L.O.V.E

Wednesday, February 9, 2011

kisah stroller

Situasi
Bulan lepas saya dan abang saja la nak try survey cari stroller. kebetulan tengah makan kat kota damansara so, pergilah window shopping kat sunway giza, saja jalan-jalan sini pastu ternampak ada satu kedai baby kat ground floor...

SAYA : eh abang, comelnye stroller ni..tayar dia besar la..bestnya kalo bawak baby jalan-jalan ni..(dan tiba-tiba ternampak seorang pembantu kedai)

SAYA : Cik, berapa harga stroller ni?

PEMBANTU KEDAI: oh yang ni RM 2999

SAYA: Mak oi, mahalnya (dan baru terperasan brand dia: brand Quinny) Patotla.. abang, camne stroller ni suka tak? Kita beli nak?

ABANG: ayang oii, Kalo 3 ribu baik kita beli motor kriss je kat anak kita.. bolehla juga dia guna sampai besar..kalo stroller ni sampai 3 tahun je la..membaziirrrrr

SAYA: ermmmmm

BABAI QUINNY ;(

Tuesday, February 8, 2011

di dalam dilema





Semalam saya dah pergi tengok rumah.. nasib baik pintu tak berkunci tapi agak disappointed la dengan keadaan dalam rumah tu, syiling rumah ada bekas tampalan cat akibat bocor, tile bilik air bercampur-campur mungkin sebab tampalan simen, kat dapur takde tempat nak letak dapur gas, tapi heran? sinki sampai 4, mesin basuh kena letak kat luar pintu dan macam-macam lagi...keadaan rumah pun tak nampak sangat sebab gelap, air dan elektrik takde..

Saya belum buat keputusan sebab sayang sangat nak tinggalkan rumah sekarang, walaupun kecil dan bertingkat tapi banyak kemudahan di sini. tengok muka abang pun dah tau dia macam berat hati tapi mama saya suh pindah.. sekarang saya akan senaraikan beberapa kelebihan dan kekangan proses ni nanti ya

Kelebihan apartment Presint 5
  1. Rumah baru (I’m the first tenant)- sangat cantik dan saya suka!
  2. Walaupun apartment biasanya mempunyai masalah parking tapi setakat ni alhamdulilah tak pernah lagi tak dapat parking
  3. Paling best ialah dekat dengan surau, kalau lepas maghrib dapat dengar orang tazkirah kat bawah. Dan bangun pagi pun sebab azan subuh
  4. Lif laju (mungkin sebab rumah baru)
  5. Kat bawah rumah ada kedai runcit dan dobi. Hanya jalan kaki
  6. Ada kemudahan bas. Aik kenapa bas penting? Kan pergi kerja dengan kereta? Sebenarnya pernah beberapa kali berlaku, semasa motor abang pancit, abang terpaksa guna kereta, so saya boleh naik bas sebab frenkuensi bas pada waktu pagi ialah pada 15 minit.sangat cepat kan? Tambang pun 50 sen saja
  7. Ramai kawan-kawan seopis tinggal di sini. Senang nak minta tolong (buktinya semasa kereta saya accident tahun lepas, saya menumpang hani (my opismate) dekat sebulan..thanks sayang!!
  8. Rumah tak besar sangat so tak penatla nak kemas
  9. Dekat gile dengan office. hanya 5 kilo meter
  10. Privasi dan aman
Kekurangan Apartment Presint 5
  1. Jauh dari Bandar. Dalam lebih kurang 12 km untuk ke Alamada / Mydin
  2. Jauh dari tempat makan / restoran
  3. Lif -pernah terjadi ada orang terperangkap dalam lif dan semua lift shut down. saya terpaksa naik tangga dari ground floor ke tingkat 9 dengan perot yang memboyot

Kelebihan Teres Presint 11
  1. Rumah bertanah dan tak perlu naik lif. Park je kereta dan boleh terus masuk rumah
  2. Sangat luas dan besar. Ada 4 bilik, 1 stor dan 3 bilik air which is cukup besar bagi saya dan memberi kemudahan kepada family/ saudara mara bila datang
  3. Dapur ada wet kitchen dan dry kitchen
  4. Bilik air master bedroom ada bath tab dan boleh berendam lama-lama ala-ala princess gitu;p
  5. Depan rumah ada playground boleh la jogging kat situ je petang2/ pagi2
  6. Dekat dengan klinik, kedai runcit, restoran
  7. Boleh bercucuk tanam di hadapan dan belakang rumah

Kekurangan Teres Presint 11

  1. Jauh sket dari office dan agak jem (tapi takde la teruk cuma kalau nak dibandingkan dengan rumah sekarang memang smooth gila perjalanan, 10 minit dah sampai)
  2. Rumah tak de pagar takut juga berlaku kecurian
  3. Rumah lama dan material rumah pun agak usang
  4. Nanti kena buat langsir lagi…. Banyak sliding door dan tingkap (atas dan bawah)
  5. Takde kemudahan pengangkutan awam seperti bas dan agak susah bila berlaku kecemasan sebab sekarang ni kami hanya ada 1 kereta 1 motor…
  6. Tangga ke tingkat atas sangat tinggi dan gayat!! (alasan…)
  7. Rumah ni jauh sikit dari surau


