L.O.V.E

Wednesday, July 20, 2011

k.a.m.i

Ini kisah keluarga baru saya...
cerita ini cerita bergambar...

inilah ayah kesayangan saya..seorang yang pendiam tetapi penuh dengan ketegasan..
ayah sgt sayangkan saya, buatkan susu, belikan pampers dan mainan,potong kuku, memandikan dan bersengkang mata setiap malam untuk menjaga saya.. i luv u ayah!

dan ini pula ibu saya..seseorang yang terlalu banyak berkorban untuk saya..dari mengandungkan sampailah melahirkan...syukur, sekarang ibu dah beransur pulih dan sihat..


ini pula ibu dan ayah suatu ketika dulu..mereka bercinta dari tahun 2008 sehinggalah sekarang...walau banyak dugaan, saya harap mereka akan terus tabah mengharunginya...


kemudian, mereka bertunang...


lepas tu pula, ibu berjaya menamatkan pengajiannya dalam Msc (IT)

kemudian...ibu dan ayah selamat diijabkabulkan pada tanggal 3 Julai 2010
selepas sebulan, saya berada dalam perot ibu ;p

saya selamat dilahirkan pada 9 Mei 2011 dan disambut dengan penuh kesyukuran oleh ayah :)
selepas itu saya dijaga dan di asuh oleh tok ma & aunty yoh semasa ibu sakit..

ini aunty yoh dan saya semasa shopping di Jusco Bukit Tinggi..nanti saya akan jarang-jarang jumpa dengannya lagi..babai aunty..I'm gonna miss you!!



Ini pulak tok ma saya..beliau menjaga saya siang dan malam..saya pasti rindu sangat pada tok ma sebab tok ma lah org yg paling banyak bersusah payah untuk saya dan ibu... miss u a lot tok ma!!! muaahhhhhh<3

Dan inilah keluarga baru saya sekarang!..ibu dan ayah jangan serik menjaga saya ya..susah senang kita akan hadapi bersama ..janji tau!!!
(sila rujuk gambar : saya sedang merenung masa depan..semoga keluarga saya akan selalu dipayungi dengan kebahagiaan dan kesejahteraan)
amin ya rabbi alamin.


Monday, July 18, 2011

Berpindah

minggu depan, ibu & wafiy akan balik ke putrajaya..sob..sob..sedihnya.. nanti tok ma takleh jaga kita lagi kan?dan tak sampai sebulan ibu akan mula bekerja seperti biasa..ibu dah tak leh jaga wafiy sepenuh masa lagi..sepanjang 2 bulan lebih ni, ibu dah dapat discovered banyak benda tentang wafiy..dan sudah tentu ia adalah pengalaman yang amat menyeronokkan sebagai seorang ibu baru..

Dulu wafiy akan menangis bila lapar atau minta ditukarkan pampers, tapi sekarang wafiy juga akan menangis jika tiada sesape yg nak bermain dgnnya, dan org tu perlu bermain dgn wafiy sampailah wafiy tertido..kalau kat rumah tok mama ni takpela sebab selalu ramai org akan hiburkan wafiy dan bawa wafiy jalan-jalan,tapi nanti kat putrajaya, kita dua je yg tinggal..ayah balik malam, harap2 la wafiy jangan buat perangai tau ;p nanti ibu rotan (^_^)

sekarang wafiy dah pandai senyum dan gelak sket2..bunyin cam aaaaaa, eeeeerrr bila ada org mengagah.. tapi kadang-kadang kalau wafiy penat sgt wafiy tak layan walaupun ibu ni berpeluh cuba mengagah ..hahaha..notty yewr..wafiy dah mula pandai tengok tv tapi tak lama pastu hilang tumpuan balik...deria rasa wafiy pun dah mula berkembang..bila ibu suapkan ubat demam yg pahit tu,wafiy ludah balik..habis baju..dan sekarang mula nak belajar membalikkan badan.. pastu mulalah nak menangis bila tak berjaya..sabar la syg.. awak tu baru 2 bulan...

bila menangis pulak, volume makin kuat, saje je nak suh jiran tok mama dengar..pastu bila ibu tak layan sgt mulalah buat batuk2 untuk tarik perhatian..ibu rasa ini memang nature seorang baby yg sifatnya sangat manja, suka dibelai dan diberi perhatian...
tapi bab yg paling wafiy suka ialah masa mandi senyap jer..buatlah camne pun, senyap dia..suke sgt time mandi ;p

Dan yang terakhir sudah tentulah baju-baju wafiy, sama ada baju wafiy atau baju abg amir..hampir semuanya dah tak muat, bukan kerana badan tapi kerana panjangnya!..huh, sangat tinggi awak ni nanti bila besar yer ;))

Fresh from oven.. Wafiy 2.6 kg

Wafiy with Tok Mama ..welcome to the new world sweetheart!

