L.O.V.E

Tuesday, March 1, 2011

Family Day

26-27th February 2011
Tiara Beach Resort
Theme : Black & Red

abang yang excited!

mak buyong!

volley ball

main air...

persembahan kumpulan
saya jadi penyamun

jadilah, dapat gak No.2 ;))

mala and nazrin
yien and abang


nota kaki:
p.e.n.a.t

Tuesday, February 22, 2011

Anemia ketika hamil

Harini saya nak share sedikit informasi mengenai anemia ketika mengandung. Anemia ialah kekurangan sel darah merah atau Hemoglobin (hb) - perasan tak setiap kali kita check up, Dr/nurse akan ambil darah dan check tahap Hb..dan ramai juga yang tidak tahu kepentingan untuk mengekalkan paras Hb yang baik (>11g/dl) semasa mengandung. paras Hb saya pula hanya sekitar 11.4, 11.6, 11.7.

Sebenarnya kebanyakan ibu mengandung mengalami kekurangan zat besi yg sgt penting untuk pembentukan Hb ini dan kekurangan itu berpunca daripada NUTRIEN seharian yg diambil yg kurang mengandungi zat besi.


Anemia selalunya tidak akan mempengaruhi tumbesaran bayi kerana bayi sentiasa mendapat bekalan zat besi yang cukup untuknya membesar tetapi sekiranya keadaan anaemia ini terlalu teruk bayi anda juga mungkin akan mengalami anemia selepas lahir.

APAKAH PULA KEPENTINGAN HEMOGLOBIN SEMASA HAMIL?

KANDUNGAN KURANG DARI LIMA BULAN
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis (pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain). Jika darah kurang daripada 11g, jika jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (tiada kaki dan tangan yang sempurna). Manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair akan melambatkan proses pembentukan otak bayi , iaitu mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai.

KANDUNGAN 5 BULAN KE 7 BULAN
Ketika bayi kita telah sempurna pembentukan sifat anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh mati dalam kandungan ibu

KANDUNGAN 7 BULAN KE ATAS
Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah Hb. Jika Hb terlalu cair atau rendah iaitu kurang daripada 9g, jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain sedikit dimana bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.


Manakala kesannya pada ibu ialah akan berasa cepat letih, kadang-kadang mengalami sesak nafas, pening-pening, rasa nak pitam, jantung bergerak laju (berdebar). Jika semasa mengandung atau semasa bersalin ada kehilangan darah, darah akan bertambah cair dan ini boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru-paru, buah pinggang dan boleh membawa maut.


APAKAH CARA TERBAIK UNTUK MENINGKATKAN PARAS HEMOGLOBIN DLM DARAH?

Tips 1 : --> makan hati ayam setiap hari samada goreng atau masak mengikut kesukaan

Tips 2 :
--> makan makanan laut, kerang, ikan bilis- boleh juga tetapi tidak secepat makan hati ayam untuk naikkan Hb

Tips 3 :
--> Makan pil/vitamin tambah darah(yg doktor selalu bagi tu) mengikut ape yg ditetapkan..perlu makan hari2...kenapa? sbb Hb akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan..

Tips 4 :
--> Jgn makan pil tambah darah dengan air susu (eg. teh susu, kopi susu etc) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin tersebut...(nanti penat2 jer kt makan tp rupanya x diserap dgn baik, Hb pun xnaik)

Monday, February 21, 2011

Suntikan Kancing Gigi

gambar : google
Walaupun nama suntikan ni kancing gigi tapi dia tak inject di gigi ya ;p



Pagi tadi ibu selesai check up untuk bulan ni. Alhamdulilah keadaan ibu dan baby sihat sejahtera. Mula-mula risau dah takut kena minum air gula sebab last month Doktor suspect ada diabetis sebab berat naik mendadak. Tapi tadi berat back to normal.. mujurlahh!! Takutnya nak minum air gula tuu..

Sekarang ni dah 26 minggu, so tadi kena suntikan kancing gigi. Suntikan ni sakit juga sebab dia buat kat lengan dan kesan dia sampai 1-3 hari lenguh-lenguh. So tadi cucuk kat tangan kiri supaya tak ganggu perjalanan rutin harian. Bulan depan kena lagi. Lupa lak nak tanya nurse kenapa kita kena buat suntikan kancing gigi ni.

