Terima kasih kepada semua sahabat-sahabatku yang membaca entry-entry sebelum ini. Tiada apa-apa yang berlaku sebenarnya. Noreen Farisa sihat-sihat saje. Jangan risau okeh! Jika kamu semua sayang saya, saya lebih-lebih lagi sayang korang juga!! :)
Setiap musibah / ujian yang datang adalah daripada Allah. Jadi sudah tentu ubat /penawar nya juga daripada – Nya kan? Jadi saya tidak risau lagi.. Cuma kalau perasaan itu datang lagi, saya anggap ia normal kerana kita hanyalah manusia yang lemah yang kadang-kadang tidak mampu mengawal emosi lebih-lebih lagi dalam keadaan tengah mengandung. Itu normal kan?
Oh ya! Baby saya sebenarnya songsang… semalam masa scan baru tau selama ni, ingatkan memang kepala dia kat bawah.. rupanya tak…Insya-Allah hari selasa depan, ada appointment dengan doctor di Hospital Putrajaya, let’s say memang baby tak turn juga saya akan di c-zer dalam minggu depan sebab dah masuk 37 minggu takut lewat sangat, baby dah besar. Saya berserah saja kepada Allah semoga semuanya dipermudahkan dan baby selamat (n_n) Kawan-kawan tolong doakan ya!
Semoga di sebalik semua ini tersembunyi hikmah yang besar, yang kadang-kadang kita tidak pernah nampak, kita tidak pernah sedar…
Nota kaki:
Oh Tuhanku, dosaku amat besar, namun jika aku bandingkan dengan ampunan-Mu, pastilah ampunan-Mu jauh lebih besar…
1 comment:
yes yien, u are not alone. tapi doa saja x cukup, usaha yien. usaha. tapi apa masalah sebenarnya?
Post a Comment