L.O.V.E

Monday, November 17, 2008

Eppi Anniversary to us ~~


Sedar tak sedar, hari ni dah genap 2 tahun saya dan Zantinita merantau dari sebuah bandar kecil Kota Bharu ke sebuah metropolis Kuala Lumpur... Masya Allah, Agungnya Allah...maknanya dah 2 tahun saya di tempat orang, belajar hidup sendiri kenal erti persahabatan dan faham makna kerinduan.


Dan, sungguh itu tidak mudah...Saya maseh ingat lagi, after kami grad dengan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian then, kami berpakat tidak mahu berhijrah..konon2nya sayangkan negeri Kelantan tercinta...so, sempatla merasa jadi Perunding Kewangan dengan sebuah syarikat Insurans (MCIS Zurich Insurance) dengan erti kata laen agen insurans la..dalam sebulan lebih pergi traning, mama marah, kerja ni takder masa depan katanya...then dia tolong cari kan sekolah yang nak pakai guru ganti...1st school saya mengajar ialah SMK(A) Tangok, sebuah sekolah agama berasrama penuh di Kelantan..Form 1 and 5. Subject English and EST..Sekolah ni sangat best, sebab student nyer dah pandai2 dan dapatla beberapa adek angkat..


My 2nd School is SMK Putri Saadong, my ex school..tapi ada cikgu2 yg saya sayang dah berpindah ke sekolah laen. Saya mengajar student Form 1 and 5 tetapi kelas yang paling hujung (akhir). Ada sesuatu yang paling menyedihkan ialah student form 5 tak tahu langsung mengira even simple tambah dan tolak..saya terpaksa mengejar pelajar yang lari ikot pintu belakang semata-mata tak nak belajar matematik... Student form 1 plak, hyperactive...saya pernah mengajar math kat satu kelas form 1, dan pernah mengalirkan air mata sebab diorang xnak dengar cakap...malu rasanya bila ingatkan balek..tetapi lepas peristiwa tu, semua semangat nak belajar, belom sampai waktu lagi, dah panggil saya kat bilik guru..kelakar plak diorang ni..masa nak berpisah saya dapat macam2 hadiah..brooch, buku, kain tudung, frame, sabun and ada lagi..xingat...brooch tu sampai sekarang saya pakai..thanks ye adek2 ku =)


Last school ialah SMK Long Yunus. Kena ajar Student Form 6. cikgu2 and student2 sangat nice...

Lepas cuti sekolah, saya n Xen migrated to KL...Bermula lah perjalan hidup kami. Menumpang di rumah baha (Thanks ye syg.) semalamam di rumah Zaila (bestnyer mandi kat umah awak + tido) dan mcm tu la, sementara dapat keje dan interview sana sini.... Kami jadi typist di sebuah sytkt penerbitan buku di Sri Petaling, dapatla gaji rm700, cukuplah buat makan dan minum...then kami pernah jadi pekerja 7Eleven di Kelana Jaya...tetapi semalaman jerk sebab 7E ada jual arak..




Eta tgh mengemop lantai..masa ni kol 2 pagi rasanya...


Dia ngantok...

Saya..in front of Carlsberg Chill..Eta amek gambar, so kena senyum lar.. and sebab tu jugakla kami berenti kerje di sini


3.1.07 saya dapat keje kat Cedar Broadcast & Communications. Eta pulak di CTi Resources . Eta sambong master tetapi saya hold dulu...Mungkin itu bukan masanya lagi untuk saya...Dalam bulan 8 saya quit and join CIMB Wealth Advisor dengan harapan ingin mengubah hidup tetapi rupa2 nya ia bukan untuk saya...Dalam bulan 5 saya join Caidmark Sdn Bhd (Sykt saya sekarang) sama ngan Eta...After she left Cti 1 year ago..

Kena banyak muhasabah ni..betapa selama ini Allah banyak menberikan nikmat dan rahmat nya...Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Thank you Allah. For all of your blessings, for the things You teach and For everything!!!



ini eta..laen kan? she's chubby ;p








nota kaki :

17.11.06 - 17.11.08

Achievement :

Eta dah berjaya completekan her Master..cuma aku baru habes Sem 2...takpe ade masa lagi..hehe

Satu lagi ialah pengalaman hidup yang akan tetap tersimpul dan akan menjadi lesson yang berguna. InsyaAllah..

Dan setiap orang punya cerita yang berbeza~~~

**The Holiday**

Tentatif Program:

After maghrib bertolak dari rumah, baha datang amek, then amek Syud kat LRT. Pastu baru amek Yan kat Kajang. Makan sate kajang dulu sebab semua orang dah lapar....Sedapnye satay kajang Hj.Samuri tu..