Tapi tadi masa google ia rupanya tujuan utama suntikan kancing gigi ini diberikan kepada ibu adalah untuk membentuk satu daya tahan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan dihadapi akibat dari pendarahan yang akan terjadi kesan daripada bersalin.


Oleh itu, ia merupakan satu langkah preventif (pencegahan) untuk menghindarkan sesuatu yang buruk terjadi kepada ibu dan kandungan. Penggunaannya tidak akan menyebabkan kecederaan pada baby kerana vacin yang diberikan bukan melalui plasenta.


nota kaki :
Lagi tinggal 2 minggu untuk scan baby!! Tak sabarnya nak tau baby ibu ni gegirl ke boboy ;p
takpela mana-mana pun yang penting sihat ye sayang (^_^)
ibu sayang kamuuuu!!

makan-makan again!

Penaja lokasi kali ini ialah Puan Norhidayah Bahar dari kajang..
Bestt sangat!!


kek hari jadi kazukimahiru @syud


fast foods : KFC, Domino Pizza, Sausages, Home-mada pizza and Sarsi ;)

dua mak orang ;p

amir and his mommy ;))

dari kiri : seorang anak mak, seorang bakal mak dan seorang mak budak yang akan ada sorang lagi anak ;)

ahaks!



nota kaki:
dah lama tak rasa seronok macam ni (n_n)

Happy Birthday My Sweetheart ;))

Syud dan Humairah (^_^)
bakal menjadi seorang ibu dan isteri yang penyayang n_n


Harini adalah hari lahir sahabat baik saya seorang tester analyst yang berpengalaman dan penulis novel yang disegani di ibu kota..

Sempena hari lahir beliau, saya ada banyak benda nak wish ni ;))


Syud,

Semoga diberkati umur dan amalan..

Semoga dipercepatkan jodoh dan mendapat seorang suami yang soleh..

Semoga selalu diberikan kekuatan dalam menghadapi apa jua cabaran hidup..

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan..

Semoga dimurahkan dengan rezeki yang tidak disangka-sangka..

Semoga ditetapkan iman hingga ke akhir hayat..

and last but not least,


Semoga kita menjadi sahabat buat selamanya..

Selamat Hari Lahir Syud!!

Luv you sayang (n_n)

Monday, February 14, 2011

bila baby ibu mula menendang..


ihsan : google



Mungkin agak terlambat bagi ibu seperti saya yang benar-benar baru merasakan tendangan anak sendiri pada minggu ke-24. Sebelumnya dah pernah rasa tendangan tapi macam tak kisah sebab tak boleh nak bezakan dgn angin di dalam perut dan tendangan baby.. maafkan ibu ya sayang...

Tapi pagi semalam benar-benar mengejutkan saya, saya tersedar dan terbangun dari tidur kerana perut saya seolah-olah ditendang dari dalam dan merasakan ada gerakan dan getaran lembut..saya benar2 rasa HAPPY! Nah sekarang saya sudah mula merasakan tendangan baby.. kemudian saya perhatikan perut saya berdenyut-denyut bila baby menendang.. perut terjojol ke kanan ke kiri mengikut gerakan baby..comel sangat!!!

Tapi masa ayah dia pegang perut, baby diam plaks.. sian ayah penat tunggu gerakan baby …. Nakal yer ;) Tapi pagi tadi masa ayah nak pergi kerja ayah sempat say goodbye kat baby and kiss baby..pastu baby mula tendang..oo sekarang baru bagi respons kat ayah erk? ;p baby ibu ni kiut sangat la…..gerammmnyeee!!


Dan saat saya mula merakan gerakan baby, membuatkan saya lebih teruja menjadi seorang ibu kerana sedar ada makhluk bernyawa dalam perut yang telah diamanahkan untuk dijaga dan dididik dengan sebaik-baiknya..

semoga baby ibu sentiasa sihat ya sayang...

Wednesday, February 9, 2011

Perkembangan bayi dalam kandungan (minggu ke minggu)


TRIMESTER PERTAMA (1-12 MINGGU)
Minggu ke 1-Pada minggu ini, menjadi menstruasi yang terakhir sebelum kehamilan. Perdarahan terjadi dan hormone-hormon ditubuh mempersiapkan sel telur untuk dilepaskan.

