L.O.V.E

Tuesday, January 17, 2012

kisah di sebuah kafe..

Semalam, kami makan di kafe malaya, presint 15.. maklumlah, abang baru dapat ang pow dari company dia..konon-konon nak makan besar kat luar..tapi last-last we all decide tak kisah la makan apa pun asal dekat sebab tengok muka wafiy macam dah ngantuk. Sampai kat sana, saya makan lambchop special (serve with fettuccine) and abang makan nasi putih+telur bungkus+kailan ikan masin+sup campur dan sambal belacan.. (dia kan lidah orang melayu - gi mana-mana sokmo kena ada nasi :))

saya ni kan, walau dah berkali pergi kelas agama, baca buku agama, dengar radio siaran agama, tengok tv siaran agama, tapi malu benar dengan diri sendiri..

akhlak kadang-kadang masih belum terdidik..

semalam, kami akui makanan kat situ tak begitu memberangsangkan sebab sup tawar, kailan terlalu masin tapi telur bungkus dia sedap..
lambchop pun oklah, no bad, sos sedap tapi daging terlalu liat dan tebal..memang lama mengunyah..





selepas i komplen camtu dengan abg, nak tau dia reply apa?

"sayang, bukan makanan tu yang tak sedap, tapi selera kita yang tak kena dengan makanan dia masak..mungkin dia specialist kat makanan lain, bukan makanan yang kita order malam ni... "

apa yg u all rasa?

panggg sebijik kat pipi!
malunya Ya Allah...lihatlah hambaMu ini..hati masih belum bersih, hidup hanya tahu nak komplen, komplen, komplen...

bila diaudit diri sendiri, malunya diriku denganMu Tuhan, malunya dengan suami, malunya...
mungkin ilmu sudah ada, tinggal aplikasi je belum cukup mantap!

tapi tulah, dalam kita mengubah diri kita ni, memang perlu mujahadah, perlu istiqamah..
bukan senang bila berlaku perkara yang kita tidak ingini, kita nak turn to positif way, tapi itulah indahnya Islam..setiap dari kita masih ada ruang untuk memperbaiki diri selagi malaikat Israil belum menjemput...


matikanlah aku dalam iman, wahai Tuhan yang Maha menerima taubat...

Tuesday, January 3, 2012

Selamat tahun baru 2012!!

31.12.2011
Lunch di restoran jaring,bandar sunway then We all terus ke damansara..jalan2 sekitar ikano,ikea,the curve dan e@curve..singgah di toys r us untuk beli toys wafiy.. Lepas tu lepak di uptown damansara jap sblm balik ke sini..malam-countdown kat rumah je tgk bunga api di celah2 grill tingkap. Nak pergi yg ustaz azhar dtg kat dataran shah alam tu sure ramai dgn anak kecil..so dok rumah sudah..

1.1.2012
Pagi kuliah dhuha di surau an nur,bangi seperti biasa..kali ustaz hishamudin yang bagi ceramah berkenaan perang uhud.. Ptg rileks kat rumah-kemas rumah, basuh kain, lipat baju..etc

2.1.2012
Jogging dan breakfast di presint 8-kedai nasi lemak daun pisang dan terus ke mydin cari brg rumah..mndpt khabar gembira dari seorang sahabat semalam- terus ke bangi butik fareeda mencari sesuatu yang sesuai..

3.1.2012
Pagi checkup wafiy di kkp3.dtg kul 9am habis kul 1.15pm..bayangkan!letih +penat+anak menangis+orang ramai dll..
Ada cerita sebenarnya di kkp3 ni.. Al kisahnya turn wafiy smpai..terus timbang berat sbb 8 bulan takde injection..tak menyempat nak salin pampers, nurse timbang sekali dgn pampers dapatlah berat 7.8kg pasti dia check kenapa gigi tak tumbuh lagi sebab dia kata lewat dah ni,patutnya usia ni dah ada gigi..senang nak makan..I senyap. Pastu dia tanya wafiy makan camne.I cakaplah dia makan bubur n blend, nurse bgtau next time tak payah blend sbb usia 7-9 patutnya makan dilenyek sbb gusi nak rasa teksturnya..kalau still makan diblend sampai 2thn pun takkan tumbuh gigi..takutnya! Betul ke? Pastu dia tanya minum susu apa? I ckp susu formula..dia kata inilah puncanya,patutnya jgn mudah campur awal2..susu formula kenapa xbg susu bdn..I ckp xbleh sbb mkn ubat, dia tanya ubat apa smpai takleh bagi susu?apasal makan ubat? Sakit apa? Saya rasa sesetengah ubat je xbleh, kalo setakat antibiotik tu takde masalah.. Lainlah kalo ubat hiv ke tibi ke??? Amboiii mulut puaka nurse ni...cakap macam orang takde akhlak..