2 model sedang memegang kotak tisu.Yan, awak perasan ke ape yang awk sedang pegang tu?
Macam tak sedar jerk ;p


Sampai umah dalam kol berapa 12..lepas solat Isyak, terus tidooo...Pagi and tghari makan kat rumah, ikan bilis tempoyak tu, sangat menyelerakan!!! saya, syud dan yan tambah nasik!! bukan macam budak tu, makan sikit jerk dah kenyang..mm camne nak gemok ni xen?


berkemas nak balek =)

++triplets++


Gambar baha & Eta xder sebab masa tu, baha tgh makeup kan eta..hihi..tu lah mandi lambat sangat...Petang tu, kitaorang bertolak balek dan singgah kat Bagan Lalang untuk makan seafood. Perjalanan kami banyak dibantu oleh GPS dr HTC baha...saya tension betol, masa nak speed jerk, GPS berbunyi "Please slow down, please slow down..." tapi akhirnya kami selamat sampai ke tempat tu..Ramai sangat orang..suasana nyer tepi pantai..tapi xdapat nak capture gambar sebab gelap..depan pantai tu takder lampu...

Restoran senandung kat Bagan Lalang..seafoodnyer sangat sedap..


Baha & Syud tgh pilih ikan..


Yankumi ;p sempat lagi possing sementara tunggu air sampai..


Zentegel ;)



YienJR.. ada ke diorang kata muka saya macam muka cikgu?
tapi kalo dapat jadi cikgu betol2 kan best? amin..
pesanan abang : jaga tatasusila :-)

Baha =)
Gambar awak kabur sket kan...

ini Syusyu (",)

A.B.C

Antara lauk yang baru sampai (Sebelum)


Pinggan sape la ni? (Selepas)





dan banyak lagi gambar yang akan diupload...soon..



Nota kaki :-



I would like to express my thanks to :-
Baha - For the great hospitality!!

A special credits to :-
Syud - Belanja kitaorang makan, congrats yer, novel dah dicetak untuk edition ke tiga..Woww..Semoga terus berkarya...syud, nanti buku baru ni, saya tolong promote lagi erk ;)
and a great happiness with Yan and Xen - erm, asyik bergambar jerk dua orang ni...
****True friendship never dies

Friday, November 14, 2008

We're going to Pilah

Malam ni after keje, yan, baha, eta, syud and I will going to Pilah just to fill up our weekend!!



Yeay~~ dah lame tak pergi bercuti....









nota kaki :

~~happy~~

Thursday, November 13, 2008

Ia Bukan Untukku............

Harini keje agak banyak juga, tapi rasa malas jerk..boleh tak macam 2? Rasa takder semangat, yerla ni dah brape haribulan, dah masok ke minggu ke-2, tapi gaji untuk bulan lepas tak dapat lagi..huhu..sedey..xleh shoppiiinggggg...
So, salah satu caranya untuk mereleasekan tension ialah dengan memblogging..yeah, harini nak post gambar2 saya dengan kawan2....We are twins!!!!



++ Nordiana Ahmad.
Lawa kan? seorang yang sangat peramah dan baek hati =)
tapi opps, dah berpunya ;p



++ Shakirah Hasim.
Seorang pendebat KUSTEM yang terkemuka dan penuh karisma
ini juga sudah diambil orang :-)


++ Hazrina Che Hassan
Cool, Sempoi and Nice Person
Bakal menjadi my Uni's mate soooonnnn :-)


++ Nurhidayah Bahar.
Juru meka-up artis yang sangat versatile
"Beauty with Brains!"


++ Ini Nurhanim Ariffin
CIMB Weath Advisor
High Motivational and Attractive, ada sape2 nak invest? see her ;)



++ Syuhada Sharif.
Novelist yang telah mencipta nama dengan novelnya " Tentang Dhiya"
Hangat di pasaran! Opps, lupe nak tambah, She's still SINGLE!!!



++Zantinita Mohamed
Classmate, Coursemate,Opismate, Housemate and we are Kelantanase!
She's such a very niceeeeeeeeee gurl, still single and availabe..anyone?



++ ini aku..sedang makan kat umah sey..sebelah tu sedara sey..



ini kami
suatu ketika dulu..





nota kaki:



kadang-kala benda yang cantek itu mmg bukan untuk kita..walau bertapa indahnya ia, walau dah dicuba bermacam-macam cara untuk mendapatkannya, then once dah dapat, hanya menyusahkan dan membuatkan kita uncomfortable..better xpayah...pengajaran untuk diriku yang baru sahaja membeli sehelai tudung silk tetapi end up nye, i can't wear it...to hard to handle (susah nak pakai), high maintenance (takleh basuh biasa, kena dry cleaning) and lots of such a radiculous thing.....waaaaaaaaaaaaaaaa

Cantek kan?