Minggu ke 2-Uterus (dinding rahim) menebal dan mempersiapkan untuk tahap ovulasi.

Minggu ke 3-Merupakan masa ovulasi (pelepasan telur). Kehamilan terjadi pada saat ini. Pembuahan terjadi pada saat sperma dari pasangan anda bertemu dengan sel telur anda di tuba falopi. Pembuahan memerlukan waktu 4 hari, setelah telur dibuahi maka dinamakan zygote
Minggu ke 4-Saat buat si zygote kecil untuk menemukan tempat didalam rahim anda. Dengan berakhirnya minggu ini, anda tidak mendapat menstruasi, dan menjadi tanda pertama kemungkinan kehamilan. Pada beberapa wanita mendapatkan sedikit perdarahan dan disalahartikan sebagai menstruasi, sebenarnya perdarahan yang sedikit itu karena implatasi dari zygote ke dinding rahim anda.

Minggu ke 5-Ukuran bayi anda sekarang sekitar sebuah biji aple dan pada minggu ini disebut sebagai embrio. Bayi anda sudah mempunyai detak jantung sendiri, plasenta dan tali pusat sudah berkerja sepenuhnya pada minggu ini. Vesikel-vesikel otak primer mulai terbentuk, sistim saraf mulai berkembang.
Minggu ke 6-Embrio terlihat seperti berudu. Pada minggu ini dapat mengenali kepala, ekor, tangan dan anggota badan masih seperti tunas. Pada minggu ini /pembentukan awal dari hati, pancreas, paru-paru,kelenjar tiroid dan jantung.

Minggu ke 7-Jantung sudah terbentuk lengkap. Saraf dan otot bekerja bersamaan unutk pertama kalinya. Bayi mempunyai reflek dan bergerak spontan(anda belum dapat merasakannya). Akhir minggu ke ini otak akan terbentuk lengkap.
Minggu ke 8-Embrio sekarang berukuran panjang sekitar 25-30 mm. Lengan dan kaki sudah terbagi menjadi komponen paha, kaki,tangan, lengan, bahu. Organ reproduksinya mulai terbentuk begitu juga dengan kartilago dan tulang. Telinga luar sudah terbentuk sempurna, mata membentuk pigmen. Didalam otak, jaringan saraf berhubungan dengan lobi penciuman di otak. Jantung sudah memompa dengan kuat dan irama teratur.

Minggu ke 9-Pergerakan pertama fetus dapat dideteksi dengan USG. Pada minggu ini perut dan rongga dada sudah terpisah dan otot mata dan bibir atas terbentuk.

Minggu ke 10-Tulang sudang menggantikan kartilago. Diafragma memisahkan jantung dan paru-paru dari perut. Otot leher terbentuk. Otak berkembang cepat dalam bulan terakhir ini
sehingga proporsi kepala lebih besar daripada tubuh.

Minggu ke 11-Organ seks luar sudah terbentuk, juga folikel-folikel rambut dan gigi. Bayi sudah dapat menelan cairan amnion dan mengeluarkan kembali(kencing).

Minggu ke 12-Ukuran fetus anda sekarang sekitar 8 cm. Semua organ vital bayi sudah terbentuk. Dengan signal dari otak, otot akan merespon dan bayi sudah dapat menendang.Akhir trimester pertama,organ-organ tubuh bayi sudah terbentuk. Rasa mual dan lelah pada anda sudah hilang. Perkembangan selanjutnya anda akan melihat pertumbuhan bayi (dan juga anda) bertumbuh lebih besar.

TRIMESTER KEDUA (13-28Minggu)

Perkembangan bayi anda di trimester ke dua (13-28 minggu)bayi anda sudah mulai merespon suara, cahaya...... Memasukin trimester ke dua ini dunia luar akan mulai menyadari anda sebagai si calon ibu, karena perut anda sudah mulai terlihat. Bersamaan dengan rasa mual, lemas menghilang pada akhir trimester pertama, bayi anda akan terus bertumbuh, begitu juga anda.Perkembangan bayi anda pada bulan kehamilan 13-28 minggu (trimester ke dua)

Minggu ke 13-Panjang bayi sekitar 7,5 cm dengan trakea, paru-paru, perut,hati, pancreas, dan usus berkembang ke fungsi terakhir. Pita suara mulai terbentuk, dan tunas gigi muncul dengan 20 gigi bayi. Pada minggu ini jari tangan, telapak kaki, mulai terlihat.
Minggu ke 14-Pada minggu ini organ seks bayi sudah dapat dibedakan antara laki dan perempuan. Denyut jantung bayi berdetak kuat (detak jantung hampir 2X lebih cepat dari anda) dan anda dapat mendengarkannya di dokter anda. Sudah memberi respon terhadap dunia diluar rahim ibu, bayi mungkin akan bergerak bila anda mengusap perut anda, tapi anda mungkin masih belum dapat merasakannya.

