L.O.V.E

Monday, February 7, 2011

fasa baru

Sekarang baby ibu dah masuk 6 bulan.. tak sabar nye sayang!! Ibu syukur sgt sebab sekarang kesihatan ibu bertambah baik, sakit pinggang dan perut makin kurang..Cuma kadang-kadang je dia datang.. sayang sabar ye.. lagi 3 bulan lebih je sayang dah boleh melihat dunia.. duk dalam tu jangan nakal-nakal tau.. semoga jadi anak yang soleh ;))

Harini perasaan ibu konpius sangat sebab pagi tadi BPH called yang kita dapat pindah kuarters kat Presint 11. Tak tau seronok ke tak? Kalau nak diikutkan memang la seronok sebab kita dah dapat kuarters rumah teres tapi kenapa offer ni datang sekarang? Rumah kita di Presint 5 tu dah best dah! Siap dah setup semua, last2 kena pindah dah? Tapi ibu takut juga kalau tolak offer ni, nanti nak tunggu dapat balek entah ke bila? Ya Allah bantulah hambaMu ini membuat pilihan yang terbaik.

proses pindah-pindah rumah ni memang amat MEMENATKAN! tak dapat nak bayangkan dengan perut yang tersorong-sorong ni, dah kena packing untuk pindah plaks.. dengan mesin basuhnya, peti, kerusi, tv, katil, almari..adoiiiiii tapi untuk future memang la berbaloi nanti dah tak payah berebut parking (mcm la parking kat rumah sekarang ni teruk sangat padahal melambak kosong tapi 1-2 tahun lagi mesti penuh kan?), rumah ni ada tanah so nanti baby ibu boleh la main-main basikal kat luar ya (cewaahhh berangan!),dan tak payahlah Tok Pa & Tok Ma naik lif lagi kalau datang rumah ;))


nota kaki :
belum buat keputusan muktamad

Monday, January 24, 2011

Epi Belated Bufday Zentegel ;)


Selamat Hari Lahir
buat sahabat saya Mizz Zentegel ;p
Semoga selalu ceria dan gembira..
Mudah mudahan bertambah rezeki, bertambah iman dan bertambah keberkatan umur..
Thanks for being a good friend of mine..
Luv u sayang!!
p/s: maaf la lewat sket wish bufday, al-maklumlah tenet takde kat umah.. ngeee (^_^)


Friday, January 21, 2011

congratulations on your new baby boy ;)




Harini bilik saya sunyi sepi. Tiada lagi teman berbual. Walau apapun tahniah kepada rumet saya kerana selamat melahirkan anak pertama yang sangat comel! Baby boy pulak tu! ;)

Selamat pulang ke kampung dan berpantang ;)
hati-hati ye sayang!!

Tuesday, January 18, 2011

makan-makan di Presint 5

Alhamdulilah akhirnya dapat juga organize majlis potluck bersama kawan-kawan.. inipun dah berapa kali tertunda kerana masalah komitmen dan kekangan masa masing-masing. asalnya saya nak masak semuanya sebab kawan-kawan saya pon tak pernah datang rumah kan? tapi memandangkan perut yang semakin memboyot dan masalah kesihatan maka saya buat potluck. lagipun dapat juga rasa Baha masak nasi beriani, zente dengan bubur jagung dan kek lapis sarawak serta syud dengan pastri a.k.a muchkin from DD..dan yang paling best Yan dengan sekotak limau mandarin. nah, makan puas2!!



The foods :)



saya sangat gerammmm dengan budak comel dua orang ni!! nanti baby aunty dah besar, boleh kawan dengan dia ye sayang ;))

Nur Aishah Humaira

Hi, My name is Amir! ;)



♥♥♥ CLICK HERE and HERE FOR MORE STORIES AND PHOTOS!! ♥♥♥

Tuesday, January 11, 2011

11.1.11


Selamat Hari Lahir diucapkan buat sahabat saya Norhidayah Zaila binti Zahari
Semoga segala hajat dan permintaan dimakbulkan Allah ;))


Selamat Hari Lahir jua diucapkan buat abang sulong saya, Mohd Afzan bin Mohd Nuri
Semoga sentiasa di bawah pengawasan dan lindungan rahmat Allah selalu..


