaat, tapi tak ramai dapat tinggalkan apa yang dilarang Allah..bila kita mampu meninggalkannya, percayalah kita akan menjadi ikhlas, ikhlas dalam ibadat, ikhlas dalam perbuatan.. bukan verbal semata-mata)
  • Tinggalkan sebahagian manusia, maka kamu akan selamat ( maksudnya kita boleh berkawan dengan semua orang, tapi kita hanya boleh bersahabat dengan sebahagian orang)
  • Sesiapa yang kurang cakap, maka sempurnalah akal kamu
  • Sesiapa yang redha dengan yang sedikit, maka dia sedang percaya kepada Allah SWT
  • Tinggalkanlah ghoibah (mengumpat) maka lahirlah padanya kasih sayang

ini hanya ringkasan daripada apa yang ustaz sampaikan..yang details tak sempat salin banyak sebab tak bawa recorder..

Tengahari tu pulak, lepas zohor, terus ke Sepang, tengok moto GP Grand Prix..tiket free dapat duduk kat grand stand lagi.. kalau tiket beli, tak kuasa saya nak pergi..ramai sangat orang..berpeluh-peluh..dengan panasnya, dengan kena jalan kaki sebab parking jauh..huhu tak sanggup! Cukuplah F1 last year.. tak larat..keluar je kol 530 tapi sampai umah nak dekat isyak nasib sempat maghrib sebab polis divert jalan balik ke arah KLIA, so dah makan masa beberapa jam..dahlah kereta tak gerak, slow sangat.. ibu siap bukak baju wafiy sebab panas sangat..

Oh ya yang pasal kematian Marco Simoncelli, tak tengok plak sebab kuar awal pergi kat pameran..tengok berita semalam baru tau.. sebab helmet dia jatuh kan? Pastu moto belakang yang laju terus langgar.. tak sangka meninggal ingatkan cedera je..


sampai je kat sana, lepak bawah je sebab atas tangga tu ramai orang..penuh asap rokok /bising


ibu & wafiy


budak bucuk di sebalik kipas ;p


TITAN


DUCATI


ni tak tau moto apa?

crowds ..
masa ni dah kuar dari sana


Don't you know how much I love you, son!

No comments: