L.O.V.E
Tuesday, December 21, 2010
Thursday, December 16, 2010
Entri tanpa tajuk
Kasut untuk wanita mengandung ;)
Ayah dah belikan ibu kasut baru memandangkan ballet pumps yang ibu pakai sekarang dah haus tapaknya. Walaupun kasut baru ni macam kasut kung fu dan sangat oldish tapi takpela asalkan selesa dan harap-harapnya tahan lama sikit. Kasut lain dah tak boleh pakai dan simpan je jadi pekasam dalam almari. Jam tangan pun dah tak muat. sekarang saya dah gemooOOk!

Memang perubahan berat badan agak ketara la mengandung ni. Pagi tadi masa timbang berat dah 68 kilo.rasa seminggu lagi cukup la 70kg. OMG! Obesiti ke ni??
Selera makan membuak-buak, semalam dinner dengan tomyam ayam dan telur dadar. Duduk kejap je sambil tengok bola, makan lagi burger ayam, Junk foods tak payah cakap la, asyik menguyah..perot rasa lapar sangat sekarang. Memang itu sindrom biasa atau sebenarnya memang tak normal?
Any comments?

kasut lama

dan ini kasut baru :)
thanks ayah manyak2!!!
Memang perubahan berat badan agak ketara la mengandung ni. Pagi tadi masa timbang berat dah 68 kilo.rasa seminggu lagi cukup la 70kg. OMG! Obesiti ke ni??
Selera makan membuak-buak, semalam dinner dengan tomyam ayam dan telur dadar. Duduk kejap je sambil tengok bola, makan lagi burger ayam, Junk foods tak payah cakap la, asyik menguyah..perot rasa lapar sangat sekarang. Memang itu sindrom biasa atau sebenarnya memang tak normal?
Any comments?
Malaysia menang 2-0 ke atas Vietnam di AFC Suzuki 2010
Yeya!!!
Tahniah buat pasukan bola sepak Malaysia setelah menang 2-0 ke atas Vietnam dalam permainan perlawanan Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam. Ramai sungguh rakyat Malaysia hadir memberikan sokongan semalam. Jaringan tersebut telah dihasilkan oleh Safee Sali pada separuh masa kedua. Walaupun Safee Sali kena kad kuning tapi tahniah juga diucapkan dan semoga aksi kecemerlangan ini diteruskan semasa perlawanan separuh Akhir kedua di Vietnam pula Sabtu ini. Nampaknya kelebihan beraksi di tempat sendiri tidak disia-siakan. Syabas!
Tapi saya nak ucap tahniah juga pada penjaga gol Malaysia Khairul Fahmi Che Mat yang banyak menyelamatkan gol Malaysia dari dibolos oleh serangan berbahaya Vietnam, bangga sungguh dengan orang kampong saya ni! Buat semua pasukan Malaysia tahniah sekali lagi diucapkan! Teruskan usaha dan jangan mudah berpuas hati kerana masih banyak lagi cabaran menanti.
nota kaki :
nampaknya kebangkitan bola sepak negara dah kembali ;)
Wednesday, December 15, 2010
Pasar Tani Mega Putrajaya

Semalam saya tak masak sebab abang cakap nak makan nasik kerabu kat Pasar Tani Putrajaya. Pukol 8 baru abang sampai rumah dan kitaorang bertolak ke sana lepas Isyak.Untuk makluman kawan-kawan, kat Putrajaya ni memang ada Pasar Tani atau dipanggil Pasar Tani Mega Putrajaya yang bertempat di Precint 2. Kenapa ia dipanggil Mega?
Ini adalah hasil dari gabungan 2 ciri pasar harian yang berbeza iaitu pasar tani dan juga pasar malam. Ia beroperasi bermula dari pukul 10 pagi hingga lah ke pukul 10 malam, setiap hari Selasa dan Jumaat setiap minggu. Pukul 5-7 adalah waktu yang paling ramai orang (mungkin diorang terus ke sana lepas balek kerja)
Pada hakikatnya saya takdela selalu ke Pasar Tani ni sebab harga barang-barang agak mahal terutama sayur-sayur, ikan, daging dan segala bahan masak asas yang kita nak guna. Bayangkan beli 2helai daun limau purut, 2 biji asam limau nipis, putik jagung, separuh bunga kobis yang kecil, dan kacang buncis harganya dah RM 9.70. melampau tak? Lepas tu ikan selayang 3 ekor yang kecil dan 3 ekor ikan kerisi dah RM 9.70 juga.. memang rasa macam tensen gell... Tapi itulah purata harga di sini. Pada mulanya ingat kan memang nasib saya kurang baik sebab pergi ke gerai yang memang harganya mahal tapi bila tanya kawan-kawan dan rakan sepejabat rupa-rupanya memang mahal.
Huh, kadang-kadang saya terfikir, kenapa harga tidak diselaraskan dengan pasar malam@pasar tani tempat lain? Atau sebenarnya peniaga memang sengaja nak kaut keuntungan memandangkan warga Putrajaya memang tiada pilihan membeli di tempat lain?
Walau apapun, tinggal di sini memang memerlukan kos yang agak tinggi terutama kepada orang seperti saya yang tidak berapa gemar melekat ke rumah. Ke luar sahaja ke KL/Pusat Bandar, tol-tol sudah menanti..sama ada melalui MEX atau LDP.
sama sahaja.
Nota kaki :
kat tempat korang ada pasar tani/pasar malam? :)
Tuesday, December 14, 2010
Bayar saman di MyEG
Salam u alls ;)
lama tak update blog kan..hihi
harini duit dah habis seribu bayar segala saman dengan PDRM, bukan sepuloh ringgit ye, tapi seribu.. tapi fikir-fikir balek takpela masa dia tgh bagi diskaun ni, kite kenalah guna betol2.. nanti tahun depan dah nama kena black list lagi susah, kena berurusan dengan mahkamah la ape la.. so terpaksalah pejamkan mata melihat duit melayang begitu sahaja..bulan Disember ni makan nasi dengan telor mata sudah..huhu...semua ni gara-gara saman ekor..adus!
okeh, kalau kawan-kawan nak check saman boleh pergi ke website ni:

[click pada logo]
atau

Jangan lupe register dulu untuk check saman dan pastu baru boleh bayar..it is really easy (^_^) cuma kena banyak sabar sebab line agak busy memandangkan server di access oleh jutaan rakyat Malaysia.
Selamat membayar saman..
bagi yang ada la..
bagi yang takde saman, bersyukur la :)
Wednesday, December 8, 2010
Salam Maal Hijrah 1432H
kami sekeluarga ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1432H. semoga tahun baru ini akan memberikan seribu makna buat kalian semua.. dan semoga perjalanan hidup kita akan selalu dipayungi dengan rahmat Allah dan kasih sayang-Nya.
Subscribe to:
Posts (Atom)