L.O.V.E

Sunday, June 13, 2010

Cerita Kawen Part I

Tarikh kenduri Akad Nikah tinggal lagi 19 hari..Uuh sungguh mendebarkan!
Dari 24 Julai kepada 10 Julai dan finally 3 Julai.. ni semua gara-gara Kursus Induksi Umum..
takpela.
mungkin akan ada orang berkata, mungkin akan ada orang mengata, dan mungkin benar kata-kata
pedulikan..

saya punya pandangan sendiri
kadang-kala bila membuat pilihan; tak semestinya kita hanya perlu pilih satu. we can have both of them.. are you agree with me? and again, it all depends on you.

okey, jom kite cerita tentang hari bersejarah neh ;)

untuk kawan-kawan yang belom mengetahui,Majlis Akad Nikah saya 3 Julai (Sabtu) ni tapi majlis yang sebenarnya (I mean, majlis yang bersanding dan meraikan tu) ialah pada Hari Raya Haji nanti..sila datang ramai-ramai ya...

tapi utk majlis akad nikah, seriusly sangat simple dan kecil sbb kami (saya dan abg) mengejar date sebelom puasa dengan harapan, nanti puasa kami ingin berpuasa dan bertarawih bersama-sama dan yang paling didambakan ialah menjadi pasangan suami isteri pada hari raya, wah tak sabar tunggu saat tu! cium tangan suami pastu minta maaf dan ampun (berangan).

untuk majlis kali ni, saya rasa dah cukup kot persediaan dari segi material..
Makanan dan majlis di rumah my papa dan mama yang uruskan. Pakaian dah siap tempah dan amek hujung bulan ni. Ujian HIV kami dah lepas dan Insyaallah minggu depan balek kampung kejap untuk uruskan borang-borang nikah dan tengok persiapan kat rumah, hopefully everything is fine and good.Untuk photographer, I choose my cousin; dan semalam dah settle doorgift untuk tetamu, just tinggal nak masukkan barang-barang dan tampal tag.


Make up dah booked kat KB Mall cuma satu je nak minta pendapat kawan-kawan sumer, mini pelamin nak amek ke tak? macam nak ambil tapi rasa membazir sebab nanti majlis bersanding kan nak amek lagi? ke camne? lagipon majlis akad nikah selalunya kejap je pas akad, amek gambar, makan dan habes.. I need ur opinion ;) please please...

Thursday, June 10, 2010

KURSUS INDUKSI KHUSUS

Kali ni saya akan update dan cerita mengenai Kursus Induksi Modul Khusus anjuran kementerian NRE. kursus kali ni mmg betol2 best sbb combine NRE,JTLM,NAHRIM dan INSTUN..so takdela boring sangat..lebih2 lagi boleh jmpe kawan2 lama dr another department ;)

untuk yang belum mengetahui, Kursus Induksi Khusus merupakan salah satu syarat wajib untuk disahkan perjawatan dalam kerajaan dan biasanya memakan masa selama lebih kuran g 4-5 hari. depens on organisasi tersebut.

Antara syarat-syarat lain untuk disahkan jawatan ialah :

1. lulus ujian temuduga tapisan halus (dah pergi dan sekarang tunggu result)
2.lulus ujian undang-undang (pun dah pergi dan menunggu keputusan harap2 la lepas ;)
3. menghadiri dan lulus dengan jayanya Kursus Induksi Khusus (yeay! dh dapat sijil )
4. dan yang terakhir ialah Kursus Induksi Umum (insyaallah 7-11 Julai 2010 ni di INTENGAH, Jalan Elmu, KL - Induksi Umum ni, saya daftar under JPA)

**Izwan, aku tau ko baca neh, jgn jeles ya kitaorang pergi dulu..ko boleh join under NRE ;)

Sekiranya semua berjalan lancar, insyaAllah dalam tahun ni saya akan confirm jawatan sebagai Pegawai Teknologi Maklumat, kawan-kawan tolong doakan sekali ya ;)

dan ini juga bermakna dalam masa tak sampai setahun setengah dah confirm! yeayyy.. tp itu hanyalah jangkaan kasar. tetapi saya suka menyuntik sedikit emosi positif supaya energy yang mengalir akan membenarkan fikiran kita.. Law of Attraction..




cuba cari saya?
tu kat depan sekali, selaku AJK Kebajikan ;)

@ Kuala Gandah


me and normala..
bakal pengantin nih ;p


dalam kelas kena fokus okeh..
tapi kalo nampak kamera kenala senyum ;)



nota kaki :
saya bersyukur sangat.

Monday, May 24, 2010

Finally..


Alhamdulilah, syukur yang tidak terhingga ke hadrat Illahi kerana hanya dengan izin-NYa aku berjaya bergraduat.. dan ucapan terima kaseh ini juga ditujukan kepada :

papa dan mama
without you, i am nothing
pengorbanan yang tidak pernah jemu
dorongan yang tidak pernah putus
dan kasih sayang yang selalu mengalir..

my family (my siblings)
mimi terutamanya sebab dulu pernah bg yin pinjam duit sebab tak cukup utk byr yuran 1st sem...zati, anis, yoh, abeje, miji dan adek.. u all adalah sumber kekuatan yang abadi..

all my lectures
Pn. Haryani, Pn Mardziah, En Azizan, En. Hamid, Prof.Laila, Prof. Hanafiah
Ilmu yang dicurahkan tidak akan disia-siakan

my beloved frens
baha dan eta (of course!)
yan yang paling sabar dan tabah melayani karenahku, yang sama-sama buat assignment walaupon kdg2 ahli group kita tak mcm kita tp kita proceed juga, yang tidak pernah berkira tumpangkan aku ke kelas, yang menangis sama-sama bila kita rasa down sangat dan saat tu rasa macam dah patah semangat bila final research kita memang stucked dan tak tahu dah nak wat camne.yang selalu marah aku bila aku malas nak buat assignment, yg sanggup bersusah payah atas segalanya...
kak ju,oya, zaila, syud, shark,saila, hanim, laila, linda.. tq so much!!

my fianceeee
thank you for everything..

and last but not least
to all my blogger frens, i love u all ;))
muahss!!!

