L.O.V.E

Friday, January 7, 2011

Bumbu Desa @ The Curve

Sebenarnya entry ni dah lama tapi tersimpan...
Last weekend kami (saya, abg dan my sis) ke Damansara. al-maklumlah sekali sekala kena juga keluar dari pulau ni.. update apa2 info terbaru. kebetulan juga lepas tu terus ke Puncak Alam untuk menghantar my sis ke asrama. semester baru telah dibuka..
kami lunch kat Bumbu Desa memandangkan perot dah tak boleh tahan nak makan nasi juga, Warung Ayam Penyet tak beroperasi lagi masa tu, so kami makan di sini saja la..
Ini adalah kali kedua makan sebab first dulu masa berbuka tahun lepas, mula-mula ingatkan style buffet tp sebenarnya ala-carte.

Bumbu Desa @ The Curve



Abg buat-buat terkezut bila mukanya terkena flash!
ok senyum sekarang..


so cool..
nyamannye tgk muka suami sendiri
boleh pahala tau kawan-kawan :)

ini antara makanan tengahari
tapi masa ni tak boleh makan lagi
sebab ada lauk yang diorang tgh prepare dah tak hantar lagi
nampak sangat menggiurkan kan
kan kan?

my sis with es nyor
air kelapa la tu!
saya tak boleh minum air kelapa..hukhuk


selepas
perot pon brrrrrrppp
kekenyangan

oh ya, ini kad keahlian saya
nanti kalau kawan-kawan nak makan kat sini
bgtau la boleh dapat 10% diskaun
ngeeeeeee ;))


nota kaki:
makan memang tak pernah membosankan

Tuesday, January 4, 2011

Selamat Tahun Baharu 2011

Selamat Tahun Baharu semua!!

Maaf terlambat 4 hari (n_n)

Resolusi saya pada tahun ini sedikit berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya kerana jika diperhalusi betul-betul kebanyakan perkara yang ingin saya capai atau penuhi pada tahun lepas lebih bersifat material dan keduniaan semata-mata.. contohnya, nak ada laptop, dapat master, handphone and so on..

Semua itu sudah dikecapi, semua itu sudah digapai dan tidak ada apa-apa lagi yang menjadi keghairahan untuk dikejar melainkan ketenangan fikiran dan jiwa. Saya mahu bebas daripada tekanan, diberikan kesihatan yang berpanjangan dan hutang yang terbayar.

Pada tahun ini,

Saya berazam untuk menjadi isteri yang solehah kepada suami yang dicintai kerana ia merupakan dambaan kepada setiap wanita yang bergelar seorang isteri.

Saya juga berharap pada tahun ini, rahmat Allah akan menyinari keluarga kami dengan kahadiran permata hati yang bakal lahir pada hujung bulan Mei nanti. Semoga segalanya dipermudahkan dan disempurnakan.

Saya juga mendoakan sahabat-sahabat karib saya (you know who you are) yang masih single supaya dipertemukan jodoh oleh Allah SWT dengan seorang suami yang bukan sahaja rupawan malah hartawan dan dermawan. Begitu jua kepada sahabat-sahabat saya yang masih menunggu cahaya mata, semoga kalian beroleh zuriat yang comel dan sihat.. Amin.

Nota kaki :

Allah telah memberi kecukupan buatmu kelmarin, dan Dia akan terus melakukan hal yang sama esok hari

Thursday, December 30, 2010

Malaysia Menang Piala AFF Suzuki!

Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana akhirnya berjaya merangkul Piala AFF Suzuki 2010 setelah kemarau selama 14 tahun!semangat juang yang kental akhirnya membawa kita kepada kejayaan sebenar..
Syabas!


Walaupun menerima tekanan daripada penyokong Indonesia nyata kita tidak mudah melatah apatah lagi mengalah. Hadiah 1 gol daripada Safee Sali berjaya memadamkan harapan dan impian Indonesia untuk mengejar 4 mata persamaan dan 5 mata kemenangan.tetapi akhirnya kejayaan mutlak adalah milik Malaysia. We are the champion!


Khairul Fahmi Che Mat ternyata menjadi penyelamat semasa Indonesia mendapat tendangan penalti. sungguh hebat dan mengkagumkan. Saya menjangkakan beliau akan mendapat anugerah pemain paling bernilai tetapi dinobatkan kepada Kapten Pasukan Garuda, Firman Utina. Walauapapun, kamu tetap menjadi pujaan dan sanjungan rakyat Malaysia. Apex memang hebat!! Kamu adalah penjaga gol paling bernilai di Dunia! yeayyy!


nota kaki:

terima kasih kepada Pasukan Harimau Malaya di atas kemenangan ini, kerana kejayaan kamu, kita semua dapat cuti esok! yeayy (n_n)

Wednesday, December 29, 2010

rawatan susulan

Semalam saya berkunjung ke KKPJ untuk check-up yang kedua. Selepas ujian urine, darah dan gigi selesai, saya berjumpa misi untuk check perut. Misi buat ujian ultra bunyi. Ujian ini adalah untuk mempastikan kandungan di dalam rahim kita hidup, untuk melihat kedudukan uri dan kita juga boleh mendengar bunyi degupan bayi.

semalam baby ibu bernafas kuat sangat, sian baby sebab ibu pakai kain baju kurung ketat sangat erk. Nanti next time dah kena pakai pakaian yang longgar sebab takut-takut menghalang tumbesaran baby. Selepas tu ibu terus jumpa Doktor untuk scan. Alhamdulilah baby ibu sangat comel dan sihat. Kalau menurut maklumat scanning tu, ibu dijangka melahirkan baby pada 31 Mei 2011.tapi kalau ikot kitaran haid, 28 Mei 2011 tapi tak banyak beza tarikh so mungkin dijangkakan Akhir bulan Mei atau awal bulan Jun.


Ibu syukur sangat-sangat sebab setakat ni baby ibu takde masalah lagi. Ibu pun takde mengalami alahan dah cuma kerap sakit pinggang, mungkin sebab postur badan yang tidak betul. Berat badan ibu naik 2kg walhal sepatutnya kalau kandungan kita bawah 20 minggu, kenaikan sepatutnya hanya 0.5kg saja..huhu..nanti ibu kena mengamalkan balance diet ;))

Thursday, December 23, 2010

♥♥ Endless Lurve ♥♥



oooh baby, I love your way, everyday
I wanna tell you I love your way, every way ♥♥
I wanna be with you night and day ♥♥♥

Tuesday, December 21, 2010

The Holiday

oh, i miss them!
Lama sungguh dah tak pergi holiday bersama kawan-kawanku yang terchenta ;)) (sila refer tarikh dalam gambar 28.12.2008)Dah dua tahun dan nak masuk tahun baru dah pon..
So apa lagi, syud cepat plan!
harap2 lebih ramai dapat join (^_^)




Thursday, December 16, 2010

Entri tanpa tajuk

Esok hari Jumaat dah!
Cepat sunggggguh ;)

Saya suka hari Jumaat dan saya terlebih sukkkkeerr hari Sabtu dan Ahad!

Cepatlah cuti (^_^)



gambar ketika menghadiri Team Building di D'Ambang Resort :)