L.O.V.E

Wednesday, October 19, 2011

Wafiy @ 5months

berat : 6.9 kg naik sket je dari bulan lepas.. mungkin sebab diarrhea haritu..
panjang : 69 cm
BMI : 15.4

aktiviti :

  • suka tidur meniarap
  • mula mengangkat dada dan punggung untuk bergerak, macam ulat..sesuai bestfren dgn worminch kan?
  • suka sebut maaaamaaamaaaa.... mesti tok ma dia suke kalau tau ni.. sebutan ibu mungkin susah sket sebab 2 patah perkataan, takpe masih boleh berusaha..
  • suka main dengan teether nya sambil habis air liur berjelepok
  • kulit makin cerah..sangat berbeza sewaktu lahir dulu..maaf wafiy, ibu takde niat nak cakap wafiy gelap..hihik
  • suka sangat tengok TV walau ketika tu mulut tengah hisap susu tapi mata ke skrin..
  • gelak makin kuat..terkekeh-kekeh bila diusik.. chomeelll..ibu suke!
  • mudah merajuk bila lambat dapat susu, maklumlah wafiy tak minum susu ibu kang?
  • tidur dah tak statik, sedar-sedar je dia dah kat bawah kaki kita, aritu siap nak masuk bawah kerusi nasib baik cepat tersedar
wafiy and his bestfriend


berdua lebih baik


Harini dah 2 hari ibu cuti.. ingat nak bawa wafiy ke office je duduk dalam bilik ibu, tido.. tapi nampak gayanya tak boleh lagi sebab wafiy masih demam dan asyik menangis..yela, badan tak selesa kan? sian sayang ibu ni..

susu S-26 pulak habis kat kedai area putrajaya ni..semalam try la beli Dutch Lady, tapi nampak gayanya wafiy dah tahu itu bukan susu dia, tak luak pun..harini baru 2x minum itupun sebab paksa, masa minum Enfalac haritu tak kisah pulak, nampak sangat nak susu mahal je! alahai anak ibu ni..nasib baru sorang.. layan je laarr..

sementara wafiy tengah tidur, ibu orderla pizza, nak masak tak boleh..bunyi je ketang-ketung kat dapur, mula terjaga pastu menangis.. sekarang bukan nangis biasa dah, nangis yang selok yang macam nak tercabut anak tekak tu.. nak boleh pujuk balik kenalah guna strategi macam-macam...last2, tidur sendiri sebab dah penat nangis..



Domino Pizza (set sweet passion meal) bukan main lagi order 1 set padahal yang nak makan nya ibu sorang je..nak makan dengan wafiy, belum cukup umur lagi..


budak masyam tengah syok tidur..gambar kena snap dari belakang nanti tersedar, flash nyala..



Tuesday, October 18, 2011

taska diarah tutup!

Taska wafiy diarah tutup buat sementara waktu kerana ada wabak penyakit tangan, kaki dan mulut (HFM). ibu cuti harini dan mungkin untuk a few days lagi..

sedikit info mengenai penyakit HFM(Hand- Foot - Mouth)

Apakah penyakit Tangan, Kaki dan Mulut?

  • melibatkan tangan, kaki dan mulut seseorang pesakit.
  • disebabkan oleh jangkitan virus dari kumpulan enterovirus yang boleh menjangkiti sesiapa sahaja terutama kanak-kanak berumur 2 minggu sehingga 5 tahun
  • merebak secara langsung melalui titisan / lelehan yang dikeluarkan dari mulut/hidung/najis pesakit. juga boleh melalui sentuhan dengan blister (lepuh kulit) pesakit
Apakah tanda dan gejala penyakit ini?

  • mempunyai tanda-tanda seperti mengalami demam selsema dengan ruam
  • di atara tanda jangkitanya ialah demam, sakit kepala, sakit kerongkong, hilang selera makan, ulser di tekak dan mulut, ruam di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin

Apakah komplikasinya?

  • merasai kesakitan selepas 3-5 hari terdedah kepada virus ini. dan kebanyankannya sembuh selepas beberapa hari
  • tetapi boleh membawa maut bagi segelintir pesakit setelah keadaan menjadi teruk di mana pesakit lemah, susah bernafas dan sentiasa kesejukan

Bagaimana virus ini merebak?

  • melalui pengambilan makanan/minuman yang dicemar oleh najis pesakit yang terjadi melalui sentuhan tangan yang memindahkan virus dari najis kepada makanan/minuman
  • disebarkan melalui titisan udara/lelehan yang dikeluarkan dari hidung apabila batuk, bersin atau bercakap

Apakah cara untuk mengelakan dari jangkitan ini?

setakat ni tiada rawatan khusus untuk merawantnya. oleh itu pencegahan adalah sangat penting!