Tuesday, May 11, 2010

tiada ibu tiadalah kita..

walaupon hari Ibu jatuhnya pada 9 Mei lepas
tapi di sini tanpa segan silunya, saya ingin menyatakan bahawa hari ibu itu adalah hari-hari sambutannya dan sampai ke bila-bila kerana kaseh ibu kepada kita tidak pernah putus dan tidak pernah ada spesifiknya bila mak kite kena sayang kite bile mak kita kena sayang lebih atau bila mak kita tak payah sayang dah...


dan
untuk itu,

satu ucapan untuk Pn. Rofeah Ismail

Ma, yien sayang ma..
walaupon selalu lawan cakap dan kdg2 terbad mood
Ma tak pernah marah tapi tetap sabar
yien minta maaf...


Andainya aku di tempat ibu sekarang, aku khuatir aku tidak setabah itu, melayan karenah lapan org anak dan membahagiakan satu family.


Allah, di saat Engkau masih meminjamkan ibu untuk aku saat ini, aku berjanji untuk selalu taat, patuh dan terus menyanyangi ibuku ..

I love u
so much!
and it will be..
forever ;)


nota kaki:
tidak lupe buat semua kawan-kawan kesayangan ku yang kini bergelar ibu / bakal ibu/ dan semua ibu-ibu,
S E L A M A T H A R I B U

Friday, May 7, 2010

thank you Nuffnang!!


Akhirnya, 1st check dari Nuffnang sampai juga hari ni..walaupon jumlah nye cikit je tapi okey la tu, excited babe!!!

so sape kata berblog takleh dapat duet?? yeayy!!!

bestnyer..

bestnyer :)

bestnyer!!!!!!!!!

Thursday, May 6, 2010

thinking out of the box!!



Apa itu thinking out of the box atau dalam bahasa Melayunya berfikir di luar kotak? Ia ialah satu pemikiran yang lain dari yang lain dari yang sepatutnya biasa orang fikir. Semasa kita menghadapi sesuatu masalah kita jangan terlampau gopoh untuk menyelesaikannya melainkan kita sudah membuat perancangan yang teliti dan dengan berfikiran di luar kotak dapat menjimatkan kos dan tenaga sehingga berjuta-juta seperti 2 kes di bawah ini.


Kes 1

Ketika NASA memulakan pelancaran angkasawan ke ruang angkasa, mereka mendapati bahawa pen tidak akan berfungsi pada graviti sifar (dakwat tidak akan mengalir ke bawah)

Untuk mengatasi masalah ini, mereka membelanjakan USD$12 juta. Mereka membangunkan sebuah pen yang bekerja di graviti kosong, terbalik, dalam air, di hampir semua permukaan termasuk kristal dan dalam pelbagai suhu dari bawah titik beku kepada lebih daripada 300 darjah Celcius.

Tetapi apa yang Russia lakukan?

Mereka menggunakan sebatang PENSIL!

Kes 2

Kisang di kilang kosmetik yang besar di Jepun kerana masalah yang mereka hadapi kerana terdapat kotak sabun yang kosong, tercicir dimasukkan sabun dalam kerja operasi pembungkusan. Syarikat menerima aduan daripada pelanggan yang telah membeli bekas sabun yang kosong.

Pihak syarikat menganggap serius perkara ini dan pengurusan merekameminta kakitangan untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan cepat.

Jurutera bekerja keras untuk memasang mesin sinar-X dengan resolusi tinggi, monitor diawasi oleh dua orang untuk melihat semua kotak sabun yang berlalu di atas line.

Tapi ketika salah seorang pekerja di sebuah syarikat kecil menghadapi dengan masalah yang sama, dia tidak masuk ke dalam komplikasi X-ray, dll tetapi sebaliknya keluar dengan penyelesaian lain.

Dia membeli kipas angin industri yang kuat dan menghalakannya pada line operasi pembungkusan kotak sabun itu.Ini bermakna setiap kotak sabun akan melewati kipas dan kipas itu akan menerbangkan kotak kosong keluar dari barisan!


Moral cerita:

Selalu mencari penyelesaian mudah. Merancang penyelesaian paling mudah yang menyelesaikan masalah dan jangan menganggap masalah yang besar itu perlu diselesaikan dengan cara yang besar juga!


credit to : isuhangat

Wednesday, April 28, 2010

konvo dah nak dekat ;)

lepas carik2 xjumpe plak gambar aku ngan zeti berdua..huhu dasyhat tak?
nampak sgt selalu gadoh..hahaha..
inilah satu2 nya yang ado ;)
sila abaikan hidong aku yg kembang tu....ish tak suka la ;p



Jut nak share untuk kawan-kawan/ kawan kpd kawan/saudara mara atau sesiapa saja yang bakal graduate di UiTM bulan May ni bahawasanya senarai sidang konvokesyen dah kuar... nanti bolehla check kat sini. Saya nye sidang 1 (untuk Phd dan Master student) 20 May 2010 Khamis pagi ;) dan my sis Zeti punye 27 May 2010 Khamis minggu depan (Degree of Accountacy) Kesian plak my parents kena datang 2 kali ;p


senarai checklist bolehla download kat link ni.
untuk maklumat lanjut atau sebarang masalah bolehla hubungi pegawai UiTM ;)



nota kaki :

saya nak kurus mcm dulu..
please help me!!!