L.O.V.E

Wednesday, March 23, 2011

Happy Birthday Love!!!

Entry ini adalah ditujukan special kepada Puan Nurhidayah binti Bahar (UK 8700)

(n_n)

Sweet 17 27

ngeee...;p



birthday cake
terus celebrate untuk one happy family :))

yeayy!!!!


Inilah kawan saya yang teristimewa sekali. Seorang yang idealistik dan futuristik malah kadang-kadang bombastik ;p
banyak berkongsi kisah;
suka dan duka
ada yang hitam dan ada yang putih
Dalam manisnya gula ada juga masamnya cuka
inilah yang dikatakan asam garam persahabatan..
Tak disangka daripada KUSTEM sampailah sekarang persahabatan masih utuh..
malah bersama-sama juga rakan-rakan yang lain
Kawan menangis dan kawan ketawa
Semoga menjadi juga kawan dunia dan kawan akhirat
amin...
Heppi Birthday My Lurve!!


Love is Friendship
Friendship is Love
If Love fails
Friendship should remain..
F R I E N D S H I P 4 E V A





Tuesday, March 22, 2011

BB Bold 9780 Review Part 1



What I love about BB 3?

1) QWERTY keypad. Sangat senang nak menaip terutama untuk berblog, bertweet, bersms dan ber-BBM. I like! Cuma kadang kala tulisan lari sebab jari saya lebih besar daripada keypad..huhu

2) BBM merupakan satu medium borak yang saya rasa sangat best dan hebat! Boleh one-to-one atau pun via group..chatting dalam BBM seolah-olah anda bercakap bersama kawan yang sememangnya ada di sisi! Oh alangkah seronoknya!!! Dan itu semua PERCUMA!

3) Youtube, twitter, Facebook memang telah di build in dalam phone yang saya dapat ni..so memang selalu on9 setiap masa. Saya cuma perlu tambahkan YM untuk melengkapkan lagi my instant message application. Opss MySpace pun ada tapi saya remove sebab tak pakai.. best kan? Kita boleh pilih saja aplikasi apa yang kita suka dan boleh di download melalui Blakcberry App World. Sangat mudah dan seronok! Ada yang percuma dan ada yang berbayar! Amek yang percuma pun dah memadai ;)

4) Lampu LED yang bernyala memberikan kita alert, so tak payah nak guna vibration mode pun takpe..kalo tak..burrpppp..burppppp asyik bergegar… LED merah untuk bagi notification message, twitter, FB, BBM dan YM saya manakala LED akan bernyala color biru untuk chat di FB.. semua nya akan tertera di depan screen.

5) Fungsi kamera dan video. Walaupun kamera BB 3 adalah 5.0 MP tapi gambarnya pada saya biasa-biasa saja..entahlah.. tapi daripada takde camera, at least boleh juga capture gambar kan?

6) Games. Saya suka download games dari BB App World ni tapi tak pandai sangat main..ntahlah amek yang basic2 je.. tapi agak bestla sebab banyak pilihan untuk sesiapa yang gemarkan permainan di henpon.


What I dislike about BB3?

1) Arghh, BB3 tak boleh buat video call.. sangat frust sebab my old hp (E71) ada function tu.. saya tak boleh tengok muka abang masa bercakap! tsk.

2) Bateri BB saya biasa nya tahan untuk sehari saja..untuk keesokan hari dah kena caj.. yelah mungkin sebab asyik berinternet so bateri pun tak tahan lama..

3) BB ni tebal dan lebar sket. Kalo nak compare dengan E71 yang lebih slim.


nota kaki :
ini hanyalah pandangan peribadi semata-mata
Tunggu Review Part 2 bersama gambar ya! (^_^)



Wednesday, March 16, 2011

73 days to go!!

Arghhh berdebarnya berdebarnya!! Ada lebih kurang 2 bulan lebih lagi akan bersalin kalo ikot betol2 tarikh jangkaan bersalin kan.. What if bersalin awal? Takotttnya takooottnya..takot bukan sebab apa? Tp sbb brg2 baby memang tak prepare apa2 lagi kecuali baju 5 pasang dan alat mandian..huhu..

Dulu memang dah plan nak beli awal2 tapi ramai kata hold dulu yien awal sgt tunggu 6 ke 7 bulan.. Skrg dah 7 bulan ada orang kata "eh yien ko belum ready kan apa2 lagi brg dalam kereta?? Ko tau x 7 bulan ke atas patutnya semua dah ready.." Arghhh fikiran lagi kacau...

Kebetulan plak bulan ni duit sengkek.. Bersabar la anakku jangan keluar dulu ye sayang.. Tunggu ibu dapat gaji minggu depan.... Insyaallah yang mana prioriti tu akan diusahakan... Uhh dahlah anak pertama yang akan lahir saya plak anak pertama yang kahwin dulu takde kakak or abg.. Kalo tak bolehla tanya2 diorang or pinjam dulu brg2 yang boleh dikitar semula such as tilam dan bantal baby, barut baby ke... Huhu...

