L.O.V.E

Thursday, September 8, 2011

Happy 4 months, son!

Esok wafiy akan genap 4 bulan :)
wah dah besar anak ibu ni yer..dan harini merupakan hari ke-4 wafiy di nursery..setakat ni nampaknya dia OK di sana cuma ada beberapa perkara yang agak meragukan di situ..

contohnya seperti berikut :
1. bila saya balik untuk ambil wafiy dari nursery, dia bukan main lagi disolek dengan bedak..sampai habis penuh putih muka.. tapi badan macam berbau.. pengasuh tu tak guna sabun ke mandikan wafiy? atau sebenarnya tak mandi just tukar baju? (eh tak baik bersangka buruk..) takpe kita tengok dulu sampai minggu depan camne ;)



2. setiap kali saya ambil wafiy juga bekas susu wafiy habis semua ( saya beli 2 bekas which is mengandungi 6 partition) tapi cuma dipenuhkan 5 sahaja kerana bayi yang berusia 3-4 bulan bulan hanya memerlukan 5-6 kali 180 ml susu formula..
okey berbalik pada cerita tadi, lepas saja sampai rumah dia merengek nangis sebab lapar sangat, so saya terpaksa buat lagi susu, biasanya 2x lagi..dan jika betul wafiy minum semua susu yang saya bekalkan pagi tadi ini bermakna dia tidak mengikut jadual penyusuan yang betul! atau sebenarnya dia tidak disusukan... habis tu kemana susu-susu itu pergi?
atau sebenarnya wafiy memang minum banyak!
entahlah...

sebenarnya bila kita hantar anak ke nursery, kita memang tidak boleh expect lebih2 kerana penjaga bukan hanya menjaga anak kita sahaja tetapi berbelas-belas lagi yang lain..saya faham itu!

apapun, harap wafiy akan cepat membesar dan sihat ya syg!!




ibu & ayah lurve u bucukkk!
everybody love wafiy :)


Wednesday, August 24, 2011

mode raya


Tinggal beberapa hari lagi nak raya, tapi nape mood saya macam biasa saja je...
tahun ni kami anak beranak memang beraya ala kadar saja, pakai baju yang mana ada..so kalau nampak dalam gambar raya nanti baju rotate, buat tak tau saja okeh..walaupun orang gomen dapat bonus tapi duit habis untuk berubat..memang banyak kos bila sakit ni, so kawan-kawan kena selalu jaga kesihatan ya..dan jangan lupa banyak berdoa semoga Allah menghindarkan kita semua daripada penyakit yang berbahaya dan lambat sembuh...amin!

walau apapun, saya tetap bersyukur kerana sekarang saya sudah sihat seperti sedia kala cuma masih lagi meneruskan rawatan susulan.. hikmahnya terlalu banyak tetapi ia perlu dicari ia perlu digali untuk kita muhasabah diri... Allah menguji kita bukan untuk sia-sia tetapi kerana Dia terlalu sayangkan kita... semasa sakit dulu, Allah telah meminjamkan mama saya untuk menjaga siang dan malam, Dia menghadiahkan kawan-kawan dan sahabat yang selalu di sisi..Dia mengutuskan adik beradik saya untuk bersama-sama membantu, Dia juga mengirimkan bersama seorang anak sebagai pembakar semangat, Dia turut memberi seorang ayah yang banyak berkorban modal dan wang.. dan Dia juga turut menganugerahkan seorang suami untuk menguji sejauh mana keutuhan kasih sayang...

lantas..nikmat Allah yang manakah yang dapat saya dustakan?


Friday, August 19, 2011

peneman setia..




tiada lagi kata-kata yang mampu ibu ucapkan melainkan rasa syukur kepada Allah kerana telah menghadiahkan si kecil ini untuk bersama-sama ibu..ibu doakan wafiy menjadi anak yang soleh, taat kepada perintah Allah..mendengar kata ibu dan ayah dan semoga menjadi pelaburan di saat ibu tiada lagi di dunia...

doa anak yang soleh ;-)

semoga juga ibu tidak akan lalai dengan adanya sayang!!!


Monday, August 8, 2011

Baby Wafiy 3 bulan ;))



Berat : 5.92kg
Panjang : 62 cm
Lilitan kepala : 39 cm

hooreyyy!! cepat besar ye syg:) ibu tak sabar nak tengok wafiy bergolek, meniarap, merangkak dan berjalan!! nanti besar sket boleh temankan ibu gi shoppping..hihi

Wednesday, July 20, 2011

k.a.m.i

Ini kisah keluarga baru saya...
cerita ini cerita bergambar...

inilah ayah kesayangan saya..seorang yang pendiam tetapi penuh dengan ketegasan..
ayah sgt sayangkan saya, buatkan susu, belikan pampers dan mainan,potong kuku, memandikan dan bersengkang mata setiap malam untuk menjaga saya.. i luv u ayah!

dan ini pula ibu saya..seseorang yang terlalu banyak berkorban untuk saya..dari mengandungkan sampailah melahirkan...syukur, sekarang ibu dah beransur pulih dan sihat..


ini pula ibu dan ayah suatu ketika dulu..mereka bercinta dari tahun 2008 sehinggalah sekarang...walau banyak dugaan, saya harap mereka akan terus tabah mengharunginya...


kemudian, mereka bertunang...


lepas tu pula, ibu berjaya menamatkan pengajiannya dalam Msc (IT)

kemudian...ibu dan ayah selamat diijabkabulkan pada tanggal 3 Julai 2010
selepas sebulan, saya berada dalam perot ibu ;p

saya selamat dilahirkan pada 9 Mei 2011 dan disambut dengan penuh kesyukuran oleh ayah :)
selepas itu saya dijaga dan di asuh oleh tok ma & aunty yoh semasa ibu sakit..

ini aunty yoh dan saya semasa shopping di Jusco Bukit Tinggi..nanti saya akan jarang-jarang jumpa dengannya lagi..babai aunty..I'm gonna miss you!!