Minggu ke 15-Bayi anda sudah mulai dapat mendengarkan anda, mendengarkan denyut jantung anda, suara perut anda, juga suara anda. Sekarang bayi anda sudah mulai mempunyai rambut di kepalanya, juga bulu mata dan alis. Ukurannya sekarang 114 gram dengan panjang sekitar 15cm.

Minggu ke 16-Jika anda melakukan USG saat ini mungkin anda dapat mengetahui jenis
kelamin. Otot bayi sudah berkembang dan menjadi kuat. Gerakannya semakin aktif. Mulai mengisap ibu jarinya, menguap, merenggangkan tubuhnya, sudah menelan-kencing dan cengukan. Pada minggu ini jika sinar terang diletakkan diperut anda bayi akan mengerakkan tangan – matanya.

Minggu ke 17-Masih banyak ruang dalam rahim anda bayi akan bergerak merasakan sekitarnya. Kulit bayi anda berkembang dan transparan. Terlihat merah sebab pembuluh darah masih terlihat jelas.

Minggu ke 18-Sekarang bayi sudah dapat mendengarkan suara dari luar tubuh anda, bayi
akan bergerak atau melompat ketika mendengarkan suara keras. Otot bayi sudah dapat berkontraksi dan relaks, bayi sudah dapat menendang atau meninju. Bergerak sangat aktif , dalam minggu ini mungkin anda sudah dapat merasakan gerakan putarannya untuk pertama kali.

Minggu ke 19-Sekarang panjang bayi anda sekitar 23 cm. Jika anda belum juga merasakan bayi anda, mungkin anda akan mulai mersakan gerakkanya minggu ini.

Minggu ke 20-Otot bayi anda semakin kuat tiap minggu. Jika anda masih belum dapat meraakan gerakkanya, anda pasti akan merasakan gerakkanya sekarang. Anda mungkin salah mengartikan gerakkanya pertama kali sebagai angin, karena terasa seperti letupan gelembung-gelumbung didalam. Bayi anda bergerak sekitar 200 kali sehari , tapi anda hanya akan
merasakan sedikit dari semua gerakan ini.

Minggu ke 21-Panjang sekitar 28 cm. Anda akan merasakan lebih banyak gerakan bayi anda sekarang karena bayi makin aktif.

Minggu ke 22-Bayi anda sadar akan lingkungannya dan bayi akan merasa tenang ketika mendengarkan suara dan sentuhan anda diperut. Tubuh bayi mulai memproduksi sel darah putih. Ini penting untuk bayi dalam melawan penyakit dan infeksi.

Minggu ke 23-Panjangnya sekitar 23 cm. Sekarang ukuran kepalanya sudah sesuai dengan tubuhya . Saat ini bayi terlihat sama seperti akan lahir nanti tapi lebih kecil dan kurus saat
ini.Anda dapat mendengarkan detak jantung bayi anda dengan stestoskop.(letakkan stestoskop langsung diperut anda). Pertumbuhan otak sangat cepat.


Minggu ke 24-Pendengaran bayi sudah terbentuk sempurna. Bayi akan bergerak dengan suara musik dari luar. Bayi membentuk pola kapan saat tidur dan kapan saat bangun, anda akan merasakan dengan suatu saat bayi bergerak terus, dan saat lain tidak.

Minggu ke 25-Bayi mulai berlatih bernafas dengan menghirup dan menhembuskan cairan amnion, yang mana kadang membuat bayi cegukan—dan anda akan dapat merasakannya juga.

Minggu ke 26-Bayi sudah mempunyai lemak dibawah kulit, yang akan membantu mengontrol suhu tubuhnya pada saat lahir. Wajah dan tubuhnya secara umum akan terlihat bayi saat lahir. Panjang sekitar 28-32 cm dengan berat sekitar 680 gram.