Saya malas la nak cite history kita kan? Malas. Dahlah half day masa kat klinik dpt turn jmpa nurse plak, mulut berpuaka..lebih baik diam..

Serik juga nk dtg sini lg utk 2bln..kat mana swasta yg boleh bt checkup erk? Yg dkt2 area putrajaya ada ke??

Mood tahun baru spoil hanya kerana isu gigi wafiy.. Sggh macam tak berbaloi..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, December 21, 2011

Pangkor Island Beach Resort















Percutian akhir tahun kami ialah di Pulau Pangkor!!

Penginapan di Pangkor Island Beach Resort selama 3 hari 2 malam..

We stayed at Pacific Room which is betul2 mengadap pool and beach..

Day 1 :
Perjalanan dari Putrajaya ke Lumut bermula seawal 7 pagi tapi singgah breakfast dulu di Kota Damansara dan sampai di Jeti Lumut dalam pukul 11.30 am. Cuaca agak terik tapi orang tak berapa ramai mungkin haritu ialah Khamis. Untuk ke pulau pangkor, tak boleh bawa kereta ya..bukan macam pulau langkawi..tapi u olls boleh park kat parking bertingkat yang disediakan berhampiran jeti lumut. FYI juga, untuk ke P.Pangkor, kita boleh beli tiket di mana-mana kaunter di luar.. tapi jika menginap di Pangkor Island Resort atau Teluk Dalam Resort, Kaunter tiket adalah di dalam jeti dekat pintu masuk..kos tiket ialah RM 19.90 for return. Perjalanan dari jeti Lumut ke Jeti Pulau Pangkor mengambil masa dalam 30-40 minit. Ferry ok, sebab ada aircond dan kita boleh duduk di tingkat atas (open air) jika ingin melihat view pulau.
Sampai sahaja di jeti pulau pangkor, perlu pula menaiki shuttle resort dan disambut dgn minuman syrup lemon, segar!

Tak banyak aktiviti sebab sampai tu dah petang kan? Terus mandi kat pool..wafiy trauma kejap kena air sebab tak biasa berendam lama-lama..hahaha.. lepas tu macam boring sebab ramai plak orang mandi terus ke beach..mandi kat sana..pantai dia bersih dan pasir halus putih..maklumlah private beach, so mmg dijaga..
Lepas kesejukan, terus naik, mandi dan salin baju kami ke pekan pulau pangkor untuk dinner..pakej ni hanya bagi breakfast, no dinner..untuk ke pekan, perlu menaiki teksi (van) bayarannya ialah RM 20 one way dan RM40 for return..agak mahal juga sebab pekan tak jauh mana pun, tapi nak buek camne memang takde transport lain..kat sini, taxi banyak dan jangan risau..kalau lambat nanti pihak resort akan call..

Sampai je pekan, banyak yang menjual makanan/ barangan laut and I can say that majority of shop owner are chinesesss..yang melayu boleh bilang dengan jari! Kami tak banyak shopping, just beli souviner untuk kawan-kawan..
Lepas tu makan nasi lemak+mee goring kat warung kat situ..boleh tahan lah..after that, terus balik resort..

Malam-malam kat sini takdela happening..pulau kan?mmg lah isolated.we all jalan-jalan sekitar resort dan pantai..ambil angin..
Emm best juga..
Rileks-rileks..

Day 2

We had a breakfast at Hornbill Restaurant..lauknya? ok la banyak juga pilihan but not interesting enough for me..masa makan baru perasan, kat sini ramai guests Mat Saleh dan Chinese..again..melayu boleh bilang..
Lepas makan-makan, lepak bilik kejap..baring-baring..
Tghari kami ke Teluk Nipah..kawasan dalam area pulau tu juga, kat sini ramai dan meriah..macam-macam aktiviti ada..untuk yang ingin ke pangkor, boleh mencari chalet dan hotel murah-murah kat sini dan bermain macam-macam permainan laut..snorkelling, jet ski, and so on..kedai makan penuh kat situ..

Lepas penat round-round, kami balik..sampai kat resort, abang ajak dinner kat sana sebab malam sabtu ada BBQ..harganya dalam RM89++ per head. So ok lah just nak rasa BBQ nya..Pukul 8 kami ke restaurant untuk dinner,Ermm BBQ la sangat!ingatkan ada lobster cheese ke udang galah ke rupa-rupanya kambing panggang je..uhuk..tapi ok la sbb makanan lain still ada..