Tuesday, November 11, 2008

Kisah yang bercampur baur

Minggu ni rasa agak tenang....Semester 2 dah habes....semalam baru buat pre registration...UiTM punya website ada masalah sket la...asyek server down..tp alhamdulillah semuanya dah selesai...sem depan saya amek 4subjek (PARS, Decision Support System, Data Warehousing and BELL) Hopefully semuanya smooth mcm sem lepas... Pagi semalam jugak, i have done doing a product demonstration at UPM (Department of AgriBusiness and System Information) Mula-mula tu agak kecut perot sebab tak sangka ramai lecturers yang akan hadir, sekali masok jerk dalam meeting room tu, ramainya... tapi so far, alhamdulillah la..semuanya ok..Dr. Nitty macam interested jerk.. cuma ada satu yang aku agak kesalkan in term of my side, aku tak prepare betol2 all the data and ready sample..kalo tak mungkin diorang lebih nampak ape yang aku cuba nak address..I can be BETTER!! yeah~~~

***

Semalam mama & papa aku called, tanye ada duit tak, sebab gaji aku tak masok lagi...pastu rasa macam tiba2, air mata nak mengalir..sebak sangat...I love both of you!!Aku sendiri pun tak tahu walaupun duit takder tapi aku macam tak rasa, tibe2, ada orang belanja makan, pastu ada orang kasi makanan, and yang paling un'sangka'rable my colleague gave me the'hadiah'... Cukuplah buat bekalan seminggu..Pastu lusa check kat cimbclicks, ada duit masok, check punye check, my fren bayar hutang...semua nya serentak..hehe..murah rezeki...mungkin berkat amalan ayat Seribu Dinar setiap kali selepas solat =) Thank You Allah for everything that you give to me!



I miss them!!!!!!




Nota kaki :

Lately ni tak tahu kenapa my emosi tak stabil...rasa selalu nak marah, mudah letih dan tak keruan..Semuanya bercampur baur...Semoga ia cepat2 hilang!!!! Aku tak suka!! Ini aura negatif...Mungkin juga sebab aku dah ter 'attract' persekitaran negatif.. rumah + tempat kerja..
"I Declare WAR to the negative thoughts!!!"



Wednesday, November 5, 2008

Kepenatan

Saya kepenatan hari ni...pening memerah otak..hehe..so, untuk menghilangkan kebosanan tataplah gambar terbaru saya ni...kat Caidmark's office =)

Things to be done harini ;-)

  • Kerja sekolah - power point slide untuk HMIS Strategies , nanti nak submit kat Baha - Tukang Compiler;p
  • Habeskan sume list dr UPM utk di call
  • Discussion ngan En.Azman jap lagi.... motivation and brainstorming session
  • dan banyak lagi...........................


nota kaki :

Gaji tak dapat lagi...sedey :(

Monday, November 3, 2008

Dunia ini sungguh indah...



Adriana = Baby Sey and Wan
Sey, I pinjam gambar Adriana,geram tgk dia, asyek tido ;)


Semalam lepas Asar, aku Eta & Yan pergi melawat Sey kat rumah dia..nak tgk baby..yerla, weekdays xsempat nak pergi, bizi kejer, semalam ada kelas..then we were decided to visit yesterday...Sebelom gi umah sey, sempat singgah di Giant cari hadiah..then meredahla hujan ribut....pastu baru bertolak ke Taman Melawati...Sampai jerk kat rumah, mak oi ramai nye orang..saudara mara dia ...then kitaorang terus berkerumun ke tempat baby..Geram tgk Adriana (nama baby sey), suka sangat tido...guruh ke, hujanke, ape ke..dia cool je tidooo....best! gerammmmmm sangat...comey. tapi muka ada iras wan la, sorry sey ;p...Adriana kiut sangat2!!! Ada sorang budak tu, nama dia Nor Diana Ahmad, Pandai betol dia pegang baby, maklumlah ada 19 anak buah..aku ni pulaks, sorang pun takder lagi..kena berguru dengan dia ni...hihi

Pagi tadi masa kat office sempat belek friendster kejap, hantar alamat kat my friend (ex matrix) Aisyah Salihah, dia nak hantar kad kahwin..Congrats my fren! Aku macam terfikir sesuatu, Di saat usia mencecah angka 24, ada kawan-kawan yang sudah bertunang, akan bertunang, bernikah, ada yang baru naek pelamin, ada yang akan melangsungkan nya sedikit masa lagi,akan menjadi ibu, sudah bergelar ibu...dan macam-macam..pendek kata, everybody's have their own life..their own family... sering kali aku terfikir, aku berada di mana sekarang? bila agak-agaknya giliran aku? Hanya Tuhan Yang Tahu.... (macam tajuk Cerekarama yg dapat percalonan Anugerah skrin jerk ;p)


Walau apapun, Tahniah kepada semua kawan-kawanku yang sudah mendapat cahaya mata, yang akan melangsungkan perkahwinan, yang akan menimang baby sedikit masa lagi, yang sudah bertunang, dan yang akan....Semoga Allah merahmati dan melimpahkan cahaya cinta-Nya kepada kita semua...amin






nota kaki :

buat seseorang, kadang-kala kita tak perlu meluahkan semuanya yang terbuku..kerana simpanan itu hanya untuk tatapan Yang Esa..Dia yang paling layak...Dia yang paling dekat..takut-takut aduan kita berada pada tempat yang tak sepatutnya.. .


dan buat seseorang lagi....kadang-kadang saya muak dengar perkara yang selalu negatif...there must be a reason why it has occurred. Nothing happens without reason, bila rasa kita dah berada dalam taklukan yang terlalu lama, kita memang perlu melakukan sesuatu, sama ada suka atau tidak..life is moving, you must keep an eye to see it, my fren!!