L.O.V.E

Monday, February 21, 2011

Suntikan Kancing Gigi

gambar : google
Walaupun nama suntikan ni kancing gigi tapi dia tak inject di gigi ya ;p



Pagi tadi ibu selesai check up untuk bulan ni. Alhamdulilah keadaan ibu dan baby sihat sejahtera. Mula-mula risau dah takut kena minum air gula sebab last month Doktor suspect ada diabetis sebab berat naik mendadak. Tapi tadi berat back to normal.. mujurlahh!! Takutnya nak minum air gula tuu..

Sekarang ni dah 26 minggu, so tadi kena suntikan kancing gigi. Suntikan ni sakit juga sebab dia buat kat lengan dan kesan dia sampai 1-3 hari lenguh-lenguh. So tadi cucuk kat tangan kiri supaya tak ganggu perjalanan rutin harian. Bulan depan kena lagi. Lupa lak nak tanya nurse kenapa kita kena buat suntikan kancing gigi ni.

Tapi tadi masa google ia rupanya tujuan utama suntikan kancing gigi ini diberikan kepada ibu adalah untuk membentuk satu daya tahan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan dihadapi akibat dari pendarahan yang akan terjadi kesan daripada bersalin.


Oleh itu, ia merupakan satu langkah preventif (pencegahan) untuk menghindarkan sesuatu yang buruk terjadi kepada ibu dan kandungan. Penggunaannya tidak akan menyebabkan kecederaan pada baby kerana vacin yang diberikan bukan melalui plasenta.


nota kaki :
Lagi tinggal 2 minggu untuk scan baby!! Tak sabarnya nak tau baby ibu ni gegirl ke boboy ;p
takpela mana-mana pun yang penting sihat ye sayang (^_^)
ibu sayang kamuuuu!!

No comments: