L.O.V.E

Wednesday, May 30, 2012

Rumah : 50% in progress

 Jurutera struktur tengah memerhatikan kerangka rumah yang dia agak tak puas hati..
ada defect katanya,
yelah, rumah belum siap mestilah ada defect kan, even siap pun takkan perfect punya..
cukup sekadarnya..

 bahagian tepi
kecik je, tak muat pun buat swimming pool..
tapi oklah untuk menanam serai, daun pandan, daun kesum, pisang ke..

 bahagian tepi dari arah belakang rumah

belakang a.k.a dapur

Alhamdulilah, setakat ni boleh nampak progressnya..

insyaallah kalau takde apa-apa masalah, bulan may tahun depan boleh masuk..
tapi kenalah bersedia dulu..
sedia apa? 


sedia ongkossnya!!!!!



nota kaki :
rumah ni dulu pun beli bukan apa, tapi bila dah ada wafiy, macam-macam ibu fikir untuk dia..kalau lah jadi apa-apa pada ibu, sekurang-kurangnya dia ada rumah, orang lain boleh jaga dia.. tulah, bila ada anak kita akan sedaya upaya menyediakan bekalan untuknya dengan harapan, dia akan menjadi saham akhirat untuk kita..doa anak yang soleh kepada ibu & ayah..



Tuesday, May 29, 2012

Wafiy's First Birthday Party!

Pertamanya, syukur ke hadrat Allah SWT, akhirnya majlis hari jadi yang dirancang terlaksana dengan jayanya..selamat sudah segalanya pada Ahad yang lepas.. pada kesempatan ini, kami sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf andai ada kekurangan dan ketidaksempurnaan pada majlis. Maklumlah, ibu sorang saja yang bertungkus lumus..memang kepenatan yang teramat sangat.. tapi bila melihat anak ceria dan gembira- hilang segala penat lelah dan wang ringgit (alahai ni baru uruskan majlis bufday anak belum lagi majlis kahwin dia nanti..)

Kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih pada semua kawan2, dan saudara mara yang hadir memeriahkan majlis..plus bagi hadiah bufday pada wafiy..He was so excited! Pada rakan2 yang tidak dapat hadir, takpe, insyaallah next year ada lagi di tempat yang baru pulak ;p saya juga ingin memohon maaf pada rakan2 yang saya tercicir nama dia, mungkin ada nama yang untick masa create event di FB..maaf sungguh2! Saya nak ajak semua hadir, mohon benar jangan terasa hati..

Walaupun rumah agak sempit dan kepanasan, tapi semua dapat bersabar, dahlah bufday boy tidur plak masa nak potong kek.huhu

Finally, I would like to express my thanks to my beloved sister, zeti – for sponsored kek bufday wafiy & nur hidayah bahar untuk kek “ May Family” and FYI- kami bertiga dilahirkan pada bulan Mei..sebab tu celebrate sama2..

Saya ralat sikit sebab tak sempat tempah cameraman untuk capture moment2 terindah ini.. untuk kenangan wafiy bila dia besar nanti, ibu & ayah  dulu anak orang susah – adik beradik ramai, dari duit buat bufday party, baik guna untuk anak-anak sekolah kan..mana pernah sambut bufday2 party ni semua..jadi kami create this event, istimewa untuk dirinya.. luv u wafiy! Semoga menjadi anak yang soleh..




the simple decorations

ibu & wafiy

kek RV - spnsored by baha :)
thanks baby!


wafiy's cake

wafiy memotong kek

with colleagues

bufday boy!

with cousins

before

after : the presents..thanks all :) 
really appreciated it

before

after - in the bathroom!
wuhuuu!

wafiy at new home :)

excited sampai terbalik khemah!
what so funny..

 the goodies (Ribena + Raisins + BabyBites + Vitagen + sumi)
all healthy baby foods! tapi rasanya mak/ ayah baby pun suke!
hehe



p/s : gambar dengan all my best frens pun tak sempat amek.. ramai orang plus tak cukup kaki dan tangan..


anyway! ia satu kepuasan :)

Thursday, March 22, 2012

My baby boy is 10 months old!!

At 10 months..
Wafiy's Activities

1. He climbs out of everything when I put him in.

1st situation


 

2nd situation



2. Cruising ( walking while holding on to furniture)


*bukannya nak tengok BBTV..habis di menitinya sampai atas kabinet tu licin barang..tinggal botol susu je..budak ganazz!


