
Buku ni. saya baru baca semalam dan sampai ke penyudahnya pagi ini dengan bayangan betik yang melambai-lambai, isinya merah oren keranuman dan rasa kelat-kelat manis...Sungguh hebat karangan dan karya Faisal Tehrani ini; Boleh tahannya orangnya dalam berkarya...penulis yang memenangi banyak anugerah sastera...dan sekurang2nya di Malaysia ini masih ada generasi muda yang sudah jadi pelapis kepada sasterawan negara kita... Sebenarnya saya dicadangkan oleh kawan saya untuk mencuba baca TTD kerana sekiranya saya merasakan AAC adalah bagus, maka saya patut cuba TTD. TTD mungkin hanya novel cinta biasa tetapi keluarbiasaaannya diterjemahkan kerana kecintaan kepada Allah SWT itu melebihi dari segala-galanya..Dan akhirnya saya dapat mengatakan buku ini bersifat KETUHANAN. Bersifat spiritual bersama nilai tarbiah. Ada pedoman, ada sempadan. Manusia itu harapannya Allah semata-mata biar dikejar ribut atau badai. Ulasan/ sinopsisnya? erm..baca sendiri dan anda akan dapat manfaatnya :-)
-----
Di antara bait-bait ayat yang saya suka;
"Abangkan pernah bisikkan yang Islam itu lima perkara, iman itu enam dan ihsan itu ialah merasai Tuhan ada di mana-mana. Abang titipkan pesan itu sahaja."
Dan manusia tak berada di dunia tiba-tiba. Sebagai hamba kita akan diduga, diberi bahagia, diberi peta. Kadang ada bahagian yang boleh kita lakar. Selalunya ada bahagian cuma kita merencanakan Dan Dia lebih menentukan. Peta itu ada sudut sudah digores, ada bucu masih kosong menanti masa terlukis.
"Jangan menangis Pia. Ini ujian Allah. Tuhankan selalu punya rahsia."
HIDAYAH itu kata arwah ayah dahulu. Sesuatu amat suci. Ia umpama cahaya memandikan sesiapa terpilih dengan penuh rahmat. Ia hadir dalam diri aman dengan akidah. Saya pernah membaca kata-kata Ibnu Taimiyah bahawa akidah ialah perkara dibenarkan jiwa, hati menjadi tenang kepada-Nya, memperoleh keyakinan tanpa noda keraguan.
No comments:
Post a Comment