Semoga juga Allah memberkati umur kalian..
Amin Ya Rabbal 'Alamin



nota kaki:

hari ini juga hari yang sangat istimewa buat saya walaupun tidak menyambut hari lahir ;p
harini, baru dapat surat Pengesahan Dalam Perkhidmatan daripada SPA




Pengesahan Lantikan : 29.09.09
Pengesahan Perkhidmatan : 29.09.10

Alhamdulilah.. rezeki baby ibu barangkali (^_^)


Friday, January 7, 2011

Bumbu Desa @ The Curve

Sebenarnya entry ni dah lama tapi tersimpan...
Last weekend kami (saya, abg dan my sis) ke Damansara. al-maklumlah sekali sekala kena juga keluar dari pulau ni.. update apa2 info terbaru. kebetulan juga lepas tu terus ke Puncak Alam untuk menghantar my sis ke asrama. semester baru telah dibuka..
kami lunch kat Bumbu Desa memandangkan perot dah tak boleh tahan nak makan nasi juga, Warung Ayam Penyet tak beroperasi lagi masa tu, so kami makan di sini saja la..
Ini adalah kali kedua makan sebab first dulu masa berbuka tahun lepas, mula-mula ingatkan style buffet tp sebenarnya ala-carte.

Bumbu Desa @ The Curve



Abg buat-buat terkezut bila mukanya terkena flash!
ok senyum sekarang..


so cool..
nyamannye tgk muka suami sendiri
boleh pahala tau kawan-kawan :)

ini antara makanan tengahari
tapi masa ni tak boleh makan lagi
sebab ada lauk yang diorang tgh prepare dah tak hantar lagi
nampak sangat menggiurkan kan
kan kan?

my sis with es nyor
air kelapa la tu!
saya tak boleh minum air kelapa..hukhuk


selepas
perot pon brrrrrrppp
kekenyangan

oh ya, ini kad keahlian saya
nanti kalau kawan-kawan nak makan kat sini
bgtau la boleh dapat 10% diskaun
ngeeeeeee ;))


nota kaki:
makan memang tak pernah membosankan

Tuesday, January 4, 2011

Selamat Tahun Baharu 2011

Selamat Tahun Baharu semua!!

Maaf terlambat 4 hari (n_n)

Resolusi saya pada tahun ini sedikit berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya kerana jika diperhalusi betul-betul kebanyakan perkara yang ingin saya capai atau penuhi pada tahun lepas lebih bersifat material dan keduniaan semata-mata.. contohnya, nak ada laptop, dapat master, handphone and so on..

Semua itu sudah dikecapi, semua itu sudah digapai dan tidak ada apa-apa lagi yang menjadi keghairahan untuk dikejar melainkan ketenangan fikiran dan jiwa. Saya mahu bebas daripada tekanan, diberikan kesihatan yang berpanjangan dan hutang yang terbayar.

Pada tahun ini,

Saya berazam untuk menjadi isteri yang solehah kepada suami yang dicintai kerana ia merupakan dambaan kepada setiap wanita yang bergelar seorang isteri.

Saya juga berharap pada tahun ini, rahmat Allah akan menyinari keluarga kami dengan kahadiran permata hati yang bakal lahir pada hujung bulan Mei nanti. Semoga segalanya dipermudahkan dan disempurnakan.

Saya juga mendoakan sahabat-sahabat karib saya (you know who you are) yang masih single supaya dipertemukan jodoh oleh Allah SWT dengan seorang suami yang bukan sahaja rupawan malah hartawan dan dermawan. Begitu jua kepada sahabat-sahabat saya yang masih menunggu cahaya mata, semoga kalian beroleh zuriat yang comel dan sihat.. Amin.

Nota kaki :

Allah telah memberi kecukupan buatmu kelmarin, dan Dia akan terus melakukan hal yang sama esok hari