Tapi ada satu cerita malam tu, masa kami sedang makan, ada sepasang couple mat saleh depan meja kitaorang, yang pompuan tu dop smile-smile kat wafiy..yang laki pulak saya tengok dop tertinjau-tinjau..mata melilau je..eh apahal mamat ni, sekali masa diorang bangun, baru perasan yang diorang tapau makanan hotel dan bawa naik ke atas, siap dengan pinggan tu!..hahaha...patotlah dop tersengih-sengih, menjeling-jeling kot ada pekerja resort Nampak..klakar kan?ingatkan orang kita je yang suka tapau makanan, orang putih pun sama!

Day 3

Pagi breakfast macam biasa tapi lauk harini memang sangat banyak dan sedap! Makan kenyang-kenyang sebab nanti kol 12 dah nak check out.. lepas tu sampai je bilik rehat kejap & mula packing barang-barang..
kol 1130 kami check out dan naik shuttle ke jeti.

sampai rumah malam! sebab kereta habis bateri, nasib baik my hubby ada abg kat Manjung, so dia yang uruskan panggil tukang kunci dan beli bateri sume..


End

Friday, December 9, 2011

Happy 7th month, Wafiy :) :)








Happy 7th Month, sygku!!




Wafiy la intan, payung, permata, berlian dan mutiara ibu!!



lebih mahal daripada handbag LV, Coach, Prada, MBMJ, Tods dan segala mak nenek jenama handbag yang ibu idamkan selama ini..wafiy sudah cukup dari semua itu (^_^)

Tuesday, December 6, 2011

wafiy demam!!

semalam, ibu & ayah bawa wafiy ke Pusat Perubatan Az-Zahrah, Bangi
suhu naik sehingga 40 darjah celsius. risau sangat-sangat...




badan lemah tak bermaya- tak de selera makan- batuk dan selesema




Antara ubat yang diberikan doktor semalam :



1~ubat demam -syrup perasa oren
2~ubat antibiotik -wajib habiskan!!
3~ubat titik dan sembur dalam hidung - untuk hidung tersumbat (selesema)
4~sterimar spray - untuk cuci hidung dan mukus dalam tu
5~ubat batuk
6~Termometer - yang ni doktor tak bagi ya!! ini wajib ada pada semua parents yang ada anak kecik.. yang ni tembak kat telinga dan result dapat dalam 2 seconds. kalau suhu tinggi akan bunyi beeps 2 kali kalau biasa just one beep.
7~picagari - untuk makan ubat..nasib lah wafiy mudah makan ubat, xkisah jenis apa pun..
8~susu percuma S-26 Gold doktor bagi - tambah lagi stok susu wafiy :)
9~ada satu lagi ubat masuk kot bontot, tapi yang tu masukkan bila suhu tinggi sahaja untuk sejukkan dia dari dalam





    nota kaki :


    kadang-kadang ibu rasa cam over, anak demam sket terus jumpa doktor, terus ke klinik, tapi kang semalam memang badan wafiy panas-panas- panas sangat!
    Doktor pun ada cakap semalam, yes.kita memang patut risau sekiranya suhu dia tinggi- semalam masa kat klinik turun sket 38.8, baby yang berusia 6 bulan ke atas berisiko tinggi untuk kena fits (sawan) kalau tak dirawat awal.Berbaloi la tunggu sejam semata-mata nak jumpa Dr. Pakar, memang teliti dia check, even dr check kahak wafiy semalm dah color hijau..patutlah dia tak selesa kan.






    Ibu harap wafiy cepat sembuh dan ceria seperti selalu ya!!!




    ke demam nak tumbuh gigi??? ;p

    Friday, December 2, 2011

    Balik kampung

    Malam ni wafiy balik kampung jumpa tok pa & tok ma :)horayy!!

    I am triple happy :)

    Wednesday, November 30, 2011

    Wish List Maal Hijrah 1433H


    sebenarnya dah lama ada wish list ni tapi arini baru publish..

    #menyuburkan sedeqah - lagi banyak sedekah, lagi banyak yang kita dapat
    #mengurangkan bercakap benda yang sia-sia (lagha)- ni sokmo berlaku tanpa sedar
    #membaiki bacaan Al-Quran-Ya!
    #menghadiri kuliah agama secara konsisten-penuntut tetap surau an-nur, insyaallah:)
    #bangun malam-bukan untuk main fb ya.
    #menjauhi segala sifat mazmumah - dengki,khianat,cemburu,iri hati,rasa bangga diri,berlagak,sombong
    #zikrullah-sentiasa dan di mana-mana, rumah, office even dalam kereta bersama wafiy
    #dan jika dizinkan Allah- mengerjakan umrah bersama keluarga..

    Subhanallah..
    Perkenankanlah Ya Allah...


    nota kaki :
    kawan-kawan, tolong ingatkan aku! aku ini mudah lupa, senang alpa..
    aku takut aku tidak istiqamah, berikanlah kekuatan dan pertolonganMu Ya Allah..