Minggu ke 27-Matanya sudah terbuka dan melihat sekelilingnya untuk pertama kalinya. Bayi terlihat seperti bernafas tetapi sebenarnya bayi mengambil air bukan udara. Ini merupakan latihan yang baik untuk paru-parunya.

Minggu ke 28-Pada bayi laki testis akan turun ke kantung skrotum. Jaringan otak berkembang. Sekarang bayi anda dapat bermimpi.


TRIMESTER KETIGA (29-40 Minggu)

Perkembangan bayi anda pada kehamilan 29-40 minggu (trimester ke tiga)---Mulai trimester ini bayi akan bertumbuh semakin besar, anda dapat melihat tendangannya di bawah kulit perut anda....Memasuki trimester teakhir ini anda akan mulai mengunjungi dokter anda 2 minggu sekali, sibuk mencari nama unutk si kecil, dan kurang waktu tidur karena perut yang makin membesar ini. apapun itu dibawah ini perkembangan bayi dalam kandungan anda pada trimester teakhir ini. Perkembangan bayi anda minggu ke 29-40 (trimester ke tiga)

Minggu ke 29-Posisi bayi saat ini mempersipakan diri seperti posisi lahir dengan kepala kearah bawah. Jaringan lemak terus terbentuk.

Minggu ke 30-Bayi anda mengisi hampir seluruh ruang di rahim anda. Ketika bayi menendang atau mendorong, anda dapat melihat kaki atau tangannya bergerak dibawah kulit perut anda.Otak berkembang sangat cepat.

Minggu ke 31-Bayi makin bertumbuh besar, maka ruangan rahim menjadi lebih sedikit, bayi akan berkurang gerakknya. Bayi kemungkinana dalam posisi melengkungkan badan dengan dengkul dilipat, dagu di dadanya dan tangan dan kaki saling bersilang.

Minggu ke 32-Bayi berada dalam posisi kepala dibawah sampai nanti lahir. Bayi akan tetap menendang, gerakan rata-rata sehari meningkat 375 perhari, tapi anda tidak akan merasakan semuanya ini, 10 gerakan sehari sudah normal.

Minggu ke 33-Anda akan makinmerasakan gerakknya karena bayi mengisi hampir seluruh ruang rahim. Gerakan akan menjadi aktif suatu waktu yang membuat anda tak nyaman,terutama ketika kakinya dibawah tulang rusuk anda. Bayi mempunyai seluruh rambutnya pada minggu ini.

Minggu ke 34-Pertumbuhan terutama pada otak dalam minggu –minggu ini.Semua system tubuh sudah terbentuk sempurna, walaupun paru-paru masih tetap belum matang. Bayi memberi respon terhadap suara yang familiar.

Minggu ke 35-Bayi terus menambah cadangan lemak bawah kulitnya. Kepala bayi sudah mulai memasuki panggul.

Minggu ke 36-Mulai dari minggu ini bayi sudah mempunyai ukuran dan kematangan yang siap untuk lahir. Jika bayi lahir pada minggu ini bayi lahir premature tetapi akan bayi akan baik saja. Pada bulan terakhir kehamilan ini bayi akan mendapat antibody dari ibunya, seperti campak. Lemak akan terus bertambah dibawah kulit bayi setiap hari.

Minggu ke 37-Bayi akan terus berlatih untuk mengerakkan paru-parunya, karena bayi akan bernafas setelah dilahirkan. Jika posisi kepala bayi dibawah maka kemungkinana kepala sudah memasuki panggul ibu pada minggu ini.

Minggu ke 38-Reflek bayi sudah terkoordinasi, bayi sudah dapat mengedipkan mata, mengerakkan kepala, memegang, dan merespon suara, sentuhan, dan cahaya. Bayi sudah dapat membedakan antara terang dan gelap.

Minggu ke 39-40-Bayi sudah siap untuk lahir. Bayi sudah terlihat cukup montok sekarang, dengan lemak yang terbentuk dibawah kulitnya, akan mampu mengatur suhu tubuhnya saat lahir.Kulit bayi halus dan lembut. Berat bayi sekitar 2.7kg-3.2kg dengan panjang sekitar 50 cm.