L.O.V.E

Saturday, September 26, 2009

hari raya ;)

semua orang maseh dalam mood hari raya.

dan hari ni dah hari raya keenam ;)

so, kita mulakan dengan gambar senyuman ceria di pagi raya oleh 4 beradik yang tak boleh berenggang dengan sinaran flash ;p




eh, I mane?
oh dia tak masok dalam gambar sebab merajuk.
so, hari raya pertama sangat kusam bagi beliau..sedeh kan?


tengok.semuanya senyum gembira kecuali beliau seorang ;(

okeh.

tak payah la pedulikan dia ni
mari scroll lagi.

dari kiri

ini papa, mok (my grandmother) and my brother
dah macam pink panther diorang neh ;D

ini kek hari jadi

pada malam raya
hepi bufday papa!
the most caring person in the world that I can't find anywhere else (^_^)

and last but not least my mum (the purple one) and my aunt (the orange ;)
i misss her damn much!!!!!!!

p/s: ma, thanks for the new WG bracelet. i lurve it!
akan jaga elok2 kali neh =D



nota kaki :

satu refleksi sempena aidilfitri yang lepas
saya sebenarnya maseh belom cukup matang.

Thursday, September 17, 2009

~Selamat Hari Raya~

kepada semua kawan-kawan
adek kakak abang sume ;)

selamat hari raya
aidilfitri
~maaf zaher dan baten ~


selamat pulang ke kampong & drive safely
have a safe journey =D

Tuesday, September 15, 2009

nak raya weii

harini saya lagi stress~!!!


cuti raya dibekukan!!!




Sunday, September 13, 2009

Thursday, September 10, 2009

semua tak jadi!

berbuka kat PIzzaHUT Kota Damansara ;)



sedapnyer Thai seafood Pizza ni =D





nota kaki :

should i or shouldn't i?

Wednesday, September 9, 2009

090909

Wah, bestnyer date harini
09.09.09


okeh,mari kita senaraikan ape yang nak buat harini - meaning pas balek keje nanti ;p

1. pergi bank - kuarkan duit
2. singgah SHELL isi minyak - semestinya RON 95 (jimat!)
3. singgah kedai - beli ayam, kacang panjang dan bawang besar
4. balek rumah dan tukar baju cepat2
5. mari memasak ayam goreng kunyit dan sayor air ;)
6.berbuka bersama-sama kawan2 - eta n new housemate, aku xingat nama dia
7. mandi
8.solat maghrib + ngaji kejap
9.Masa yang ditunggu2 tiba - tarawih di Masjid Wilayah!!! (semalam masa balek aku sempat singgah, ada jual cd bacaan Al-Quran dari imam tu kat bawah, tp aku xbawa duit.harini MESTI bawa duit!! aku dah tau sape imam tu, kalo xsilap semalam orang tu cakap Imam Naseem from Syria.. )
10. Balek rumah + cuci muka
11. minum AlphaLipid - wajib! dah byk hari skip
12. tido
13. packing Shawls untuk dipos esok
14. Sahor
15. pas sahor - study (KM)
16. Suboh
17.Bermula la esok balek - rutin



nota kaki :

kadang kala kita gembira.orang laen berduka.
aku faham.
tapi
pernahkah orang laen memahami aku
di saat dia gembira.aku sebenarnya kecewa
dalam.

Tuesday, September 8, 2009

18 Ramadhan

salam ramadhan untuk semua kawan-kawan ;)

Last weekeend balek kampon..huhu..best sangat...mlm naek bus kat putra tertinggal bus kol 930 so tumpang bas kol 10pm naseb baek ada kosong...so sampai umah dlm kol 6..tak sempat sahor kat rumah ;(

pas suboh tido jap, pastu terus kuar gi KB settlekan medical check up dan akuan sumpah..sian mama- dia amek cuti semata-mata nak teman aku...hehe... then tghari cari brg masakan sebab papa panggil staff dia datang berbuka + sembahyang hajat untuk shafiq (adek bongsu kesayangan - exam UPSR harini) - sian tgk dia, dah tebal spek pastu kelas tambahan tak berenti, pagi ptg siang malam..naseb ma dah bg vitamin..good luck ye adek!!!

sempatla berbuka dan bersahor...laok kat rumah sangat sedap!!!!!!!
makan bunga tanjung, pulut pastu ada laok sup tulang, sambal pauh, kerabu jantong pisang, dan mcm2 lagi...sedap sedap sedap!! ma siap bagi kerutub daging buat bekal berbuka esok ;)
thank you mama, lurve uuuuuuuuuuuuuuu =D

pagi keesokkan sampai airport PC dalam kol 830 naseb sempat check in - sebab flight kol 915am dan
dlm 45 minutes dah sampai KLIA.. kejap je pastu terus naek ERL ke KL sentral then sampai kat sana naek LRT ke Kelana Jaya pastu tunggu dekat sejam juga le naek bus ke KotaDamansara...huhu..penat sket ;)

malam berbuka ngan housemate baru dgn bermacam-macam laok...sungguh menyelerakan...
pas maghrib terus gi tarawih...



di sini saya nak tanya ada sesiapa tahu siapa imam tarawih masjid wilayah, Jalan Duta tu? Masya Allah..bacaannya sungguh merdu..terasa bagaikan bersolat di tanah suci mekah. syahdu.... tak sabar nak pergi lagi malam ni ;)


Last but not least, May this Ramadhan will bring 'Berkat' and 'Rahmat' to us and to our families. Amin.