Wafiy satu bulan : 3.4 kg

wafiy sebelum bercukur..

budak botak yg sangat aktif dan chomeeelll..weeeee!!

wafiy 2nd month : 4.8 kg

Friday, July 1, 2011

Medela Freestyle Breast Pump




Salam semua :)

entry kali ni sebenarnya nak menjual..Pada awalnya saya memang berniat untuk menyusukan Wafiy sepenuhnya dengan susu ibu. tapi takdir Allah mengatasi segala-galanya.. saya hanya sempat memberikan susu ibu hanya 8 hari sahaja..kita hanya mampu merancang tetapi kuasa sebenar bukanlah di tangan kita..saya telah terbeli one new complete set of Medela Freestyle breast pump..tapi saya nak let go sebab memang takkan guna dalam masa terdekat ni, paling kurang pun 3 tahun lagi baru dapat melahirkan adik wafiy..so better bagi pada yang lebih memerlukan..

saya hanya ada 1 ready stok yang plastiknya pun tak dibuka lagi.. sesiapa yang memang tercari-carikan pump susu terbaik abad ini..maka medela FS is the answer..untuk kepastian, boleh google ya =) antara komponen yang terdapat dalam kotak ni ialah : PUMP UNIT, CARRIER BAG, COOLER, CHILLER, BOTTLES, Handsfree KITS, Rechargeable battery, SOFTFIT BREASTSHIELD, CONNECTOR, booklet n manuals


nota kaki : tq mommy amir pinjamkan saya Spectra 3 ia sangat best dan terlalu banyak membantu!!!!!!!!

muaahh






Sunday, June 19, 2011

Baby Wafiy


Hi nama saya Ahmad Wafiy Darwisy bin Ahmad Azhamizi.. umur saya dah 40 hari ni :) apa lah ibu saya ni, baru sekarang nak update pasal cerita saya..dah nak basi dah..hoho.. ramai kawan-kawan ibu tanya apa maksud nama saya dan nape panjang sangat?
meh saya terangkan :

AHMAD-Yang Terpuji
WAFIY- Yang Setia / Jujur
DARWISY - Warak

Saya lahir tepat pada 9 Mei 2011 pada jam 1056 pm di Hospital Putrajaya secara pembedahan sebab masa tu kepala saya kat atas dan punggung kat bawah. Doktor kata saya songsang sebab tu kena c-zer sian ibu sampai sekarang masih lgi terasa sakit..ibu sabar ye (^_^)

masa lahir tubuh saya kecil sangat sebab pada masa tu baru 36 minggu 4 hari berat pada masa tu 2.66kg nasib baiklah saya tak ditahan di wad.. bulan lepas berat saya dah naik 3.4 kg.wow berat saya dah naik sket.. yelah, hari-hari ibu bg susu S-26 Gold..walaupun sebenarnya saya lebih suka susu ibu tapi nak buat camne ibu tak dibenarkan menyusu badan saya. takpe ibu, wafiy tak kisah pun sebenarnya ;p asalkan ibu cepat sembuh dan baik ya :)) wafiy sayang ibu, ayah, tok ma, tok pa, mak uteh, cu yoh, dan semua untie wafiy sebab jaga wafiy masa ibu tak sihat..saya pun suka kawan-kawan ibu sebab bg hadiah pada saya dan selalu datang tengok ibu dan wafiy =)ok lah saya nak tido jap tadi baru ibu bg syusyu lagi.. babai semua :)

nota kaki:

ibu, wafiy ada baca di internet dia kata "Penyakit itu rahmat" jadi ibu kena kuat demi wafiy dan keluarga kita ya :)) sayang ibu!!

Friday, June 3, 2011

Erti sebuah pengorbanan

Terima kasih papa dan mama..merawat diriku tanpa lelah dan jemu..terima kasih adik-adikku menjaga diriku dengan penuh kasih sayang..siang dan malam..terima kasih suamiku kerana sabar dengan karenahku dan terus setia tanpa kesah..terima kasih jua pada sahabat-sahabatku yang sentiasa di belakang dan memberikan semangat..terima kasih pada kalian-kalian semua..kini aku lebih mengenali wajah-wajah sebenar manusia..dan pengorbanan kalian sesungguhnya tidak mampu ku balas..


------------------------------------
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, May 29, 2011

Ahmad Wafiy Darwisy

------------------------------------
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, May 6, 2011

This Friday

Assalamualaikum kawan2 :)

Hi semua!! Hepinya harini.. Esok dah cuti kang? Tapi aktiviti weekend ni full la..huhu..

Saya sgt penat dan letih la lately ni.. Ada sape tau boleh makan apa utk bg tenaga? Ubat yg klinik bagi tu mcm xcukup je zatnya dalam badan.. Lesu je skrg.. Camne ni? Dahla nak beranak (n_n) dah telan panadol pun masih tak cukup untuk recaj energi.. Xkan nak makan overdose plak kan? Sian baby saya, ermmm muaaahhh sayang baby ibu!!!

Skrg mood mcm rajin plak update blog walhal xde citer apa pun nak dikongsikan,tapi cukuplah untuk menggambarkan saya tgh hePii skrg!!

Ok lah kawan-kawan.. Babai
Assalamualaikum.


------------------------------------
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.