L.O.V.E

Wednesday, November 16, 2011

Cerianya dia~~!!

Alhamdulilah, ruam wafiy dah kering dan hampir sembuh sepenuhnya..

kalau kena air pun dah tak terjerit-jerit macam dulu..

keceriaan kembali mewarnai dunia si kecil ini..

Syukur!


ready, baby!




ok, lebar lagi..senyum lebih lagi!! ahaks



yah, itu dia!!! senyum biar over okeh;p


amboi-amboi-amboi, hepinya dia :):)


Tuesday, November 15, 2011

aksi si cilik @6months

inilah dia, aksi si wafiy bila dah masuk 6 bulan! ibu letak dia baik-baik depan TV tengok BBTV, nampak kusyuk je, ibu pun lelap lah kejap, buka je mata tengok dah kat tempat lain...bertuah anakku! bila masa dia gerak ntah.. pastu ibu pun amek kesempatan snap gambar dia..

tengoklah ni, bila ibu nak angkat, sanggup pegang kerusi taknak bangun..
seolah-olah merayu, biarlah wafiy main ibu...
ok..
just do it, son!


buat muka sedih lagi..sambil pandang kamera..


tapi pantang je, ibu pandang tempat lain, dia dah one step ahead..cepat betul ya!


and finally, ibu biar je wafiy kat situ tapi
masih di bawah jagaan ibu, bukan apa takut terhantuk kerusi tu..lagi-lagi kerusi kayu! kalo kena kepala, sure benjol ;p

ok, have fun baby!

If only you know how much i love u..

Tadi masa tengah godek-godek, susun-susun folder dalam laptop ni..terjumpa sekeping gambar. masa ni abang baru beli kamera, so seperti biasa beliau akan membaca dengan tekun segala arahan/penerangan dalam user manual tu.. sungguh fokus dan terperinci sekali.. sangat berbeza sekali dengan saya, habis rajin pun, tengok gambar-gambar dalam tu je..tak kuasa nak baca satu-satu..guna je la benda tu dulu...kalau dah memang perlu rujuk barulah kita cari kan? Kan?

And today, he is off to johore.. pukul 5am lagi dah keluar rumah sebab meeting start pukul 11am..takut tak sempat..semalaman tidur-bangun-tidur-bangun..siapkan kerja.. even pagi tadi pun masa dia dah nak berangkat, when i’m asking him about that..Still tak siap lagi..huhu..gitulah kalo kerja swasta gak, gaji yang dibayar memanglah SETIMPAL /DUA TIMPAL dengan beban kerja yang dipertanggungjawabkan..takpelah abang, kerja kan satu ibadat J

Abang-abang-abang, sometimes i geram sangat dengan u!! kadang-kadang pula rasa macam nak gigit-gigit je! dan yang selalunya sayang sangat-sangat... and please don't break my heart again!!!


Wednesday, November 2, 2011

Buah hatiku!


alhamdulillah, sayang ibu dah pandai pegang botol sendiri


eleh buat-buat terkejut ;p

gelak kuat lepas kena usik dengan ayah

tengah test jubah raya :)

oh, sepahnya rumah!!!!


Tuesday, October 25, 2011

I miss u,w

Really miss u,baby..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, October 24, 2011

Last Sunday!

Pagi:

Menghadiri kuliah wanita di Masjid An-Nur, Bangi bersama cik xente

Ceramah kali ni disampaikan oleh Ustaz Zulkifli Ahmad. Kelakar sangat ustaz ni, disamping dia membaca hadis, lepas tu dia kaitkan dengan isu semasa..siap nyanyi-nyanyi lagi..semua perkembangan artis pun dia tau, masa cerita bab tudung, siap dia sebut nama yuna dan hana tajima..kalau kenal yuna tu takdela heran sangat sebab dah biasa kan..ini nama hana tajima pun kenal? Power ustaz ni..hihi

Antara beberapa perkara yang sempat saya rakamkan ialah berkenaan hadis qudsi.. ustaz menghuraikan 7 hadis qudsi yang mungkin boleh kita kutip pengajarannya.

  • Wahai anak adam, timbulkanlah rasa qanaah, nescaya kamu akan kaya (qanaah maksudnya cukup, cukup dengan apa yang ada, kalau dah kaya pun, rasa cukup, kalau miskin pun, masih bersyukur dan rasa cukup)
  • Tinggalkanlah hasad dengki, nescaya kamu akan rehat
  • Jauhkan benda haram, nescaya kamu akan ikhlas (perintah Allah, ramai orang boleh buat, orang mencuri pun pergi solat jumaat, tapi tak ramai dapat tinggalkan apa yang dilarang Allah..bila kita mampu meninggalkannya, percayalah kita akan menjadi ikhlas, ikhlas dalam ibadat, ikhlas dalam perbuatan.. bukan verbal semata-mata)
  • Tinggalkan sebahagian manusia, maka kamu akan selamat ( maksudnya kita boleh berkawan dengan semua orang, tapi kita hanya boleh bersahabat dengan sebahagian orang)
  • Sesiapa yang kurang cakap, maka sempurnalah akal kamu
  • Sesiapa yang redha dengan yang sedikit, maka dia sedang percaya kepada Allah SWT
  • Tinggalkanlah ghoibah (mengumpat) maka lahirlah padanya kasih sayang

ini hanya ringkasan daripada apa yang ustaz sampaikan..yang details tak sempat salin banyak sebab tak bawa recorder..

