L.O.V.E

Monday, August 4, 2008

Surat Untuk Akak...

Arini nak cakap-cakap sket perihal rumah sewa..Apa pendapat korang kalo tuan rumah sewa kita naikkan sewa umah dan tak tunaikan janji? Disebalik kesempitan masa sekarang masih ada lagi yang ingin mengambil kesempatan. Aku tidak setuju. Ceritanya begini..Sejak minyak naik ari 2, tuan rumah aku juga mengambil keputusan drastik dengan mengikut contoh pengumuman Pak Lah, iaitu menaikkan sewa rumah dari RM 400 kepada RM 600, iaitu secara individu nya Dari RM 135 kepada RM 200 perhead. Tidak ada bezanya dengan kadar kenaikan minyak dari RM 1.90 kepada RM 2.70..Cuma pada aku dia sedikit kejam kerana kadar kenaikan minyak ialah 40% tetapi kadarnya pada kitaorang 50%. Lebih sket 10%...huhu..

Alasan :
1. akak xkeje, terpaksalah naik kan kadar sewa..
2. Harga barang-barang semua naek...
3. Xperla, nanti bil api dan air, akak bayar..kira sekali la 200 tu..
4. Akak dah bayar duit maintenence rumah, pembentongan dan cukai pintu..banyak dah duit akak habes....
5.Nanti akak bagi la keperluan asas mcm mesin basoh, gas, barang2 dapor...

Hakikatnya:
1. Sape suruh akak xkeje? yang akak dop jual kueh 2, amek tempahan raya, dop meniaga kain tu bukan keje ke kak? OO, adakah akak ingat maksod " kerja " ni adalah yang gi opis pagi balek opis petang 2 baru dinamakan kerja? Then if akak mengatakan akak xkeje, adakah salah kami si penyewa rumah untuk menanggung dan menampung beban hidup akak?
Aku xpuas hati...tetapi semuanya di hati....xkan nak kata camtu plak kat tuan rumah..cuma bermonolog...

2.Akak cakap harga baran2 naek, tetapi aku sedikit hairan apakah signfikannya dengan kenaikan harga sewa rumah? Adakah akak kena bayar lebih kat bank loan akak sejak naik harga minyak? bank naikkan kadar bayaran loan kerana mengikut harga minyaksemasa? Aku tanya kawan aku yg keje banker, katanya xberubah, sama jerk mcm bayaran masa dia start buat loan berapa tahun dulu....Ish, aku makin xfaham

3.Yup, aku tau bil api n air akak nak bayar...tetapi utk pengetahuan akak, selama ni kami bertiga pon paling banyak bayar ialah RM10 seorang..Adalah pernah lebih sekali RM15 seorang masa musim Final Exam sem lepas sebab yan, hanim , eta datang melepak kat umah study..guna laptop dan elektrik..tetapi akak, masa 2 saya and linda jer yng bayar..Kira our responsibility sebab bawa kawan masok umah..Kami xlibatkan adek akak pon, Dan utk pengetahuan akak. kami banyak xberkira ngan adek akak...Sewa 135..kami bayar 150..Plus api air, balance xamek sebab bagi adek akak, kira duit rumah lar...Adek akak ada citer? dulu kami bagi duit kat dia suh bayar bil api n air, tapi dia xbayar last2 saya n linda yg bayar..Dia xciter kan?

4.Saya xpeduli dengan duit maintenance, pembentongan dan cukai pintu yang akak bayar tu sebab kos tu memang tuan penyewa yang patot tanggung, nape kami perlu diheretkan sekali? This is your house, so what? Memang akak patot bayar...kalo x, baek akak xyah bagi sewa umah ni jek..betol x? selama ni aku dop sewa umah kat Kelana Jaya, xder pulak makcik Jawiah suh ktorang bayar kos2 tu sumer..pelik juga aku...Kawan aku pon ada sewa kat kawasan ni, flat jugak, xderlak dia yg kena tanggungjawab bayar sekali....

5.Yang ni mmg xpuas hati sebab akak janji nak bekalkan mesin basoh tetapi sampai arini, aku xtgk pon ada mesin basoh kat umah 2..OO kalo pasal duit sewa umah, 1hb dh bising suh masokkan duit sewa tp ni dah brape hb xder pon apa2 yg akak janji dulu?barang2 keperluan asas 2 xpayah mimpi la...jangan nak berangan...Aku pon xfaham apa maksud barang keperluan asas sebab beras,aku dan beli ngan Xen 10 kilo..xhabes2 lagi...gas dapor? xguna pon, jarang sangat masak...ntah la..aku pening dan rasa saket hati....

Orang yang tidak menunaikan janji..adalah termasok dalam golongan Munafik!






Nota kaki : Kesimpulannya tuan rumah memang berhak buat apa saja kerana itu rumahnya...

1 comment:

Hidup Tanpa Penghujung said...

Aku rasa kan,tuan rumah tu ada bau-bau bacang dengan Paklah la.
Kalau tak, mana mungkin percakapan dan janji-janji manisnya menyerupai paklah.

Nak NAIK..mencanak jer..
Nak TURUN...hampeh..kita bincang dulu bla bla..etc..