L.O.V.E

Wednesday, April 20, 2011

Handbag MBMJ!! I like!

Kenapa la di saat nak deliver ni dia buat perangai pulak!!

Dahlah kena simpan duit utk baby yg bakal lahir ni tapi hati ini tiba-tiba teringin nak macam-macam ;( huhu tsk.

Tapi takpela u olls kan saje je berangan.. mana la tau hujung tahun ni jadi kenyataan..hehe ;) boleh juga melaram..

Saya suka sangat handbag ni!! Suke yang bukan suka biasa tapi suka-suka-suka sangat!!!






ushhh gerammmmnyee!!!
(T_T)

Friday, April 8, 2011

Resipi Puding Jagung

Salam kawan-kawan ;)

Harini saya nak share satu resipi mudah, cepat dan sangat sedaPP..ermm yummmyy!

Resepi membuat puding jagung berkastard..

Bahan2 :

1 cawan tepong kastard
1 cawan jagung manis ( yang dalam tin tu)
3/4 cawan gula
3 cawan air
1 sudu kecil esen vanila
1 1/2 cawan susu cair

Cara-cara :

1. Campurkan tepung kastard,gula, jagung, susu, air dan esen vanila

2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana sehingga sebati

3. Angkat san sejukkan di dalam loyang atau acuan atau bekas kaca dan bolehlah dihias dengan buah ceri/ strawberry..

Senang kan?


Nota kaki:
Tq zente for the recipe :)



------------------------------------
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, April 7, 2011

Thanks Nuffnang!!



Alhamdulilah dapat lagi cek daripada Nuffnang.. Walaupun tak banyak tapi cukuplah juga untuk beli barang-barang baby yang masih belum lengkap :)

untuk kawan-kawan saya yang juga kaki blogger, teruskan berblog dan jangan lupe tambahkan satu ruang untuk iklan Nuffnang. Bukan apa daripada kita saja berblog dapat juga pasif income kan? ;)


nota kaki:

Zente, u know what i mean..hehe ;p

Wednesday, April 6, 2011

Set Tilam Kekabu Baby

Hi semuaa!!!

Harini saya nak share sesuatu dengan semua ibu/bonda/mama/mommy/umi sekalian yang ingin mencari tilam kekabu untuk baby anda.. Anda boleh ke sini terdapat banyak pilihan dengan harga yang agak berpatutan.. Set tilam baby saya dah sampai pagi tadi kat office..comel sgt..I like! (n_n)

set tilam kekabu + bag

sangat senang untuk dibawa ke mana-mana :)

baby set

1 pc tilam bayi kekabu asli

2 pcs bantal bayi

2 pcs bantal peluk bayi

1 set tilam bayi kain kapas (yang ni dari IKEA - corak dia sangat cute kan? ada car, butterfly, sun) sesuai dengan baby =D



nota kaki :

Alhamdulilah setakat ni, dah banyak barang baby dah complete dan boleh ready letak dalam kereta :)


------------------------------------
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, April 4, 2011

Kerja Oh kerja!

Boring betul la malam ni.. Takde sapa nak teman ibu.. Baby pon tido, ibu dah kejut pun xnak bgn gak.. Mungkin dah penat menendang siang tadi erk syg.. Bangunla baby jomla main ngan ibu.. Bosan ni ibu xleh tido..

Ayah plak dari tadi dop buat kerja, nak gi kacau pun takot muka serius je.. Dahla balek kerja lewat, balik umah pon sambong keje lagi.. Ntah2 nanti ibu nak bersalin pon ayah tak amek cuti sebab sayangkan kerja dia.. Ayah oh ayah.. Bila la nak luangkan masa yang berkualiti dengan keluarga kita kan sayang.. Ibu bosan la... Takleh tido ni... Arghhhhh




------------------------------------
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, March 29, 2011

EPi BestdAy yanKuMi ;)

Yan, saya wish awal beberapa jam sebab takot dah terlelap..hehe..

Erm.. Nak wish apa yek ;)
Ok, first saya mendoakan semoga awak sentiasa diberikan rumahtangga yang bahagia dan dikurniakan anak yang soleh/solehah serta dilimpahi dengan rezeki yang mencurah - curah..
Amin..

2nd, semoga akan memperolehi kejayaan yang diimpikan selama ini bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat jua..

3rd. And finally, saya berharap agar awak akan sentiasa menjadi kawan/sahabat/rakan/pendamping untuk selama-lamanya..thanks for everything..

Luv u baby (n_n)


------------------------------------
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

31 weeks update

Lately ni, kontraksi palsu dah mulai dirasai.. Sakit kejap pastu xde pastu datang balik.. Tendangan baby ibu pon makin lama makin aktif, kadang kala kalo dop atas kerusi opis tu boleh bergegar kerusi baby gerak.. Malam2 plak baby ibu mula mengeraskan badan terutama di bahagian abdomen kanan perot ibu.. Baby,baby, kiut sgtla syg ni..

Sabar erk lagi 2 bulan insyaallah dah boleh melihat dunia :) masuk trimester ketiga ni,selalu sangat pedih ulu hati dan cepat letih.. Mungkin badan dah mulai belajar menampung berat baby ya.. Malam2 memang susah sangat nak tido..sian ayah terpaksa bersabar dgn karenah ibu kejap golek sana kejap golek sini tapi xleh tido juga... Tak tau nak wat camne.. Selalu juga mimpi bukan2 dan kadang2 takot sendiri..

Kalo diingatkan saat bersalin nanti memang amat menakutkan tapi ibu cuba memberikan motivasi kepada diri sendiri bahawa, walau apapun yang terjadi nanti, ibu anggap saat melahirkan baby ibu adalah saat yang paling indah dalam hidup dan ia merupakan satu anugerah daripada Tuhan.. Kalo ditakdirkan ibu meninggal semasa melahirkan sayang nanti, ibu anggap itu adalah satu jihad.dan semoga diterima oleh Allah... Sayunya tulis entry ni...

Malam ni ibu masak sambal sotong dan sayur campur goreng tapi sampai sekarang ayah masih belum balik lagi... Ibu dah lapar sgt ni... Dahlah tak lunch tadi... Rajin betol ayah kita keje kan? Semalam pun ayah bangun kol 4 pagi semata2 buat keje... Tak mcm ibu kalo dah tido memanglah tido mati... Ok lah.. Sekian saja entry merapu harini ;)