  • selalu mengamalkan kebersihan diri seperti mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, sebelum menyedia makanan/susu, selepas menukar lampin atau mencuci najis kanak-kanak
  • menutup hidung dan mulut ketika batuk/bersin
  • mencuci alat mainan kanak-kanak/kerusi/meja/lantai yang dicemari air liur
  • kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda perlu SEGERA ke hospital dan jangan sesekali hantar ke taska/baby sitter
  • parents dinasihat jangan bawa anak-anak kecil ke tempat awam yang sesak
  • jaga kebersihan rumah dan persekitaran


dengar tu kawan-kawan, apa pesan ibu?

Friday, October 14, 2011

Pearl Haya Daisy

helllo ladies ;)
saya baru beli satu tudung PH ni..
order semalam, dan petang tadi baru sampai..
saya nak let go sebab saiz tak muat dengan muka..
anyone yang berminat, pls email to overyienz[at] gmail.com



color category : tenne
body : casual
size : M
condition : NEW [never use]
comes complete with box

price PH : RM85
my price : xxx


nota kaki :

setakat ni saya dah ada 4 helai tudung PH dan ia tidak pernah mengewakan...
kalau pakai je mesti cantik terletak..
material yang bagus dan tidak sama dengan tudung biasa yang kita beli di pasar malam atau Jalan Tar.
trust me..


Wednesday, October 5, 2011

PEARL HAYA





Harini baru saja sampai sehelai tudung Pearl Haya.. OMG! the material is so nice..kain lembut dan sangat terletak bila 1st time pakai.. design yang sangat sopan & stylish..i like! tapi satu kekurangan Pearl Haya ni sangat cepat habis..yang kat butik habis, nasibla online ada stock lagi tapi kena add untuk postage charge.. sekarang ni memang tengah nak kumpul tudung instant je sebab cepat, mudah dan selesa... al maklumlah bila nak kuar rumah saja, abang mesti bebel lambatla siap, yelah dengan nak belit shawl lagi, nak siapkan pampers & susu anak, cari topi, stokin wafiy, dan segala macam kelengkapan budak mucuk tu..

tapi once dah pakai tudung instant memanglah sangat cepat bersiap dan boleh siapkan kelengkapan wafiy sepenuhnya..

harini order lagi 2 helai... ai, kalo camni selalu alamak muflisla ibu wafiy.. selamat tinggal la ariani..bukan apa ariani tu takde service online, malasla nak kuar g kedai dia.. kecuali my mum datang rumah, boleh pergi sekali dengan dia..dapat murah sket sebab guna membership card.. (**lagipun ariani leh tawar..tapi it still depends pada orang yang ikut kita masa masuk kedai tu, kalo pandai nego leh dapat murah plus tolak lagi diskaun membership card (^_^)





cantik kan? cepat sape nak, tadi check kat website PH, tinggal 1 stok lagi..huhu..
memang laris!


nota kaki :
tak sabar tunggu petang jumaat ni! harap2 ada berita baik :P
kalo betul gomen naik gaji..oh bestnya!!! boleh shopping lagi..
tapi bila masa pulak ko nak menyimpan yien?
adooiiii


Tuesday, October 4, 2011

cirit birit


harini dah 6 hari wafiy cirit birit..alhamdulilah demam dah kebah.. susu & air garam minum je tapi at the same time kat bawah pun kuar jugak..tu yang asyik tido... cuma sekarang kena monitor supaya tak dehidrat.. ada orang kata wafiy demam & cirit birit ni sebab nak beralih bulan..(yelah, termasuk harini 5 hari lagi nak masuk 5 bulan) atau mungkin nak ringankan badan dia dan kuar benda2 / toksik dalam badan.. mudah-mudahan cepat duduk dan merangkak plak ye.. tapi mungkin juga sebab nak tukar susu sebab currently wafiy minum S26, semalam cuba beli enfalac..selama ni wafiy tak pernah minum susu soya..hopefully recover cepat ya :)

budak busyuk pada hari ke-4 cirit birit, badan tak bermaya tapi kalo nampak kamera, tak kira dah sakit ke tak..hihi..


sekarang dah berjaya meniarap, nanti belajar merangkak plak ye sayang!!
ibu doakan wafiy cepat sembuh :)


Sunday, October 2, 2011

Baiti Jannati


coming soon...
insya Allah
Mei 2013