Tengahari tu pulak, lepas zohor, terus ke Sepang, tengok moto GP Grand Prix..tiket free dapat duduk kat grand stand lagi.. kalau tiket beli, tak kuasa saya nak pergi..ramai sangat orang..berpeluh-peluh..dengan panasnya, dengan kena jalan kaki sebab parking jauh..huhu tak sanggup! Cukuplah F1 last year.. tak larat..keluar je kol 530 tapi sampai umah nak dekat isyak nasib sempat maghrib sebab polis divert jalan balik ke arah KLIA, so dah makan masa beberapa jam..dahlah kereta tak gerak, slow sangat.. ibu siap bukak baju wafiy sebab panas sangat..

Oh ya yang pasal kematian Marco Simoncelli, tak tengok plak sebab kuar awal pergi kat pameran..tengok berita semalam baru tau.. sebab helmet dia jatuh kan? Pastu moto belakang yang laju terus langgar.. tak sangka meninggal ingatkan cedera je..


sampai je kat sana, lepak bawah je sebab atas tangga tu ramai orang..penuh asap rokok /bising


ibu & wafiy


budak bucuk di sebalik kipas ;p


TITAN


DUCATI


ni tak tau moto apa?

crowds ..
masa ni dah kuar dari sana


Don't you know how much I love you, son!

Saturday, October 22, 2011

misi pencarian stroller

Misi pencarian stroller akhirnya berjaya hari ini!

Ibu beli stroller di littlewhiz, tapi bukan online tau sebab stroller ni out of stock masa ibu view di page dia semalam. So, pagi tadi ibu call sendiri kedai tu, diorang cakap stock ada.. lepas breakfast je (jangan salah faham lepas breakfast tu –pagi-pagi buta, kami nye breakfast kol 10 pagi almaklumlah hari cuti, tidor la lebih sket...) terus ke setia alam, kedai littlewhiz sendiri.. tak susah cari kedai ni sebab map dia dalam website senang nak follow..

aunty & uncle yang jaga kedai tu pun baik..melayan je karenah kami.. highly recommended okeh!

Memang ibu nak sangat-sangat stroller ni sebab selama ni susah sangat takder stroller, nak makan kena bergilir ngan ayah..kadang-kadang ayah pangku wafiy masa dia tidur sambil makan..tertumpah-tumpah atas badan budak tu..ayah plak terpaksa makan satu tangan..pastu kalo masa checkup wafiy lagi la haru, 2-3 jam kena pegang..dahlah tangan pun tak berapa nak sihat pegang lagi budak bucuk yang berat nak dekat 7kg tu..yelah, checkup pulak kat klinik kerajaan memanglah masa menunggu dia lama kang? Dan yang paling menyedihkan tak dapat ke pasar tani setiap hari selasa dan jumaat..dulu pas balik kerja boleh juga singgah sana beli makanan basah/ kering..buat stock rumah tapi sekarang lepas amek je wafiy dari nursery terus zoooommmm balik rumah... aritu dah try bawak wafiy sekali ke pasar tani tapi ibu serik serik sesangat! Tangan kanan kendong wafiy, tangan kiri pegang handbag dan barang-barang belian, belakang galas bag laptop..jalan plak ke tempat parking..sampai je kat kereta, nak fengsang !!!! lepas aritu..ibu dah tak ke sana lagi kecuali selepas ayah balik kerja, pergi sama-sama tapi kalau tunggu ayah balik maknanya semasa kami sampai je ke pasar tani orang kedai tengah nak lipat payung atau tengah reverse van nak punggah periuk..huhu..

Ibu harap dengan adanya stroller ni akan lebih memberikan ketenangan dan juga kesenangan untuk ibu dan wafiy..

Eh tapi nape pilih Maclaren Quest Sport yien ?

Setelah ibu survey-survey, oberve-observe, ibu rasa inilah stroller terbaik untuk ibu dan wafiy.. color scarlet / black yang cun, nampak macho dan tersangat cool untuk boboy macam wafiy..agak ringan dan boleh galas kat belakang.. senang nak buka dan lipat (serius senang giler tak sampai seminit.. )stylo dan affordable....lagi satu ia boleh tahan sampai budak umur 4 tahun. (tapi tu pon kalo wafiy nak duduk lagi ;p)


sampai je kat kedai, bukan main syok tido, letak dalam stroller pun tak sedar.. masa ni tengah testing position wafiy dalam stroller


wafiy kena letak dalam bumbo chair sebab asyik nak meragam nak meniarap.. bestla bumbo chair ni sebab dia elastik, tengok dalam gambar nampak macam plastik.. boleh beli ni sebab senang nak suap wafiy bila dia dah start makan nanti.. tapi not now la.. bajet dah habis.. harganya kalo tak silap tadi RM 188 (selepas diskaun)..erm,tunggu duit bonus pulak okeh !


first time kena letak dalam stroller, muka ketakutan.





-close up-