Dan yang paling penting kos pindah dan kos untuk proses menduduki rumah paling kurang 1K ( deposit rumah, air, elektrik). Walau apapun, saya cuba berlapang dada untuk membuat keputusan dan berfikir secara mendalam demi masa hadapan. terima kasih kepada kawan-kawan ;))



nota kaki :



"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Monday, February 7, 2011

fasa baru

Sekarang baby ibu dah masuk 6 bulan.. tak sabar nye sayang!! Ibu syukur sgt sebab sekarang kesihatan ibu bertambah baik, sakit pinggang dan perut makin kurang..Cuma kadang-kadang je dia datang.. sayang sabar ye.. lagi 3 bulan lebih je sayang dah boleh melihat dunia.. duk dalam tu jangan nakal-nakal tau.. semoga jadi anak yang soleh ;))

Harini perasaan ibu konpius sangat sebab pagi tadi BPH called yang kita dapat pindah kuarters kat Presint 11. Tak tau seronok ke tak? Kalau nak diikutkan memang la seronok sebab kita dah dapat kuarters rumah teres tapi kenapa offer ni datang sekarang? Rumah kita di Presint 5 tu dah best dah! Siap dah setup semua, last2 kena pindah dah? Tapi ibu takut juga kalau tolak offer ni, nanti nak tunggu dapat balek entah ke bila? Ya Allah bantulah hambaMu ini membuat pilihan yang terbaik.

proses pindah-pindah rumah ni memang amat MEMENATKAN! tak dapat nak bayangkan dengan perut yang tersorong-sorong ni, dah kena packing untuk pindah plaks.. dengan mesin basuhnya, peti, kerusi, tv, katil, almari..adoiiiiii tapi untuk future memang la berbaloi nanti dah tak payah berebut parking (mcm la parking kat rumah sekarang ni teruk sangat padahal melambak kosong tapi 1-2 tahun lagi mesti penuh kan?), rumah ni ada tanah so nanti baby ibu boleh la main-main basikal kat luar ya (cewaahhh berangan!),dan tak payahlah Tok Pa & Tok Ma naik lif lagi kalau datang rumah ;))


nota kaki :
belum buat keputusan muktamad

Monday, January 24, 2011

Epi Belated Bufday Zentegel ;)


Selamat Hari Lahir
buat sahabat saya Mizz Zentegel ;p
Semoga selalu ceria dan gembira..
Mudah mudahan bertambah rezeki, bertambah iman dan bertambah keberkatan umur..
Thanks for being a good friend of mine..
Luv u sayang!!
p/s: maaf la lewat sket wish bufday, al-maklumlah tenet takde kat umah.. ngeee (^_^)


Friday, January 21, 2011

congratulations on your new baby boy ;)




Harini bilik saya sunyi sepi. Tiada lagi teman berbual. Walau apapun tahniah kepada rumet saya kerana selamat melahirkan anak pertama yang sangat comel! Baby boy pulak tu! ;)

Selamat pulang ke kampung dan berpantang ;)
hati-hati ye sayang!!

Tuesday, January 18, 2011

makan-makan di Presint 5

Alhamdulilah akhirnya dapat juga organize majlis potluck bersama kawan-kawan.. inipun dah berapa kali tertunda kerana masalah komitmen dan kekangan masa masing-masing. asalnya saya nak masak semuanya sebab kawan-kawan saya pon tak pernah datang rumah kan? tapi memandangkan perut yang semakin memboyot dan masalah kesihatan maka saya buat potluck. lagipun dapat juga rasa Baha masak nasi beriani, zente dengan bubur jagung dan kek lapis sarawak serta syud dengan pastri a.k.a muchkin from DD..dan yang paling best Yan dengan sekotak limau mandarin. nah, makan puas2!!



The foods :)



saya sangat gerammmm dengan budak comel dua orang ni!! nanti baby aunty dah besar, boleh kawan dengan dia ye sayang ;))

Nur Aishah Humaira

Hi, My name is Amir! ;)



♥♥♥ CLICK HERE and HERE FOR MORE STORIES AND PHOTOS!! ♥♥♥

Tuesday, January 11, 2011

11.1.11


Selamat Hari Lahir diucapkan buat sahabat saya Norhidayah Zaila binti Zahari
Semoga segala hajat dan permintaan dimakbulkan Allah ;))


Selamat Hari Lahir jua diucapkan buat abang sulong saya, Mohd Afzan bin Mohd Nuri
Semoga sentiasa di bawah pengawasan dan lindungan rahmat Allah selalu..


Semoga juga Allah memberkati umur kalian..
Amin Ya Rabbal 'Alamin



nota kaki:

hari ini juga hari yang sangat istimewa buat saya walaupun tidak menyambut hari lahir ;p
harini, baru dapat surat Pengesahan Dalam Perkhidmatan daripada SPA




Pengesahan Lantikan : 29.09.09
Pengesahan Perkhidmatan : 29.09.10

Alhamdulilah.. rezeki baby ibu barangkali (^_^)