Dasyhat,dasyhat.. Bertenang yien.... Misi seterusnya ialah mencari set tilam dan bantal baby, bedung, barut, napkin, pampers, towel, dan besen mandian.. Amek yang basic2 dulu... Ya Allah, permudahkanlah Ya Allah....


------------------------------------
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, March 9, 2011

Third trimester

Hi guysss:)
Now dah masuk trimester ketiga..
Tak sabarnye nak jadi ibu tapi at the same time berdebooorrr..
Hujung minggu ni my sis kawen, takot juga terberanak kat kg.. Harap2 tidakla...
Sekarang ni susah betol nak tido..tp badan penat tp mata tak ngantok.. Camne tu? Hohoho
Perot plak makin besar dan bertambah bulat...
Ya Allah mudahkanlah hambamu ini bersalin nanti....



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, March 3, 2011

Scan 4D @ Klinik Jameaton

Alhamdulillah akhirnya saat - saat yang ditunggu tiba juga hari ni..
setelah 27 minggu menanti, akhirnya hari ni ibu dapat tau juga jantina baby..
tapi yang tak tahan tu baby ibu asyik kepit kaki je masa Doctor scan, puas ibu kejut tak bangun-bangun juga..lena tido ye sayang..yelah semalaman aktif kan?

Walaupun ayah tak ikut sekali tadi, tapi memang confirm dari paparan skrin scanner, muka baby sebijik macam muka ayah..hohoho..ayah suka la tu ;p

dah lah muka sebijik, pastu nanti dah ada geng nak main game dengan dia.. best la ayah :)) walau apapun ibu bersyukur sangat sebab berat baby dah 1.11 kg dan degupan jantung baby tadi pun kencang sangat! terkejut ibu dengar sebab mcm jantung orang berlari..semoga baby ibu selalu sihat-sihat ya...

nota kaki:

sekarang dan boleh shopping dengan tenang (^_^)


Tuesday, March 1, 2011

Family Day

26-27th February 2011
Tiara Beach Resort
Theme : Black & Red

abang yang excited!

mak buyong!

volley ball

main air...

persembahan kumpulan
saya jadi penyamun

jadilah, dapat gak No.2 ;))

mala and nazrin
yien and abang


nota kaki:
p.e.n.a.t

Tuesday, February 22, 2011

Anemia ketika hamil

Harini saya nak share sedikit informasi mengenai anemia ketika mengandung. Anemia ialah kekurangan sel darah merah atau Hemoglobin (hb) - perasan tak setiap kali kita check up, Dr/nurse akan ambil darah dan check tahap Hb..dan ramai juga yang tidak tahu kepentingan untuk mengekalkan paras Hb yang baik (>11g/dl) semasa mengandung. paras Hb saya pula hanya sekitar 11.4, 11.6, 11.7.

Sebenarnya kebanyakan ibu mengandung mengalami kekurangan zat besi yg sgt penting untuk pembentukan Hb ini dan kekurangan itu berpunca daripada NUTRIEN seharian yg diambil yg kurang mengandungi zat besi.


Anemia selalunya tidak akan mempengaruhi tumbesaran bayi kerana bayi sentiasa mendapat bekalan zat besi yang cukup untuknya membesar tetapi sekiranya keadaan anaemia ini terlalu teruk bayi anda juga mungkin akan mengalami anemia selepas lahir.

APAKAH PULA KEPENTINGAN HEMOGLOBIN SEMASA HAMIL?

KANDUNGAN KURANG DARI LIMA BULAN
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis (pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain). Jika darah kurang daripada 11g, jika jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (tiada kaki dan tangan yang sempurna). Manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair akan melambatkan proses pembentukan otak bayi , iaitu mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai.

KANDUNGAN 5 BULAN KE 7 BULAN
Ketika bayi kita telah sempurna pembentukan sifat anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh mati dalam kandungan ibu

KANDUNGAN 7 BULAN KE ATAS
Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah Hb. Jika Hb terlalu cair atau rendah iaitu kurang daripada 9g, jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain sedikit dimana bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.


Manakala kesannya pada ibu ialah akan berasa cepat letih, kadang-kadang mengalami sesak nafas, pening-pening, rasa nak pitam, jantung bergerak laju (berdebar). Jika semasa mengandung atau semasa bersalin ada kehilangan darah, darah akan bertambah cair dan ini boleh membawa kepada kerosakan jantung, paru-paru, buah pinggang dan boleh membawa maut.


APAKAH CARA TERBAIK UNTUK MENINGKATKAN PARAS HEMOGLOBIN DLM DARAH?

Tips 1 : --> makan hati ayam setiap hari samada goreng atau masak mengikut kesukaan

Tips 2 :
--> makan makanan laut, kerang, ikan bilis- boleh juga tetapi tidak secepat makan hati ayam untuk naikkan Hb

Tips 3 :
--> Makan pil/vitamin tambah darah(yg doktor selalu bagi tu) mengikut ape yg ditetapkan..perlu makan hari2...kenapa? sbb Hb akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan..

Tips 4 :
--> Jgn makan pil tambah darah dengan air susu (eg. teh susu, kopi susu etc) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin tersebut...(nanti penat2 jer kt makan tp rupanya x diserap dgn baik, Hb pun xnaik)