L.O.V.E

Friday, December 9, 2011

Happy 7th month, Wafiy :) :)








Happy 7th Month, sygku!!




Wafiy la intan, payung, permata, berlian dan mutiara ibu!!



lebih mahal daripada handbag LV, Coach, Prada, MBMJ, Tods dan segala mak nenek jenama handbag yang ibu idamkan selama ini..wafiy sudah cukup dari semua itu (^_^)

Tuesday, December 6, 2011

wafiy demam!!

semalam, ibu & ayah bawa wafiy ke Pusat Perubatan Az-Zahrah, Bangi
suhu naik sehingga 40 darjah celsius. risau sangat-sangat...




badan lemah tak bermaya- tak de selera makan- batuk dan selesema




Antara ubat yang diberikan doktor semalam :



1~ubat demam -syrup perasa oren
2~ubat antibiotik -wajib habiskan!!
3~ubat titik dan sembur dalam hidung - untuk hidung tersumbat (selesema)
4~sterimar spray - untuk cuci hidung dan mukus dalam tu
5~ubat batuk
6~Termometer - yang ni doktor tak bagi ya!! ini wajib ada pada semua parents yang ada anak kecik.. yang ni tembak kat telinga dan result dapat dalam 2 seconds. kalau suhu tinggi akan bunyi beeps 2 kali kalau biasa just one beep.
7~picagari - untuk makan ubat..nasib lah wafiy mudah makan ubat, xkisah jenis apa pun..
8~susu percuma S-26 Gold doktor bagi - tambah lagi stok susu wafiy :)
9~ada satu lagi ubat masuk kot bontot, tapi yang tu masukkan bila suhu tinggi sahaja untuk sejukkan dia dari dalam





    nota kaki :


    kadang-kadang ibu rasa cam over, anak demam sket terus jumpa doktor, terus ke klinik, tapi kang semalam memang badan wafiy panas-panas- panas sangat!
    Doktor pun ada cakap semalam, yes.kita memang patut risau sekiranya suhu dia tinggi- semalam masa kat klinik turun sket 38.8, baby yang berusia 6 bulan ke atas berisiko tinggi untuk kena fits (sawan) kalau tak dirawat awal.Berbaloi la tunggu sejam semata-mata nak jumpa Dr. Pakar, memang teliti dia check, even dr check kahak wafiy semalm dah color hijau..patutlah dia tak selesa kan.






    Ibu harap wafiy cepat sembuh dan ceria seperti selalu ya!!!




    ke demam nak tumbuh gigi??? ;p

    Friday, December 2, 2011

    Balik kampung

    Malam ni wafiy balik kampung jumpa tok pa & tok ma :)horayy!!

    I am triple happy :)

    Wednesday, November 30, 2011

    Wish List Maal Hijrah 1433H


    sebenarnya dah lama ada wish list ni tapi arini baru publish..

    #menyuburkan sedeqah - lagi banyak sedekah, lagi banyak yang kita dapat
    #mengurangkan bercakap benda yang sia-sia (lagha)- ni sokmo berlaku tanpa sedar
    #membaiki bacaan Al-Quran-Ya!
    #menghadiri kuliah agama secara konsisten-penuntut tetap surau an-nur, insyaallah:)
    #bangun malam-bukan untuk main fb ya.
    #menjauhi segala sifat mazmumah - dengki,khianat,cemburu,iri hati,rasa bangga diri,berlagak,sombong
    #zikrullah-sentiasa dan di mana-mana, rumah, office even dalam kereta bersama wafiy
    #dan jika dizinkan Allah- mengerjakan umrah bersama keluarga..

    Subhanallah..
    Perkenankanlah Ya Allah...


    nota kaki :
    kawan-kawan, tolong ingatkan aku! aku ini mudah lupa, senang alpa..
    aku takut aku tidak istiqamah, berikanlah kekuatan dan pertolonganMu Ya Allah..

    Aksi anakku..


    okeh, mula-mula kita observe dulu..


    kemudian, rasa-rasa sket kain ni..



    lepas tu, gi kedepan sket..


    okeh, now..mulakan!



    yeah!! usaha lagi, panjat lagi..



    wafiy, wafiy...amboi-amboi sedap ngukah ye! ingat ibu tak nampak dia buat apa kat belakang ni???


    Monday, November 28, 2011

    sama?

    helllooo guys!
    entry kali ni just nak share 3 keping gambar which orang kata a picture can speaks a thousand words..
    wafiy, wafiy kalo ye pun awak tu klon ayah takpayah bersungguh sangat samanya! - nada jeles..



    yang ni ok lagi..

    nice!
    sejibik!


    like father, like son :)

    nanti besar ikut perangai ayah yang baik-baik je tau..


    Friday, November 18, 2011

    Puree Keledek



    1. Sebiji ubi keledek purple, dibersihkan dan dibuang kulit
    2. Lepas tu, potong keledek menjadi bentuk kiub kecil2 dan rebus sehingga empuk
    3. Blend keledek sampai jadi halus - sebab kita nak urat-urat dia hancur sekali, kalo tak boleh terlekat baby.
    4. Boleh juga ditambah air rebusan keledek tadi semasa mengisar.
    5. Siap!