Ini pulak tok ma saya..beliau menjaga saya siang dan malam..saya pasti rindu sangat pada tok ma sebab tok ma lah org yg paling banyak bersusah payah untuk saya dan ibu... miss u a lot tok ma!!! muaahhhhhh<3

Dan inilah keluarga baru saya sekarang!..ibu dan ayah jangan serik menjaga saya ya..susah senang kita akan hadapi bersama ..janji tau!!!
(sila rujuk gambar : saya sedang merenung masa depan..semoga keluarga saya akan selalu dipayungi dengan kebahagiaan dan kesejahteraan)
amin ya rabbi alamin.


Monday, July 18, 2011

Berpindah

minggu depan, ibu & wafiy akan balik ke putrajaya..sob..sob..sedihnya.. nanti tok ma takleh jaga kita lagi kan?dan tak sampai sebulan ibu akan mula bekerja seperti biasa..ibu dah tak leh jaga wafiy sepenuh masa lagi..sepanjang 2 bulan lebih ni, ibu dah dapat discovered banyak benda tentang wafiy..dan sudah tentu ia adalah pengalaman yang amat menyeronokkan sebagai seorang ibu baru..

Dulu wafiy akan menangis bila lapar atau minta ditukarkan pampers, tapi sekarang wafiy juga akan menangis jika tiada sesape yg nak bermain dgnnya, dan org tu perlu bermain dgn wafiy sampailah wafiy tertido..kalau kat rumah tok mama ni takpela sebab selalu ramai org akan hiburkan wafiy dan bawa wafiy jalan-jalan,tapi nanti kat putrajaya, kita dua je yg tinggal..ayah balik malam, harap2 la wafiy jangan buat perangai tau ;p nanti ibu rotan (^_^)

sekarang wafiy dah pandai senyum dan gelak sket2..bunyin cam aaaaaa, eeeeerrr bila ada org mengagah.. tapi kadang-kadang kalau wafiy penat sgt wafiy tak layan walaupun ibu ni berpeluh cuba mengagah ..hahaha..notty yewr..wafiy dah mula pandai tengok tv tapi tak lama pastu hilang tumpuan balik...deria rasa wafiy pun dah mula berkembang..bila ibu suapkan ubat demam yg pahit tu,wafiy ludah balik..habis baju..dan sekarang mula nak belajar membalikkan badan.. pastu mulalah nak menangis bila tak berjaya..sabar la syg.. awak tu baru 2 bulan...

bila menangis pulak, volume makin kuat, saje je nak suh jiran tok mama dengar..pastu bila ibu tak layan sgt mulalah buat batuk2 untuk tarik perhatian..ibu rasa ini memang nature seorang baby yg sifatnya sangat manja, suka dibelai dan diberi perhatian...
tapi bab yg paling wafiy suka ialah masa mandi senyap jer..buatlah camne pun, senyap dia..suke sgt time mandi ;p

Dan yang terakhir sudah tentulah baju-baju wafiy, sama ada baju wafiy atau baju abg amir..hampir semuanya dah tak muat, bukan kerana badan tapi kerana panjangnya!..huh, sangat tinggi awak ni nanti bila besar yer ;))

Fresh from oven.. Wafiy 2.6 kg

Wafiy with Tok Mama ..welcome to the new world sweetheart!

Wafiy satu bulan : 3.4 kg

wafiy sebelum bercukur..

budak botak yg sangat aktif dan chomeeelll..weeeee!!

wafiy 2nd month : 4.8 kg

Friday, July 1, 2011

Medela Freestyle Breast Pump




Salam semua :)

entry kali ni sebenarnya nak menjual..Pada awalnya saya memang berniat untuk menyusukan Wafiy sepenuhnya dengan susu ibu. tapi takdir Allah mengatasi segala-galanya.. saya hanya sempat memberikan susu ibu hanya 8 hari sahaja..kita hanya mampu merancang tetapi kuasa sebenar bukanlah di tangan kita..saya telah terbeli one new complete set of Medela Freestyle breast pump..tapi saya nak let go sebab memang takkan guna dalam masa terdekat ni, paling kurang pun 3 tahun lagi baru dapat melahirkan adik wafiy..so better bagi pada yang lebih memerlukan..

saya hanya ada 1 ready stok yang plastiknya pun tak dibuka lagi.. sesiapa yang memang tercari-carikan pump susu terbaik abad ini..maka medela FS is the answer..untuk kepastian, boleh google ya =) antara komponen yang terdapat dalam kotak ni ialah : PUMP UNIT, CARRIER BAG, COOLER, CHILLER, BOTTLES, Handsfree KITS, Rechargeable battery, SOFTFIT BREASTSHIELD, CONNECTOR, booklet n manuals


nota kaki : tq mommy amir pinjamkan saya Spectra 3 ia sangat best dan terlalu banyak membantu!!!!!!!!

muaahh