L.O.V.E

Thursday, February 2, 2012

Updates

Perkembangan adik semalam sangat positif.. Akhirnya doc tebuk jua sedikit lubang kecil diameter dlm 5cm di leher untuk membuang udara berlebihan di paru-paru..saya ingin berkongsi juga satu cerita, petang tu mama masuk tengok adik sambil baca yassin seperti biasa tapi kali ini ditemani ayah ya (ustaz zakaria- saudara kami) mama follow je ayah ya baca yassin, jantung adik berdegup 3 x.. Subhanallah.. Aku tau adik seolah-olah ingin berkata sesuatu dan aku tau juga perkataan pertama yang ingin disebut, " maafkan pik ma,pik tak buat lagi.." Mama aku sebak kali ini ketika baca yassin untuknya, lepas bacaan ustaz ya bacakan juga doa untuknya dan hembuskan pada kepala.. Sekejap lepas tu, seluruh muka berpeluh sampaikan org yang masuk melawat terkejut ingatkan mama sapu air tawar padanya... Ya Allah, amat besar kekuasaanMu... Mukjizat Al-Quran.. Mama sedikit lega walau jauh di sudut hati masih sebak..aku tau tapi dia cukup tabah,
"Ya Rahman, Engkau berikanlah kesihatan yang terbaik untuk mamaku agar terus dapat menjaga adik, Engkau anugerahkan umur yang panjang agar aku sempat berbakti dan membalas jasanya..."
Aku masih dapat bayangkan, dialah orang yang sibuk dan tak tidor malam skali, siangnya sambil berada di wad, sempat ke sana ke mari cari air tawar, jumpa ustaz/ustazah itu ini, malamnya tak tido dengan mengajinya, solat hajat dan tahajjudnya.. Kasih seorang ibu, amat ikhlas dan murni tanpa sebarang balasan..
Dan mengikut cerita sebenar, hari jumaat yang lepas, adik pergi tusyen dengan motor, selalunya TAK PERNAH sebelum-belum ini sebab papa hantar dia, tapi orang kata nak geroh(benda nak jadi) -haritu papa benarkan dia naik motor, sebab dia tak cekap mana bawa tambahan takde lesen,tapi kami tahu dia bawa slow.. Sebab dia budak skema..
Petang tu lepas balik dari tusyen kawannya hafiz suruh hantar dia ke rumahnya sambil-sambil nak kenal rumah dia, syafik setuju tapi helmet ada satu je..so dia bagi kawan dia yang pakai sebab dia yg drive, syafiq membonceng..semasa dalam perjalanan, hafiz terserempak dengan sorang lagi kawan dia- kwn dia tu ajak berlumba, syafik ni pulak ikut je la.. Budak 15 tahun bawak motor mana ada perkataan slow dalam kamus hidup mereka. Nak laju aje.. Masa dia press untuk berlumba, hafiz tu angkat motor seperti gaya willi- dan masa dia pandang belakang syafiq dah takde sebab jatuh tergolek dan terguling di jalan tar kepalanya terkena hentakan batu... Aku tak dapat bayangkan bagaimana seksanya keadaan dia semasa itu,
Dan menurut cerita papa, masa hafiz tu kal, papa smpai dulu sebelum ambulans dan dia dah tak sedarkan diri masa tu lagi, doc yg dalam ambulans melompat keluar untuk segera selamatkan dia sebab takut mati otak..alhamdulilah walau keadaan amat kritikal dan 50 - 50 tapi masih belum mati otak dan sebab tu pd hari pertama dia terpaksa guna renjatan elektrik di dadanya sebab jantung betul2 hampir terhenti.. Sampai di hospital pula, doc pertama yg merawatnya di unit kecemasan cakap pada papa n mama
"Anak pakcik/makcik dalam kedaan koma yang paling kritikal..dia akan meninggal harini..
Kalau dia hidup pun dia tak akan jadi seperti orang biasa lagi dah.."
Hati ibu bapa mana yang tak sayu bila doktor kata camtu, tapi mama dah redha.. Lagi sebak bila lihat air kotak dan roti yang dibelinya dalam bag tusyen tak dijamah lagi, dahla sebelum solat jumaat tu dia tak makan lagi... Ya Allah, selamatkanlah adik...
Pada saat ini hanya pada-Nya segala pengharapan diletakkan sebab walau apa pun kata doktor tapi doktor bukan TUHAN..
Dan memang, bila nak uji kita, Dia akan uji dengan benda yang kita paling sayang..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

shark said...

saya hampir menitik air mata :(