3rd. Wave bye-bye 


4th. refuse to sit in car seat

so, ibu letak je kat bawah tu..main puas-puas..tapi kereta kena bawa slow la 

5. Let's PLAY!!!

 






Wednesday, March 21, 2012

dalam kenangan

arwah adik & friends

arwah adik & brother (mizi) 

adik & youth (sister)


adik & wafiy
walau dah lebih 40 hari adik pergi, tapi kak yien masih belum dapat melupakan adik..
dah 3x kak yien balik kampung untuk menziarahi pusara adik..
tapi masih belum puas..
adik ada di mana-mana..
esok kak yien balik lagi..
kak yien rasa sebak saat ni, coz I love u sangat!!!!
i lurve u adik..
adik..
i really love you...

adik & I

last hari raya memang betul2 LAST!

It's you!!
Ya Allah, cucurilah rahmat ke atas arwah adik bongsu kesayanganku yang amat aku rindui ini.. Engkau tempatkanlah arwah di kalangan hambaMu yang solehhin..

and last but not least, ini roti adik yang penyet dan tak sempat makan tu...
setiap kali ternampak roti ni kat kedai, kak yien mesti ingat adik, how much i do miss u!! i miss u syg!!


Al Fatihah.



Thursday, February 2, 2012

Pergi..

Pukul 1050am papa kal, aku xangkat sebab ada discussion dgn bos dan opismate..1052 ada kal lagi dari yuh (adik ke5) aku angkat sebab rasa tak sedap hati..
Yien...
Ye yoh?nape yoh?
Yien, adik dah takde.....
Ya Allah, aku rebah..aku tak dapat kawal perasaan..Allahuakbar..opismate menenangkan aku..
Bos terus tempah tiket fligt, alhamdulilah segala dipermudah..flight ke kb pukul 1.35 plg awal..aku harap aku sempat, aku kal abg utk amek wafiy.. Aku balik dulu, sebab takut tak sempat menatap wajahnya buat kali terakhir..Ya Allah, permudahkanlah...permudahkanlah..
Opismate dan bos hantar terus ke airport dan terus ke kiosk utk beli dan check in..
Syukur sekali lagi flight tak delay, sampai je 230 anis n yuh dah tunggu..kami bergegas...
Saat ini air mata aku sudah kering, tapi sebaik saja sampai di luar rumah, tak sempat parking, aku berlari meluru keluar...
Adikkkkkk!!
Adikkkk!!
Adik terbujur kaku, ramai di kelilingnya membaca yassin..
Aku buka kain di mukanya...Ya Allah, indahnya senyumanmu sayang...terlalu manis... Adik seperti sedang tidur lena...aku peluk adik. Aku cium dahinya tapi hati2 agar tidak menitik air mata takut terkena kulitnya...aku pasrah...
Selepas itu, adik dimandikan..wangian menusuk di segenap rumah...sangat harum...
Dan selepas itu, adik dikapankan..papa panggil semua family untuk menatap wajahnya buat kali terakhir...
Aku peluk adik, aku dakap adik puas2, aku cium dahi, pipi, dagu adik...air matanya menitis....Ya Allah,besarnya kekuasaanMu... Selepas itu adik disembahyangkan dan aku iringi adik ke kubur... Ya Allah,indahnya petang ini... Cuaca mendung, angin mendayu-dayu..nak hujan tapi tak hujan..sungguh mendamaikan... Petang itu juga selepas segalanya selesai, kami adik beradik stay..kami bacakan yassin untuk adik buat kali terakhir..mama tak ikut, mungkin dia takut dia tidak kuat.. Tabahkanlah keluarga kami Tuhan...
Kawan2 adik penuh mengiringinya termasuk saudara mara, sahabat handai...semua mengiringi adik..subhanallah, bertuahnya kamu syg... Semoga roh adik tenang dan ditempatkan di kalangan hambaMu yang soleh..amin..
Al-Fatihah

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ujian

Ujian terbesar dalam hidupku ialah kehilangan..sungguh, hilang barang atau harta pun aku sudah merasa ralat, tapi kali aku diuji dengan kehilangan yang paling hebat dalam diriku, pemergian adik bongsu yang paling-paling-paling aku sayang sgt!! Paling rapat denganku! Allah, kini aku redha kerna Engkau Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk keluarga kami... Sepanjang 28 tahun hidupku, inilah kehilangan yang paling dirasai walau sebelum ini atuk/nenek/saudara mara pernah pergi sebelum itu tapi bila kehilangan adik, ia sesuatu yg amat perit..aku terlalu sayang padanya, sayang sgt2!! Allah meminjamkan dia pada kami hanya 15 tahun sahaja!adik pergi untuk selama-lamanya... Terlalu singkat rasanya..semoga roh adik tenang di sana dan ditempatkan bersama para soleh dan solehhin..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.